Wednesday, February 29, 2012

CheDet: Kita tukar ja depa...

1. Isnin lalu warga Paneh Miang berkesempatan hadir di Persidangan Tertutup Meja Bulat bertajuk Tamadun Melayu Pasca Modenisasi di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dipengerusikan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Ramai panel yang hadir terdiri daripada wakil akhbar, universiti, NGOs, cendiakawan, persatuan, etc.

3. Kami tidak berhasrat untuk mengulas apa yang telah dibincangkan secara panjang lebar dalam persidangan tertutup ini, tapi berdasarkan tajuk, rasanya ramai yang maklum persidangan ini adalah berkenaan AGENDA MELAYU!

4. Jika diperhatikan, akhir-akhir ini begitu banyak persidangan seumpamanya, iaitu perbincangan mengenai nasib dan agenda Melayu telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Malah kewujudan NGOs serta Kumpulan yang memperjuang/menyuarakan/meneriak berkenaan nasib dan agenda Melayu semakin berkembang biak kebelakangan ini.

5. Apakah makna di sebalik semua situasi ini? Adakah majoriti bangsa Melayu di negara ini melihat UMNO sudah tidak lagi relevan untuk memperjuangkan nasib Melayu; malah bangsa Melayu kini melihat UMNO seakan terhakis jatidiri Melayu-nya?!

6. Rentetan daripada takut, risau, bimbang, melihat pimpinan UMNO yang seolah semakin melupakan agenda Melayu dan kelihatan lebih mementingkan kaum lain melalui gagasan 1Malaysia-nya, maka wujudlah pelbagai kumpulan Melayu yang menganjurkan persidangan, mesyuarat, perbincangan etc. semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka berkenaan nasib bangsa Melayu yang tampak dipinggir oleh pemimpin Melayu di Tanah Melayu ini.

7. Siapa lagi pemimpin Melayu yang boleh diharapkan di negara ini? Nak harapkan Pas, bukan saja jadi budak suruhan DAP & PkR, malah untuk menguasai parlimen bagi membentuk kerajaan pun, Pas tidak pernah bertanding cukup kerusi majoriti mudah sejak 1955. Makin berkurang lagi ada calon Pas yang bertanding di peringkat parlimen, semata-mata untuk memberi laluan kepada DAP menambah bilangan kerusi. Dulu kata kena tipu dengan UMNO, tapi sekarang lagi teruk Pas kena kencing dengan DAP & PkR.

8. Tun Dol dipaksa turun dengan harapan penggantinya dapat membetulkan segala kesilapan dan kerosakan yang telah dilakukannya. Namun setelah hampir 3 tahun berlalu, tidak kelihatan perubahan signifikan yang dilakukan penggantinya, terutama yang melibatkan nasib dan agenda Melayu di negara ini; kecuali keglamoran Rosmah dan gagasan 1Malaysia yang itupun mendapat interpretasi berbeza mengikut kaum. Bangsa Melayu/Pribumi faham lain, Cina faham lain, India faham lain. 1Malaysia jadi caca-marba dibuatnya.

9. Kini tiba masanya segala persidangan, mesyuarat, perbincangan etc. berkenaan nasib dan agenda Melayu wajar dihentikan. Sudah terlalu banyak bangsa Melayu bercakap, sudah terlalu banyak resolusi dibuat, sudah terlalu banyak memorandum dihantar, tapi pemimpin Melayu Malaysia ni tetap buat bodoh sombong pekak badak mak pak dia.

10. Enough of this talk, let's see some action. Apa guna Melayu pegang kuasa, tapi tidak mampu martabat agenda bangsa & agama?!

11. Atau perlu kita ikut saranan Tun Dr Mahathir, "Jika pemimpin Melayu masih tak berubah...kita tukar (kalahkan) ja depa!"

12. Kuasa undi ditangan kita...

Mano satu deh Paneh Miang?

20 comments:

  1. Nak tukaq macam mana? dapat kain pelikat satu, beras sekampit, semua settle. depa dapat undi. Melayu masih tahap kuno lagi. tak faham politik.

    ReplyDelete
  2. Tukar dulu pemikiran yang kalut dan ampuh yang terdiri dari Sahabat BTN yang tak kenal diri....

    Hanya berani di blog tetapi bacul untuk menyatakan cadangan atau pun pandangan...

    Kalu paneh miang dah pergi program tu lontarkan terus pandangan dan cadangan...protes...dan antar memorundum...kok berdekah dekah dlm blog wat apa....

    ReplyDelete
  3. Den tak kisah dah, anak den dah kayo dah tp perjuangan bolum solosai sbb siadik nya kureng jayo.

    ReplyDelete
  4. Boleh selesai masalah kalau tukar kerajaan? Klu persidangan tak perlu maka blog pun tak perlu. 2x5 je. Kita takde hantu raya utk laksana dasar negara bahkan kita lah yg perlu buat. Banyak mana dah kita buat untuk negara?

    ReplyDelete
  5. Anon 12.40pm.

    Mungkin yang dimaksudkan Tun itu menukar pemimpin yang tidak mementingkan agenda Melayu & mempermainkan agama seperti Anwar, Nik Aziz etc. Atau yang tampak terlalu concern about non Malays berbanding Melayu sendiri seperti Najib. Tukar pemimpin tidak bermaksud tukar parti.

    Cik Non 12.48pm

    Obviously you missed the whole point of this story. Ini bukan kisah sama ada ingin atau tidak bagi lontaran dan cadangan. Lagipun siapalah yang nak dengar pendapat individu seperti kami. Lagipun sekian banyak dah pihak lain hantar memorandum, resolusi etc. tapi kurang diberi perhatian oleh pihak atasan. TDM kata tukaq, jadi apa pula cadangan anda utk atasi masalah agenda Melayu ini? BTN yang pertahankan Agama, Bangsa & Negara pun anda hentam sewenangnya. So apa pula resolusi anda?

    Anon 1.15pm

    Jangan setakat hentam je brader. Ada cadangan memperbaiki keadaan sekarang sepertimana cadangan Ungku Aziz? Jangan disebabkan kita susah disebabkan oleh kurangnya usaha, maka kita boleh sewenangnya menuding orang lain disebabkan kemalasan kita sendiri?

    Cheguman,

    Dalam persidangan ini Tun kata adalah menjadi t/jwb kita untuk menegur kesilapan pemimpin dalam apa jua medium, supaya mereka tidak alpa. Penting blog seperti Waadat untuk mengingatkan sesama Melayu terutama pemimpinnya.

    Terima Kasih!!!

    ReplyDelete
  6. Salam tuan paneh.

    Mengikut perbincangan umum Pakteh dengan kawan-kawan dan orang kampong, UMNO BN nak menang PRU senang saja. Selesaikan 4 perkara ni.

    1. Jangan terlalu beri muka pada Cina sebab orang Melayu & India dah makin meluat.
    2. Isu SBPA
    3. Isu Shahrizat dan NFC
    4. Isu Rosmah Gila Glamour.

    Selesai 4 perkara ni, insyaAllah BN akan menang besar PRU-13.

    -Pakteh

    ReplyDelete
  7. apa yang saya suka tentang paneh miang ialah seolah nampak macam tak memihak. tapi sebenarnya paneh masih sayangkan umno dan kental agenda melayu dan islamnya. mungkin artikel ini lahir atas dasar kecewa kerena melihat pemimpin dan pengikut melayu tidak mampu untuk bersatu malah untuk pertahankan bangsa mereka sendiri daripada dipermainkan oleh kaum chauvinis.

    sekarang ni ramai yang takut bercakap pasal melayu sebab takut dilabel racist. cina boleh cakap apa saja tentang hak mereka, tapi bila melayu bersuara dikatakan racist.

    bila kita tegur pemimpin umno pulak terus dicop kita sokong pembangkang. padahal kita nak pemimpin umno ni jangan buat silap dan sentiasa memastikan agenda melayu sentiasa ke hadapan.

    agenda melayu adalah agenda nasional. rosak melayu maka rosaklah negara. bila melayu rosak, mana-mana kaum pun tak akan selamat di negara ni.

    ingatlah wahai semua pemimpin melayu, tak kiralah dalam politik ke, penjawat awam ke, penjawat swasta ke, wajib tanamkan dalam jiwa anda semangat sayangkan bangsa sendiri dan utamakan bantu bangsa sendiri. barulah aman damai makmur negara ini.

    cina dan india tak pedulikan pun agenda melayu ni. lebih baik mereka jaga periuk nasi untung nasib bangsa mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. apabila tun mahathir bercakap ramai yang misinterpret. high level thinking sebegitu bukan semua orang boleh faham. baguslah paneh miang dah faham. kita tukar saja semua pemimpin melayu sama ada dalam kerajaan atau pembangkang yang terlalu sangat please cina chauvinis ni semua. pemimpin melayu bukan saja perlu laksanakan agenda melayu tapi juga perlu dilihat oleh khalayak yang mereka sedang memperjuangkan melayu.

    ReplyDelete
  9. jika UMNO menang bukan disebabkan mereka kuat, tapi disebabkan pembangkang lemah. begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  10. setuju pendapat anon 308. ramai saja orang muda/separuh muda yang bijak kat malaysia ni. beri pula mereka peluang untuk warnai corak politik malaysia. asik orang lama yang sama jadi teraju dalam politik kebangsaan dan tempatan pun bosan juge. idea pun tarak. hadi dan nik aziz lagilah tak relevan langsung takde idea bernas. anwar dan pgayr pula sibuk nak menutuh orang saja. ramai pemimpin melayu muda yang dinamik di luar sana. nak tak nak saja cari.

    ReplyDelete
  11. eh tu bukan ke ketua pengarah BTN yang paneh miang duk beria kutuk???? hahaha lu jilat ludah lu sendiri brooooooo

    ReplyDelete
  12. Anon 9.47pm.

    Ada beza dalam kritikan terhadap individu dan kritikan terhadap organisasi. Nampaknya anda tidak faham konsep pengasingan kuasa atau konsep pengasingan peranan. Jika inilah tahap fikir disebabkan gagal menafsir oleh kumpulan belia hari ini, maka kami teramat simpati pada kamu. Patutlah mudah sangat diperdaya oleh individu tertentu. Terima kasih kerana komen, kerana melalui komen itulah kini semua orang sudah tahu your level of thinking and what type of follower you're.

    ReplyDelete
  13. from rantau with loveFebruary 29, 2012 at 11:00 PM

    anon mat yeh 947. takyah la buang masa kau nak berdebat dengan paneh miang ni. mereka ni dah tulih beribu artikel, berlambak cadangan, beratus ilmu. ada plak cadangan mereka ni yg diambil perhatian oleh pimpinan negeri dan negara. setakat kau jadi pencacai salwati ni rentikanlah. bukan taraf kau doh. buek abih an bogheh yo. lobih baik ekau pi tolong salwati yang kompom takkan jadi calon bn di pru-13 tu. pakat berangan yolah. sumo tombalang dio oghang tau. sumo oghang nak dimusuhnyo. bahagian umno somban pun kutuk dio. mat hasan lagi la tak suko kat dio. nak harapkan samad yang tut tut kat semban duo tu yolah. samad pun last term. nasib kaulah labu.

    ReplyDelete
  14. masa ada kuasa 2/3 majoriti berpenggal2,aksen,berlagak,lupa diri,proxy2,kroni2, menjaga kuasa demi terus berkuasa.Dah ada kuasa pulak jadi lalai,banyak tiris,banyak skandal,kurang perhatian pada negeri2 lain,asyik tertumpu kat kuala lumpur jer.Ahli politik tempatan yg bijak mengambil peluang bila ada kuasa mcm Johor,melaka,N9,selangor,penang dan langkawi.Negeri lain semuanya hampeh.Bab jaga kuasa politik negeri dan ketua bahagian ok,bab politik pembangunan rakyat negeri keseluruhan hancuss, sbb tak de idea dan usaha dari kerajaan negeri itu sendiri.Cuma ada satu atau dua perkara yg berjaya,itupn tak berapa nak nampak harapkan perbadanan kerajaan negeri lgi la hancus,kalau bab sawit tu ok la,tapi bab2 yg lain pocikk aya,cannot see cemerlang,gemilang dan terbilang.Sekarang banyak plk koridor nak di bangunkan,tapi lambat lagi la, nak dapat tgk hasil dan merasa nikmat sampai pada seluruh rakyat,itupn kalau sempat selepas PRU 13 nanti.sepatutnya bila ada majoriti 2/3,membina kekuatan ahli politik,tegas,serius dan peka sepenuhnya utk menjaga hati rakyat,lebih kreatif dan terus pandang ke hadapan serta speed.

    ReplyDelete
  15. betul tu anon 5.09,salah cet det r tu, terlalu bermanja2an.....

    ReplyDelete
  16. 54 tahun bagi kuasa, melayu terus jadi hampeh

    ReplyDelete
  17. sepatutnya kita bena kaki bodek peringkat negeri dan kebangsaan semoga bermanafaat pada kaki2 pembodek

    ReplyDelete
  18. utk menjaga hati pemimpin negeri, di naikkan pangkat ke peringkat parlimen walaupun ntah apa2 sumbangannya di peringkat negeri.Jadilah parti kawan2, sedara mara, enjoy2, pembawa virus ke peringkat pusat..janji setia aje, khidmat lintang pukang,berskandal,korupsi dan pembaziran,lembab dan tiada inovasi.Rakyatpn bising dgn pelbagai isu

    ReplyDelete
  19. wei chedet suka beri kemanja2an,bape ramai dah naik jdi to to chiang,to to chiang

    ReplyDelete
  20. maksud che det ialah tukar pemimpin.. mana2 pemimpin haprak,balaci tauke ccina,pengkhianat bangsa,jadi pemipin sbb dr awal lg niatnya nak jadii kaya,moral rosak,beraninya hanya pd bangsa melayu,rasuah wajib di 'kickkan' dgn kadar segera sbb merekalah punca sebenar hilangnya keyakinan rakyat kpd kerajaan..dgn sbb mrk lah juga antara faktor melayu berrpecah belah..perkara ini blh dibuat dgn adanya badan disiplin dsb nya yg blh menyiasat seterusnya jatuhkanlah hukuman yg tegas dan telus..
    barulah rakyat kembali yakin pd k'jaan.

    ReplyDelete