Thursday, February 2, 2012

Syarikat Rakyat VS Syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak

1. Kisah benar yang baru berlaku di sebuah jabatan kerajaan yang ada kena mengena dengan pertanian, kedengaran seorang Pakcik merungut di hadapan seorang pegawai;

"Rakyat bawah macam kita ni bila mintak bantuan hanya dapat benih yang dah kecut, anak-anak ikan, baja, dedak pun sekarang dah kena beli sendiri, diberi sangkar dan dawai, suruh pegi kursus berbulan-bulan, suruh amik sijil tu sijil ni, tak bantu promosi bla...bla...bla...Orang atas pulak senang-senang je dibaginya duit. 250 juta pulak tu..."

2. Saja kami nak kongsi rungutan orang bawah, bagaimana diskriminasi berlaku dalam jabatan kerajaan yang berbeza mengikut status quo seseorang.

3. Jika disemak syarikat yang banyak didaftarkan sebagai syarikat pembekal atau agen FAMA, kita akan dapati kebanyakannya adalah syarikat proksi kepada pegawai-pegawai FAMA sendiri, yang telah 'membunuh' ramai petani moden Melayu. Beli daripada petani penternak dengan harga murah, supply kepada agensi lain dengan harga mahal. Itulah contoh modus operandi agensi kerajaan yang naaakkk tooolonggg sangat Melayu.

4. Kami timbulkan perkara ini berdasarkan pengalaman. Kita boleh lihat bagaimana pengusaha-pengusaha Melayu terutamanya di tendang macam bola ke sana ke mari, tak kiralah agensi kerajaan ke, mahupun pihak bank yang kononnya jadi panel yang mengeluarkan geran atau pinjaman.

5. Nak mohon geran atau pinjaman punyalah susah. Macam-macam requirement mereka mintak. Pengalaman ditagih dan kononnya digalakkan buat dulu, baru diberi geran atau pinjaman. Tapi yang hairannya, ada pulak syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak yang tanpa sebarang pengalaman pun senang-senang je diberi pinjaman mudah. Heh...

6. Berapa ramai pengusaha Melayu yang mohon bantuan kerajaan melalui bermacam skim seperti Skim Pembangunan Ekonomi Desa, Skim Amalan Ladang Baik Malaysia, Skim Organik Malaysia, Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita, Skim Pembiayaan Mekanisasi & Automasi Pertanian Bank Pertanian, skim itu, skim ini, yang telah benar-benar berjaya? Wujudkah pengusaha Melayu yang boleh dikategorikan sebagai Warlord dalam industri pertanian? Adakah lebih 10 orang di setiap negeri?

7. Atau hanya mereka yang ada kabel bawah laut macam Salleh, yang dapat surat sokongan Paklah atau Menteri Pertanian saja yang boleh berjaya?

8. Di bawah Muhyiddin dulu, berapa ramai Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melahirkan usahawan tani yang bergelar jutawan? Di bawah Noh Omar sekarang, berapa ramai pulak? Ada benchmark atau target untuk dicapai?

9. Maka akan selamanyalah bekalan makanan dalam negara dikuasai oleh kartel Naga pemakan babi.


10. Di Sungai Lui, Jempol NSDK ada potential usahawan tani Melayu terpaksa terkontang-kanting mengurus kolam ternakan dalam sangkarnya. Tiada siapa pun yang nak peduli. Tiada siapa pun nak bantu promosi. Tiada siapa nak bagi bantuan RM250 juta. Mohon pinjaman RM250 ribu pun ditendang ke sana sini. Kawasan kolamnya pun pernah nak diambil oleh MBNS sebelum ini melalui syarikat proksi kononnya nak melombong emas yang tiada emas.

11. Hanya kerana orang rumahnya bukan Ketua Wanita yang ada syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak.

12. Itulah nasib kebanyakan pengusaha Melayu di negara Melayu ini. Ditolongnya tidak, nak dibunuhnya ada lagi!

14 comments:

  1. terus bongkar kebenaran tuan..
    tkasih

    ReplyDelete
  2. nanti2 saya akan copypaste artikel ni, mohon izin ya :)

    ReplyDelete
  3. Putra Merdeka, cuma nak ingatkan pemimpin kita supaya jangan ambil mudah dengan local issue. Takut pembangkang amik kesempatan.

    No hal Din. Kami pun ada copy article Din tak minta izin. Hehehe.

    TQ bro pencak_silat. Bila lagi article baru?

    Tauke Ikan, calling2 lah.

    ReplyDelete
  4. Paneh, teruskan tulis isu-isu rakyat macam ni. Kurang-kurang ada blogger seperti anda atau dinturtle yang boleh suarakan resah hati dengan isu yang dekat dengan rakyat. Muak juga kalau banyak sangat isu politik, padahal isu rakyat banyak saja yang tak selesai terutama yang melibatkan isu harga barang makanan yang bukan saja beri kesan dalam negara, tapi seluruh dunia.

    -Pakteh

    ReplyDelete
  5. Artikel mcm nie disokong seratus peratus dan perlu di perbanyakan lagi...
    pengalaman sy yg minat dlm bidang penternakan, nak dpt bantuan kena buat kertas keje klu tak pandai mampos korang le.. aku pon buat dan dpt bantuan RISDA RM10ribu aku nak buat sendiri semua dan tak nak bg koperasi buat, tu pon buta2 koperasi pekebun kecil ambik 10% dr nilai bantuan,kalau serah koperasi mereka sub plak pd sykt utk buat kandang dan bekal lembu n makanan, sykt tu sub plak pd tokeh lembu atau tukang buat kandang sudahnya sampai kat penerima bantuan da tentu2 sampah2 je la dari RM10ribu tu..
    Dek krn mereka selesa mencekik org melayu cara tu.. jd mereka kate kalau nk urus sendiri kena pastikan sume yg dlm kertas keje ade baru risda bayar mereka takut klu bayar dolu duit lesap projek pon lesap betul gak kan. tp cube pikir mane ade org kg ade duit sebanyak tu.. jd nk tak nak serah la kat koperasi dan dpt la sisa2 je..
    nie ke usaha meningkatkan pengeluaran daging negara bro... keuntungan segera lebih utama dari matlamat meningkatkan populasi ternakan negara.
    org kg aku yg serah kat koperasi dpt la lembu2 bantut yg korang tgk pon letih nk lyn bahkan ade yg bergaduh suruh pembekal bawa blik lembu2 ketot tu...
    karenah birokrasi tu usah cite la letih da nk ckp...
    dpt tu aku usaha dan tambah duit sendiri hingga ternakan aku pon bertambah hingga ade 70ekor lembu dan kerbau aku... dek krn faham nk dpt bantuan punya la seksa aku pikir nk buat pinjaman tak kisah la mara ke agrobank ke.
    g kursus mara sampai 14 ari malang nasib aku psl takde tanah bergeran utk buat cagaran, tanah org tua t adik beradik kecoh.bile tanah tol aku lulus dan abg aku kasi guna geran tanah dia, da mara stop plak pinjaman utk projek pertanian dan ternakan , kate dia org psl yg sudah2 gagal dan tak boleh bayar blik. pulak... mara n menterinye yg bodoh aku gak jd mangsa.. psl ape ? pslnya org yg tak pernah bela lembu g kursus 14 ari ade tanah buat cagaran dan ade sokongan menteri bute2 je lulus pinjaman beratus2 ribu, sekor lembu tak penah bela alih2 sampai 30-60ekor, bela tak tau,jual tak tau mau tak hancur bro...
    pegi plak agro bank psl ade skim ape tah yg tak perlu cagaran janji ternakan ade dan status tanah adalah sah bkn tanah haram... dr tempoh 2 minggu jadi 3 minggu nk tau keputusan. alih di tolaknya permohonan pinjaman tu tp disyor pulak dgn pinjaman yg memerlukan cagaran pulak. bkn byk aku nk pinjaman RM30ribu je tu pon servis mcm sial dan bertambah sial bila tak dpt bro.. hantar surat bantahan kat menteri terbabit langsung takde jwp psl mungkin masalah nie terlalu kecik bg dia...
    alih2 suami ketua wanita dpt pinjaman RM250juta atas dasar nk meningkat pengeluaran daging negara konon dan pegi beli kondo sape2 akan terbakar bro... masalah nie bkn aku je yg rasa rupenya byk lg penternak2 dan petani2 yg alami....

    ReplyDelete
  6. Salam kasih. Sdro Sey Paneh. Tahniah ateh artikel macam ni. Sey ghaso nak kolokai masalah bangso kito ni, kono mikir lobih ko dalam diri kito ni (apo oghang kato: 'muhasabah diri'). Selangi kito asyik menyalak bukit sanun bukit sini, kito makin hancur jadi e.. Molondeh aib sosamo pomimpin menjadikan sumo pemimpin Melayu habih hilang maruah. Bangso Melayu habih dipandang ghondah. Adoko antaro kito yang tak ado aib dan kolomahan? Adoko dek kawan kito berbezo pandangan politik kito londeh sumo aib e? Dio pulak londeh aib kito? Sapo lai yang tinggal nak belo bangso? Sumo dah kono londeh.. Kito balik kek pangkal masalah.. muhasabahlah diri kito. Paling utamo, yang dah pogang amanah bangso dari kuli cabuk dan jaga pintu di bawah, sampailah ko ceo dan montori godang di ateh tu. Adoko sumo e jalankan amanah atau khianah pado bangso. Sey yakin, inilah jalan kolokai masalah kito sumo. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. dengan izin,

    anon 5:10, saya monon izin untuk copypaste komen saudara diblog saya.

    http://dinturtle.blogspot.com/2012/02/nfc-bukan-semua-yang-tidak-puashati.html

    ReplyDelete
  8. ala bro ni sikit jer...

    tak masuk isu SPNB dulu2 masa kamaludin vs pak lelah...

    dah masuk audit negara jugak...

    lagi ribu riban juta...

    SENYAP JO...

    osah menyampah den dengan umno ni...
    menyampah...

    ReplyDelete
  9. walaupun den menyampah dengan umno tapi apo jaminan pkr dan pas akan lebih baik kalo asik ikut telunjuk dap. selangor dan penang boleh jadi kajian kes. better the devil you know than the devil you don't know.

    ReplyDelete
  10. Banyak kelemahan Jabatan & Agensi Kerajaan yang menyebabkan rakyat menyampah dan meluat.
    Lebih malang lagi pegawai kerajaan tu puak pembangkang.. jadi dio tolong lah puak dio.. yang jadi mangso rakyat.. lopeh tu marahkan kerajaan.. silap haribulan (haribulan tak pernah silap) kecundang dalam PRU 13.. apo nak di kato.

    ReplyDelete
  11. Biasolah beb bapa pengerusi sykt minyak anak ketua sykt petrolium.

    ReplyDelete
  12. silakan bro din turtle.. memang kite takde pilihan sgt dlm politik melainkan umno dan bn tp sikap2 pemimpin yg tak perihatin mungkin membuatkan rakyat hilang arah dan pedoman dlm pilihanraya nanti...

    ReplyDelete