Monday, March 12, 2012

ATOM, TUKAR & MENTERI 3 SUKU

ATOM adalah singkatan Projek Permodenan Bengkel Automotif. Bertujuan untuk memoden dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan serta pembaikan automotif yang bertaburan dan tidak tersusun. Nilaian pinjamannya adalah RM100,000 bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun dengan kadar faedah 3 peratus.

TUKAR pula adalah singkatan kepada Projek Transformasi Kedai Runcit. Bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif. Nilai pinjamannya adalah RM60,000 bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun dengan kadar faedah 3 peratus.

China Doll pula bermaksud kegemaran Bapa Peliwat Tegar Negara yang telah menghasilkan seorang Doktor bergelar Ustaz yang sangat pakar dalam memberikan kaunseling kepada isteri orang di dalam bilik hotel yang selesa pada malam yang dingin. Hahaha...selingan saja.

ATOM & TUKAR telah dijadikan KPI Menteri 3 suku untuk membantu mentransformasikan kedai runcit dan bengkel berwajah 'kampung' kepada lebih moden dan berdaya saing.

ATOM & TUKAR dilaksanakan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pinjaman ATOM & TUKAR itu diberikan bagi mengubahsuai dan menaik taraf premis perniagaan dan pembelian mesin atau peralatan.

Kelulusan untuk pinjaman adalah dari pejabat KPDNKK dan BUKANnya oleh pihak bank. Bank hanya semak CCRIS/CTOS, bagi dana dan ambil komisyen. Ada je CCRIS/CTOS seseorang, maka bank berhak batalkan. Loan RM100 ribu, 15 tahun, 3% interest, pelanggan kena bayar RM250 bagi 6 bulan tempoh tangguhan manakala selepas itu lebih kurang RM710 selama 14 tahun 6 bulan.

Kiraan secara bodohnya, RM710 x 174 bulan=RM123,540 untuk tempoh 14 tahun 6 bulan. So, kalau tambah RM250 x 6 bulan = RM1500. Total = RM125,040.

Manakala pinjaman RM60 ribu, bayaran balik bagi tempoh 14 tahun 6 bulan ialah RM426, tangguhan 6 bulan adalah RM150 sebulan. Jadi kiralah sendiri.

Persoalannya:

a. Siapa konsultan atau pegawai pejabat Menteri KPDNKK yang lantik pembekal/kontraktor buat kerja-kerja pengubahsuaian? Bumiputera atau bukan bumiputera? Kerabat Menteri atau orang perseorangan yang layak?

b. Kos post system (mesin & sistem bacaan bar code untuk barang/inventori) yang dijadikan perkara wajib kosnya hampir RM7500, sedangkan buat sendiri boleh dapat dalam RM5400. Berapa ribu pulak nak mark up tu?

c. Kos pengubahsuaian terlalu tinggi. Alangkah baiknya bagi pelan kepada empunya kedai & biar dia sendiri yang cari kontraktor ikut spesifikasi. Esok lusa dia juga yang membayarnya, bukan daripada poket Menteri KPDNKK.

d. Maksimum RM30,000 untuk belian stok barang jualan tapi hampeh tak menureh. Kebanyakan dah pergi kepada kos pengubahsuaian. Kos ubah suai bagi TUKAR sahaja dah makan RM47,000. Balance beli barang jualan? RM 13,000? Cukupkah wahai Menteri 3 Suku?

e. Kedai akan jadi cantik, rak banyak tersusun indah & rapi, susun atur kemas, tapi apa barang yang nak dijual? Dah la margin keuntungan ciput, barang pulak dapat beli sikit. Come on la Menteri KPDNKK, rasanya beban orang terbela kah? Rasanya orang boleh bayar kah loan ni semula? Kehidupan mereka dengan margin untung yang sikit tu rasanya berbaloikah atau sekadar memenuhi KPImu sahaja wahai Menteri?

f. Berapa peratuskah Melayu yang dah terkena?...kerana majoritinya Melayu yang memohon dan membuat pinjaman untuk memenuhi KPI Menteri 3 Suku; sedangkan Cina dan India telah menarik diri/membatalkan pinjaman khususnya dalam pinjaman TUKAR.

Kalau macam ni la gayanya projek KPI Menteri 3 Suku, saya mencadangkan peniaga-peniaga ini diberi bantuan di bawah Qardhul Hassan (Pinjaman Tanpa Faedah). Sudah tentu para peniaga akan lebih terjamin andai berlaku aktiviti songlap pun.

YAB Dato' Seri Najib, andainya SBPA sanggup Dato' Seri batalkan semata-mata untuk berikan hak sama rata kepada penjawat awam terutama golongan bawahan, jadi kenapa pula untuk program ini terlepas pandang? Apakah perlu dikorbankan rakyat jelata bernama Melayu semata-mata untuk KPI Menteri 3 Suku ini?

Eloknya YAB DS Najib Razak buang saja Menteri 3 Suku ini sepertimana kita membuang Bapa Peliwat Tegar Negara, 'Ustaz Khalwat' & juak-juaknya dalam pilihanraya akan datang.

4 comments:

  1. Assalam Bro

    Macamana menteri 3 suku boleh ada dalam kabinet.. kena siasat ni... Tapi siapa yang nak siasat...?

    ReplyDelete
  2. betul tu bro,DS Najib kena siasat supaya orang Melayu tidak terus tertipu oleh Menteri 3 suku ni, Menteri ni mesti konco2 Anwar Ibrahim yang terlopeh dek mato najib. Ini memang orang Anwar Brahim Bapa Israel Malaysia

    ReplyDelete
  3. la mcm ni ke rupanya cite?ini bukan transformasi.ini transfer ke miskin ni.

    ReplyDelete
  4. bro,apa la sangat sekadar seribu dua or ratus ribu.lain la juta2.apapun tak boleh.

    ReplyDelete