Wednesday, March 14, 2012

Idea Gila Ali Rustam

Baru-baru ini salah seorang warga Paneh Miang beserta beberapa orang blogger ternama tanahair telah dijemput dan dibawa melawat sekitar negeri Melaka. Program bermula dari jam 7 malam hinggalah ke acara supper bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berakhir hampir jam 3 pagi. Pelbagai maklumat berkenaan negeri Melaka telah kami perolehi yang ingin dikongsikan di blog ini bersama para pembaca sekalian. Jelasnya, Kerajaan Negeri Melaka di bawah teraju Tok Ali telah memfokuskan kepada pembangunan industri pelancongan secara serius hingga memberi pulangan laba besar kepada kerajaan negeri selama ini.


Sebuah negeri kecil dengan hasil bumi yang terhad tidak menjadikan Melaka negeri yang mundur. Keunikan Melaka di bawah Tok Ali (Datuk Seri Ali Rustam) kerana sentiasa menyediakan produk pelancongan dengan idea kreatif yang agak gila-gila.


Melaka mampu membangun kerana industri pelancongannya berupaya menarik kedatangan 8.9 juta pengunjung yang telah menjana RM4.4 billion hanya pada tahun lepas saja dan dijangka akan terus meningkat setiap tahun. Kepelbagaian produk pelancongan berasaskan sejarah, pendidikan, sukan dan kesihatan jelas telah mengubah landskap Melaka secara keseluruhannya. Langkah kerajaan negeri membangunkan pelbagai produk pelancongan di sekitar Banda Hilir hingga ke pantai Klebang memudahkan orang ramai berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh.


Dahulu pakej pelancongan Melaka lebih tertumpu kepada bangunan bersejarah seperti Masjid Kampung Hulu, Stadthuys, A Famosa, Christ Church, St. Paul Church dan Perigi Hang Li Po. Namun kiini ia ditambah dengan produk baru seperti bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Jonker Walk, kenderaan dua alam Duck Tours, Monorel, Zoo Melaka etc.


Wild Life Theater di Pulau Melaka adalah produk terkini yang dibuka pada 25 November tahun lalu untuk mereka yang berminat menyaksikan persembahan unik tiga ekor singa laut yang didatangkan khas dari Chile, selain aksi spesies haiwan lain.


Idea gila terbaru Tok Ali yang merupakan satu pelaburan besar dengan pembelian sebuah kapal selam dari Perancis untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pertama di negara ini.

Kepada rakan maya & pelayar blog Paneh Miang, JOM kita melawat negeri Melaka sempena musim cuti sekolah ini kerana terdapat banyak produk-produk pelancongan terbaru dan menarik terdapat di Melaka. Melawat Melaka Bandar Bersejarah hampir sama ertinya anda telah melawat seluruh Malaysia. Jom cuti-cuti 1 Malaysia...


Tak hairanlah DAP+PkR+Pas begitu terliur untuk memerintah bumi Melaka. Pelbagai fitnah telah dan sedang direkayasa Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan BN di negeri itu yang hakikatnya telah begitu banyak jasa ditaburkan demi kesejahteraan & kemakmuran rakyat Melaka selama ini. Tahniah Kerajaan BN Melaka...Tahniah Datuk Seri Ali Rustam. Moga Melaka aman, sentosa, makmur berkekalan.

p/s: Kerajaan Negeri Sembilan bila pulak nak bangunkan produk pelancongan negeri secara serius? Orang MTPN masih lena gamaknya...

10 comments:

  1. KM Melaka ado idea gilo. Memang dio ado 'think-tank' yang bokojo. Wa caya lu lah Ali!!. Exco Pelancongan N. Sombilan ontah apo dibuek eh. Sopatut eh, Port Dickson tu bulih lobih hebat dari Molako. Namo dah ado sojak dulu, jalan kesinun elok siap ngan Highway lai cumo idea Exco tu lotak kek mano, kek kopalo lutut ko?. Lu pikir lah sondiri.

    ReplyDelete
  2. Banggo eee jd org melako, bila la agknya dapek bekhidmat kek kg sendiri ni....

    ReplyDelete
  3. NEGERI SEMBILAN X ADE DUITLAH NAK BUAT MACAM MELAKA NIE...MACAM2 NAK KENA BAYAR..ELAUN PEMIMPIN KAT NEGERI SEMBILAN PUN ADA MACAM2 :)

    ReplyDelete
  4. Hehe Tak nak komen tentang bunga yang bewarna warni...sesiapa masuk sahaja sempadan negeri semua pelancung tahu " Oh..kita sudah berada di Melaka"...Tumbuhan dan Bunga-bunga yang beraneka dan rumput di bahu jalan yang sentiasa pendek dan bersih itu menunjukkan suasana yang ada di Melaka.

    Kalau tidak percaya jom ke Melaka lihat sendiri. Jangan bimbang tentang lodging...lengkap!!! Dari 5 stars ke budget hotel dan hingga ke Homestay...

    -anakmelaka

    ReplyDelete
  5. Melaka Negeri Bersejarah
    Tempat tumpah darah kita
    Dijunjung dengan sepenuh jiwa
    Untuk maju dan jaya
    Rakyat Melaka sudah bersatu padu
    Berikrar taat setia
    Jujur berkhidmat setiap masa
    Melaka maju jaya.

    -Anak Jati Melaka

    ReplyDelete
  6. Melaka adalah negara contoh yang patut di pelajari oleh Malaysia dan semua negeri dan semua Majlis Perbandaran dari segi Perlancongan dan bagaimana menjaganya sepanjang masa.

    Kalau nak dibandingkan Melaka dengan Kelantan, Alor Gajah dengan Ketereh Perbandaran Islam - macam banding nyamuk dengan gajah.

    ReplyDelete
  7. BRO Agak-agak eh sampai bilo orang kito terus menerus menziarahi kubo yang ado kat atas Kota Farmosa....ni lagi hebat untuk kito renungkan

    ReplyDelete
  8. banyak tompek lai nak poi, yg poi tengok kubur buek apo....

    ReplyDelete
  9. Di negeri Sembilan bukan MTPN lagi tapi dah jadi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Item yang ditawarkan tak habih2 Pantai PD, Homestay dan Razi Kail koba ini dapek menarik 4 juta orang pelancong tahun ni. Bodoh ko apo Razi Kail ni? Dulu dio rasmikan Restoran Makanan Arab kek Paroi halo ko Pilah. Dio koba Restoren tu leh tarik pelancong timur Tengah kerana masakan arabnya. 4 bulan lopeh tu restoren tu tutup! Bangang bona Razi Kail ni.

    ReplyDelete
  10. PKR+PAS+DAP dapat perintah Melaka lagi la gila dorg tarah harta org Melaka.. kompom xde dah perumahan utk rakyat sbb lebih untung buat kondo pastu jual kt org sgpore..

    kompom penduduk kg morten kena halau sbb lg elok bina hotel ngan shopping kompleks dari bg org tggl tepi sungai tu..

    ReplyDelete