Thursday, March 1, 2012

Tok Mad dah nengok ko bolum video nih...

Email Paneh Miang memang sentiaso aktif. Setiap hari ado yo pembaco blog kami yang hantar laporan itulah, inilah, yang kebanyakan eh berkaitan apo yang belaku sekitar Negeri Sembilan. Ado yang hantar artikel, ado email yang puji, ado yang tak pueh hati, ado email yang marah-marah, ado isu paneh, ado isu sojuk boku, dan ado jugak isu yang suam-suam kuku. Laporan tentang apo si polan tu buek, apa si polan ni kojo an, sumo eh ado dalam tangan kami. Bukti begamba ko, bideo ko, surat ko, sms ko, mms ko, tak kirolah si polan tu orang kerajaan atau pihak pembangkang, sumo eh ado. Cumo nak tak nak yo kami paparkan di blog, atau bolun sampai masonyo maklumat sebegitu didodahkan.

Tapi disobabkan ado segelintir geng belio di NS yang pendek akal cubo 'menyerang' Paneh Miang, mako kami pun berhajatlah untuk berkongsi 'kehebatan' sekumpulan belio yang terdapat di negeri ni. Bukan kami nak kutuk doh, tapi lobih kepado puji-pujian. Ini baru sikit yo. Banyak laie yang lain...tunggu maso ajo.

Baru-baru ni telah berlangsungnya Karnival Belia Negeri Sembilan, anjuran...ontah sapo la penganjur eh, tapi ianya dirasmikan oleh DSU Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. DS Shabery Cheek pun datang maso perasmian tu.

Ramai tul yang 'puji' karnival belio tu bejayo. Kehadiran pengunjung begitu 'ramai' hinggokan habih rugi segalo peniago yang sewa booth, sampai tak terbayar duit sewa booth tu. Ramai tul yang 'puji' belakang-belakang. Hehehe...cakap kat kami, apo lah yang kami bulih buek wahai abang & akak peniago ni sumo. Lenkali cakaplah kat Menteri Bosar. Bulih la DSU tolong setelkan apo yang patut.

Pado malam penutup karnival tu, diadokan pulak majlis makan malam. Ontah nak raikan sapo pun tak tau. Tapi MBNS tak datang malam tu, dan hanyo hantar wakil Exco Belia & Sukan Kerajaan NSDK. Siap ado artis Akademi Fantasia, Ani Mayuni etc. Meriah tul suasana makan malam penutup tu, sampaikan ramai belio yang sporting bak kato Ani Mayuni yang turut naik ke pentas berdangdut dongan beliau. Rugi tul Tok Mad Hasan tak tengok pesta joget dangdut lambak tu. Tapi takpo Tok Mat, you won't miss anything sobab dah ado oghang hantar bideo kat kami untuk tatapan Tok Mad. Saksikanlah bideo bawah ni.



Camno Tok Mad? Bagus tak bebudak belio nih. Inilah yang oghang mudo mahukan. Kebebasan di karnival belia sebegini mampu memikat mereka mengundi BN. Tambah pulak bilo exco Tok Mad yang begitu sporting join skali joget lambak nih.




Haaa...kan bagus macam ni. Inilah yang dinamokan pemimpin bejiwo rakyat. Mentadbir bulih, kawin duo bulih, berdangdut lagiilllaaaahhhhh bulih! Pemimpin sebegini la yang oghang mudo suko. Berjiwo mudo dan samo kelaku dengan oghang mudo. Barulah oghang mudo bulih masyuk join sekepalo. Takdolah asik jadi pemimpin yang ego tak betompek dan suko control macho sentiaso. Inilah yang dinamokan "New Politic". Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang belio...berdangdut.

Asal eh meko sumo nih memang buek joget lambak. Tapi bilo teperasan ado oghang yang dah mulo angkat Galaxy Tab untuk rakam aksi dangdut tu, tetibo yo sumo betukar buek tarian Poco-Poco (poco-poco ni dah haram ko bolun? atau dah halal?). Macam tranformers lak memasing. Dari dangdut kepado poco-poco.

Itu yolah yang kami nak kungsi dengan Tok Mad. Takdo apo yang ponting doh. Cumo bebudak mudo dan segelintir budak tuo yang nak enjoy sekali-sekalo. Tak salahkan Tok Mad? Apa barang mahu jaga imej kerajaan negeri...yang ponting semuo eh happy. Pihak penganjur dapek begelek, penaung penganjur pun dapek berdangdut. Memang sesuai la tu.

Pssttt...apasal oghang tuo tu bejoget ateh ponteh macam samo yo caro Bapak Anwar Bin Ibrahim joget? Ado konan ko? Hehehe...

83 comments:

  1. ha ha ha ha, ke mano Samad nak bawak belia nih? Kaki ronggeng rupanya Samad ni. Bukan sebelah Ani Mahyuni tu Wan Salwati ko? hah elok la tu Exco belia dgn Presiden Majlis Belia NS berganding mantap beronggeng bersama. Seorang berharap di kekalkan jadi wakil rakyat dan seorang lagi berangan nak jadi wakil rakyat. Belia semua mari kita beronggeng sampai tua. Lupakan ehwal ekonomi, ehwal pembangunan insan, ehwal kepimpinan. Peniaga yang nak cari nafkah jangan pedulikan sama ada mereka dapat meniaga, dapat untung. Pedulikan semua itu! Mari beronggeng!

    ReplyDelete
  2. Saudara....
    Adakah ianya menjadi satu kesalahan atau pun pihak paneh miang ingin mencari publisiti...

    BELIA mempunyai definasi besar dan ini adalah sebahagian drpd perkara yang lazimnya menjadi program belia/anak muda...

    Sepatutnya paneh miang melihat disudut yg positif...tetapi skrg lebih kpd seperti PEMUSNAH BELIA N9...seharusnya pujian kepada MBN kerana dapat :

    a)melaksanakan Karnival ini walaupun ianya adalah kali pertama dalam sejarah.

    b) MBN juga dapat menghimpunkan seluruh belia di N9 yang terdiri pelbagai latar belakang/pelbagai persatuan/belia yg tanpa persatuan dan pelbagai lagi.

    c) Bagi saya, MBN perlu terus melangkah dan melangkah. Ini adalah langkah pertama. Persetankan dengan adu domba yang menghancurkan.

    Dari pengamatan yang dibuat,seolah-oleh paneh miang merupakan :

    a) seperti dikalangan org yang kecewa.

    b) pemikiran yang sempit tentang isu dan perkembangan belia yang pelbagai

    c) menjadi duri dalam daging terhadap kejayaan belia.

    d) dan yg penting seolah-olah menjadi balaci kepada musuh-musuh belia dan poluik diN9.

    Jadi fikirkanlah, Transformasi TIDAK AKAN TERHENTI. MBN akan bersatu dalam apa jua matlamat utk Belia N9....ciow

    ReplyDelete
  3. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
    ehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.
    “Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di Sepang hari ini.
    Bagaimanapun katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
    Harussani ZakariaSementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau
    sebaliknya.
    “Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat,” katanya.
    Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin ‘mencevax’ iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.
    “Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada
    itu,” katanya.
    hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 groupMenurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.
    “Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan,” kata beliau.
    Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian.

    ReplyDelete
  4. saudara poco2 hanya diharamkan di negeri perak sahaja.. kok org sibuk poco2 kau sibuk pulak..ko ni nak memecahkan belia n9 nampaknya.. sepatutnya ekau bagi idea.. ni siap rakam2 video lopeh tu nak kono kan orang.. dari rakaman video tu macam ambik dari table pgwai sekritariat belia n9 dgn konco-konco penylrs belia dun yang bersama oleh farman ..penylras lain di tangan2 kan.. dah la korang punya identiti ni senmua dah tahu ..sok jangan terlambat nak mintak maap yo..berani sangat meh keluar buek kenyataan dopan2.. dok tibai dlm blog jo..

    ReplyDelete
  5. berikut kenyataan dari mufti perak, negeri lain ok je:

    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan.

    ReplyDelete
  6. hahahahhaa KANTOI SUDAHLAH BODOH ...JGN NANTI SEMUA VIDOE KO YANG KELUAR PULAK..

    ReplyDelete
  7. Bg aku...Itu namanya pemimpin berjiwa rakyat..mgkin sbb encik ni x dpt beronggeng bsama..itu yg sakit mata Dan sakit hati tu kan?hehee...jgn pertikaikan apa yg exco tu buat,dia buat yg tbaik utk belia..sey sbgai belia raso banggo dpt exco camni...sporting dan supportive...

    ReplyDelete
  8. komen cik anon 3.18pm tu macam komen wan salwati ajo. ekau nulih komen macam hantar esei kat pensyarah uitm jo wan? hihihi. tak kisahlah nak buek camno pun. nak bergelek ko, pocong-pocong ko, dangdut ko, yg ponting mentoliti belio ni kono tingkatkan. ni dok sogok dongan artis, joget lambak, lumbo motor, keto racing sumo ni patut lah mentoliti belio kat malaysia ni tak bekombang. dok takuk tu ajo. pesen lamo. cari la ideo bernas skit. kok nak nari sampai lingkup pun bulih. kok botul nak suruh nari, ajar la menari yang sebona-bona eh. tradisional ko, masuk ask ko. ini setakat dangdut tak komano tu doh. habis rosak menari laki pompuan. lopeh abih majlis betambah rosak anak muda bercampur gaul bukan mahram. tapi kok penganjur pun samo yo ngoman eh, 2x5 yolah.

    ReplyDelete
  9. ko apo bangang sangat....kan dah nama BELIA...Golongan Belia ni terdiri pelbagai (variety) jadi sebagai Pemimpin pelu bersama semua lapisan dan latar belakang golongan belia itu sendiri.

    kenapa ko tak tayangkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dibuat oleh MBN sebelum karnival dirasmikan pada hari Khamis di Masjid Bukit Chedang.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya Samad di pertahankan oleh golongan yang miskin intelek. Budaya hedonisme suka berpesta dijadikan contoh oleh Exco Belia ini kepada para belia. Apa lepas ni kalau Menteri Besar yang menjadi ikon belia perlu menari dan berpesta ke untuk dapatkan sokongan orang muda? Apa salahnya ye tak? Majlis Fatwa Kebangsaan pun x haramkan poco-poco.Bagaimana mahu orang muda hendak dipimpin kalau Exco Belia asyik tunjuk skill berpesta? Namun bila diminta bentangkan Rancangan Pembangunan Belia dalam mesyuarat EXCO tak berani.5 kali denganrnya pihak UPEN mohon dia bentangkan tapi kecut x berani.Mungkin kalau dibenarkan bentang Rancangan Pembangunan belia sambil beronggeng baru dia berani kot!Benda yang serius kepada pembangunan belia x berani buat. benda yang suka-suka dialah dulu ke hadapan.Tak sior aku pemimpin yang macam ini!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum....kepada sahabat Paneh Miang, saya selaku Presiden MBNNS rasa terpanggil untuk memberi kenyataan yang diutarakan sepertimana yang dipaparkan dilaman blog ini.

    Tidak pernah terlintas dihati saya untuk menyatakan sebarang kenyataan di blog ini tetapi diatas kepentingan Belia N.Sembilan, saya ingin menyatakan bahawa, golongan belia di N.Sembilan perlu diberi ruang / peluang untuk bersama-sama dalam program yang diadakan demi menarik minat seluruh golongan belia yang ada.

    Sebagai seorang pemimpin, saya perlu terus mendampingi mereka agar mereka dapat dihargai dan diperlukan bersama-sama dengan yang lain agar tiada golongan belia tercicit atau tertingal.

    Adakah menjadi kesalahan utk seorang pemimpin berpoco-poco? Adakah menjadi kesalahan untuk menyesuaikan diri dengan setiap program belia yang pelbagai? Kenapa kita harus membataskan / menghadkan kepimpinan yang ada selagi ianya melibatkan kepentingan golongan Belia dan tiada siapa pun pemimpin Negeri / Negara dan Dunia yang sanggup membataskan / menghadkan kepimpinannya? Sesungguhnya dunia mengakui bahawa kepimpinan yg besar kelompok sasarannya dengan pelbagai idealisma adalah dari kepimpinan Belia.

    Adakah isu ini dibangkitkan kerana MBNNS dipimpin oleh seorang wanita? Saya tampil sebagai seorang Presiden MBNNS adalah secara demokrasi yang dipilih oleh perwakilan.

    Tentang program yang diadakan semasa karnival,ianya perlu dilihat secara menyeluruh. Ini kerana BELIA dibadani atau ditunjangi dengan pelbagai latar belakang persatuan.

    Adakah hanya program skima atau formal sahaja yang perlu ditampilkan? Bagaimana pula mereka yang Tidak Berpersatuan, Mat Rempit dan sebagainya?

    Jadi, janganlah kita sempitkan pemikiran dan membataskan untuk kepentingan belia. Inilah sebenarnya GENERASI MUDA PENYAMBUNG WARISAN yang harus kita dekati.

    Memang saya akui, beberapa kelemahan dan kekurangan terdapat semasa Karnival ini berlangsung, tetapi tidak menjadi halangan bagi MBN untuk terus melangkah. Ini kerana ianya adalah kali pertama MBN menganjurkan program besar seperti itu dan seharusnya Paneh Miang memberi galakkan dan sokongan kepada MBN untuk terus dan terus maju kedepan. Bukannya kritikan dan cemuhan seperti yang dilakukan.

    Oleh yang demikan, saya selaku Presiden MBNNS ingin membuat Jemputan Rasmi kepada Pemilik Paneh Miang dan sahabatnya untuk Berdiskusi secara Ilmiah dan Intelektual demi kepentingan serta kemajuan Belia N.Sembilan.

    Jemputan Rasmi ini juga diberikan kepada YB.Dato'Abd. Samad Ibrahim selaku Exco yang menjaga hal ehwal belia.

    Diharap Paneh Miang dapat menberikan jawapan sebelum 10hb Mac 2012.

    Kepada seluruh sahabat-sahabat warga Paneh Miang, semoga kita ditemukan dalam Diskusi ilmu itu nanti.

    Terima Kasih untuk seluruh sahabat.

    "Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru"

    Yang Benar.

    Wan Salwati Bt Hj.Abdullah
    Presiden
    Majlis Belia N.Sembilan

    s/k: YB.Dato'Abd.Samad Ibrahim

    ReplyDelete
  12. MAKMULAN...

    Pembetulan kesilapan ejaan : tercicit - Tercicir, tertingal - Tertinggal.

    Yang Benar,

    Wan Salwati Hj.Abdullah
    Presiden
    Majlis Belia N.Sembilan

    ReplyDelete
  13. Betul tu tuan president! Saya sebagai belia baru, menyokong kata-kata beliau. Disini saya melihat, program-program yang dilaksanakan oleh mbn menarik perhatian belia baru seperti kami untuk sama-sama melibatkan diri secara lansung dan tidak lansung. Kami disini mahukan transformasi seperti ini, bukannya menjatuhkan belia seperti kami. Kami juga berhak menyuarakan pendapat kami. GENERASI MUDA PENYAMBUNG WARISAN!!!!!

    ReplyDelete
  14. ha mcm ni la bagus.. presiden mbnns dah nak bersemuka.. apa lagi masa ni lah kita nak hentam ke , nak gelek ke, nak bising pasal pocong2 ke ini lah masanya.. pru13 nak dekat..korang sibuk nak berantak..dah dah moh ramai2 jumpa presiden.

    ReplyDelete
  15. PANEH MIANG TAHNIAH.. EKAU SEMUO DAH DAPAT PELUANG BERDOPAN DENGAN PRESIDENT MBNNS,OK GAK PUBLISITI KORANG CARI NI.. UNTUNG2 DAPAT GAK EKAU SEMUO JUMPO DATO SAMAD,BAGUIH ADO PELUANG NI..BAWAK SEKALI PENGARAH BELIA DAN PEGAWAI SEKRETARIAT BELIA DAN SEMUA PEMIMPIN BADAN NGO DLM N9..

    ReplyDelete
  16. Buang kat anjing la tolo kau tu anjing...

    ReplyDelete
  17. Salam terutama President MBNNS.

    Tahniah dan kenyataan hebat serta satu Jemputan yang cukup berani demi kepentingan belia n9. Saya juga nak betulkan ejaan President MBN berkaitan Makluman dan bukannya Makmulan. Mungkin begitu tertumpu untuk menjawab dan memberi kenyataan.

    Walau bagaimanapun, sebagai belia yang baru bersama dlm persatuan, saya melihat keberanian dan keterbukaan serta penyelesaian yg ingin di cari sepertimana yang dimaklumkan oleh President MBN harus dilakukan demi kebaikan Belia.

    Saya mendoakan Presiden terus maju dengan segala apa yg dirancang.

    ReplyDelete
  18. apo yang paneh miang nak takut beb. rahsio sumo kat dorang. ramai informer dorang. ahli politik dan yang berangan nak jadi adun la yang patut comeh.

    ReplyDelete
  19. Cara terbaik untuk dapat undi masa PRU-13 kelak. Berjoget dikhalayak ramai. Lepas ini Samad boleh bentangkan dalam mesyuarat EXCO agar semua ADUN-ADUN BN berjoget di khalayak pengundi di DUN masing-masing. x cukup tenaga nak gerakkan program macam tu? Panggil sahaja Presiden MBN untuk bantu.Tapi sebelum tu jangan lupa!Mulakan majlis dengan tahlil dan baca yassin. Untuk acara penutup barulah berjoget.Apa nak takut, itu susunan yang dibuat masa Karnival haritu kan? Sudah semestinya boleh raih undi mat rempit dan orang yang tak berpersatuan. kalau nasib baik dapat tarik perhatian orang yang hidup bergelandangan sekali.Kepada MB NSDK ambikla orang lain jadi exco belia. YB Adnan pun boleh, YB Zaiful pun boleh. Entah ke mana Samad ni nak bawa belia ini.

    ReplyDelete
  20. Paneh miang@Suhaimi md din kalo Anak jantan terima la Pelawaan president tu jangan lah nak menyalak mcm anjing je pandai..orang x tau sape lu bole la bro lu nak menyalak tp kalo lu Anak jantan datang lah n bersemuka..gua tau sape lu bro.. Meh duduk semeja la kalo lu berani sangat..cukup2 lah Suhaimi md din jgn buat sampai org mcm sampah n xde maruah padahal ko tu sampah n xde maruah..orang ada family n keluarga gak so beringat skit bro jgn ikut suka lu je nak cakap ape.. Sendiri mau ingat Suhaimi md din

    ReplyDelete
  21. Nak tanyo YB Samad la....keto audi tu Yb punyo ko? Banyak boto duit. dah buek deklarasi kat SPRM ko?

    Bukan Presiden
    Majlis Belia N. Sembilan

    sk. Menteri Besar Negeri Sembilan

    ReplyDelete
  22. Inilah contoh pemimpin UMNO. Suka berpesta dan mengaut kekayaan dibelakang rakyat sedangkan rakyat bersusah payah untuk meneruskan kehidupan.Perlukah apa lagi kita bicarakan. Kita tukar Kerajaan untuk PRU-13 ini!

    ABU

    ReplyDelete
  23. Kategori belia adalah bawah umur 40 tahun. Golongan belia yang lewat 20an dan ketegori 30an termasuk golongan bekerjaya dan profesional pasti melihat program sebegini hanya merosakkan golongan muda. Hanya buang masa. Kata slogan Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru, tapi program bertaraf jom heboh sejak dulu sampai sekarang, belia hanya dimomokkan dengan hiburan. Bagaimana mahu selesai masalah sosial yang semakin celaru di negara ni. Buang karan.

    -Pakteh

    ReplyDelete
  24. bagus presiden saya golongan peniaga 2melayu sentiasa menyokong apa yg di laksanakan untuk belia.yang lain macam hampas buat dulu baru nak kutuk org.

    limah enterprise

    ReplyDelete
  25. apa pun kenapa paneh miang sonyap yo x memberi komen dan respon dari Presiden MBN...kata hebat...Sebagai anak muda merdeka seharusnya menerima pelawaan tersebut jangan menjadi jaguh didalam blog sahaja.

    ReplyDelete
  26. Saya cadangkan kepada Presiden lebih elok buat kenyataan akhbar,radio dan sebagainya berkaitan Jemputan yang dibuat utk kepentingan belia.

    Sebab penulis blog ini seolah-oleh dia sahaja yang hebat.

    ReplyDelete
  27. Puan Presiden MBN..

    Kami dari golongan belia di bandar seremban bersetuju dgn apa yang ingin dibuat oleh pihak Puan Presiden.

    Kami berdiri teguh dan ingin menyaksikan Hujahan mereka secara terbuka.

    Usikkan dari mereka dan gelanggang Puan telah buka. Apa lagi ayuhlah kita melakukan satu lagi sejarah berkaitan diskusi yang ingin diadakan.

    ReplyDelete
  28. hahah ado pulak nak tanyo keta dato.. biarlah dio ,hasil titik peluh dio..kenapa kau tak tanya pegawai sekretariat belia yang ada mazda x3 dengan estima tu .. nak tarok biar tarok semuo jang..jangan tembak2 jo.

    pd guy

    ReplyDelete
  29. paneh miang ni agak eh dah lopeh umur belia. so buang masa la dorg ni nak layan korang ni suma. tapi pelik gak. rasanya yang disindir dalam posting ni ialah exco kerajaan negeri, tapi budak belia tak cukup matang plak yang terasa. lain yang diusik lain pulak yang meloncat. sah memang budak2 wan ni jonih koncing pun meleleh lae. otak tak matang.

    ReplyDelete
  30. Wah hebat kak wan....

    Paluan Gong telah berbunyi...mari kita tunggu dan lihat paneh miang berani atau tidak.

    atau

    kita ke KAJANG....

    ReplyDelete
  31. Sapa mulakan dulu....kok paneh miang nak jadi bangang biar ler dia sorang...ni hbis dia usiknya.

    Jadi sapa tak matang, kita belia ke atau paneh miang?

    Anak Muda/Belia jangan dicabar atau ditekan...kok merasai badan

    ReplyDelete
  32. ramai pulak penyokong wan salwati kat sini. apo kato korang sumo ni gi jumpo ridhwan basri dan amsani utk tanyo sapo sobona eh wan nih. jangan sokong membabi buto. sok kok nyosa.

    ReplyDelete
  33. asyik mbnns salah jo...apo kato anda semua tentang pengarah belia nogori pulak ado hati nak jadi org kenamaan...janji sano sini..dah tuo buek banyak2 kerja amal..bukan makan buah berangan jo..apa celup...!!!!

    ReplyDelete
  34. Sekarang ni jawab ler jempuran mbnns

    ReplyDelete
  35. paneh miang dah paneh la tu...

    ReplyDelete
  36. apo pulak nak menyesal nye kalau sokong wan salwati.. dio bukan pkr ,pas pun bukan..dah buto2 dio tu puteri umno' korang ni sokong mano lak..hamsani budak2 belia dah jumpa dah kek nilai hari tu..dah di soal..tiado masalah apo apo pun budak pendek tu..ridhwan basri pun ado gak cerito ehh.. siapo lagi ko nak keluar kan namo eh...semua lari bilo org2 kat atas ni suruh keluarkan kenyataan pasal pengarah belia dan pgwai sekretariat..ontah2 semua satu kapal la ni..

    lenggeng juara

    ReplyDelete
  37. komen yang ni >March 1, 2012 9:45 PM

    apa yang salah nya..dah exco belia ,dia menari pun ada bini dia kat atas tu.. depan halayak ramai.. yang lain pergi dangdut senyap2 tu tak lak kau kecoh.. khairol pergi k'ok bawak......tuutttttttttttt tak la keluar. farman menari2 dengan perempuan , dengan aku dan penyelaras belia dun-dun di program pertukaran minda tak pulak kecoh.. nampak sangat semua dah goyang.. tak boleh nak monopoli la tu..pinjam ayat diatas ' APA CELUP ' paneh miang berdarah miang la sekarang, tok mat rasa nya paneh miang lah punca BELIA N9 HANCUR.

    SK- DSU MBNS

    ReplyDelete
  38. mail (Ismail Shahlan-Seremban)March 2, 2012 at 1:19 AM

    Salam semua...Apo kecoh2 dlm komen ni? sampai hal luar dlm nk sebut...kalu hal poltik kito citer hal politik...kalu citer hal belia kito citer hal belia....

    Nie sampai kuar citer keto audi ler mazda pun kuar. Aduhh jgn ler kita bercakaran sesamo sendiri. Yg rugi kita sampai bermaki maki den nengokkan...Cuba kita cari titik pertemuan dan persamaan sesamo kita..yg tak sodapnyo sampai mengaibkan org. Kito ni sesamo melayu. Ado yg dh brkeluargo dan beranak cucu.Sodih gak mcm ni.

    Den cumo nak bagi nasihat yo kalu nak terimo...Si Presiden MBN ni buek lah korje sebaik mungkin.
    Tunjukkan kejayaan MBN utk maso hadapan.Den doakan ajo agar semuanya berado dilandasan yg sobonar...cuma kadang2 byk sgt citer2 yg disensasikan. jujur den konal si wan ni dan keluargonyo. X nampak lak apo apo pun...den jugo tahu dan konal si mamat hamsani tu..den nak bgtau sobab nak mengelakkan fitnah dan salah sangko. Yg den tahu dan pasti mamat ni dah bertunang ngan peguam kat Kuantan pado tahun lopeh tak silap den budak Paloh Hinai.Walau apa pun jgn ler kito mengaibkan sapo sapo atau membuek fitnah.Ya Allah den x sanggup dengan dosa dan balasan dari Nya. Yg rugi nyor kita bercakaran sesomo sendiri...

    Pd paneh miang, teruskan usoha penulisan anda. Tp jgn ler plak dijadikan blog ini sbgai tompek menghemtam org yo...tp apo yg den suko, org kita dah menguasai media maya ini dgn baik sekali.

    Teruskan usaho semuo utk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...wasalam

    ReplyDelete
  39. tapi kan kenapew jarang nampak kak wan bejalan ke mana mana ngan suami. sebab tu banyak sangat spekulasi. sajew je tanye. sori yew kak wan.

    ReplyDelete
  40. Bro jgn kita tanya kek dlm ni baik kita g tanya dia sendiri..

    Tp syabas ler kepada semua belia sbb berani utk mengadakan Diskusi yg si wan jemput tu.

    Cadangan yg baik...apa apa pun ini satu perubahan.

    ReplyDelete
  41. Salam semua.

    Aku budak belia yang dah lama dok dalam persatuan belia. Tau dah sepak terajang dan mentaliti banyak pemimpin belia N9 ni. Presiden MBNNS kena ingat, bukan semua belia yang duduk dalam persatuan dan kelab suka dan sokong anda. Cumo maleh nak koba sajo.

    ReplyDelete
  42. Den tengok lain di palu lain meloncek ni.Agak ee jadi pemimpin belia ni wajib mempertahankan exco belia ke? Exco den raso kalau di peringkat negeri dah taraf Menteri. Jadi EXCO kena masuk Sprint Test ke kalau ada program Sprint Test? Kok ado program belia panggil MB ada nyanyi dan tarian, MB pun kene nyanyi dan menari ko?kono ko MB bawak Datin Sri naik atas pentas dan menari? Kalau ada MB hadir hari tu raso ee berani tak Samad menari? Kalau nak jadi popular pun di kalangan belia tak kan kene naik menari. Awak tu dah EXCO bukan belia k.pilah lagi. Ketua Puteri Seremban dah sampai kebangsaan pun tak kan tak faham lagi. Jika dia seorang presiden MBN dia sepatutnya tahu bagaimana nak jaga reputasi EXCO seperti Samad.Bila Samad kena sindir sebab kurang bijaksana yang Presiden MBN nak melompat buat apa? Pengikutnya yang dari mula tak faham konteks sindiran mulalah tunjuk jaguh cabar sana dan sini. Apa hal lak Farman yang kena kerana kekurangan bijaksana Samad? mungkin Presiden MBN ni perlu berfikir dan cari jalan untuk mematangkan kepimpinan dan fikiran pengikutnya

    ReplyDelete
  43. dah tau dah tahap mentaliti pengikut wan salwati ni. tahap pikir budak2 cabar main guli bilo perasan bagus sobab guli masih banyak dalam tin. memang botul cakap anon 1118pm. sumo pengikut wan bolum matang lagi. tak faham bahaso kiasan, tak faham sindiran, tak tau sapo yang ditarget, sapo pulak yang teraso. kesian mentaliti budak2 belio camni. tak gamak den nak sughuh anak den masuk pesatuan belio kat n9 kok camtu ngoman eh.

    ReplyDelete
  44. HALAU PAK MENAKAN NI KELUAR DARI N9 DENGAN ANAK BINI SEKALI.. ORANG MACAM NI LA YANG MENGURANGKAN PENDUDUK N9 DAN JATUH KAN KERAJAAN N9. KAU NI SANGAP KUIH APAM NI..

    ReplyDelete
  45. Den tengok lain di palu lain meloncek ni.Agak ee jadi pemimpin belia ni wajib mempertahankan exco belia ke? Exco den raso kalau di peringkat negeri dah taraf Menteri. Jadi EXCO kena masuk Sprint Test ke kalau ada program Sprint Test? Kok ado program belia panggil MB ada nyanyi dan tarian, MB pun kene nyanyi dan menari ko?kono ko MB bawak Datin Sri naik atas pentas dan menari? Kalau ada MB hadir hari tu raso ee berani tak Samad menari? Kalau nak jadi popular pun di kalangan belia tak kan kene naik menari. Awak tu dah EXCO bukan belia k.pilah lagi. Ketua Puteri Seremban dah sampai kebangsaan pun tak kan tak faham lagi. Jika dia seorang presiden MBN dia sepatutnya tahu bagaimana nak jaga reputasi EXCO seperti Samad.Bila Samad kena sindir sebab kurang bijaksana yang
    AYAT NI LAGI TAK BOLEH BLA.. NAK COVER MCM MANA PUN DAH TAHU SIAPA YANG TULIS NI..HAHAHAHA..KANTOI BODOH LA KAU >
    Presiden MBN nak melompat buat apa? Pengikutnya yang dari mula tak faham konteks sindiran mulalah tunjuk jaguh cabar sana dan sini. Apa hal lak Farman yang kena kerana kekurangan bijaksana Samad? mungkin Presiden MBN ni perlu berfikir dan cari jalan untuk mematangkan kepimpinan dan fikiran pengikutnya

    March 2, 2012 2:06 AM

    ReplyDelete
  46. eh belia felda kesian kat kamu semua..kami belia nelayan kat linggi ni pun teruk gak..tapi den takdo la nak slah kan presiden mbnns..sobab dio baru naik.. agak2 la nak bantai tu..kami kat sini pun masih teliti mcm mana si perempuan mentadbir belia.. setakat ni kami boleh katakan lebih hebat lantang dan berani mempertahankan semua lapisan belia kalau nak banding dengan yg dulu. alahai felda ado tan sri isa.. menteri pun dh umum mcm2 utk generasi kedua felda..korang tak pikir pulak belia kat bandar paneh miang tengok korang pulak sebab tak nak guno pakai apo yang dh diberi- ini pandangan esei jo..jgn teraso ,sobab esei dgn budak2 sei tak ponah tengok belia felda ni cergas.. ko tengok belia felda negeri lain melambak ado akaun facebook.. kau cubo cari nogori 9 punyo, ontah ado ke tak, dari situ dah nampak mano poie semangat belio yang korang dok nak protes2 dokek sini buek apo..jangan esei cakap mcm ni kau ingat esei org wan salwati yo.. org paneh miang pun bukan.. esei mewakili belia2 nelayan dokek linggi ni.. biar kami jauh tapi tak buto it lagi..

    linggi fisherman youth club

    ReplyDelete
  47. Selepas saya baca semua komen yang diberi, apa yang saya nampak dan perlu diberi perhatian adalah kepada mencari penyelesaian sepertimana yang di jemput oleh Presiden MBN kepada Paneh Miang.

    Jadi, seharusnya Paneh Miang dan sahabat yang bersamanya perlu menjawab jemputan/pelawaan yang telah dibuat ini.

    Ini adalah Direction yang JELAS dan NYATA sepertimana yang penawaran yang telah dibuat dan bukannya bertikam lidah dan pendapat yang sama sekali menunjukkan kedangkalan Paneh Miang dan sahabatnya yang lain.

    Oleh itu,diharap Paneh Miang dapat memberi fokus dan memberi Jawapan diatas Pelawaan tersebut. Ianya amat mudah sama ada YA SETUJU atau TIDAK SETUJU.

    Seperti pelajar disekolah, FAHAMI SOALAN dan JAWAB.

    ReplyDelete
  48. sahut lah cabaran wan salwati 2..jgn nk dok pusing sana pusing cnie...skrg kata putus paneh miang berani atau tidak berjumpa wan salwati dan belia2 yg anda kutuk...
    KAMI DAH BERSEDIA BAGAIMANA PULA NGN PANEH MIANG....

    YG BENAR
    BELIA N9

    ReplyDelete
  49. agaknya paneh miang ni tak kesekolah ke? sampai bengap sangat..ko nak disekolahkan sekali lagi.

    ReplyDelete
  50. Betul tu bro...tak muat Dewan MPS, Padang MPS kita jadikan lokasi untuk program diskusi ini...kita minta presiden buat secara terbuka dan disaksikan oleh belia dan sesiapa sahaja yg berminat...

    biarlah belia sendiri menilaikan apa hujahan kedua belah pihak.

    ReplyDelete
  51. cantik pandangan tu...kito ajak sekali nama nama yang paneh miang sebut dan katakan dlm blog dia ni tak kirolah MB ke Samad ke atau sapa saja yg dirasakan dan kita lihat berani ke paneh miang menyatakan setiap kenyataan serta kelantangan didepan susuk badan mereka maksudkan?

    Mari kita lihat paneh miang berani atau tidak.

    ReplyDelete
  52. kalau macam saya tak da masuk mana2 persatuan boleh kan join perjumpaan ni. saya dan rakan-rakan ada buat kajian tentang jenayah siber untuk tesis kami..

    ReplyDelete
  53. boleh dan dialu alukan...ajak ramai ramai

    ReplyDelete
  54. ok terima kasih.. tak salah kami pilih blog ni untuk tesis kami dari awal.. harap penganjur nanti dapat laksanakan perbincangan yang terbaik.. kerana ini akan menjadi sejarah siber untuk negeri sembilan kali ke 2 selepas kami buat kajian sms infobelia. syabas belia negeri sembilan

    ReplyDelete
  55. Cuma masalahnya Paneh Miang masih tidak memberi jawapan dan persetujuan. Diharap Paneh Miang tidak menunjukkan KEBACULANNYA dan hanya BERTELOR di blog ini sahaja.

    Mari kita doakan agar Paneh Miang BERTELOR juga apabila diluar nanti.

    ReplyDelete
  56. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua :-
    Bacul bermaksud tidak berani melawan; takut

    Jika merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke Empat :-
    tidak bersemangat (utk melawan, berlaga, dll), penakut, pengecut: tidak berjiwa, lemah dan ~; ayam ~ ayam jantan yg tidak mahu berlaga;kebaculan sifat lemah semangat, sifat penakut

    Oleh itu, jika kita sebagai seorang LELAKI janganlah kita ada sifat BACUL sebab ianya memberi maksud sepeti yang dinyatakan diatas tadi.

    ReplyDelete
  57. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat juga, Penakut bermaksud :-
    orang yg) mudah takut, pengecut.

    Perkataan lain yang membawa maksud PENAKUT adalah seperti :-

    a) Bacul
    b) Pemirah
    c) Pelasi
    d) Penggemang
    e) Nyala Kecil
    f) Besar Kalang
    g) Hati Tungau
    h) Darah Bali
    I) Kurang Jantan

    Manakala TAKUT Bersinonim dengan :-

    gentar, gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat, bimbang, risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati, tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia dan keder.

    Jadi fikit-fikirkan.

    ReplyDelete
  58. Semua jangan berani cakap dalam blog ni je. Nak cari salah orang lain. Jom kita sama-2 berdiskusi bersama Presiden MBNNS. Kemukakan semua masalah, pendapat, tak puas hati korang. Memang dalam ni berani bersuara, tapi dah jumpa depan-2 semua tutup mulut. Jom lah bersemuka!
    Ustaz/ustazah dekat sekoah selalu cakap, TAK ADA MANUSIA YANG MELAKUKAN KESILAPAN. KITA SEMUA TAK BOLEH LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN.




    Ini bukan cara penyelesaian yang sebenar. Cara yang terbaik adalah bersemuka. Saya belia baru juga berani bersuara. Come on guys! Jangan pandai cakap je.

    ReplyDelete
  59. takut la i ..org org paneh miang ni mati pucuk la ye..patut muka semua sembab je.. air dah takda kot..ni belum habis pusingan pertama mesti dah lembik...harap kan jari jemari je la yang laju.. tak ganas la mcm ni.

    sallina shiba
    bergetah

    ReplyDelete
  60. Aku tak kisah.. kalau suhaimi keluar aku dengan rakan rakan blogger aku lagi 2 orang akan follow..

    ReplyDelete
  61. bro, kalau nak pegi diskusi ajak aku...

    ReplyDelete
  62. Nak Tungu Suhaimi md din kluar baru lu nak kuar.. Bacul la lu bro.. Suhaimi md din mana berani keluar menyalak mcm anjing pandai le..paneh miang lu orang ni MELAYU BANGSAT...kalo lu orang berani sahut la cabaran tu MELAYU BANGSAT PUNYA PANEH MIANG.. PANEH miang MELAYU BANGSAT la yang memecahkan belia nak2 MELAYU dlm n9 ni.. Jangan jd bacul la Suhaimi md din n PANEH miang. Lu orang. PANEH MIANG MEMANG MELAYU BANGSAT

    ReplyDelete
  63. salam warga paneh miang yang den respect sojak dulu.

    kelakar la budak2 mentah yang komen dalam posting ni. dok cabar orang tapi komen pakai anonymous. hehe. sebagai pembaca tegar blog ini sejak 2008, amat menyedihkan bila fikir akan budak muda generasi sekarang...patut ramai yg mudah kena tipu dengan pembangkang. kasihan. kena buat sesuatu ni. miskin minda seperti ini merugikan bangsa melayu. den sarankan korang semua sebelum mula nak ajak orang lain berembat diskusi ni, bacalah dulu banyak artikel2 lama yang pernah ditulis oleh blog pm ni. cari label2 kat bawah. banyak diceritakan mengenai melayu, belia, orang muda, pelajar melayu. fahami dulu fikiran penulis sebelum menghentam mereka. dan yang paling penting faham dulu erti perjuangan bangsa sebelum nak cabar bangsa sendiri. barulah cino koling tak golakkan budak belia melayu. berpencak biar berilmu. kalo tak buek malu anak bangso yor.

    ReplyDelete
  64. Salam warga Paneh Miang,

    Maaf minta mencelah. Walaupun saya bukan dikalangan belia (sebab dah tua), tapi terusik juga untuk memberi komen.

    Apabila membaca segala komentar dalam ni saya rasa sedih tengok kelaku anak muda Melayu ni yang suka membangsatkan orang, menghina orang, mencaci maki orang. Rupanya perangai dan mentaliti orang muda di negeri ini masih lagi teruk walaupun sudah masuk persatuan ataupun kelab belia.

    Justeru saya harap Presiden MBN yang baru ni (saya sebernarnya tak pernah ambil tahu pun pasal persatuan belia, baru hari ni nak mula faham) kena buat sesuatu untuk memastikan minda anak muda ini sentiasa merdeka dan yang paling penting bijaksana. Harap puan presiden mampu kawal anak buah. Mungkin majlis-majlis ilmu, seminar, persidangan perlu sering diadakan untuk memastikan masalah miskin minda di kalangan anak muda Melayu, terutama di NS ini dapat diatasi. Sedikit sebanyak kita tidaklah melahirkan pakar mencarut, pakar maki hamun tak betompek yang menunjukkan kelemahan daya fikir anak muda kita. Saya pun ada anak remaja. Tak tergamak kita nak ajar anak memaki hamun orang lain. Melayu memang pantang di cabar. Tapi cabaran yang bagaimana perlu diambil? Lahirkan belia bijaksana, barulah tidak malu kita pada bangsa lain.

    Sekian saja daripada saya. Mohon laluan.

    ReplyDelete
  65. Kalau nak cari salah, kita akan dapat salah, tapi kalau nak cari titik pertemuan kita akan dapat persefahaman. Semua ni saya tahu adalah pemimpin belaka, jadi bertindaklah sebaiknya dan sewaras akal kita. Dalam perselisihan takkan ada orang lain yang rugi melainkan diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  66. Udah2 lah kte layan owg mcm nie...berani kt cnie jer...udah terbukti paneh miang gila kuasa...udah2 pada jantan yg xsedar diri 2 dh kalah wat cara kalah...ade hikmah sebalik kekalahan ekau 2...

    ReplyDelete
  67. Betul tu anon 1:16 AM tp bro kebenaran perlu ditegakkan...paneh miang yang memulakan dengan setiap kenyataan. dia kena fikir gak hati dan perasaan orang lain. ni sedap mulut nak membantai. kalu betul lain cerita ni. ni dah citer mengarut. jadi minah presiden tu dah jemput diskusi x nak lak dia sambut.

    Den pelik masih ado dan wujud umat mcm ni didunia ini seperti spesis paneh miang..yg dia ajar budaya lama. Berani kerana benar Takut kerana salah....

    Tapi kami dari belia dan anak muda N9 akan bangkit melawan

    ReplyDelete
  68. sunyi sepi terus.....

    ReplyDelete
  69. Sepi ada sebab tu.....yang paling utama sepi menunggu JAWAPAN dari PANEH MIANG...kalu jawapannya :-

    a) YA SETUJU bermakna BERTELOR
    b) SENYAP atau TIDAK SETUJU bermakna...kita pikir ler sendiri beb

    ReplyDelete
  70. Samad nak serang keluarga paneh miang wey. Siap bergaduh dgn khairolniezam kat seri menanti. Melompek rupanya samad ni. Ingatkan macho sangat. Kah kah kah. Pastu menyorok belakang perempuan suruh bela dia. Kah kah kah.

    Ada dua alasan ulama yang mengharamkan perempuan menjadi pemimpin. Pertama, berhujah dengan Surah An-Nisa yang berikut: "Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang saleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz (meninggalkan kewajiban selaku istri, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya), hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka; tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar. (QS An-Nisa (4): 34). 

    Kedua, berhujah dengan Hadits yang berasal dari Abi Bakrah dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Tirmidzi yang menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan bahagia suatu kaum yang mengangkat pemimpin mereka seorang perempuan". (HR Bukhari, Ahmad, Nasai dan Tirmidzi).

    Hadis ini dipahami sebagai bentuk larangan untuk memilih dan mengangkat perempuan sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum,

    Pak teh tersenyum sendiri tengok perbalahan isu ni.Dilihat juga Wan Salwati anak Wan Abdullah Embong ni sedang menangani cabaran ini. Ya lah fitnah, kutukan,kritikan dan sebagainya.

    Pak teh ni dulu belia sama zamannya dengan bapa Wan Salwati ini. Apa yang berlaku ini mungkin suatu kitaran. Mungkin juga ujian dari Allah SWT.

    Bukan nak membuka kisah lama. Mintak maaf Pak Teh cakap. Bapa Wan dahulu semasa belia dahulu sama jugak kuat menceritakan buruk orang. Tanyalah apa jadi kepada Senator Hjh Shamsiah (kini Ketua Wanita UMNO Seremban) semasa dia bernikah dgn Hj Saidi di Tmn Bukit Chedang dahulu.Masa itu Hjh Shamsiah janda dan Hj Saidi duda. Bapa Wan dan arwah ibu Wan dulu,entah kenapa,pergi menghasut bekas isteri Hj Saidi hingga bekas isteri Hj Saidi datang menyerang ketika majlis pernikahan dijalankan. Kecoh jadinya majlis itu.Senator Hjh Shamsiah menjadi sungguh malu sebab dimaki hamun dan dituduh pencuri suami orang di depan orang ramai. Semua orang veteran belia yang sezaman tahu tentang cerita ini. Mungkin Wan tak tahu sebab mungkin masih kecil pada masa itu.Seperti yang Pak teh katakan tadi ini satu kitaran.Kini mungkin Allah SWT pula menduga anaknya pula. Kepada Wan Salwati tabahkan hati dan ingat seorang insan tidak akan menanggung dosa orang lain, walaupun dosa ibu bapanya.

    Sabarlah Wan. Teruskan Perjuangan.

    Pak teh, Seremban

    ReplyDelete
  72. Anon 1.58am...apa yang dinayatakan didalam hadith adalah benar sepertimana "copy paste" dari blog Dr.H.Asep Usman Ismail.MA..

    Tetapi didalam masa yang sama,Kepimpinan Wanita adalah amat terbatas dan terhad. Itu saya akui. Tetapi didalam masa yang sama di dalam Al Qur'an ada menyatakan, model pemimpin perempuan yang cerdas dan memenuhi kualifikasi kepemimpinan yang baik sebagaimana disebutkan di atas, yaitu pada kisah Ratu Balqis dari Negeri Saba yang memerintah Kerajaan Sabaiyah pada zaman Nabi Sulaiman AS (copy paste dari blog yang sama)

    Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat, Jika pemimpin lelaki yang ada sekarang seperti didalam Paneh Miang yang suka perpecahan / memfitnah / memaki hamun dan sebagainya, adalah lebih baik biar sahaja wanita yang meminpin serta jadikan Pemerintahan Ratu Balqis sebagai landasan.

    Walau bagaimanapun saya harus puji dan menghormati wanita kerana saya juga dilahirkan oleh seorang wanita.

    ReplyDelete
  73. Berikut Penghargaan kepada Pemimpin Wanita yang mampu Meminpin dari berdekah-dekah dok dlm blog x bertelor..diajak berdiskusi tak berjawab... (malu saya sebagai seorang lelaki)

    1. Agatha Barbara, Presiden Malta – 1982
    2. Agathe Uwilingiyimana, Perdana Menteri Rwanda – 1993
    3. Angela Merkel, Canselor Jerman – 2005
    4. Beatriz Merino, Perdana Menteri Peru – 2003
    5. Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan – 1988, 1993
    6. Borjana Kristo, Presiden Federasi Bosnia and Herzogovina – 2007
    7. Carmen Pereira, pemangku Presiden Guinea Bissau – 1984
    8. Chandrika Bandaranaike Kumaratunga, Presiden Sri Lanka – 1994
    9. Claudette Werleigh, Perdana Menteri Haiti – 1995
    10. Corazon Aquino, PresidenFilipina – 1986
    11. Cristina Fernandez de Kirchner, PresidenArgentina – 2007
    12. Dalia Grybauskaite – Presiden Lithuania, 2009
    13. Dame Eugenia Charles, Perdana Menteri Dominica – 1980
    14. Dilma Rousseff – Presiden Brazil, (Jan 2011)
    15. Edith Cresson, Perdana Menteri Perancis – 1991
    16. Elisabeth Domitien, Perdana Menteri Republik Afrika Tengah – 1975
    17. Ellen Johnson-Sirleaf, Presiden of Liberia – 2006
    18. Ertha Pascal Trouillot, Presiden of Haiti – 1990
    19. Gloria Macapagal-Arroyo, Presiden Filipina – 2001
    20. Golda Meir, Perdana Menteri Israel – 1969
    21. Gro Harlem Brundtland, Perdana MenteriNorway – 1981, 1986, 1990
    22. Han Myung-sook, Perdana Menteri Korea Selatan – 2006
    23. Hanna Suchocka, Perdana Menteri Poland – 1992
    24. Helen Clark, Perdana Menteri New Zealand – 1999
    25. Indira Gandhi, Perdana Menteri India – 1966, 1980
    26. Isabel Peron, Presiden Argentina – 1974
    27. Janet Jagan, Perdana Menteri Guyana – 1997
    28. Jennifer M. Smith, Perdana Menteri Bermuda – 1998
    29. Jenny Shipley, Perdana Menteri New Zealand – 1997
    30. Julia Gillard – Perdana Menteri Australia, 2010
    31. Kamla Persad Bissessar – Perdana Menteri Trinidad dan Tobago, 2010
    32. Kazimiera Danuta Prunskiene, Persana Menteri Lithuania – 1990
    33. Khaleda Zia, Perdana Menteri Bangladesh – 1991, 2001
    34. Kim Campbell, Perdana Menteri Canada – 1993
    35. Laura Chinchilla – Presiden Costa Rica, 2010
    36. Lidia Gueiler Tejada, Perdana Menteri Bolivia – 1979
    37. Luisa Diogo, Perdana Menteri Mozambique – 2004
    38. Mame Madior Boye, Perdana Menteri Senegal – 2001
    39. Margaret Thatcher, Perdana Menteri England – 1979
    40. Maria da Lourdes Pintasilgo, Perdana Menteri Portugal – 1979
    41. Maria das Neves, Perdana Menteri of Sao Tome dan Principe – 2002
    42. Maria Liberia-Peters, Perdana Menteri Netherlands Antilles – 1984, 1988
    43. Mary McAleese, Presiden Ireland – 1997
    44. Mary Robinson, Presiden Ireland – 1990
    45. Megawati Sukarnoputri, PresidenIndonesia – 2001
    46. Micheline Calmy-Rey, PresidenSwitzerland – 2006
    47. Michelle Bachelet, Presiden Chile – 2006
    48. Milka Planinc, Perdana Menteri Yugoslavia – 1982
    49. Mireya Moscoso, Presiden Panama – 1999
    50. Nyam-Osoriyn Tuyaa, Pemangku Perdana Menteri Mongolia – 1999
    51. Pamela Gordon, Perdana Menteri Bermuda – 1997
    52. Portia Simpson Miller, Perdana Menteri Jamaica – 2006
    53. Pratibha Devisingh Patil, Presiden India – 2007
    54. Reneta Indzhova, Perdana Menteri Bulgaria – 1994
    55. Ruth Dreifuss, Presiden Switzerland – 1999
    56. Sabine Bergmann-Pohl, Presiden Republik Demokratik German – 1990
    57. Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh – 1996
    58. Susanne Camelia-Romer, Perdana Menteri Netherlands Antilles – 1993, 1998
    59. Sylvie Kinigi, Perdana Menteri Burundi – 1993
    60. Tansu Ciller, Perdana Menteri Turki – 1993
    61. Tarja Halonen, President Finland – 2000
    62. Vaira Vike-Freiberga, Presiden Latvia – 1999
    63. Vigdis Finnbogadottir, Presiden Iceland – 1980
    64. Violeta Chamorro, Presiden Nicaragua – 1990
    65. Yulia Tymoshenko, Perdana Menteri Ukraine – 2005
    66. Zinaida Greceanii – Perdana Menteri Moldova, 2008

    ReplyDelete
  74. apo-apo pun ado baik, ado buruk eh..janji line clear..

    ReplyDelete
  75. Terima kasih Paneh Miang kerana membantu mempopularkan Karnival Belia Negeri Sembilan. Diharap kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

    ReplyDelete
  76. Tak payah la layan budak2 gay ni paneh miang. Buang masa je. Spesis store kunyit jambu dinamik timur laut je yg komen dalam ni.

    ReplyDelete
  77. hahaha, bayai. keypad warrior camni lah gayo eh.

    ReplyDelete
  78. kobau jantan miangMarch 19, 2012 at 3:20 PM

    pokok dek ko la

    ReplyDelete
  79. Ini Sepatutnye menjadi pengajaran kepada samad dan wan salawati... Tak malu ke berjoget mcmtu?? Da tua-tua... Malu la skt.. Bila ditegur tau plak melenting... U both deserve it.. Laen kali kalo nk uat sesuatu fikir pakai otak dulu... Tiada kebaikan@moral yg cuba ditunjukkan dgn berperangai begini.. Hope u both insaf!! Fikirkan aktiviti yg lebih bermoral.. Else, dangdut dgn belia?? Xsesuai lgsung... Belia minat dangdut.... Hohohoho

    ReplyDelete
  80. Salam paneh miang .. Sebelom ko kojol nanti elok ler padamkan blog ko ni .Selagi org baca fitnah ko ni selagi tu berguling ko kt alam barzakh . maleh nak cakap panjang .Sendiri mau ingat:-)

    ReplyDelete