Friday, March 2, 2012

Wise Brand NFC

Jenama NFC menjadi popular secara mistik. Andai berbahas dengan Usahawan Cina, kisah NFC menjadi bahan lelucon mereka.

Pertama, satu kebijaksanaan dengkel apabila memberi nama syarikat sama dengan nama ladang ternak.

Kedua, satu kecelaruan bijaksana apabila 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif tidak tahu-menahu perihal pembelian aset-aset tetap sebagai helah/alasan korporat.

Ketiga, satu kedaifan bijaksana bilamana terpaksa menghantar eksekutif baru berkhidmat untuk mendepani khilaf kemelut korporat yang dihidang oleh Salleh anak beranak.

Keempat, satu kecetekan bijaksana tatkala tiada Pengarah Perancangan Korporat Industri Ternakan Lembu dibayar gaji untuk berfikir secara komersil dan strategik tentang operasi dan mengkaya operasi sebelum tempoh haul pada 2015.

Kelima, satu kekufuran bijaksana bilamana hujahan balas bahawa sebuah Aset Tetap (kondominium) berharga RM12j boleh mudah cair dalam 3 bulan. Lain kali kalau banyak sangat duit nak labur sebagai Aset Mudah Tunai, beli la Jongkong Emas 999. Gerenti boleh lunas tunai dalam masa 24 jam.

Sekarang ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pun dah kawat cam tampak lain benar teknik bisnes lembu Gemas ini. Rakyat Gemas dah lama hidu lembu-lembu ini. Amat malang jika 20 orang usahawan ternakan lembu di NS tak dapat hasilan komersil daripada ladang idaman NFC. Nak dapat hasil komersil bagaimana, nak masuk line kena caj modal RM300,000. Mampuih orang kampung Gemas. Pakat meleleh air liur saja.

5 comments:

  1. Kah, kah, kah,

    Dah terasa miangnya ke? Sendiri mau ingat beb!

    ReplyDelete
  2. Mana pergi TELOR panas dan miang?

    ReplyDelete
  3. Kita tahu Paneh Miang tengah monitor blog ini. Tapi kedayusan ANDA tidak sapertimana garangnya anda bila mengendalikan kursus. Kah, kah, kah, ramai tetapi DAYUS

    ReplyDelete
  4. kah kah kah betul tuuu

    ReplyDelete