Wednesday, May 2, 2012

Bilo polis merajuk...

Oleh kerana tidak tahan dengan maki hamun dan cacian oleh pendemo haram, maka seluruh anggota polis telah meletakan jawatan secara beramai-ramai serentak. Mereka berbuat demikan sehari selepas pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dan mengambil alih kerajaan. Daripada Ketua Polis Negara sehinggalah kepada anggota biasa semuanya meletakan jawatan.

Turut mengambil langkah yang sama ialah sebanyak 3 juta anggota PGA daripada Ketua Pengarahnya sehinggalah kepada anggota RELA peringkat bawahan.

Kini Malaysia tidak lagi berada dalam pengawasan polis. Semua urusan keselamatan terserah kepada rakyat sendiri. Malaysia kini menjadi satu-satunya negara di dunia ini yang tiada perkhidmatan polis. Walaupun cuba dipujuk oleh PM yang baru dengan merujuk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan, serta ugutan namun semuanya tidak berhasil.

Anggota polis terus dengan sikap merajuknya dan tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan yang baru memandangkan mereka selama ini dipanggil dengan bermacam panggilan yang menghina seperti barua kerajaan, barua UMNO/BN, anjing kerajaan, makan rasuah dan babi.

Sekarang ini semua mereka kembali ke kampung dan meninggalkan bangun-bangunan serta balai-balai polis yang semuanya menjadi gajah putih. Bangunan milik polis ditinggalkan begitu sahaja dan sesiapa sahaja bebas keluar masuk tanpa sebarang halangan. Beberapa buah bangun dan balai polis pula telah dibakar hangus, mungkin untuk melenyapkan segala rekod yang ada.

Sementara itu penyangak-penyangak termasuk warga asing telah bermaharaja lela dengan merompak segala harta benda bernilai berbillion ringgit peninggalan anggota tersebut. Turut menjadi mangsa ialah pusat-pusat perniagaan yang besar-besar di semua bandar telah dicerobohi oleh rakyat biasa dan warga asing. Tidak ada sesiapa yang peduli dan tidak ada sesiapa yang berani menghalang.

"Biarlah... kamipun belum tentu selamat aaa.. selama ni segala khidmat bakti kami asyik dicemuh je, kamipun dah tak tahan, biarlah orang lain menjadi anggota polis pulak..", kata seorang daripada bekas anggota yang berpangkat DSP  ketika ditemui sebentar tadi.

Bank-bank turut menjadi mangsa rompakan dan keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Berlaku kecurian, samun, rompakan bersenjata di merata tempat. Ramai yang mati tanpa ada sesiapa yang memperdulikan. Rakyat takut ingin keluar rumah dan berdiam diri sementara bekalan makan masih ada lagi sedikit untuk beberapa hari.

Pihak tentera juga walaupun tidak meninggalkan quaters mereka, namun asyik bergelak ketawa sahaja dengan keluarga masing-masing. Sebahagiannya keluar sekali sekala untuk mendapatkan bekalan makan tambahan secara percuma untuk keluarga dan anggota mereka.

Banyak berlaku kemalangan jalan raya kerana sudah tiada lagi orang yang mahu mematuhi undang-undang. Semua undang-undang berada dalam tangan sendiri. Kesesakan jalan raya termasuk di lebuh raya begitu menyeksakan, sehingga berpuluh kilometer.

Mayat-mayat yang berada di dalam longkang atau terapung di dalam lombong sudah terbiar begitu sahaja kerana selama ini anggota polislah yang pergi mengambilnya untuk di bawa ke hospital untuk post mortem. Sekarang semuanya terbiar begitu sahaja.

Menyedari keadaan tidak begitu selamat, beberapa Menteri yang baru dilantik telah terbang ke luar negara bersama keluarga mereka. Antara yang kelihatan berada di KLIA pagi ini ialah Ambiga, Azmin Ali, Tian Chua dan Robert Kuok (yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan).

Seorang jiran di sebuah taman perumahan menjerit "Tolong!! Tolong!!.. Ada orang menyamun." Jiran sebelah membalas, "Nak buat macam mana.. polis dah habis semua letak jawatan..uruslah sendiri."

"Tolong!! Anak saya kena rogol dalam kereta tu.." Seorang wanita separuh umur merayu kepada sekolompok pemuda. "Biarkanlah... nak buat macam mana.. polis dah tak ada, semua polis dah berhenti.."

Semua rumah-rumah orang kaya di Bukit Kenny dan Bukit Segambut habis di geledah dan sesetengahnya dibakar, tidak ada sesiapa yang peduli.

Kereta mewah milik pemimpin UMNO dirembat semacam je, dan Lebuhraya Lekas jadi pusat pameran kereta mewah.

Aktiviti merempit di Bulatan Putrajaya bertambah meriah tanpa ada sesiapa memantau dan suasana seperti perlumbaan formula one di Sepang.

Di KLIA pengedar-pengedar dadah boleh duduk bersantai pulak dengan dadah mereka kerana hukuman mati sudah tidak dapat dilaksanakan lagi. Nak laksanakan macam mana, bila pejabat Peguam Negara bawa orang ke Mahkamah, tanpa pengawalan anggota polis, maka Mahkamah jadi tempat makan-makan. Hakim banyak cerita nanti kena baling dengan kasut.

Kadiaq yang telah bersumpah semasa perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka berasa lega, dan sebab apa dia berasa lega, hanya dia yang tahu.

Sementara itu LGE dan LKT telah sejak semalam lagi berada Singapura dijemput khas oleh LKY dalam satu majlis meraikan kemenangan bersejarah DAP. Sementara itu Nik Abdul Aziz tetap mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anggota polis yang meletakan jawatan. "Pakatan akan merekrut anggota baru.. tapi mengambil sedikit masa lah", katanya mengulas tentang perletakan jawatan beramai-ramai anggota polis.

Walaupun pada mulanya Nik Aziz mengeluarkan pelbagai fatwa yang mengatakan polis wajib berkhidmat, mempertahankan negara, mempertahankan rakyat, menjaga keamanan, namun semuanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan, sebab dah selalu sangat dia merapu, anggota polis yang nekad untuk meletakan jawatan tersebut sudah tidak menerima lagi fatwanya.

Upacara angkat sumpah juga menghadapi masalah kerana keadaan di Istana Negara langsung tidak terkawal. Ketiadaan seorangpun juga anggota polis dan tentera di sana menyebabkan sesiapa sahaja bebas mengambil peluang untuk keluar masuk ke Istana tersebut. Beberapa buah lori kelihatan keluar masuk membawa keluar perabut mewah.

Namun Jabatan dan agensi kerajaan yang lain berjalan seperti biasa, tidak ada anggota yang berjumlah lebih sejuta orang tersebut yang meletakan jawatan. Cuma ada yang merasakan keselamatan mereka kurang terjamin, maka mereka memilih untuk berada di rumah bersama keluarga. Lagipun tiada sesiapa yang mempersoalkan apabila mereka tidak pergi ke Pejabat. Hampir separuh tidak memasuki pejabat. Yang bertugas pula asyik melayan facebook, berchating dan melawat laman blog terutamanya laman blog yang pro kerajaan baru. Semuanya teruja.

11 comments:

  1. insya Allah hanya empunya Paneh Miang dan polis2 yang terlibat dengan salah laku masa pemerintahaan UBN aje yang letak jawatan. Ramalan Paneh Miang kawe kata tak akan berlaku.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Che Awe Donde,

    Sebelum polis2 tu merajuk, mereka sudah marah, pakat ramai-ramai dengan isteri dan anak-anak, mereka benci pakatan, lalu undi UMNO/BN. Ramai tu, 300,000 x dgn 3 je lah.. hampir sejuta tu. Pakatan hilang undi.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. Aminnnnnn.... Aku aminkan moga2 ia benar2 berlaku tapi.... Peliknya pad a masa tu kerana perogol Dan perompak hanya pergi ke rumah paneh miang saja... Org tak diusik pun...

    Ken...keh.... Terima aje la.. sbb begitu yg diinginkan

    Di amerika Dan Britain pun gitu jugak...tiap Kali tukar kerajaan polis2 di sana telah meletak jawatan dan byk sekali kena Ian rogol berlaku semasa Obama gantikan bush dulu

    Pakya

    ReplyDelete
  4. azmin nuar kaki aiskrimMay 2, 2012 at 10:35 PM

    Agaknya che awe donde dengan pakya ni tak faham satira sinikal macam ni. What a shame very low level of thinking. Patutlah mudah kena tipu dgn dapig dan pgayr.

    ReplyDelete
  5. siapo aiskrim azminMay 2, 2012 at 10:40 PM

    ontah eh. ni satira sindiran. bukan maksud eh boto-boto pulis tu sumo nak lotak jawatan. intipati satira ni ialah mengapo ado double standard. apo la punyo bobal pakya donde bulih tak paham. budak pasti pun bulih paham.

    ReplyDelete
  6. bila azmin nak saman penjual aiskrimMay 2, 2012 at 10:43 PM

    eleh..dorang tu bukannye tak pahe..tapi buat2 tak ngerti sebab dah paneh miang satu badan kono sindir..sebab tu komen nak nyedapkan ati sendiri..

    ReplyDelete
  7. keh...keh...satira aku lagi dahsyat dan mengusik jiwa rupanya ye...

    pakya...

    ada lagi yg sakit ati...?

    ReplyDelete
  8. pakya pun aiskrim gak keMay 3, 2012 at 12:21 PM

    pakya buat satira ke atas tu? laa..sey ingatkan omongan tin kosong nak sodapkan ati yang lara.

    ReplyDelete
  9. ko ingat polis tu bodoh macam ko ka?

    ReplyDelete
  10. x payah letak jawatan... mogok sehari pun dah cukup...

    ReplyDelete
  11. Lain kali pasang lagu kuat-kuat serata KL dari segenap bangunan tinggi... "baliklah.., apa kamu buat ni.... baliklah". Tazkirah itu sesuai untuk peserta demo.

    boleh buat lagu stail dikir barat, rap, rock mahupun dondang sayang.... salehuddin, anwar, nik aziz, lim guan eng dan karpal boleh menari ditengah-tengah!

    ReplyDelete