Sunday, May 13, 2012

Cayalah Azam...

Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan yang diadakan semalam sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil, maka kelulusan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis terhadap peserta perhimpunan haram, Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu juga akan terbatal.


''Saya melakukan ini kerana mendapati Majlis Peguam gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila semalam dalam tempoh kurang lima jam dengan jelas telah memaparkan terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui dan banyak lagi. - Utusan.

1. Peguam Melayu lain bagaimana? Adakah hanya mampu melopong sambil melihat Azam bersama kumpulannya berjuang sendirian?

2. Sejak dulu lagi kami pelik, mengapa susah sangat peguam Melayu nak 'pegang' Bar Council? Ohhh...lupa pulak. Peguam Melayu ni tak nak turun mesyuarat, bahkan nak pos semula kertas undi semasa pemilihan pun maleh.

3. Alasan yang diberikan oleh seorang sahabat kami (tentulah peguam), kononnya peguam Melayu sibuk nak menstabilkan hidup; atau hakikatnya peguam Melayu hanya nak kumpul harta cepat dengan cara mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain yang terdesak memerlukan khidmat guaman?

4. Prinsip peguam Melayu hari ini, pegi mampos sama agenda bangsa aku di negara ni, asalkan aku boleh hidup mewah dengan mengumpul fail kes pun dah cukup. Cari makan melalui kesusahan orang lain. Heh...

5. Agenda licik Bar Council yang dikuasai DAP sekian lama hingga memperlekeh kredibiliti peguam Melayu, langsung tidak menjadi agenda penting kepada barisan peguam Melayu yang telah hidup selesa hari ini. Periuk nasi penting bhai...persetankan agenda bangsa sendiri.

6. Kepada DS Najib, tak ramai spesis betolo macam sahabat kami Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz ni. Kalau nak dijadikan winnable candidate, memang sesuai bonar la tu.

Zam...elok kau pi buek facial copek. Mano tau dapek jadi winnable candidate. Hehehe...

7. Nak harapkan pemimpin UMNO hari ini yang berani? Boleh jalan daaa. Dah fedup rakyat majoriti menunggu pemimpin UMNO terutama barisan Pemudanya, termasuk KerisCiumMudin yang tak bertolo tu, menunjukkan kegagahan umpama pahlawan Melayu dahulu kala bagi mempertahankan agenda Bangsa dan Agama.

8. Pimpinan UMNO dan balaci Pemudanya hari ini hanya gah ke hulu ke hilir berkumpul ramai-ramai macam gangster, tapi bila bab mempertahankan agenda agama, bangsa dan negara, hanya mengharapkan Perkasa dan kumpulan Tibai. Apa punya turr...

9. Huh...rindu betul den zaman 'autokratik' Dr M.

5 comments:

  1. apalah yang bulih diharap pado pesatuan peguam melayu ni bro. mencokik darah sesamo melayu pandai la. kok den koba lelobih karang marah lak kenkawan den pun ramai gak peguam. pehtu solution nak bidas babicouncil ialah wujudkan satu badan yang lobih kurang samo? apo punyo cadangan la. macam hibul muslimin tak pueh hati ngan umno mako tubuhkan pas. kan ke paloi namonyo tu. korang peguam melayu pegi hijack la babicouncil. harap melayu je ramai jadi peguam. tapi penakut nak mampos.

    ReplyDelete
  2. orang pangka pemuda umnoMay 13, 2012 at 1:40 PM

    keh keh keh. pemudo umno mano ado tolo bro. sojak kerismudin jadi ketuo sampai la ke kj. konon pemudo xnak jadi suaro pendesak?? kah kah kah. patut la pemudo umno kono bodohkan ngan pemudo mca dan mic. kasi buang itu kj. dia pun cakap xnak bertanding kat london. alih alih balik mesia dan lain plak cakap. memang diolah bapak kasi lelong harta malaysia pado singapore. sapo yang buek lupo memang turrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

    ReplyDelete
  3. tak ramai spesis betolo macam sahabat kami Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz - hahaha. terbaek.

    ReplyDelete
  4. Majlis Peguam pun dah melampau-lampau bawa badan itu jadi parti politik. Malaysia perlukan satu lagi badan untuk mewakili peguam secara adil dan tidak memihak. Tahniah AZAM!!

    ReplyDelete
  5. barua council ni dapek duit dari luar...diorang tak payah buek kojo pun duit ado...

    lawyer melayu ni harap melayu jo...bilo kito lupo agamo -tak amal sunnah macam manolah orang kafpiaq setan barua council nak takut ngan kito...depa lagi bagus...

    BUAT BERSIH PONUH MASJID KEK KL NIH HAAA.....
    BILAL DOK AZAN DARI MUDO SAMPAI TUO-SAMPAI MATI PUN TAK PONUH MASJID hahahaha

    background den law jugak cuma bidang berbezo...

    jgn haraplah melayu nak pegang barua coincil..ado AJK orang melayu?....semuo tu belagak sebab diorang tahu polis ni bukan terer bonar law...gertak sikit dah lari...samo lah macam mentori dio eh...

    tapi den kalau jumpo si azam ni...osah den tabik spring kek dio nih...

    LAWYER MELAYU LAIN TAKUT...KOT BN BUNGKUIH...PAYAH DAPEK JADI LA DEPA.... :-)

    ReplyDelete