Sunday, June 10, 2012

Seram Kaki Pancing



Jauhar (bukan nama sebenar) memang kaki pancing. Sebut mana saja lubuk atau sungai semua dia pergi. Kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Jauhar mesti pi mancing kat situ.

Suatu hari masa minum kat kedai kopi Pak Daud, Jauhar terdengar rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan kat sungai di kampung seberang. Lubuk tu agak jauh di pedalaman, lebih kurang 55 km dari kampungnya, tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Jauhar dah bersiap nak pergi memancing di lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Jauhar masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Jauhar menyanyi riang, walaupun agak jauh perjalanan ke kampung seberang tu. Dah hampir masuk waktu Asar, baru Jauhar sampai. Teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi; dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak nak solat Asar.

Tak berapa jauh di situ, Jauhar nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tersebut. Keliling surau pula ditumbuhi pokok yang berambu-ramba dan agak menyeramkan. Disebabkan belum lagi solat, Jauhar bergegas berhenti, dilihatnya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Disebabkan waktu Zohor hampir tamat, tergesa-gesa Jauhar naik ke surau untuk bersolat. Ketika di rakaat kedua, Jauhar tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tak semena-mena meremang. "Hish, sapa pulak yg gelak tu?", kata hati Jauhar. Bulu tengkoknya bertambah meremang bila terdengar pula suara perempuan ketawa seakan mengilai. Dahlah setiap kali sujud Jauhar terasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa. Jauhar mula rasa tak sedap hati. "Ni surau berhantu ke apa ni? Dahlah uzur surau ni, alahai, sapa pulak yang duduk kat tengkuk aku ni sampai berat semacam", bisik hati Jauhar.

Sedaya-upaya Jauhar tenangkan hati. Dia sebolehnya ingin segera sudahkan solat dan keluar dari surau tu secepat mungkin. Bulu romanya semakin meremang kerana suara orang ketawa semakin ramai, sampai ada yang terbatuk-batuk.

Syukur, dia dah di tahiyat akhir. Selesai memberi salam, dia segera meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, dan sekonyong-konyongnya, Jauhar terperasankan sesuatu.

Hehehe....... rupa-rupanya Jauhar terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi sebab terlampau nak cepat. Bila Jauhar toleh ke belakang, berderau darahnya. Patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat Asar duk gelakkan dia sebab solat pakai helmet. Patut ler kepala rasa berat semacam.

Apa lagi, terus Jauhar cepat-cepat blah. Malunya mak aii....rasa nak sagat je muka kat dinding. Hajat nak memancing pun terbantut dan terus Jauhar pulang ke rumah dengan seribu kemaluan. Hehehe...

5 comments:

  1. hahhahaahha... memang guling2 la gelak.. buleh plak helmet lupo nak tangga ann

    ReplyDelete
  2. hehehehe .....Jauhar!!! jauhar!!!

    ReplyDelete
  3. Bro eXception, sudah dipautkan add blog baru tu.

    ReplyDelete
  4. hahahahahha mula2 memang seram...lawak betoi daaaa

    ReplyDelete