Friday, July 6, 2012

Tuhan Yesus rahmati Anwar


Kepada, 

YBHG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Bakal Perdana Menteri Malaysia 

Salinan Kepada; 

Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan
Pejabat Parti KeADILan Rakyat
Kota Kinabalu, Sabah.

YBHG DATUK SERI,

SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Datuk Seri, Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) telah mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos 2008 yang turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri dalam Pakatan Rakyat. 

02. Kami juga berpendapat Datuk Seri memang layak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sikap Datuk Seri yang liberal dan memberi kebebasan kepada masyarakat Malaysia mengamalkan semua agama. Datuk Seri juga amat berdedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus Merahmati Datuk Seri dan keluarga.

03. Akhir sekali sebagai makluman Datuk Seri, kami akan menghantar 17 orang ajk pertubuhan ini yang akan diketuai oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan ke Permatang Pauh untuk membantu Datuk Seri dalam kempen pilihan raya nanti.

04. Semoga Datuk Seri akan sentiasa sihat sejahtera.

Shalom.
T.T.
(PASTOR SILVERSTER KHEMO ANDAMAN)
Presiden PGSS.

5 comments:

  1. Apa nak komen ni ha? Tulah..dah banyak kali cakap..belajarlah daripada Islah. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Apo bondo e ni? Dah dio nak doa Tuhan dia rahmati Anwar nak buek camno. Itu kepercayaan dio.

    Usahlah kito ni panatik bonar hal ni kocik ajo ni. Kok dio berdoa kek Najib pun samo ajo bunyi e.. Dah kepercayaan dio.

    kito ni macam dah tak ado modal lain pulak dah. Makin melalut ajo ni.

    ReplyDelete
  3. Ne orang kelantan duk buat sempoi pa.. ingat korang tu alim sngt ka?..sekurang2 nya najib xda lah mempergunakan kalimah allah...keluaq dari kelantan p main judi ragut mcm2 lg la...duk fitnah org banyak sangt jadi lagu ne la...bukan nya berjuang untuk negara islam ...tetapi berjuang untuk benci umno ...lagu tu la orang melayu xkan maju sampai bila2 hasrat dengki yg membuak2 pigi rah

    ReplyDelete
  4. Anon 11.13 pm

    Bukak mato luas2. Ini bukan masalah kepercayaan kristian nak merahmati anWAR. Kalo anWAR nak jadi penghulu kg. Bongek tak po, ini dio bercito-cito nak jadi Perdana Monteri. Kalo awal2 dah terhutang body, apo nak jadi pd Malaysia kolo Pakatan Haram monang dan anWAR jadi PM..... akai ada ka?

    ReplyDelete
  5. Sdra Anon 9:20 am. Nang samo2 nyumbang pikiran kek sini sumo ado akal belako. Sebaek ee, kok iyo kito ni botul, biarlah cagho bicaro jugak botul. Kok Iyo kito bomci Anwar, jgnlah bahaso kito lebih bughuk dr penyokong Anwar.

    Jadi toksalah kato2 lucah & haram mengharam jadah koluar dlm blog ini. Mari jadikan ini medan bino pikir budi & jatidiri Melayu & islam sobonat ee. Barulah blog ini dianggap tinggi. Maaf yor!!

    ReplyDelete