Thursday, August 9, 2012

Kementerian Pelajaran sedang Talkinkan Bahasa Melayu!

Fellow Utama ATMA UKM seorang berketurunan Thiong Hua begitu taat setianya kepada perjuangan Munshi Abdullah, Pendeta Za'aba dan Aminuddin Baki serta Tun Dr. Ismail. Beliau mendukung kuat pengetahuan magna carta dan lingua franca bahawa Bahasa Melayu amat wajib memimpin wacana ilmu, wacana perniagaan dan wacana rasmi Malaysia dan rantau Melayu dunia. Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, rujuk perkara 152.

Persoalan yang mesti dijawab oleh YAB Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, YB Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran ialah, MENGAPA 'Bahasa Malaysia' menjadi bahan dagangan perbahasaan di Kementerian hingga penerbitan rasmi Negara juga menulis 'Bahasa Malaysia' dan bukannya disebut sebetulnya iaitu Bahasa Melayu?!

Menteri-menteri Melayu dan Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Melayu "malu dan takut" dengan siapa? Bahasa Melayu ialah alat dan bahasa perpaduan, komunikasi paling berkesan dan terus sesuai. Bahasa Melayu ialah sebahagian daripada juzuk Bahasa Arab. Apakah Menteri-menteri Barisan Nasional sudah pandai dan memilih menjadi Wahabi dan Khawarij dalam menjamin kemaslahatan perpaduan, Aman dan Damai!?

Ketua-ketua Bahagian UMNO apakah di kalangan mereka yang begitu baghal menyusun pemerintahan dan pentadbiran eksekutif Negara hingga Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu menjadi alat kompromi untuk undi-undi para pengundi yang tidak Taat dan Setia kepada Agama, Bangsa dan Tanahair? 

Kalau hanya untuk minta sedekah undi Pengundi Cina dan Kalinga yang atas pagar, pengundi yang menafikan Perkara 3 dan sanggup menggadai maruah Rukunegara dan bersama kumpulan Plural, Liberal dan LBGT; dan mereka ini yang hendak dipancing oleh BN atas nama Bahasa Malaysia?...maka InsyaAllah, Bumi Melayu ini pasti akan dilaknat Allah Ta'ala, seperti Wa'ad antara Demang Lebar Daun dengan Raja Melayu.

Tergamak kalangan Pemimpin UMNO mengkhianati sumpah ini...maka pasti terangkatlah obor penentu bahawa 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. 

Wahai UMNO jangan tidur dalam tilam ronggak dan penuh berkulat. Pemimpin UMNO khasnya Ketua-ketua Bahagian yang masih LENA BERDENGKUR dan menjual INTEGRITI Perlembagaan secara senyap apalagi terbuka, bertaubatlah selagi PINTU TAUBAT masih terbuka. Ingatlah kalian, bahawa begitu banyak jiwa yang terkorban untuk memastikan Negara ini berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan berteraskan Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiyah.

Dulu 13 Mei 1969, PAP dan DAP mengusung Keranda 152. Pada 1998 di Masjid Negara, kelompok budak bangang Melayu pula yang mengusung Keranda 152. Nampaknya, Batu Nesan dan Kain Kafan 152 sedang diurus dari dalam oleh kelompok Wahabi, Khawarij, Syiah, Komunis dan Freemason dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Moga Ramadhan 1433H, Allah Buka Pintu Hidayah, Taubat dan Makrifat  Allah untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

1 comment:

  1. Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar

    Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

    Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
    “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
    Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

    Jawab Ibn Taimiyyah:
    “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
    Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

    Kata Ibn Taimiyyah:
    “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
    Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
    “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
    Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

    Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
    Jawab Ibn Taimiyyah:
    “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
    Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

    Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

    ..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..

    ReplyDelete