Monday, September 17, 2012

Ancaman Si Kitul Nasution

Jam 0530 petang Bernama Radio 24. Zulkifli yang dah tak BUJANG, bersama Tan Sri SPR, Saifuddin Nasution PkR dan Tee-MCA. Paling menarik ialah isu Care Taker Government, Pengundi Malaysia di Luar Negara dan Integriti Pilihanraya!

BN diuji atau diancam? Pasukan PkR+Pas+DAP terancam atau pasti tumpas? Dua soalan populis masa kini, yang hanya ada 180 hari lagi, sebelum 29 April 2013. Sukacita Pak Sedaro nak posan terang-tegak kepada calon-calon Barisan Nasional yang akan ghairah berkempen dalam masa Minggu Manifesto sebelum Hari Mengundi:

1. Jangan guna kenderaan darat/udara/air milik Kementerian/Jabatan/Agensi/GLC Persekutuan mahu pun Negeri semasa 10 hari berkempen atau selepas terbubar Parlimen. Ini akan jadi faktor penentu pengundi kepada anda. Orang dah bijak menilai jika anda sedang salah guna harta awam Kerajaan.

2. Jangan minta jabatan-jabatan berorientasi khidmat awam untuk buat kerja-kerja sosial, kecuali sudah dijadualkan seperti lazim waktu perkhidmatannya.

3. Jangan lokek/kemut dengan Bantuan Peribadi Rakyat 1 Malaysia kepada petugas dan pengundi berdaftar.

4. Jangan lupa untuk ziarah semua Surau dan Masjid setiap waktu solat dalam kawasan PDM, biarpun terpaksa bersemuka dengan Calon Lawan. Apa aku peduli? Buat kerja amal setiap kali kunjungan dengan bersihkan tandas Surau atau Masjid, walaupun untuk 5 minit.

5. Jangan lupa buat Kenduri Gadang, Nasi Roket ke, Nasi 1 Malaysia ke, Nasi Dacing ke, Nasi Torpedo ke untuk PDM-PDM dalam kawasan tu. Kalau Kawasan Parlimen, kena siapkan Majlis Tumbang Kobau Bala.

6. Jemput sekali Parti Lawan untuk buat Ceramah/Debat Politik bersama.

Jangan lupa bahawa 90% pemimpin teras PkR ialah bekas Orang UMNO setia kepada mantan Timbalan Presiden UMNO, Anwar Al-Juburi. Jangan lupa Saifuddin Nasution Ismail ialah bekas Setiausaha Politik Mantan YB Menteri Pertahanan, TS Hamid Albar yang juga adik kandung kepada Shahlan Nasution Ismail, political secretary kepada Perdana Menteri Malaysia. Hmmm...

6 comments:

  1. Salam. Sdro den Cicit Kamat. Eden ni setuju amek2 ngan cadangan Sdro tu. Kok dapek ikut tu, memang PRU Malaysia cukup bertamaddun. Den banggo waima sapo jugak nang monang. Calon2 patut morondah diri dgn rakyat sampai buleh samo borsih tandas masjid. Dapek pahalo & dipandang mulio. Ular menyusur akar takkan hilang biso e kan?

    Satu ajo nang den tak konan, ghontianlah guno perkataan "Anwar al.....". Sdro hebat menulih mengkiritik. Tapi dek ungkapan macam ni, hilang sori dan manih e.. Bahasa itu pancaran hati wahadi sdra den nang den sayang.

    ReplyDelete
  2. nasution ni bukan keturunan batak ke?

    ReplyDelete
  3. Anon 1:04, tak elok cakap gitu. Jgn pandang hino keturunan orang. Orang nesmilan pun keturunan orang asli (terutamo biduando). Takdo lobih & kurang, melainkan takwanyo.

    ReplyDelete
  4. boleh ke pemimpin umno buat mcm tu..yg aku tau kalu masa pru ahli umno sibuk nak sabotaj n tutup bilik gerakan..selagi duit tak masyuukkk..

    ReplyDelete
  5. anon 12:01am. Ikut sejarah lalu, payah pemimpin UMNO nak ikut cadangan Cicit Kamat ni. Sebab Tun Dr.Mahathir cakap, UMNO ni berkawan dengan syaitan yang dikenalinya lama. Sebab itulah UMNO semakin busuk hingga ke ususnya. Nang tinggal dlm UMNO pun, dah kurang yang cerdik. Nang bijak pandai dah lari ke pembangkang. Ish,ish, ish... kesian pulak aku

    ReplyDelete
  6. hina pekedahnya plak,tak kan nak malu plak dgn keturunan sendiri?

    sebab orang2 batak dulu makan orang sebab tu nak malu?

    ReplyDelete