Saturday, September 8, 2012

Andai Pakatan Memerintah... - Sin Chew Daily

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.  

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan 'hak asasi manusia' akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan 'keterpaksaan' menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi 'hak asasi manusia' dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.  

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.  

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi 'bantuan' sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang? Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi 'malaikat yang kita tidak kenal?' - Sinchew Daily 28 Ogos 2012.

Sumber sini.

15 comments:

  1. Jahanam sinchew ini. Patutlah byk yg boikot sinchew

    ReplyDelete
  2. Banyak betulnya apa yang Sin Chew kata tu.Mana plak ramai yang boikot Sin Chew? Aku pun setengah Cina juga. tak pernah plak mak aku boikot Sin Chew.The three pembangkang parties are also strange bedfellows, all with different dreams. Macammana nak govern Malaysia kalau semunya ada opposing objectives?We cannot afford to gamble the future of Malaysia to an inept pembangkang whose only interest is their own.banyak rhetoricsaja tapi action kurang.Too dangerous to pass the baton of government to them.We need an opposition party but the PR that we have now does not fit the bill.

    ReplyDelete
  3. Hompuk makin lamo duk dalam ni makin paneh makin miang... Macam isap heroin, dah tau blog ni menyakitkan kan mental hompuk makin ketagih datang menjonguk... Jgn masuk pusat kesihatan dah la... Kahkahkah...

    ReplyDelete
  4. Ni cerita dongeng, ler.

    Boleh lah jual kepada ahli-ahli BN, ler.

    Rakyat lain bukan tahap bangang Dan songsang.

    ReplyDelete
  5. NI tulisan orang gilamoroyan serta hidup dalam bayangan ketakuan kerana terlalu lama pemikiran dirosakkan oleh seorang mamak tua. Bukannya apa...just trying out the last trump card...momokan bahawa kalau PKR menang, Melayu akan dipijak China DAP. Melayu UMNO selama ini menghisap dan mengusap batang CHINA MCA tak pula sedar diri. Takutkan China, tapi bila dapat projek lari bagi kat China. Tengoklah perangai bapa hipokrit brahim katak, business partner dia semuanyachina. demi poliyik berpurapura nak tikam china. dalam board room kulum butuh china

    ReplyDelete
  6. apo ko merepek ni anon setan. yang tulih ni pun cino bukannya umno. yang ko meroyan nyalahkan umno tu apo pasat? nampak na umno ni hebat. memang takut sungguh cai pembangkang walaupun dengan bayang2 umno.

    ReplyDelete
  7. UMNO MEMANG SAH PARTI HEBAT..

    Sdro Bongek Boy, mmg UMNO ni hebat. SOBAB E..
    1. Parti paling lamo mmerintah didunio solopeh Parti Komunih Cino dan Parti Komunih Korea.
    2. Mulo2 dulu UMNOni pemimpin semuo kaum - Melayu, Cino (MCA) dan India (MIC). Sekarang dah jadi rasis gilo hilang akal.
    3. Dek hebat e, UMNO ni, sekarang dah mengamuk meroyan menyamseng kek mano-mano ajo ado program Pakatan.
    4. Presiden UMNO yg jadi PM paling penakut berdebat dengan Ketuo Pembangkang.
    5. UMNO berketuokan pemimpin laki bini yang maso boghondut sobolum nikah dulu - dah ado bini & laki masing2.

    ReplyDelete
  8. UMNO PARTI HEBAT...

    Ado laie, wahai Bongek Boy...

    Solopeh memerintah 55 tahun, UMNO berjayo menjadikan bangso Melayu/bumiputra, paling mundor ekonomi di Malaysia. Semuo pemimpin ateh UMNO dari Pemudo sampailah ko Penuo di ateh tu, semua kayo melana dek rasuah. Tapi, Melayu lain di kampung2, difelda, di Sabah di Sarawak tinggal paling miskin dan dhaif. Tapi, Mahathir sibijak tu, pandai suruh orang Sarawak & Sabah sabar 5 tahun lagi, supaya toghuih terkaghap dan mampuih.

    ReplyDelete
  9. UMNO PARTI PALING HEBAT...

    Ado laie, sdro Bongek Boy..

    Semuo nang diceghito di ateh oleh Sin Chew tu, adalah pengalaman sobonar nang dah dibuek dek UMNO & BN, sobab tulah UMNO jadi parti pemerintah no 3 lamo dalam dunio (55 tahun).

    Sobonar e, Sin Chew sedang menyindir UMNO. Tapi, pemimpin UMNO ni masih angkuh dan sombong.

    ReplyDelete
  10. UMNO PALING HEBAT KERANA....

    Patutlah UMNO berjaya memerintah Malaysia selama 55 tahun. Baru kita tahu rahsianya. Dr Mahathir sendiri yang bagi tahu.

    Rupa-rupanya penasihat & sumber inspirasi para pemimpin UMNO selama ini jauh lebih hebat dari Komnunis, Freemason dan Syiah dan sewaktu dengannya. Makhluk sumber inspirasi UMNO selama ini adalah....

    JENG, JENNGG, JENNNGGG....

    SYAIITAAN YANG DIKENAALLLIIIII.....


    ReplyDelete
  11. hehe. cai pakatan dan meroyan. power sungguh umno dan penulis sin chew daily nih sampai meroyan podeh boy dan anon di buek eh. tahniah scd. hehehe. oghang nak kalah camtulah. meghoyan tak abih2. ni kompom menghoyan sampai lopeh pru13 ni sobab maso tu dah tau pembangkang kalah bosar. hahaha.

    ReplyDelete
  12. kah kah kah.. sdro Anon 8:28 pm.. Sdro jangan risau Pakatan kalah. Dio oghang tu dah mangli dengan kalah pilihanrayo. Dio tahu camno nak idup solopeh kalah. Nang sdro kono risaukan, camno agak e, kok UMNO jadi pembangkang di Parlimen Malaysia pulak.. Sekarang ni, jadi pembangkang di 4 nogori pun dah macam anjing bercawat ekor. macam tikuih dalam lubang. Hulu hala jadi e..

    Agak e, camnolah esok kok jadi pembangkang di parlimen. Segalo kes rasuah godang dan kocik disiasat. projek kroni semua dah takdo. ketua bahagian bangkrapsi dan ramai masuk jel. Agak sey lah..

    Tak dapek nak bayangkan do..

    Cukup hebat sejarah baru akan berlaku...

    KAH KAH KAH....

    ReplyDelete
  13. anon 8:43. den setuju bonar2 tu!!!

    Kek kampung den ni, oghang UMNO dah menggelabah habih. mengelintin dek kepaneh miangan. Takut kalah pilihanrayo sok. Sobab dek risau bonar2, ghamai dah mulai jadi samseng ganeh. Panteng dongar kempen pakatan, mulolah ado yang nak molosang. Tu nang di Kodah baling kasut ke masjid, Kek klatan,baling cat kek bas Nuar Brahim tu, kek melako buek sokatan jalan rayo. macam2lah jadi nijam.. Kok kalah PRU 13 sok, tak tahulah apo dio oghang akan buek sok. siah paleh... baghang jauh 44 malaikat..

    ReplyDelete
  14. sendiri komen sendiri sokong. hompuk..hompuk. hehehe. takut betul cai pembangkang ni dengan posting paneh miang. bersungguh2 komen. rajin lak tu masuk blog ni. tahniah paneh miang. kepanasan korang buat pencacai ni suma. hahahaha.....

    ReplyDelete
  15. tahniah paneh miang smp pihok pembangkang pn leh paneh gan tjuk ni hahaha..pengikut PKR sndiri xcya PKR leh control DAP..N diorg sndiri ngaku even UMNO da MIC n MCA but BN can control them..ni buka cerita dngeng k ni reality sbb i slalu dok semeja gan geng PKR haha u all can see diorg very tabsub with ketua PKR..n i saw they keep complain mcm2 but never do anything to improve it just complain n complain..all gov did they said wrong but the benefit they enjoy it without said its wrong..hmm Pakatan especially PKR is goyang kaki sja but dont want to do anything to improve it

    ReplyDelete