Thursday, September 6, 2012

Oh My Serambi Mekoh!!

Rugi RM20,000 surau diroboh

KUALA KRAI - Gara-gara percayakan persetujuan lisan pihak berkenaan, pengusaha restoran di Jalan Kuala Krai-Machang, dekat Batu Jong, di sini, mendakwa kerugian lebih RM20,000 apabila surau baru dibina berhampiran kedainya dirobohkan, kelmarin. Selanjutnya sini.

Lima lelaki ditahan terlibat sindiket curi kereta

KOTA BHARU- Lima lelaki berusia lewat 30-an ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket curi kereta di sebuah bengkel di Pintu Geng di sini dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis petang semalam. Selanjutnya sini.

Guru al-Quran mati dibunuh

PASIR PUTEH - Guru al-Quran yang membantu kerja memasak untuk majlis hari raya di rumah anaknya di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini ditemui maut dibunuh dengan sudip. Selanjutnya sini.

Bekas ahli Dewan Negara disamun

BACHOK - Bekas ahli Dewan Negara dan Ketua Dewan Muslimat Pas Ketereh, Hunaizah Mohd Nor, 68, terpaksa bertarung beberapa minit mempertahankan dirinya dalam kejadian samun yang berlaku awal pagi Rabu lalu. Selanjutnya sini.

Buruh tipu duit pesara

KOTA BHARU - Seorang buruh dihukum 15 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menipu RM40,000 duit pesara juru ukur tanah, tahun lalu. Selanjutnya sini.

BERITA KEMUNCAKNYA...

Jual ubat perangsang tidak berdaftar 

KOTA BHARU – Seorang peniaga terpaksa bermalam dua hari di penjara selepas Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman itu kerana kesalahan memiliki ubat perangsang seks tidak berdaftar, 14 Mac lalu.

Sidi Nik, 68, didapati bersalah memiliki 21 ubat perangsang seks untuk dijual itu di gerai depan kedai emas di Jalan Hilir Pasar di sini, pada jam 11.20 pagi.

Dia didakwa memiliki ubat termasuk Vial Impotence, Cialis, Maxman Best dan Maxman Three Effectiveness ketika gerainya diserbu Penguat kuasa Farmasi Kelantan.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah menyebabkan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor turut mengenakan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya dia gagal jelas denda. Pendakwaan dikendalikan

Pegawai Pendakwa, Ahmad Fadli Mohamad Dahlan.

Oh My Pok Nik!!

8 comments:

  1. Cerita ni terjadi dlm satu hari ke atau berita cedukan kerana tiada tarikh dinyatakan.

    ReplyDelete
  2. Kan ada link dia tulis tu..xkan baca sinopsis je..baca la berita penuh..negeri lain xnak cerita ke..

    ReplyDelete
  3. ein aku rasa penulis ni maksudkan bukan pasal nak cerita buruk kelantan or negeri-negeri lain. sefaham aku dia cuba nak buktikan tak kiralah kalau kita tuduh konon orang lain tak islamik, tuduh orang lain tak masuk syurga, kafirlah, sosial lah dsb, tapi kita yang konon islamik sangat ni pun masih tak mampu nak tarbiyah orang dalam jajahan kita. tak mampu nak bendung jenayah cara islamik kita dan tak mampu pun tak tangani gejala sosial di negeri yang kononnya dikatakan serambi mekah. agaknya siapakah 'kita' itu?

    ReplyDelete
  4. blogger ni anti kelantan ke? agak kebudak-budakan ...sorry bro

    ReplyDelete
  5. Hahaha.... Selagi kerjaan persekutuan tak bertukar tangan, selagi tu masalah jenayah meningkat ... Tak kira di negeri mana sekalipun.

    ReplyDelete
  6. Kuantan... Bayi dibunuh sebalik lahir.
    Kuala Pilah... 2 beranak pencuri.
    Muar... Rugi besar ditipu penjual mesin.
    Kuala Pilah... Dipenjara, sebat kes ROGOAL ANAK.
    Johor Baru... Snatch thieves beaten up after robbing a woman.
    Kemaman... Catatan sebelum ditikam.
    Johor Baru... 9 berhimpit bilik sempit.
    Segamat... Atuk Zali diberkas lepas cabul budak 3 tahun.
    Ipoh.... Saya sesal pukul dia.
    Kuala Lumpur... Murder suspect turns himself in.
    Johor Baru... 'Coconut tree war' rages on despite 93 police report.


    Best of all...
    Petaling Jaya... RON97 now RM3 per liter

    ReplyDelete
  7. Bagus islah coz try to be realistic. Tak kiralah negeri tu mengaku islam ke, orang lain tak islam ke, anon atas ni dah buktikan semuanya sama saja. So apa bezanya kalo parti hijau tu perintah negara? Adakah jenayah akan kurang!? Negeri serambi mekah no 2 kes jenayah tertinggi malaysia lepas kl skrg ni. Siapa perintah kelantan? Ohhhh...orang islamik. Kl siapa ramai wakil rakyat? Ohhhh..dap kan? Haha...nak ubah selangor pun takut dap. Sanggup pecat ahli sendiri lagi. Tak ke lembam namanya tuh. Sengal.

    ReplyDelete
  8. Anon 11:48. Fakta2 anda mmg terbaik!!!

    ReplyDelete