Saturday, September 15, 2012

Projek BAAE Negeri Sembilan

Memaklumkan perkembangan program bekalan air awam di Estet (BAAE) di Negeri Sembilan di bawah Kementerian Sumber Manusia, program ini melibatkan peruntukan bekalan air awam dari sumber air awam hingga ke pintu hadapan ladang.

Manakala bagi pemasangan bekalan air awam dari pintu utama ladang sehingga ke rumah pekerja adalah ditanggung oleh pihak ladang sendiri.

Jumlah peruntukan bagi Negeri Sembilan adalah sebanyak RM5,054,400.

Hasil kaji selidik mengenai pelaksanaan air ladang telah dijalankan di mana 8 ladang di Negeri Sembilan dipilih bagi projek tersebut antaranya,

a. Ladang Ayer Hitam
b. Ladang Bukit Pilah
c. Ladang Jemima
d. Ladang Perhentian Tinggi
e. Ladang Kombok
f. Ladang Tanah Merah
g. Ladang Arishah
h. Ladang Risda Inas

Namun, hanya lima ladang yang terpilih, Ladang Kombok, Ladang Air Hitam, Ladang Bukit Pilah, Ladang Jemima dan Ladang Tanah Merah sementara tiga ladang yang disebutkan di atas ditangguhkan di atas masalah teknikal yang dihadapi.

Laporan juga menyatakan Ladang Ayer Hitam dan Ladang Bukit Pilah telah siap sepenuhnya yang melibatkan pemasangan bekalan air awam dari sumber awam hingga pintu utama.
Manakala pemasangan bekalan air di ladang lain masih dalam proses pembikinan.

Bagi Ladang Kombok, Ladang Jemima dan Ladang Tanah Merah, kontraktor telah dilantik dan pemasangan bekalan air awam ke pintu utama ladang akan dimulakan minggu hadapan.

Projek bekalan sumber air awam di estet di bawah Kementerian Sumber Manusia dijangka siap keseluruhannya pada bulan November 2012.

Sumber sini.

3 comments:

  1. Dah diperintah 55 tahun oleh BN, baru kini dapat bekalan air... Kesian aku dengan rakyat negeri kau orang ni yang dilembukan oleh pemimpin2 BN. Kau orang baru dapat air, keluarga Ketua Wanita kao orang dapat projek bela lembu berharga RM250 JUTA.... Itu pun tak menjadi projeknyo kerana kat nogori kao orang dah banyak lombu...

    ReplyDelete
  2. anon 8.46 yg buta sejarah. Ladang d punyai oleh sykt, bila x mampu bekal air baru nak mint a bantuan kerajaan. Ldg2 lain sblm ni x masalah. Lain Kali belajar sejarah dulu...jawab is pokok bukan melalut x tentu arah...mcm dgn kambing jampari, tabung mamali dsb....

    ReplyDelete
  3. Apa nak hairan...pangai puak2 gampang camtu la...main jerkah tak tau kisah.

    ReplyDelete