Wednesday, September 19, 2012

Senang je nak baca mamat ni...

Kata Aspan Alias, "Musuh UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli UMNO yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas"...dalam Haprak Daily F16, 14-16 September 2012.

Di perenggan akhir, seperti yang dimaklumi oleh AJK Bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dipetik oleh Aspan "Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun UMNO tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam UMNO pun hidup kita serupa juga.

Andai dipanjangkan lagi dalam perenggan paling akhir, khabarnya seorang AJK Bahagian di Selangor pula memberitahu dalam Bahasa Inggeris, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all UMNO is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini, Sumbat kat sini berlubang kat sana..."

Manusia kelahiran Kuala Pilah ini seorang perajurit infantri KECEWA dalam UMNO. Masa berjaya melobi diri sebagai AJK Bahagian Kuala Pilah, Aspan Alias pun mengambil pemikiran kufur, miskin dan daif sama seperti luahan perasaan hati yang diumumnya. Jika tahun 2004, Aspan Alias diberi kerusi untuk bertanding di DUN Seri Menanti atau DUN Johol, maka tiadalah dianya meracau dan meroyan seperti hari ini. Bak kata veteran S46, di mana ada gula, di situlah Aspan Alias berada.

Pak Sedaro jadikan Aspan sebagai sampel kajian, kerana bilangan insan perajurit jalan kaki dalam UMNO bilangannya mencecah 3.3 juta. Kor Gerak Khas UMNO sudah tiada lagi; dan suka dimaklumkan Aspan ini dulu antara pemuka Pemuda UMNO Kuala Pilah yang terlibat dalam resepi Beret Merah.

UMNO pupus, lesu dan silau kerana kelompok opportunis yang begitu ramai dan bermaharajalela, hingga luput perihal Pemikiran Tamadun dan Modal Insan UMNO. Justeru, kelompok partisan peribadi yang dilahirkan oleh Team Baru UMNO melarikan diri ke Pas dan PkR pada 1987 dan 1997. UMNO masih bersifat parti tunggal ummah tanpa prejudis. Namun untuk manusia sekongkol pemikiran seperti Aspan Alias, tentunya bermati-matian MEMBATALKAN kemolekan UMNO, kesuburan UMNO dan kesantunan UMNO, yang dahulunya kebanyakan rakyat Melayu menuntut perjuangannya.

Mungkin eloklah UMNO tawarkan kerusi DUN Seri Menanti (penyandang si Samad Ibrahim) atau DUN Johol (penyandang arwah-Roslan) atau DUN Pilah atau kerusi Parlimen Kuala Pilah (penyandang kini Hassan Malek), ataupun lebih mulia UMNO tawarkan kerusi melalui MCA di Dun Temiang, Dun Rasah, Dun Lobak dalam Parliman Seremban dan Rasah kepada Aspan Alias. Orang sebegini senang dibaca. Kuasa, wang & pangkat; bagi saja ketiganya, maka akan hilanglah keDAP-annya. 

Signal pengundi kepada BN mudah saja. Subjek Calon UMNO/BN boleh menang ialah Orang UMNO yang taat setia kepada Perjanjian Rakyat dengan Raja Melayu (Wa'ad Tua), Orang UMNO ialah orang Melayu beragama Islam yang mengerti bahasa, budaya, halatuju Negara Melayu dan KesetiaanNya kepada Raja dan Negara.

Pas parti Sesat, PkR parti Maksiat, DAP parti Khurafat.

16 comments:

  1. sudah2 la meroyan tu bang. dah terasa sangat bahang nak kalah ke? asal keluar umno je ni le alasan yang boleh dibagi....

    - sebab nak jawatan
    - sebab tak dapat projek
    - sebab tak tercalon
    - sebab kalah bertanding ketua bahagian, cawangan
    - sebab dah tak dipeduli

    tak penah nak pikir alasan dari individu yang keluar tu. segala kelemahan dan teguran langsung tak diambil pusing. kalau gini alamatnya sepat lagi la umno lingkup... semua jawapan yang dibagi untuk tutup kelemahan parti dan individu dalam parti.

    ReplyDelete

  2. Begitulah pejuangan yang diinspirasikan olih kehendak diri ,bukan didorong olih flasafah perjuangan itu sendiri maka haluan bolih diubah mengikut kepentingan.

    Ini penyakit utama olih pendokong-pendokong perjuangan ketika ini dimana matalamatnya hanya pencapaian diri yang begitu menular dan nyata dan UMNO wajib mengambil inisitif bagi membersihkan ahli-ahlinya dari gejala yang merosakan ini kalau UMNO ingin bertahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah.. Nampak gayo nulih tuan ni, macam generasi lamo bonar dah ni. Makno e, nang sokong UMNO bayo2 tuan ajo laie. Nang mudo2 & coghodik2 dah cabut poie ke ko Pakatan. Ish ish ish. Kesian Den kek UMNO ni,

      Delete
  3. Tak ada satu orang UMNO itu bersifat Sidik, Amanah, Tabligh maupun Fatanah .... semuanya pembohong, semuanya khianat, semuanya tidak mampu menyampai yang benar .... sudah sampai masa UMNO berkubur dan dikuburkan .... eloklah ahli UMNO menyanyi lagu Selimut Putih, buat mencari jalan pulang dengan maksiat dan dosa terhadap rakyat yang tidak akan terampun

    ReplyDelete
  4. Itulah umno... Akan saling tikam-menikam dan bercakaran sama ada sesama mereka atau dengan bekas2 ahli mereka. Kemudian berterusan mendedahkan keburukan masing2... Bila lah pulak nak dedahkan keburukan mb negeri 9 yang ada sekarang ni atau mb dulu yang kini duduk dalam felda... Aku tungguuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. umno kalu x rasuah..bukanlah umno namanya..dr peringkat ketua bahagian sampailah presiden...semua naik dgn rasuah..hanya org yg makan rasuah shj berada dlm umno...hapuskan rasuah bermula dgn hapuskan umno...

    ReplyDelete
  6. Asalkan bukan Umno,,, ABU,,,,

    ReplyDelete
  7. Bagus bagus, masuklah DAP ramai ramai kalau macam tu, sebab DAP satu satunya parti berbilang bangsa...
    Masuk PAS .. PAS dah sesat
    Masuk PKR .. PKR asyik nak menutuh..
    DAP bagus,, sebab Melayu memang suka ikut telunjuk China... Melayu tak kira parti mana boleh dibeli dengan DAP..
    Bagus Bagus Bagus....

    ReplyDelete
  8. Kalau bukan kepentingan peribadi tu apa namanya?

    Wang tak pilih bulu ..

    Kalau ya pun UMNO itu rasuah..

    Apakah PKR , PAS, dan DAP itu lebih baik?....

    Yang pasti semua pengikut kerjanya cuma mengikut je..yang uintung tetap ketua, tak kira parti apa..
    jadi kalau gitu.. aku akan terus bersama parti pemerintah yang memang aku dah tahu hati budinya, daripada aku ikut parti yang baru 4 tahun kenal perpaduan, dengan bermacam kes yang tak selesai selesai ..

    ReplyDelete
  9. Engkau masuk UMNO pun sbb nak kaya je kan?? Kayo dengan duit daripada rakyat yang bayar cukai dan tol. Semua duit tu haram bagi pemimpin..Duit rakyat sepatutnya org-org UMNO tak boleh amik untuk beli barang peribadi. Engkau makanlah duit duit haram tu ya. Akhirat nanti engkau jadi bahan bakar api neraka.

    ReplyDelete
  10. Orang UMNO makan daripada duit haram. Maka amalannya seperti solat, puasa dan lain-lain amalan kebajikan tidak di terima oleh Allah. Satu suap saja makanan haram masuk dalam perut, amalan amalannya selama 40 hari tiada pahala. Kalau bersuap-suap makanan haram? Bertahun-tahunlah jawabnya.

    ReplyDelete
  11. Tunggulah kau semua orang UMNO. Wang-wang yang engkau ambil daripada rakyat akan balik semula kepada rakyat. Jangan haraplah engkau boleh kaya.

    ReplyDelete
  12. Wajib Baca : Dosa-Dosa Besar UMNO / BN
    Sudah lebih 20 tahun kita asyik dengar orang bercakap pasal keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam dan Melayu. Di bawah ni mungkin dapat menjawab mengapa akhlak Melayu runtuh dan hancur. Mana tak hancur, kalau pemimpin2 orang Melayu sendiri jadi agen peruntuh akhlak Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan oleh UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

    a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

    b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

    c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata. Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

    Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

    d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu. Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau. Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

    Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan. Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja. Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

    e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

    f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

    g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la.

    ReplyDelete
  13. Hello Cicit Kamat@towkey Minyak gamat kot,,Heee,,,heee,, Cubo kau ulas sikit apo yg D kato Anon kek ateh ni,,,

    ReplyDelete
  14. Ya tak ada SEBAB orang yang BERAKAL dan yang BAIK hendak masuk UMNO - Hidup Mati orang UMNO hanya untuk DUIT, DUIT, DUIT ..... Poorah kalau ada orang UMNO kata dia hidup atas perjuangan untuk BANGSA, AGAMA dan NEGARA

    Yang masuk UMNO itu berjuang nak naik atas nak dapar KUASA dan bila dah dapat KUASA nak main peranan Firaun-Firaun kecil yang mencekik darah dan wang ringgit rakyat

    Ini CABARAN buat orang UMNO - cuba bagi satu contoh pemimpin UMNO yang boleh dikategorikan sebagai orang yang BAIK ..... mana ada kalau diberi lebih dari 1000 jari pun tak akan jumpa satu yang baik .... baik bini baik anak orang UMNO semua nya penjahanam bangsa ....

    Contoh tak baik cukup banyak bermula dari NAJIB sendiri .... kaki perempuan (yang terlapor kes di PD, yang menyebabkan terhutang BODY dengan ISA SAMAD), kaki RASUAH (yang terlapor dan satu DUNIA tahu tentang kes kapal selam Scorpene), kes suami tak boleh control isteri semua orang gelak-gelak aje belakang NAJIB, gelak pulak dengan bini NAJIB sendiri, ROSMAH pun gelak, ketawakan laki takut bini. Kes bini orang UMNO ini terlalu banyak CONTOH ROSAMH dengan kerja mencuri duit RAKYAT beli cincin, kes bini Khir TOYO tempe melarikan duit RASUAH Kumpulan Isteri DUN di Selangor, tapi kes yang paling CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG kes Sharizat sebagai ISTERI dan MENTERI WANITA tak tahu apa yang sang SUAMI buat beli lembu dan kondo dari kes RASUAH dan SALAH GUNA KUASA NFC ....

    Turun sikit bawah ke Naib Presiden UMNO, Kes ZAHID HAMIDI menculik orang yang romen aank dia masih belum dibawa kepengadilan, Kes SHAFEI AFDAL (nama aje AFDAL) main perempuan dengan duit JUTA-JUTA, Kes ALI RASTAM dengan Projek Rumah bekas Ketua Menteri tak payah cakap lah... ini macam Firaun buat tinggalan sejarah,
    Kalau Menteri pulak cuba TENGOK muak perogol PEMABNTU RUMAH INDONESIA yang keluar setiap hari di TV - - malang sekali mungkin dengan izin ISTERI sebab macam bini trak pernah tunjuk marah .... aaaah sudah lah memang dah TIME UMNO di talkin kan, tapi sebab hantu UMNO ni kuat sangat -- macam tak mau mati-mati pulakm ini memang kena humabn aje dalam lahad sejarah

    RIP UMNO - mari kita kempen masukan ke PENAJRA KAMUNTING semua pemimpin UMNO bermula dari Mahathir, Rahim Thamby Cik (perogol anak Melayu), Najib, Musa Hitam (Pembunuh MEMALI) ....

    ReplyDelete
  15. hahaha bloger ni org sikamat lau x silap den ni..hehehe ni kompom x dapek jd kroni or x dapek projek and sewaktu dengannya..that y meroyan mcm org sakai

    ReplyDelete