Wednesday, October 10, 2012

1Malaysia terlalu dipaksa...

1. Sejak 2009, negara ini telah banyak disogokkan dengan produk 1Malaysia. Sama ada di jabatan kerajaan, pasaraya, papan tanda, kedai runcit, padang, dewan, sekolah, IPT, kampung, bandar, penjara, baju, seluar, bla..bla..bla..pendek kata, di mana-mana pun terpampang '1'Malaysia.

2. Hinggakan nama negara ini pun turut mahu diubah dalam "Kempen Melawat 1Malaysia"! Adakah dalam Perkara 1 perlembagaan negara, maksud persekutuan itu ialah 1Malaysia atau hanya MALAYSIA?

3. Sejak 3 tahun lalu, pelbagai produk pengguna di negara ini telah dimanipulasi untuk menjayakan kempen 1Malaysia. Daripada semahal-mahal benda, sampailah ke seluar dalam, semuanya nak di '1' Malaysia-kan.

4. Agensi kerajaan di Jabatan Perdana Menteri yang selama berpuluh tahun menggunakan logo 'Bersama Menuju Kegemilangan' pun turut terjual jati diri mereka. Sangat ketara kebanyakan hanya nak mengambil kesempatan sambil mengipas...pakai aircond!







5. Dalam dunia pemasaran, fenomena 1Malaysia sebegini dinamakan 'hard sell' iaitu suatu kempen yang terlalu direct, tampak tak ikhlas, seolah memaksa serta klise. Ia akan menyebabkan khalayak merasa ianya bukan natural, terlalu berlebihan dan cepat berasa jemu serta meluat.

6. Khalayak pada kebiasaannya apabila diperkenalkan pada sesuatu perkara atau benda baru, akan wujud dalam diri mereka perasaan ingin tahu (curiosity). Jika perkara atau benda baru itu sesuai dengan jiwa dan keperluan mereka, perasaan suka itu akan meresap dalam diri tanpa disedari (soft sell). Lagipun kasih sayang itu tak bolehlah nak dipaksa...kan?!

7. Sebaliknya, jika sesuatu perkara atau benda itu selalu diomongkan, disogok atau dipromosi secara berlebihan, lambat laun pasti khalayak akan berasa jelak dan mula berprasangka (persepsi) bahawa ianya murah, klise serta tidak bermutu. Penyudahnya, ramai yang akan mula mengata serta menjarakkan diri daripadanya.

8. Sebab itulah apabila pemimpin dan cai pembangkang berterusan menuduh BN rasuah, kronisme, nepotisme, tak islamik, isu scorpene, isu Rosmah, isu Altantuya etc. secara keterlaluan (overkill), akhirnya rakyat akan menyampah, jelak serta menjauhkan diri daripada komplot pembangkang. Dan begitu juga sebaliknya, perkara yang sama boleh berlaku terhadap BN.

9. "Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!" (HR Abu Daud).

8 comments:

  1. Kena paksa..klu x ikut..siap laa..katakn tidak pada bn..pakk bn.lancui bn..msia lbih sjahtera tnpa bn...

    ReplyDelete
  2. Spenda 1Malaysia tu pak2 Menteri & MB/KM BN pakai tak? Nanti Jib marah lak.... Yang pasti Rais Yatim mesti pakai punya...

    ReplyDelete
  3. Spenda 1malaysia ni saiz kak ros tu bhai. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. tang no 8 tu den setuju. pembangkang ghoma buek isu overkill bn. buek kojo maleh. balik2 ceramah isu...ceramah isu. ideo kesejahteraan rakyat takdo. ghamai yang dah nyampah. amek kau!

    ReplyDelete
  5. bila pulak arak san miguel nak di 1 malaysiakan?bila anak mahather nak buat promosi?

    ReplyDelete
  6. No 8 pembangkang dituduh buat fitnah,apa bezanya dengan pihak bn,bab rasuah setahu aku pemimpin bn yang ambil rasuah.tak pernah pulak pihak pembangkang ambil rasuah.

    ReplyDelete
  7. pembangkang tak rasuah kau kata anon? hahaha. dunia mana kau tinggal?

    ReplyDelete
  8. 1 malaysia kono koncing la mcm tu,,Kah!!kah!!!kah!!!

    ReplyDelete