Wednesday, October 3, 2012

I know what you did last summer la Hadi...

Fakta 1

Pada tahun 1962, PAS telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO. UMNO dikatakan kafir kerana menubuhkan PERIKATAN dengan MCA dan MIC. Fatwa dikeluarkan oleh 3 ulama' Pas iaitu Haji Mat Nor Teliar (Setiausaha Dewan Ulama Pas), Haji Mat Nor Selising (Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas) dan Haji Umar Daud. Kesemuanya diberikan jolokan "TOK GURU". Akibat dari "Fatwa" ini, maka berlaku perpecahan antara orang Melayu. Perkara ini terhenti apabila Majlis Raja-Raja kemudiannya telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti Pas.

Fakta 2

Abdul Hadi Awang dalam ceramah politik beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah mengeluarkan satu amanat yang berbunyi seperti berikut:-

"Saudara-saudara sekelian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama dia BN, kita menentang dia kerana dia mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itu kita menentang mereka, oleh kerana itu kita berjuang melawan mereka.

Percayalah, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah syahid, mati kita adalah Islam.

Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku…."

Kata-kata ini dikenali sebagai amanat Hadi. Kesan dari amanat ini adalah seperti berikut:-

1. Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan BN adalah tidak sah.

2. Mencetuskan perpecahan antara umat Islam sehinggakan ada yang berkata bersalam dengan orang UMNO perlu disamak dan jika orang UMNO masuk ke rumah, rumah juga perlu di samak. Peristiwa sebegini paling banyak berlaku di Kelantan.

3. Kes penceraian meningkat mendadak di Terengganu dan Kelantan atas alasan nikah yang dilaksanakan oleh Kadhi/Imam tidak sah kerana Kadhi/Imam digajikan oleh Kerajaan BN.

4. Peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah pada 19 November 1985 menyaksikan seramai 18 orang telah terkorban berdasarkan sangkaan bahawa mereka syahid menentang Kerajaan BN.

Amanat Hadi mengatakan bahawa UMNO layak ditentang kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah (termasuklah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut 'Islam Agama Persekutuan'), serta dikatakan kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Tapi apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, adakah mereka juga turut kafir? Atau adakah tangan mereka yang bersalaman dengan pemimpin DAP dan Keling PKR perlu juga di samak?

Tidakkah ahli Pas sedar bahawa niat tersirat British meluluskan penubuhan serta pendaftaran parti Pas pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman adalah semata-mata kerana ingin melihat umat Melayu dan orang Islam di negara ini berpecah-belah sehingga kini? - Kerismuda.

9 comments:

  1. I know what you did at 'Urut Tradisional Summer at Taman AST Seremban' last Sunday. But don't worry, I will never tell you wife.

    ReplyDelete
  2. Anon, apa yg best kat urut tradisional summer tu? Kau mesti tau sbb pernah pi? Share la. Jgn kemut sorg.

    ReplyDelete
  3. kau ni mesti ahli umno,hanya ahli umno yg gemar pergi situ,betul tak.?

    ReplyDelete
  4. Anon 8.04
    Orang Pas tu Baik sangatkah tempat aku yang dok tikam nombor ekor pun bersipah . Buat malu

    ReplyDelete
  5. Surat kabar lama,, surat kabar lama,, surat kabar lama,,,
    mau beli sini mari maa,,, kah!kah!kah!!
    Dh tkdo isu,,kah!!kah!!!kah!!!
    UmPORNO@UMNO@United Melayu Munafik National Organisation,,,
    Cukup2 Meloyakan,,kah!!!kah!!!kah!!!

    ReplyDelete
  6. Memang aku orang UMNO. Memang dah jadi budaya UMNO untuk kerumah Urut tak kira presiden ke, timbalan ke. Itu semua perkara biasa bagi kami. Tak percaya tanya Paneh Miang. Dia yang ajak aku.

    ReplyDelete

  7. PATUTLAH MAHATHIR KATO, NANG TINGGAL DLM UMNO HANYO NANG BANGANG2.. NANG COGHODIK SUMUO DAH CABUT KO PAKATAN RAKYAT..

    KAH KAH KAH....

    DAH TAKDO MODAL LAIN KO PANEH MIANG OI...

    KESIAN PULAK DEN KEK UMNO NI.....

    KAH KAH KAH....

    ReplyDelete
  8. ABU....Anything but Umno.
    Got another one... Anything but United...

    ReplyDelete
  9. Yes ! Ini terbaik, memang tepat fakta sejarahnya seolah seolah penulisnya berada disitu ketika itu, tahniah buat tuan yang mendalami kronolojinya.....usaha tuan dhargai jua.

    ReplyDelete