Friday, November 23, 2012

Doa Nik Aziz & Najib



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam,

Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini.

Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi.

Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat-menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan.

Peliharalah kami daripada segala bencana, Perpecahan antara kami serta engkau anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Kami bermohon kepadamu Ya Allah, Jika UMNO melakukan kezaliman kepada kami Ya Allah, Engkau angkatlah PAS untuk memimpin negara Malaysia ini Ya Allah.

Jika PAS melakukan kezaliman kepada kami Ya Allah, Engkau kekalkanlah UMNO memerintah negara kami ini Ya Allah.

Kami berserah kepada Mu Ya Allah, angkatlah pemimpin yang amanah, pandai, dan elok pekertinya untuk memimpin negara Malaysia yang tercinta ini Ya Allah.

10 comments:

  1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ReplyDelete
  2. Doa lebih ada puji pujian kepada Allah dalam bahasa ALQURAN. Lain lah kalau bacaan pun tergagap dan sumbang je bunyinya.

    ReplyDelete
  3. Najib nak berdoa ke? sembahyang pun tak nak doa apanya...

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan mana -mana UMNO atau PAS yang ditakdirkan menang mana-mana kerusi, di negeri manapun, akan sentiasa mendahului kepentingan agamanya, bangsanya dan tanahairnya, mendahului kepentingan peribadinya. Akan mementingkan kemartabatan bangsanya, dan bukan kekayaan peribadi.

    ReplyDelete
  5. Askartua bangka said patutlah minyak masak felda kurang dipasaran.

    ReplyDelete
  6. Den tak kato pun macam tu.Bangang.Untuk Anon 6.01,berhati-hatilah,jangan menuduh orang yg bukan-bukan,den raso Najibtu lobih berhati mulia dari kau,jangan buat dosa kering,ni posan orang tua.

    ReplyDelete
  7. I'm Malay first, Malaysian second, and i support the leader who is also a Malay first, Malaysian second..

    ReplyDelete
  8. nampak bona pencacai pis ni dah takdo modal lagi, apo jo yg orang cakap mesti dio nak balun, walaupun sebuah doa yg begitu murni

    ReplyDelete
  9. Untuk Melayu UMNO dan PAS yang selalu bertelagah, diperingatkan lirik Anak Kecil Main Api berikut:

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang
    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri
    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang
    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri
    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan maha perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayu kan gagah di nusantara
    Melayu kan gagah di nusantara
    Melayu kan gagah di nusantara

    ReplyDelete
  10. Najib dan umno tak berani doakan keburukan utk PAS sebab UMNO memang buruk dan keji....golongan keji dan buruk tahu diri dia siapa, maka dia tak kan berani nak balas balik....kekekekeke

    --umno parti jahat--

    ReplyDelete