Tuesday, November 6, 2012

Nak cerita pun malas...

Pada suatu ketika, ada sebuah Pulau di Melaka di mana semua rakyatnya amat rajin belaka. Tiada langsung penduduk Pulau Melaka itu yang malas. Rentetan itu, Rajanya telah memutuskan untuk mencari dikalangan rakyatnya seorang yang paling malas. Maka diadakan satu perhimpunan bersih yang dinamakan Karnival Kemalasan Rakyat di Seremban Jaya untuk ditentukan siapakah yang paling malas.

Ketika perhimpunan berlangsung, ada seorang lelaki mengaku malas. Katanya, "Patik adalah yang paling malas Tuanku!" 

Raja pun bertanya, "Apakah tahap malas kamu?" 

Dijawab lelaki itu, "Kalau patik hendak solat, patik tidak akan ke surau atau masjid. Patik akan solat di mana saja...tak kiralah tepi longkang ke, dalam semak ke, tepi longgokan sampah ke, atas tanah yang baru lepas anjing kencing ke, tapak pameran istana ke...bla..bla..bla! Cuma tepi jamban je patik belum pernah cuba Tuanku!"

Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu berkata, "Patiklah yang paling malas daripada dia Tuanku!" 

Tuanku pun bertanya, "Sampai mana pula tahap kemalasan kamu?”

Maka jawabnya, "Patik akan tidur di mana saja Tuanku. Dalam majlis ke, kat pejabat ke, atas kerusi ke, dalam masjid atau surau ke, masa perhimpunan ke, lepas bagi kuliah ke...bla..bla..bla! Sekarang pun patik rasa macam nak tidur Tuanku!" (Sambil duduk dan terus berkeruh) "Kroh..kroh..kroh!"

"Ish..ish..ish..kronik betul tahap malas dia nih.", fikir sang Raja. Baginda pun terdiam seketika. Tanpa diduga, tiba-tiba datang seorang lelaki tua yang sudah uzur dengan jalan bertongkat seraya berkata, "Patiklah yang paling malas di antara semuanya Tuanku." 

Raja lantas bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu wahai orang tua?” 

Orang tua itu menjawab, "Nak crita pun malas."

17 comments:

  1. hahaha memang malas oghang tuo ni, elo di loga an palo eh kek lantai nun...

    ReplyDelete
  2. bodohnya citer ni....nk sindir tok guru konon tp terserlah kejahilan pasal hukum hakam....kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Anon yng genius 2:35. Cer citer skit hukum hakam pemimpin yang malas dan kuat tido yang kau tahu.

    ReplyDelete
  4. Bodoh mcn babi org yg tulis nie..semoga diaknat allah..

    ReplyDelete
  5. Kah..kah...kah..kah.. ado oghang meroyan ngan cerita ni..

    Ese laie maleh!!! Nak komenpun maleh aa..

    ReplyDelete
  6. Bagus, Melayu memang pemalas apatah lagi Blogger Blogger Melayu.
    Yang Melayu pandai hanyalah membodek.Ramai Melayu yang kenyang adalah Blogger Blogger pembodek kerajaan.Sebagai ahli UMNO yang angkuh dan sombong, saya memang cap Melayu sebagai bangsa yang pemalas tapi pandai membodek.

    ReplyDelete
  7. apola ekau ni..takdo modal sgt dh ko utk dipersembahkan hari ni...

    ReplyDelete
  8. maleh den nak komen. hehehe.

    ReplyDelete
  9. Siapa makan cili api rasolah podeh nyo,tak faham-faham ko lai tujuan Paneh tu.

    ReplyDelete
  10. pemimpin malas macam tulah. ??22 tahun memerintah, satu masjidpun tak bina, satu kerja pun tak dihasilkan...

    ReplyDelete
  11. MELAYU SUKA MENGAMPU! BUKAN SETAKAT MENGAMPU KERAJAAN,TETAPI TURUT MENGAMPU PEMIMPIN PUJAAN HATINYA,KEBANGKITAN RAKYAT SATU CONTOH SANGGUP BERHUJAN KERANA NAK MENGAMPU PEMIMPIN.MEMANG BETUL KATA ANON 4:29 PM MELAYU SUKA MENGAMPU.

    ReplyDelete
  12. ah ah ahh ah maleh lah haiii

    ReplyDelete
  13. Saya ahli UMNO. Memang saya bongkak dan sombong. Kerana UMNO telah memerintah selama 55 tahun.Bagi saya Melayu semua bodoh. Lagi banyak kami sapu duit rakyat, lagi kuat sokongan Melayu kepada kami. Jadi sebelum pilihanraya, baik kami sapu cukup cukup duit rakyat.

    ReplyDelete
  14. LUPO LAK ... APO NAK CAKAP TADI... HAAAAAA MALEH LAH HAI....

    ReplyDelete
  15. Memang penyebar fitnah no satu hang ni... TGNA berehat sebentar di dalam masjid setelah memberi kuliah pun kau orang fitnah. Nilah budaya UMNOBN yang korang dapat setelah 55 tahun... Pemalas sungguh untuk berfikir secara jujur.

    ReplyDelete
  16. hahahahahhaa... padan muka puak pemalas... apap pun tak tau... apa pun x boleh... mmg mcm kaldaiiii

    ReplyDelete
  17. Anon November 7, 2012 10:28 AM quote..."Saya ahli UMNO". Hahaha...hahaha...hahaha...

    Anon November 7, 2012 11:22 AM. Nik Ajis berehat sebentar lepas beri kuliah? Hahaha...hahaha...hahaha...

    Tertanyo den...Nabi tido dalam mesjid cam Nik Ajis tak lopeh beri kuliah? Siap ado oghang topuk dodoi lak tu. Hahaha...hahaha...hahaha...

    ReplyDelete