Thursday, November 8, 2012

Parti Islam SeMalaysia = PLACEBO

Placebo Effect 

Mungkin ramai yang pernah dengar frasa "placebo effect". Sebenarnya istilah placebo hanya berlaku dalam bidang farmaseutikal dan kesihatan. Penjelasannya sangat mudah iaitu manusia bertindak balas mengikut hukum psikologi.

Sekiranya sebuah kaedah perubatan palsu atau sejenis ubat tiruan digambarkan sebagai ubat yang mustajab, didatangkan dengan pakej lengkap – harga yang mahal, testimonial yang berjela, pembungkusan yang eksklusif serta dimomokkan konon dicipta oleh profesor yang hebat – maka pesakit yang melazimi kaedah tersebut, atau yang memakan ubat itu akan menunjukkan kesan pemulihan yang cepat, sepertimana ubat asli atau seperti kaedah rawatan yang sebenar.

Justeru pesakit akan percaya bahawa ubat atau kaedah tersebut sangat mujarab! Yang mereka tak sedar ialah mereka telah ditipu; sedangkan yang membantu penyembuhan mereka hanyalah situasi psikologi iaitu sentiasa berfikiran positif atau dengan kata mudahnya - PERCAYA SUNGGUH-SUNGGUH!

Kesan placebo ini pernah dibuktikan di makmal dengan menggunakan kaedah "Buta Berganda" atau Double Blind; iaitu sejumlah pesakit yang mengalami masalah sama dibahagikan kepada dua kelompok. Satu kelompok dibekalkan dengan ubat asli, sementara kelompok lain diberikan ubat palsu, dengan syarat pesakit dan para doktor yang merawat tidak mengetahui bahawa mereka sedang diuji dengan ubat palsu.

Namun wujud pertanyaan kebarangkalian iaitu bagaimana kita boleh mengetahui yang mana ubat palsu dan yang mana ubat asli? Inilah perkara yang rumit untuk dijawab serta dibuktikan. Selalunya yang mampu menjawab persoalan ini hanyalah mereka yang terlibat secara langsung dengan ujikaji, iaitu kelompok yang terlibat dalam menghasilkan ubat palsu, dan di satu pihak lain ialah pakar yang sememangnya telah lama berkecimpung dalam bidang farmasi.

Apabila syaitan menyeru memasuki 'Islam palsu'

Realitinya, placebo effect atau "kesan ubat palsu' juga berlaku dalam perkara berkaitan agama! Ini boleh dicerap apabila kita memahami bahawa agama merupakan ubat kepada rohani, penawar hati dan penenang jiwa.

Dunia hari ini menyaksikan pelbagai jemaah/kumpulan dikalangan penganut Islam di seluruh dunia telah menyebarkan pelbagai "ubat palsu" kepada masyarakat bagi melariskan pemikiran dan perjuangan mereka. Walhal dakwah yang mereka lakukan sangat jauh dari metodologi dakwah Nabi SAW dan para sahabat R.A.

Tetapi dek kerana ramai dikalangan penyeru agama itu memakai serban besar, boleh berbahasa Arab, memetik ayat-ayat Quran dan Hadis, berjubah labuh, ramai pengikut, malah kononnya memiliki ilmu agama yang mendalam, serta disokong pula oleh ulama' lain; menjadikan masyarakat marhain mudah terpedaya dengan dakwah palsu tersebut. Sepertimana pesakit yang tertipu apabila ubat palsu dimomokkan dengan pakej lengkap sepertimana yang telah dihuraikan sebelum ini.

Walhal itu bukanlah ukuran sebenar kebenaran. Kebenaran dalam Islam adalah mengikut ALLAH SWT dan Rasul-NYA serta berpandukan pemahaman para sahabat. ALLAH SWT telah berfirman dalam surah At-Taubah, 9:100,

"Orang Muhajirin dan Ansar yang awal dan orang yang mengikut mereka dengan sebaik-baiknya, ALLAH redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH."

ALLAH menjanjikan keredhaan-NYA jika kita mencontohi amalan kaum Muhajirin dan Ansar. Siapa lagi kalau mereka itu bukan para sahabat Nabi SAW. Maknanya, mencontohi sahabat Nabi SAW adalah mengikut mereka dari segi pemahaman beragama, mencontohi mereka menegakkan sunnah dan menjadikan mereka neraca dalam menilai Islam. Di situlah letaknya kebenaran yang hakiki.

Sahabat Nabi, Ibnu Mas’ud R.A. berkata bahawa Rasulullah SAW telah membuat satu garis lurus, kemudian bersabda, "Inilah jalan ALLAH yang lurus." Kemudian baginda membuat beberapa garis lagi di kanan dan kiri garis lurus tadi, kemudian bersabda, "Dan ini adalah jalan-jalan yang tidak ada satu pun darinya melainkan ada syaitan yang mengajak kepadanya." Kemudian baginda membaca firman-Nya, "…Dan sungguh inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain..." (Shahih: Riwayat Ahmad dan lain-lain).

Fenomena placebo ini hakikatnya telah lama diperingatkan ALLAH SWT melalui lisan Rasul-NYA bahawa akan datang satu zaman di mana syaitan yang bertopengkan watak ulama' bagi menyeru umat mengikuti dakwah palsu mereka, yang kononnya seruan itu merupakan Islam sebenar, padahal adalah sebaliknya.

Persoalan utama rakyat Malaysia hari ini, adakah parti yang mengaku Islam seperti Pas selama berpuluh tahun ini, hakikatnya hanyalah PLACEBO yang membawa ajaran palsu?!



Credit to Abu Amru Mohd Radzi bin Othman

10 comments:

  1. parti sosek baghek.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan khemah

    Kebanyakan manusia ni bila tengok orang tu berkopiah sikit, berjubah, berserban, solat atas rumput, tepi sampah, ada satu pandangan skeptikal kononnya orang tu alim. Padahal takde la sangat. Semuanya mementingkan luaran. Bukan dalaman. Banyak orang sekarang terpedaya dengan luaran. Dan itulah yang berlaku pada parti Pas.

    Mungkin dulu zaman pertengahan memang Pas perjuangkan Islam sebab asal Pas pun sebenarnya bukan sebab Islam, tetapi ingin menjadi rival kepada Umno untuk tarik perhatian Melayu. Tengah2 baru nampak Islam sikit.

    Tapi la ni Pas tak lebih hanyalah parti balaci dan tunggangan Dap dan Pkr. Diperalatkan dan bakal berkubur selepas rakan komplot mereka mendapat kuasa.

    Dulu kini selamanya, Pas hanyalah parti dagangan.

    ReplyDelete
  3. boring la citer parti balaci tunggangan sesat ni. citer pasal mat hasan lagi best.

    ReplyDelete
  4. Wahai penulis dan pendepat pendepat sekelian, berhati hatilah dengan tulisan yang tuan tuan bentangkan. Mungkin tuan tuan amat lucu dan amat gembira kerana dapat mempertawakan atau mempermainkan seseorang tapi awas tuhan maha adil lagi saksama. Balasan pasti akan tiba cuma kadang kadang tuan tuan tidak sedar.
    Tanyalah diri tuan tuan sekarang apakah hidup aku sekarang ini senang tanpa ada keresahan atau sebaliknya.
    Ingat jika kita berdosa pada tuhan, kita hanya perlu meminta ampun dan taubat nasuha, tetapi jika kita berdosa pada orang, tuhan tidak akan mengampun dosa kita melainkan tuan yang punya badan memgampunkan kita dan dosa ini akan di bawa hingga ke akhir hayat. Renong renongkan lah.
    Percayalah jika kita sentiasa buruk sangka keatas seseorang, hidup kita tidak akan senang. Jauhilah diri kita dari buruk sangka mahupun mengatakan yang tidak baik terhadap seseorang walaupun pada setiap mahluk allah. Insyaallah jika kita berpegang pada prinsip ini, hidup kita akan selamat dunia dan akhirat. Satu lagi, melainkan iman kita kuat, jauhilah dari politik kerana ia menjerumuskan seseorang jalan ke neraka. Politik menyebabkan kita menjatuhkan maruah orang, menjadi munafik dan sentiasa berbohong kerana sentiasa ingin memenangkan parti dan kerana ingin berkuasa.

    ReplyDelete
  5. anon ateh ni mesti idola dia nik ajis sebab pemuja nik ajis je yang akan backing dio. err anon...cuba bagi nasihat sikit kat blog pembangkang yang suka tabur fitnah pada pemimpin negara tu. aku rasa lagi bagus kau buat fardhu kifayah tu. tapi bab saranan ekau jauhilah politik tu ghasonyo ekau tak abih belaja siyasah syariah lagi tu. ngaji usul fiqh kasi abih dulu.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan Tanah
    Bukan Placebo tapi
    Pasembo
    Pasembo Aku Sedap...xixixixixixixixi

    ReplyDelete
  7. Apa placebo effect keatas orang melayu oleh UMNO? Rasa dihargai, rasa dituani, rasa diperkasai, rasa berkuasai tapi hanya ditabur debu debu roti untuk direbuti.

    ReplyDelete
  8. Paneh Miang - tolong tulih sikit pasal lombo kek Senanti tu ha. Dah tak tahan boto eden nih dengan lombu mengayau sesuko hati, taik lombo bosepah- sepah. Dah jadi trademark Senanti pulak tu. Ko Tok Mad tak buleh buek apo sobab lombo tu oghang kuek PAS punyo?

    ReplyDelete
  9. Senanti kono buek perjenamaan baru Tukar jangan tak Tukar dari Majlis Daerah Kuala Pilah kepada Majlis Daerah Seri Menanti dan Parlimen Seri Menanti baru ado Seri Bandar Diraja Seri Menanti tompek Rajo bersemayam. Tak kan tak bulih UMNO 1 Malaysia kan handa segalo niko....Kek Bandar Diraja Tompek lain eden bolum jumpa borok dan babi convoy ketiko menyeberang jalan tapi kek Senanti den raso pemandangan biaso yo

    ReplyDelete
  10. Bab taik lombu kek Senanti tu memang sekso. Lombu somo tak berkandang. Majlis Daerah tido ko apo. Kek jalan bosar, jalan kampung samo yo. Tunggu oghang accident langgar lombu baghu Tok Mad nak ambik tindakan ko. Tapi Majlis Daerah punyo hipokrit tahap maksima - kalau Yamtuan nak lalu, bukan main lagi sampai basuh jalan.

    ReplyDelete