Sunday, December 2, 2012

AMARAN buat Najib...

Semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agong UMNO semalam, Najib berikrar;

"DEMI ISLAM, DEMI MELAYU, DEMI MALAYSIA..."


Dah lama kami tertunggu keberanian pemimpin Melayu selepas era Che Det untuk melafazkan kata keramat "Demi Melayu"...dan akhirnya Najib menyebutnya...

Memang kami berharap Najib menyebutnya, sementelah kami agak skeptikal dengan Najib rentetan aksi liberalnya selama 4 tahun ini yang tidak langsung mencerminkan dirinya selaku Presiden sebuah parti Ultra Melayu.

Kami akan beri mandat lagi kepada BN di PRU-13 ini...

TAPI...andai selepas menang PRU, Najib masih lagi mengingkari lafaz "Demi Islam dan Melayu" yang diikrarkannya, serta berterusan dengan sikap liberalnya melukakan hati bangsa Melayu semata-mata untuk menggembirakan kaum lain...AKU tidak akan teragak-agak menentang Najib habis-habisan...

Lagipun Najib masih belum membuktikan apa-apa...

Selain 'ikan' instead of 'pancing' yang dilambakkan kepada rakyat akhir-akhir ini, serta segala pujian melangit perwakilan terhadapnya semasa PAU, polisi Najib hakikatnya tidak dirasakan secara langsung oleh rakyat.

Kejayaan Palestin disenarai sebagai negara pemerhati di PBB, semua orang pun tahu ia usaha berterusan Che Det di belakang tabir sejak sekian lama. Sedangkan Najib tidak pernah sekalipun keluar kenyataan mengkritik barat sejak menjadi Perdana Menteri, bahkan sering kelihatan  berbaik dengan AS. Jadi, kita nak tipu siapa?

Program transformasi hanya membuktikan kakitangan awam naik gaji seiring pertambahan beban kerja, walhal kualiti perkhidmatan masih di takuk lama. MEB, GTP, ETP, NKRA etc. masih belum beri impak yang besar terhadap kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya.

Malah Najib belum diuji mengetuai PRU dan memenanginya.

Najib masih PERLU membuktikan kredibilitinya demi kemajuan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Jika mahu mengiktiraf Najib kerana mendaulatkan sekolah vernakular sebagai agen perpecahan perpaduan antara kaum, mungkin boleh dipuji; tetapi nak kata Najib banyak berjasa terhadap survival bangsa Melayu...masih terlalu awal untuk dibuat penilaian.

Pemimpin UMNO boleh datang dan pergi...

Hilang Najib sekalipun...UMNO tetap kekal relevan...

Taati Najib pun ada batasnya...

15 comments:

  1. tak ghoti den nak komen ni paneh. cumo den setuju apo yang kau koba an tu. cumo kito xdo option lain selain umno untuk martabatkan oghang melayu mo islam. den harap bonar ahli umno akan lantang menogor pemimpin umno yang khilaf. kono berani pertahankan hak bangso. contohilah cino yg bukan sajo bising petahan hak bangso sendiri, tapi lobih-lobih lak mintak hak oghang lain untuk diri dio. melayu kono ikut game cino. jangan bagi muko bonar. dio dosak, kito kono sorgah balik. jangan ontok yo. sok kok kono pijak.

    apo pun umno jauh lobih baik dari pembangkang yang toghang-tghang ikut telunjuk cino.

    den masih bulih bori peluang kek najib. tapi nengok la camno. sok-sok bolun tau.

    ReplyDelete
  2. Salam paneh n geng.

    Bagi aku penyokong BN terbahagi kepada 2. Mereka dalam dilema. Orang2 30an dan 40an ke atas mahukan Najib lebih ultra Melayu. Anak muda pula senang dengan cara liberal Najib yang kelihatan tak memihak. So apa kesudahannya.

    Apa pun Najib harus sedar di mana dia bertapak. Sebagai ketua dan wakil sebuah parti Melayu dalam kumpulan BN, Najib perlu faham bagaimana dia harus berfungsi. Sebagai presiden UMNO, dia kena perjuangkan hak Melayu habis2an dan sebagai Pengerusi BN, dia kena pandai toleransi tanpa menjual kepentingan bangsanya sendiri.

    Najib harus tahu membezakan tugasnya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

    Tiada guna jika banyak pun kewujudan parti komponen jika UMNO nak ambil alih tugas untuk perjuangkan kaum selain Melayu. Kerana jika itu berlaku, maka kewujudan parti komponen dah tak relevan. Baik mereka bubarkan saja parti dan join UMNO kerana UMNO perjuangkan semua kaum.

    Asas UMNO ialah Melayu dan seharusnyalah Presiden dan anak buah berpegang pada asas tu.

    ReplyDelete
  3. bila lu mau tentang najib? 5 tahun selepas itu? selepas dia cekik lu 5 tahun?lu kena cekik lu mamposs! kemudian lu mau cakap lu mau tentang dia? pooodahhhh!

    ReplyDelete
  4. senang je nak kasi jatuh najib ni. kan paneh? hehehe. anon 419 lu tak belajar ilmu war peringkat dalaman dok diam2 la. kalu lu bodoh pun jangan ingat olang bodoh selupa lu. podahcit. hehehe.

    ReplyDelete
  5. gilo psiko posting nih. dalam pikir nih.

    ReplyDelete
  6. Ramai org umno yg aku jumpa suruh bersabar dan bg peluang dulu pada najib. Kita tengoklah nanti kalo Najib buat banyak silap ahli umno nak sesah je ramai2. Suara umno dulu dah jadi suara perkasa skrg. Tugas umno perkasa dah amik. Apa barang. Apa2 pun sayap umno mmg tak boleh harap kecuali wanita. Najib kena restu permintaan wanita sbb mereka buat kerja.

    ReplyDelete
  7. salam paneh miang

    tuan mengatakan umno adalah parti ultra melayu tetapi bagaimana pula mamak mamak contoh nor mohd yaakob menjadi ahli umno sepatutnya mereka tu kimma lah.Bukan sahaja mamak ni ada di dalam umno tetapi juga dalam rejimen askar melayu diraja, taktau lah saya kalau definasi melayu itu sekarang termasuk mamak

    ReplyDelete
  8. Salam Albert Magic.

    Takrifan Melayu sebenarnya sangat luas dan jika diambil daripada konteks sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa, dan loghat, kebanyakan ahli bahasa dan budayawan menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu.

    Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

    Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

    Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam kedua-dua takrifan di atas. Pertama, untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.

    Diharap info ini dapat memberi sedikit pencerahan.

    ReplyDelete
  9. Soalannya adakah najib berani tukar @ ganti YB kayu yang ramai sekarang ni kepada calon baru yang fresh? Contohnya MBNS ni. Pemimpin umno banyak kaki sabotaj.

    Satu lagi, umno bukan benar-benar parti melayu islam sejati sebab ramai ahli umno di sabah bukan orang melayu dan bukan islam. Harap maklum.

    ReplyDelete
  10. Setuju dan itulah yang berlaku . Najib be warned.

    ReplyDelete
  11. Pandangan Sey Kalau Pengundi Muda lebih Ramai harga rokok biarlah berpatutan dengan pendapatan Rakyat ketika ini. sey raso orang mudo pasti memberi sokongan ke atas kepimspanan Dato Seri. Mati kerana menghisap ROKOK jarang kita dengar raso eh lebih ramai yang mati katak,AIDS atau kemalangan. Pasal SETIA hanya askar Melayu dan unit Perisikan tentera dapat membantu dn boleh diharap.wajib kena ambil berat mereka ini bersedia mempertahankan dalam apa keadaan sekalipon contoh MADEY ngan Kelab Komando (Regiment Gerak Khas)jangan lupa sejarah tu pasallah madey kuat baca sejarah kita disarankan jangan baca sejarah Dunia

    ReplyDelete
  12. Selagi ada Ah Chong, jangan mimpilah Melayu akan utamakan Melayu.Melayu banyak yang pentingkan diri sendiri melainkan bila dah tersepit baru ingat Melayu.

    ReplyDelete
  13. Setuju. Najib harus sedar bangsanya sendiri telah lama makan dalam. Terguris hati. Memendam rasa. Kes berat ni bro.

    ReplyDelete
  14. Nanti malaikat tanya dlm kubur apa bangsa kamu?org melayu kena tau jawab mcmana

    ReplyDelete