Saturday, December 22, 2012

Penyedap hati...

Diriwayatkan hadith daripada 'Imran b Nafi', daripada Hafas b 'Ubaidillah, daripada Anas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya), masuk dia ke dalam syurga." Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia, "Atau, adakah dua?" Bersabda Rasulullah SAW, "Atau dua!". Berkata lagi seorang perempuan, "Semoga mengharap aku, maka berkata aku, "Atau satu (yakni, seorang)!" (Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah).

Diriwayatkan hadith daripada al-'Awam bin Hausabin, daripada Abi Muhammad, iaitu hamba merdeka kepada Umar Al-Khattab (r.a), daripada Abi 'Ubadah, daripada Abdullah yang berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yangg didahului oleh tiga orang dari anak-anaknya (yakni, meninggal lebih dahulu dari ibubapanya), belum sampai baligh (umur pada anak-anak tersebut), ada bagi mereka (kedua ibubapanya) menjadi pendinding yangg mendindingi (kedua-dua ibubapanya) dari neraka." Maka berkata Abu Zarr, "Telah mendahului anakandaku dua (orang anakku)!" Maka bersabda Rasulullah SAW, "Kalaupun dua." Maka berkata Ubai bin Kaab, seorang ahli (pembaca) Al-Quran, "Telah mendahului anakandaku seorang (anakku)." Bersabda Rasulullah SAW, "Kalaupun satu." (Hadith Ibnu Majah, Kitab Jenazah).

Menceritakan hadith oleh Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin 'Ulaiyah dan Abdul Rahman bin Muhammad; berkata kedua-duanya, "Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith daripada 'Auf, daripada Muhammad, daripada Abi Hurairah (r.a), daripada Nabi SAW yang bersabda, "Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati di antara kedua-duanya (yakni mati sebelum mereka), tiga orang beberapa anak mereka (yang) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah SWT ke dalam syurga dengan kelebihan kerahmatan Allah SWT pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga." Bersabda Nabi SAW, "Dikatakan kepada mereka, masuklah kamu ke syurga." Maka berkata mereka (anak), "Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua ibubapa kami (bersama-sama kami)." Maka Allah berfirman, "Masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu." (Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah).

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a;

Sesungguhnya Nabi SAW apabila duduk, maka sekumpulan daripada sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi SAW bertanya kepadanya, "Kamu cintakannya?"

Jawabnya, "Wahai Rasulullah! Aku mencintaimu (atau) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku."

Maka (tidak lama selepas itu) anaknya meninggal dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama Rasulullah SAW kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya, "Manakah si Fulan, aku tak melihatnya di sini?"

Maka para sahabat memberitahunya, "Wahai Rasulullah, anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal."

Baginda SAW terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda SAW mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata, "Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai, nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?"

Dia menjawab, "Wahai Nabi Allah! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku."

Maka kata Baginda SAW, "Maka begitulah keadaannya bagimu."

Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar, "Wahai Rasulullah, moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua?" Maka jawab Baginda SAW, "Bahkan ia adalah untuk kamu semua."

Jazakallahu khairah.

2 comments: