Friday, February 1, 2013

Berani ke Najib singkir Raja Arif...

Banyak serangan yang dilakukan terhadap pendokong semasa Biro Tata Negara yang kini berlogokan genital yang menggantikan logo lama "Bersama Menuju Kegemilangan" semenjak mendapat Ketua Pengarah baru iaitu Raja Arif Raja Ali; orang ganu yang menggunakan loghat ganu pekat dalam mengaplikasikan Dale Carnegie. Patutlah orang dok pahe apo ko dio dok ghoyak. Ucapan dio tak dok arah tuju. Dok meghaban tak tontu arah. Toghuk Dale Carnegie ni ruponyo.

Hanya beberapa blog dan facebooker saja yang konsisten membongkarkan isu BTN ni...tak taulah sebab apa. Kami di Paneh Miang hanyo tukang memanjangkan cerito jor.

Sama ada di blog atau FB, penyerang (dipercayai orang UMNO sendiri) yang mengkritik BTN, bukanlah menyerang BTN sebagai sebuah agensi, TETAPI lebih kepada menyerang individu tertentu iaitu Raja Arif selaku Ketua Pengarah, Haji Mokhtar selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran), Haji Hanafi selaku Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) dan komplot ABIM yang masuk secara kontrak dalam BTN dengan gred gaji yang tinggi, sehingga mengenepikan PEGAWAI dan SAHABAT BTN sendiri.

SERANGAN TERHADAP INDIVIDU SEPATUTNYA INDIVIDU SENDIRI LA YANG JAWAB. Jadi mengapa mereka ini menyorok di sebalik agensi dan mengharapkan pegawai-pegawai BTN mempertahankan mereka? Kan ke ba*** namanya tu. Serangan bukan dibuat terhadap BTN selaku organisasi, tetapi terhadap peneraju BTN secara peribadi. So jawablah secara peribadi yor...

Di bawah adalah petikan daripada blog Sanggah Tok Janggut yang secara konsisten sering mempertikaikan peneraju BTN. Kenapalah agaknya ya? Jika tiada angin masakan lalang melambai. Jom baca...

Kes 1

BERBAGAI-BAGAI pendedahan di buat di media maya terutama dan semuanya bermula di sini, disusuli oleh blog ini dan ini tentang penyelewengan dan salah laku pimpinan tertinggi Biro Tata Negara (BTN) membabitkan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun penafian bagi menjawab segala pembongkaran tersebut.

Kepimpinan BTN terus diserang.Maruah BTN terus dicarik-carik dan seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Apa Sengeh Sengeh setiap hari tanpa henti dan tanpa rasa jemu membongkar satu persatu bukan sekadar yang didakwa beliau penyelewengan tetapi berserta dengan gambar-gambarnya sekali dan terlihatlah kelibat Ketua Pengarahnya Raja Arif masuk wall cuba mempertahankan dakwaan yang dibuat oleh facebooker tersebut dan juga ada kalangan pegawai-pegawai BTN ataupun mungkin Raja Arif sendiri memberikan komen dibeberapa buah blog yang mengutip pendedahan facebooker itu untuk mencari pencerahan daripada pihak BTN.

Serangan serta pendedahan facebooker terhadap kepimpinan serta keterlibatan ABIM dalam BTN dilihat berterusan hingga mengheret Ketua Setiausaha Negara namun malangnya masih ada yang melihatnya sebagai satu isu picisan dan saya percaya jika tidak ada kenyataan khusus daripada pihak yang didedahkan, facebooker ini akan berterusan membongkar segala-gala yang berada di dalam dan luar BTN. Selanjutnya sini.

Kes 2

Gerakan penstrukturan semula BTN ini dilihat sebagai satu bentuk `grand design' terancang yang berselindung di sebalik nama transformasi jawatan dan untuk menghalalkan gerakan ini berbagai-bagai program dilaksanakan dengan menggunakan nama Ketua Setiausaha Negara termasuklah Amanat KSN baru-baru ini.

Perhimpunan yang sepatutnya menjadi agenda Jabatan Penerangan ataupun pejabat KSN sendiri telah diambil alih oleh BTN dan jelas BTN semakin tersasar dari misi dan visi penubuhannya.Apakah agenda di sebalik program Amanat KSN ini?

Kalau kita lihat betapa gigih dan bersungguhnya pasukan JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan untuk membetulkan pemikiran rakyat yang dipesongkan oleh pembangkang,BTN yang diketuai oleh Raja Arif pula dilihat lebih kepada berusaha untuk mengukuhkan kedudukan sebagai penjawat awam,mengejar pangkat dan jawatan, hasilnya tidak sampai beberapa tahun di BTN,Raja Arif telah dapat JUSA A dan Timbalan-Timbalannya mendapat kenaikan Gred gaji dalam masa yang begitu singkat. Selanjutnya sini.

Kes 3

Paling jelas, kesan daripada kerakusan menunjukkan kuasa ini  akan memandulkan gerak kerja Ahmad Maslan yang sebelum ini banyak menggunakan pegawai dan kakitangan yg berkemahiran dalam menguruskan program berkaitan dengan sokongan rakyat. Apakah pertukaran secara beramai-ramai yang bermula saat PRU13 sudah hampir ini tidak bertujuan utk melemahkan Mat Maslan dan akhirnya beliau akan  dilihat gagal?

Agaknya otak Raja Arif ini mungkin terletak dikepala lutut kerana tidak boleh memikirkan kesan berganda apa yang telah dimulakan ini? Apakah signifikan pertukaran pegawai dan kakitangan saat pilihan raya ini tidak diratapi oleh kaum keluarga mangsa kerakusan dan kebebalan beliau?

Apakah bila marah dan terkesan dengan apa yg berlaku, seluruh ahli keluarga tidak akan menyalahkan PM dan akhirnya undi akan diberikan kepada pihak lain? Selanjutnya sini.


p/s: Siapalah yang akan jadi kaki bodek pertahan 3 teraju utama BTN ni?

8 comments:

  1. Salam td saya berkesempatan menjadi peserta program LGBT dan Raja Arif ada bagi ceramah,, macam mana seorang KP boleh bg ceramah yg kosong, hampeh sedangkan audien org penang dia cakap bahasa trengganu?? isi merapu dan ramai peserta keluar masuk waktu dia tengah ceramah.. 1 more kenapa diambil hushim?? lecturer UM??? ceritanya sama x ada perubahan.. Kerajaan terutama ahmad maslan kena ingat Hushim ni popular waktu anuar zaini jd VC UM dan semua tahu anuar zaini orang anuar ibrahim.. tlg aleart.. gunting dalam lipatan byk sgt dh skg ni.. terutamanya RAJA ARIF.. dia sgt bbeza dgn datuk nordin kardi.. ilmu raja arif cetek cuma bcita-cita nak jadi calon PRU 13..ida dgn datuk nordin karn bagai langit dgn bumi..

    Panglima perang siber telah ulas dan beberapa komen telah diberikan. Tetapi tidak sampai sejam, semua komen negatif terhadap rara telah di deleted! Penakut dan pengecut rupanya. Jika ikhlas dan benar, kenapa di deletedkan komen tersebut?

    ReplyDelete
  2. Dgr cerita kes BTN ni dah dapat perhatian dari pejabat PM dan yayasan perdana. Apa ke tidaknha, si rara ni nak tukarkan nama BTN dari biro tatanegara kepada biro tarbiah negara. Kecik hati org tuan TUN M bila dgr perkataan tu. bangang punya rara bila hampir PRU btn buat pertukaran peg ke sana ke sini. Apa signifikannya? Langsung tidak membantu PRU. Agaknya kaum keluarga peg BTN yg terdiri dari isteri anak, ibu bapa mereka kat kampung dan sedara mara mereka x marah ker? Dalam masa yang sama, ada pula bakal pengarah baru dari kumpulan abim yg akan masuk BTN. Persona ter betul lah rara ni

    ReplyDelete
  3. RARA & The Gang memang nak sabotaj Najib, dengan cara buang staff & pegawai, dengan cara ini mereka yg dibuang akan marah kpd kerajaan dan mengundi pembangkang pada PRU 13.. Dalam masa yang sama juga RARA membawa masuk Geng2 ABIM ke BTN. Untuk memperkuatkan sokongan terhadap DSAI dengan kos kewangan melalui tabung khas BTN yang berjuta2.. RARA juga telah melantik 2 pegwai khas baru yang jambu bagi membantunya menangkis serangan siber.. Sekarang ni RARA dikelilingi 6 pegawai khas, baru jadi KP dah membazir pakai ramai pegwai khas.. Kalau jadi adun mau 20 pegwai khas dia..hahahahahha.. Mokhtar Sulaiman Kongkang pulak menjadi TKP dan arkitek dalam reorganisai BTN membuang pegawai & Staff lama BTN yg hanya diberi surat pertukaran secara mengejut dan paksa keluar BTN dlm tempoh tak sampai 24 jam.. Yang peliknya Ahmad Maslan sebagai Tim. Menteri yg jaga BTN langsung xde tindakan apa2, seolah olah merelakan hal ini berlaku... Adakah Ahmad Maslan juga bersetongkol????? Jika perkara ini terus berlaku, nampaknya BN mungkin akan parah dalam PRU 13 nanti..

    ReplyDelete
  4. Betul ke mu bawa isu ni.......kawe TP lihat lain pulak......mu ni bias pada satu dua org pegawai BTN yg kawam baik dengan mu...depa ni geng lam yg tak nak terima hakikat...muntahu ke apa itu reorganisasi.....dengar cerita dpd mulut pegawai yg bertukar tak begitu....ada yg dulu tinggal anak bini dikedah, kl, johor, sabah, sarawak dah dapat balik bersama dengan suami/isteri.......mu ni bangangntak tahau pentadbiran pejabat nak tunjuk pandai.....mu cakapmterus terang aje .a..mu nak pau rara tu lagi baik...mu sekiongkol le dengan paneh miang tu....A

    ReplyDelete
  5. hahahahah... takde istilah nak paw RARA tu, aku mampu hidup lagi dengan duit aku... kalau nak paw, pergi la beli pau kat kedai...hahahahah... aku rasa mu yang bodoh, hanya bercakap dengan 1-2 org yang terlibat.... pergi siasat dan tanya org yang telah ditukarkan dlm tempoh 3 minggu ni, mu akan tau cerita sebenar, siap ada dah nekad takkan undi BN dalam PRU akan dtg dek kerana sakit hati diperlakukan sebegini rupa... mu mungkin balaci yang tak tau cerita sebenar... kalau tak tau cerita sebenar tak usah nak mencelah...tah-tah mu ni RARA....hahahahahhaha

    ReplyDelete
  6. Ala ......mu ni tak usah lagak le.....mu pun macam aku juga harap ehsan pulus dari MKN,JASA, PENERANGAN.....bila tak cukup pulus bukan ke kita selalu bicang .....siapa yang kita nak ugut......ale kita taubat aje.....lebih baik kita serang PR dpd serang BTN....... Silap haribulan syor kita supaya BTN tutup nanti PM tutup apa nak jadi dengan pegawai BTN yg kontrak ....aku tak sanggup tanggung ye.......

    ReplyDelete
  7. SAYA MOHD RAFFI/SANGGAH TOK JANGGUT SERTA KAWAN -KAWAN SAYA JAWA BERNAM DLL SERTA BEBERAPA KAWAN BAIK DIBTN YG JADI PEMBEKAL MAKLUMAT KPD KAMI DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA WARGA BTN EKORAN ARTIKEL KAMI YANG MEMBUTA TULI KEPADA BTN SEHINGGA MEMYEBABKAN ANDA TERLUKA. KAMI HANYA MARAHKAH RARA KERANA BELIAU TAK TUNAI JANJI?

    ReplyDelete
  8. BTN rosak
    http://guashow.blogspot.com/2013/03/btn-hilang-taring-dominasi-musang.html

    ReplyDelete