Wednesday, March 6, 2013

Dipersilakan...

Meh la datang kok hebat bonar. Kok berhajat bonar la nak perang, lebih 26 juta rakyat Malaysia (tolak 3 juta pencacai Pkr, Pas dan DAP) sedia menanti kedatangan puak Tausug Filipina. Tapi kok datang tu nak serang Anwar sobab dio yang jadi dalang...kami sokong!

*********

ZAMBOANGA 5 Mac - Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.

Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah. - Artikel Penuh UTUSAN.



Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ”Raja Sulu” dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ”Kesultanan Sulu” dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat, namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban, manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu. - BERNAMA

20 comments:

  1. Meh rakyat malaysia kita humban penyamun UMNO/BN dari menjajah malaysia. Mereka control TV/radio/akhbar supaya rakyat hanya disumbat dgn dakyah@penipuan UMNO yang 'low class'. Tinggal 'haiwan' yg ketepikan akal yang sengaja memperbodohkan diri dan 'harga murah' yang termakan sogokan hampas kelapa yng masih sokong UMNO. Kaki penipu UMNO ni mana berani nak gentleman beri kebebasan akcess media spt negara maju?? Mereka tahu, bila rakyat cerdik, mampulah mereka!!

    ReplyDelete
  2. "RAKYAT BODOH, UMNO KUKUH! RAKYAT BERMAKLUMAT UMNO TAK SELAMAT!!" YA ALLAH! KALAHKAN PARTI TOGHUT UMNO/BN DAN MENANGKANLAH PEJUANG2 ISLAM, AGAMAMU...AMIN!!!

    ReplyDelete
  3. Hudud yg dah dibakulsampahkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat macamana? Ko yg bodoh kono tipu, tak do syurgo dah kalau ko undi PAS.

    ReplyDelete
  4. Anwar Yg Mat Sabu gelar Al Juburi tu yg ko sokong. Apo kono eh jang????

    ReplyDelete
  5. Teringat aku ayat power ni... kalau PAS menang sebelum ayam berkokok Hudud akan dilaksanakan. Sampai ayam tu dah lama mati meragan, Hudud tak buat lagi. Sapa sokong PAS, alamat terima nasib macam ayam tu la. Sampai mati melopong Hudud tak buat. Dalam Manifesto pun dak tak dak, kalau ada depa nak buat kat 2 3 negeri, lepas tu UMNO jugak yang salah... lawak betul

    ReplyDelete
  6. Geng2 UMNO ni memang munafik!! Kalau kita buat draf hudud, depan kita dia perlekeh dan mahathir laknatullah ketua penghina hudud! mememberi amaran keras kpd TGNA. Depan orang kafir dia ugut, "kalau pas menang habislah kamu, kena hukum dgn hudud nanti." Insaflah kelak Allah SWT masukkan ke dasar neraka... nau'zubillahhiminzaalik!! Firman Allah SWT, ""SESUNGGUHNYA ORANG2 MUNAFIK ITU DITEMPATKAN pada tingkat yang paling bawah dari neraka... Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.." (Surah An Nisaa' ayat 145)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berhujah guna hadislah..al Quran lah tapi ayat dan percakapan x islamik langsung...inilah hipokrit dan munafik namanya...

      Delete
  7. Setuju dengan PANEH,

    26 juta rakyat Malaysia tunggu..yang 3 juta penyokong PR tu kita humban ke Kepulauan Sulu. Anwar Ibrhim boleh jadi Sultan bukan setakat PM je di situ.

    Aman Tenteram Malaysia..lagi pun dia dok nyanyi 'Sabah akan hilang"...tengok2 Dia yang Hilang...mampus...

    Alangkah bahagianya kita rakyat Malaysia tanpa sumpah2 bernama Anwar Ibrahim..

    ReplyDelete
  8. Kesian Abdul Haq, Tak habis habis modal lapuk Tun Mahathir tu macamlah Pok Nik Aziz dia itu Suci sangat.

    Tanyalah Pok Nik kasayangan awak tu. Dia nak jadi orang Sufi ke nak jadi Politician?

    Orang Sufi nak rebut kuasa dunia ke bila umur dah lebih 80 tahun? Mana ada orang Sufi macam tu..?

    Sibuk Hudud hudud hudud dah 22 tahun di Kelantan tak hudud hudud jugak sibuk nak hududkan negara. Kalau ia ikhlas nak hudud, hududkan Kelantan tu dulu...fight for it. Tin kosong..

    ReplyDelete
  9. Allah SWT mahu kita ikut islam 24 jam (islam sepenuhnya). Jangan ingat semasa org memangkah undi, raqib dan a'tid pergi cuti main gof dan tak catat kerana politik tak dikira dalam islam!!! Dia akan dedah sekor2 di mahsyar tangan2 yang pangkah UMNO/BN yg memerintah cara mungkar dan kurang ajar dgn Allah SWT termasuk paneh miang? Abdul Haq pulak? Dia terpaksa pilh PAS seadanya untuk tidak bersekongkol dgn UMNO/BN, parti syaitan!!! Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya ARAK, dan JUDI, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan SYAITAN. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
    (Al-Maaidah 90)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah tgn2 yg mengundi pas itu x ditanya kelak? adakah pengundi pas itu selamat di mahsyar nanti? mengundi parti yg lembik dlm meempertahankan Allah, yg bergelumang dgn sex scandal, makan harta snak yatim, songlap duit tabung, bersekongkol dengan peliwat...adakah x ditanya di mahsyar kelak...? abdul haq..ko boleh cakap apa sja..sokong sapa saja krn itu haq ko tapi Allah berhak untuk tanya semua perbuatan kita baik dan buruk...cakap memang murah!!!

      Delete
  10. betul arak, judi, berhala kotor dan keji. tapi kenapa masih ada arak, judi dan berhala di kelantan, kedah, selangor dan penang ya abdul haq? salahguna firman ke?

    ReplyDelete
  11. Munafik apa nya,, cuba bagi tang mana Hudud disebut dalam Manifesto PR untuk PRU18 nanti. Apa agaknya makna Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk tidak bersetuju Hudud dijadikan agenda utama dalam PRU nanti. Macamana ko org boleh sokong pemimpin yang telah digelarkan Al Juburi oleh Timbalan Presiden ko org sekarang ni. Tak kan Mat Sabu fitnah kot...... Ayat power sebelum ayam berkokok Hudud akan dilaksanakan masih terngiang-ngiang. Power giler tu, tapi apakan daya Hudud dah dibakulsampahlan dalam menifesto Pakatan Rakyat yang disertai oleh PKR, DAP dan PAS. Tak kan UMNO yang kuarkan Manifesto Pakatan Rakyat pulak.

    ReplyDelete
  12. Kilang Carlsberg masih teguh berdiri di Shah Alam yanmana MPnya adalah MP PAS bernama Khalid Samad adanya dan negeri Selangor itu telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Malah Hassan Ali dipecat oleh PAS kerana begitu berani merampas arak yg dijual di kawasan penduduk Islam dan menyerbu sebuah gereja yg aktif memurtadkan org Islam adanya. Hudud pula kini hanya tinggal kenangan dan tidak lagidiperjuangkan oleh PAS.... buktinya Hudud tiada lagi dalam Manifesto PR yg dipersetujui bersama oleh DSAI selaku pemimpinKR, Lim Kit Siang dari DAP dan Hj Hadi selaku Preseden PAS. Kalimah Allah sekejap kafir boleh pakai, sekejap ak boleh. Anehnya org yg kononnya tolak Hudud walaupun sebab penolakan Hudud PAS itu ada dalam surat Tun M kepada TGNA, telah diizinkan Allah untuk masuk dan bersolat dalam Kaabah. Sesungguhnya Allah sahaja yang maha mengetahui lagi maha mengasihi akan hambanya bertaqwa.

    ReplyDelete
  13. Semua lesin permis/kilai arak judi adalah peninggalan UMNO/BN. Cuma PR tak mampu nak hapuskan lagi kerana terikat dgn undang2 jahiliyah UMNO. Bagi pengundi PAS itu aje termampu buat masa ini!! Merobohkan berhala UMNO adalah jihad yang lebih besar... Allahuakbar!! Kau nafi pun, dosa2 kaseno Genting dan lain tetap masuk akaun kiri kamu, besok jgn meraung paneh miang udah!! Berdalih2lah selagi Allah SWT bagi peluang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdalih selagi Allah bagi peluang! utk ko jugak abdul haq..berdalihlah..pihak berkuasa tempatan spt majlis perbandaran/daerah dibwh kuasa kerAjaan negeri..boleh tAmat atau batalkn apa2 lesen perniagaan yg tlh diluluskan sblmnya. dsai kata nak batalkn konsesi lebuh rayA, mansuh ptptn, ipp..boleh pulak. jadi patutnya xde masalah nk batal lesen arak di selangor..sbnrnya bukan x boleh tapi takut dap marah!!!! kahkahkah. lagipon...cukai tinggi...sumber negri..banyak tuh..! haq ko mmg hipokrit!!!!

      Delete
  14. tak mampu hapuskan sebab terkat dengan undang2 jahiliyah umno? hahaha. what a lame excuse. kau pegi belajar undang2 la haq sebab nampak sangat kau ni bodoh. undang2 jahilayah kononnya tu semua bawah pbt kau tau tak. pbt bawah kerajaan negeri. tak payah tunjuk bodoh kau kat sini. pegi komen kat blog pas kau yg ramai pengomen bodoh macam kau. nampak na kau kena kencing hidup2 dgn pemimpin bangang pas pkr dap kau tu.

    ReplyDelete
  15. Hello2 paneh pantet miang kronologi ic oleh mahataik tak masuk kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaupon benar tun m beri ic (tak benarpon) ko heboh pulk. yg ic diberi kpd cina dan india waktu merdeka dulu ko x kecoh...bodoh piang..double standard tApi nak buat camana..kalau ko kecoh ic kpd cina india..dap marah pulak hahaha..kecut telor...

      Delete