Wednesday, April 17, 2013

Amaran kepada BN Hulu Langat: SKANDAL P101

Berikut adalah luahan yang di email ke panehmiang@ymail.com. Kami siarkan tanpa edit;

"Saya adalah salah seorang ahli biasa UMNO di Hulu Langat. Apa yang saya nak maklumkan ialah pencalonan P101 Parlimen Hulu Langat iaitu Puan Adhaliza Mohd Nor ini bermotif kepentingan seseorang yang berkuasa sebagai penasihat UMNO Bahagian Hulu Langat.

Penasihat Hulu Langat yang dimaksudkan ini ialah bekas YB Dun Dusun Tua Abd.Jalil Dato Mohd Nazir. Calon parlimen ini adalah bekas ketua Pu3 ketika itu dan penah mengadakan hubungan sulit dgn YB berkenaan. 

YB sekarang ini banyak mengatur strategi dan program bagi pihak Ketua Bahagian dan Tim. KB serta sayap-sayap supaya setiap program yang ada itu dia akan dapat komisyen. Itu baru program, belum lagi projek-projek yang diturunkan kepada DUN Semenyih atau melalui Ketua Bahagian, semua nak sapu.

Cuma sekarang ini dia tak berani usik DUN Dusun Tua sebab tak sebulu dengan YB Ismail Sani. Tanyalah orang di Hulu Langat (Dusun Tua) siapa ini Jalil yang juga dipanggil sebagai juragan. Sekarang ini dia menguasai UMNO Bahagian Hulu Langat.

Yang kami tak puas hati ialah percaturan pilihan parlimen sepatut beri kepada yang rajin turun padang dan disenangi oleh rakyat seperti Dato Markiman Kobiran dan yang lain lain. Kena pulak calon (Adhaliza) ini tak pernah turun padang apatah lagi nak bermesra dengan rakyat, hanya berkepit dengan Jalil ke hulu ke hilir saja. Kalau program ada Jalil maka ada lah Adzhaliza. Tanya saja orang Hulu Langat, Semenyih Dan Kajang, mereka akan tahu siapa diorang ini.

Kami  dalam proses cuba hendak bersuara kepada PM tentang maklumat ini tapi belum dapat peluang lagi. Semoga apa yang di cerita ini dapat didengari oleh pengundi-pengundi Hulu Langat.

Kami sememangnya akan beri undi rosak jika minah ini tercalon. Itu sudah jadi 1 kerugian di mana 1 kerusi parlimen akan hilang. Ini bukanlah winnable candidate tetapi win with a cable candidate."

*********

P/S: Apakah fenomena yang sama sedang melanda BN Negeri Sembilan? Apakah "hot soup" seat sebegini juga melanda perebutan dan ketamakan calon-calon pembangkang?

Apakah Mohamad Hasan sudah bersedia dengan kerajaan dan regim barunya? Sanggupkah Mohamad Hasan menerima teguran, ditegur secara keras dan sanggup mengaku, "Den silap lah...minta maaf yo, kito runding yo?"

37 comments:

  1. Bila nama dicalonkan..ada yg x kena kpd ahli....begini begitu.....samadaa org yg dilantik oleh najib memang x disenangi atau silap.....kita hendak BN perentah....bukan wakil tersebut.....masaalahnya bagaimana BN nak maju kalau ahlinya sendiri menikam parti sendiri....
    Saya bukan ahli umno....bukan ahli mana2 parti...tapi saya suka parti yg ada wawasan...bukan retorik mcm PR....saya x kisah siapa calonnya...saya mahu parti itu memerentah dgn penuh wawasan dan kaliber....

    ReplyDelete
  2. Betul tu setuju kita sokong BN dan Najib. Itu masa nak menang, lepas menang adakah orang yang dicalonkan itu akan jadi bertanggungjawab pada rakyat dan tak pentingkan orang tertentu seperti yang diceritakan.Itu dah 1 rugi besar pada rakyat dan menjadikan rakyat lebih marah pada BN dan mewujudkan dendam dan konfrantasi seperti berlaku PRU 12.Kita nak ada kesinambungan memerintah bukan 1 penggal saja.Walaupun kerajaan akan tukar penggal yang seterusnya.Adakah rakyat akan mempercayai lagi pilihan kerajaan? itu persoalan yang perlu dijawab.

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai rakyat perlu peka siapa calon dan dari parti mana.Sebab calon itu lah yang akan membawa suara kita kepada kerajaan.Kalaulah calon sebegini yang nak dimenangkan, maka kerajaan BN telah tewas awal sebelum PRU13.Tidak utamakan kehendak rakyat dengan calon yang berjaya memikat hati rakyat dan aspirasi rakyat.Musnahnya sesebuah daerah adalah disebabkan perbuatan calon yang tak berkredibiliti untuk menyelesai dan menjaga hak rakyat.Itu kerja calon bukan kerja PM

    ReplyDelete

  4. Aku pun bukan ahli mana-mana parti, cuma aku menentang kumpulan syaitan yang dikenali @KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi)...tu je.

    ReplyDelete
  5. Habihlah NS...(kata orang ram

    Jangan salahkan orang ramai jika mereka tidak ...

    ReplyDelete
  6. Paneh, laporkan apa terjadi di dewan renggoh sesi kenal calon DUN Johol mlm td jadi medan sarkas.

    ReplyDelete
  7. Kami sekampung 99% penyokong BN. Selebihnya tu sebelah pembangkang. Setiap kali calon diumum ada je masalah tak puas hati. Kenapa pimpinan atas buat pekak badak je pada rintihan kita di grass root ni. Ingat kita eat grass ke. Aku, sepupu aku ketua JKKK yg cukup bekerja keras kali ni nekad mau kasi ajar cukup sama mereka kat atas. Dah la calon pilihan rakyat tak dapat. Dapat pula calon yg tak ada telor. Kita akan keluar ramai2 kasi rosak itu undi.

    ReplyDelete
  8. salam admin

    1) klu pasal calon yg dicalonkan ramai x puas hati, ada masalah disiplin or masalah lain, sila kemukan terus kpd pengerusi BN selangor atau org yg bole direct terus dgn PM Najib. pengalaman semasa pilihanraya kecil dulu, pemilihan calon, byk kes mcm ini juga. bezanya prk tertunpu kpd 1 tmpt, yg ini 1 negara.maybe ade yg terlepas. masih belum terlambat.

    buat sahabat2 yg menyokong BN, jgn sesekali buat undi rosak atau taknak mengundi atau pangkah BN. yes pengalaman kami sama juga. calon bukan pilihan. ramai buat undi rosak,undi tidak percaya dll, nasib baik menang tp majoriti turun sgt2. igt, kite mengundi bukan sbb calon, tp parti yg diwakilinya. bg menang dulu, lain2 cerita kemudian. dh menang br kite basuh abes2an. kata2 ayah saya yg bergelumang dlm politik lebih 40tahun "kite berkempen,kite menyokong bukan sebab calon, tp parti dan tanggungjawap yg dibawa." jgn sia2kan mase depan anak cucu cicit ktie hanya sebb serg calon

    ZY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu calon tuk parti elk name org yg xkenal apo dah

      Delete
  9. den penyokong BN. Tapi bukan buto nak memangkah yo. Org dulu yo asalkan gambar dacing pangkah tanpo mengiro calon. nilah padah eh sobab org kg baik2 lako pemimpin tak sodar diri. montang2 kau mad hasan ado duit dan kuasa main suko hati canteh, siap kau jom ramai2 kasi rosak undi BN.Paling hampeh kawasan kolopilah. org mada jugak naik inilah pilihan mad hasan yg akan melingkup ns

    ReplyDelete
  10. kalau calon tu balik naik mcm mano nak sokong. klu kpi hancur ado pulak skandal tak dapek do mujuk hati.

    ReplyDelete
  11. Saya salah seorang guru yang mengajar di Kajang.Saya tidak akan menyokong calon P101 kerana tidak ada bukti calon ini buat kerja atau bersama rakyat.Saya tak mahu calon yang bermasaalah dan saya maklumkan guru-guru yang sama-sama malah seluruh Hulu Langat.Kita nak calon bersih yang boleh membawa suara rakyat, bukan yang ada kepentingan.

    ReplyDelete
  12. Aku adalah pengundi baru di Semenyih.Aku dengar calon parlimen bermasaalah dan aku membuat sedikit siasatan.Terus terang akan terkejut mendengar dari mulut-mulut orang lama dan ahli-ahli otai UMNO Hulu Langat dan mereka menceritakan perkara yang sama seperti tertulis dalam blog ini.Macamana PM boleh bagi nama calon yang problem tanpa tapisan.Aku syak ini mesti mainan politik orang-orang atasan dalam UMNO Hulu Langat.Aku tak kenal siapa si Jalil itu tapi bila tanya macam-macam cerita yang getik keluar dam membuat aku marah sangat-sangat.Aku mahu calon P101 Adhaliza ini dibuang dan digantikan yang lebih berwibawa dan kalau boleh Jalil tu buang dari Hulu Langat.Aku rasa ramai remaja-remaja macam aku setuju dengan pandangan aku.Kalau tidak ada perubahan aku akan kempen secara senyap kepada rakan-rakan aku supaya tidak mengundi lagi parlimen atau pun DUN.AKU TAK NAK WAKIL RAKYAT YANG MASAALAH.Aku nak wakil rakyat yang boleh mendengar suara golongan aku.AKU BANTAH !!!!

    ReplyDelete
  13. Siapa shj Calon yg akan dinamakan pasti mempunyai kekurangan Dan kelemahan kecuali Calon pas sebab mereka semua maksum, Calon pkr semunya anugerah tuhan, Calon dap semuanya dah dapat hidayah.

    Calonn umno semuanya busuk, skandal, kroni, rasuah, tak turun padang, tak mesra rakyat.

    Bagaimana dng diri sendiri? Suami mithali? Bapa mithali? Ahli masyarakat yg bagus? Yasinan setiap malam jumaat? Isteti anda umpama isteti Nabi? Tutup aurat?

    ReplyDelete
  14. Kluangman saya setuju Calon pun manusia juga, tak lari dari masaalah,calon juga ada watak suami dan isteri.Dan yang mana pandai mengimbang antara dunia dan akhirat,itu dikira sebagai bonus pada masayarakat.Tetapi bila calon itu ada berkepentingan dengan orang-orang tertentu tak kira UMNO ke PAS ke PKR ke itu sudah tidak amanah namanya.Berat Amanah rakyat yang nak dipikul.Rakyat menilai calon melalui kerjasama calon bersama rakyat dan membantu serta nilai peribadi rakyat secara berbicara one 2 one dan menyelesaiakan masaalah rakyat bukan sebaliknya.Rakyat akan mengundi bila calon itu ada menabur bakti pada mereka sebab rakyat tahu bahawa calon ini berkemampuan untuk menyelesaikan masaalah rakyat bagi pihak pemerintah.Itu kriteria calon dan juga maksudnya winnable candidate sentiasa dihati rakyat bukan bidan terjun dan suka mengarah sambil menyorok kelemahan sendiri.

    ReplyDelete
  15. Kantoi!!! Sila sebarkan

    Mat Hasan telah membayar 80 juta melalui agenya melalui beberapa akaun ke dalam tabung dana pilihanraya Barisan Nasional.

    Tengku Nan dan Datuk Rauf telah bersekongkol menukar calon2 BN Negeri Sembilan mengikut acuan mat hasan pada hari serah watikah oleh Presiden kepada Pengerusi BN Negeri.

    perkara ini telah dapat dikesan oleh risikan pihak berkuasa.

    cai2 mat hasan cuba spin menyalahkan 6 Ketua Bahagian bahawa calon2 yang ada ini atas kehendak 6 ketua bahagian, tetapi sebenarnya ini semua calon mat hasan.

    hanya Ketua Bahagian Tampin dapat menyusun calon iaitu dun Gemencheh dan dun Gemas atas pilihan sendiri setelah mengugut Presiden untuk tidak lagi bertanding.

    semua calon pilihan Ketua Bahagian dipancung dan calon yang ada kini adalah pilihan mat hasan sendiri untuk matlamat menjadikan mat hasan Pengerusi Perhubungan yang kuat.

    ReplyDelete
  16. Kami sekeluarga ahli umno tapi kali ni untuk parlimen hulu langat inshallah kami akan undi dr che rosli kalau dia bertanding lagi.orgnya sungguh tawaduk dan rendah diri,budi pekerti yg baik,rasa satu kesalahan kalau tak undi dia TAPI untuk dun kajang BN tapi kalau isma bertanding kena fikir dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr rusli pun satu jugak... tak nampak muka

      Delete
  17. Apo nk jadi calon gomeh bukan org tempatan. Org yg wat kojo dpinggirkan apo nk buat jang oh jang

    ReplyDelete
  18. Saya pilih BN sbb calonP101 pilihan Najib. Ada skandal adalah tuduhan tanpa bukti. Pilih saja BN utk pastikan BN menang 2/3. Adakah PAS/Dap/pkr sebaik BN? Rekod BN baik bersama Najib, jadi saya ingin terus BN perintah.

    ReplyDelete
  19. Saya dari Semenyih sokong Dato Seri Najib dan BN, tapi saya dan keluarga,saudara-mara (Beranang dan Kajang) tidak akan sokong calon P101 kerana tak kenal dan tak pernah turun padang malah beberapa rakan kami yang terlibat di UMNO Bhg Hulu Langat juga setuju dengan pengakuan blog ini.

    ReplyDelete
  20. Saya sokong 1.kerajaan barisan nasional dan 2. Pemimpin bermoral utamakan peganga islam. Calon p101 tidak menepati ciri 2 maka wallahualam. Mungkin parlimen hilag 1 undi utk BN

    ReplyDelete
  21. saya bukan penyokong mana2 parti.tetapi tuduhan terhadap calon parlimen hulu langat itu agak melampau dan tanpa bukti yang kukoh. calon tersebut adal isteri kepada sepupu isteri saya. hanya Allah shj yang mengetahui segala2nya dan sudah menjadi ketentuan calon itu akan bertanding di hulu langat.

    ReplyDelete
  22. saya adalah pengundi baru pertama kali mengundi. kalau macam nilah cara bn perentah, alamatnya saya tiada pilihan lagi kecuali inikalilah tukar.

    ReplyDelete
  23. Saya ini pengundi muda dari Cheras dan mewakili beberapa NGO di Hulu Langat .Terus terang kami ahli-ahli NGO tak kenal calon BN Parlimen Hulu Langat.Dan tak pernah nampak calon ini turun padang selama 5 tahun yang lepas.Persoalan kami macamana dia boleh tercalon?Ramai lagi yang kami rasa yang jauh lebih berpotensi dari calon BN Parlimen sekarang ini.Adakah ini percaturan politik kotor UMNO Hulu Langat? Kalau ikut betul-betul dan selidik macam konspirasi.Apakah sumbangan Pn.Adhazliza ini pada masyarakat Hulu Langat? Rasa saya tidak ada langsung sumbangan dia pada masyarakat kerana ramai yang tak kenal beliau.Kami ada membuat kajian pengenalan calon dan kebanyakkannya tak kenal terutama golongan muda. Adakah dia ini berpotensi? Saya dan ahli saya rasa tak.Selalunya kalau mengikut pengalaman kami orang sebegini rasanya banyak mengarah dari buat kerja.Kami ingin membuat bantahan tapi rasanya dah terlewat.Apa yang kami boleh cuma mengundi tidak percaya pada calon supaya ini boleh jadi 1 pengajaran pada UMNO Hulu Langat.Kami sanggup menerima kekalahan dari parlimen BN dari beri kepada orang yang kami tak kenali dan juga tak pasti potensi dan selalunya memjana masaalah besar kepada rakyat.
    RZ

    ReplyDelete
  24. Undi je calon bn kalau nak sokong najib dan bn terus perintah malaysia. Buat apa pikir tak puas hati kalau akhirnya kita semua yg rugi diperintah pr nanti. ingat jgn menang sorak tp kg tegadai nanti...pls look at a bigger picture, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak beguna lagi, menangkan calon bn dulu..

    ReplyDelete
  25. Perintah Malaysia saya sokong BN.Tetapi tidak kepada BN P.101

    ReplyDelete
  26. Undi calon nii dan insyallah lepas nii boleh dapat kenal dia lebih lanjut lagi...dia nii anak sedara dan anak didik arwah dato dr zainal abidin ahmad bekas timbalan mb selangor bekas adun dusun tua (BN) dan bekas ahli parlimen kuala kubu bharu (PKR)...dia nii dulu ketua puteri umno ulu lgt dan skrg naib ketua dan bendahari wanita umno hulu langat...dia nii peguam berpejabat di BBBangi...dia nii dibesarkan di semenyih dan kajang...arwah bapa nya orang beranang dan pernah jadi cikgu di semenyih...ibu nya pula dulu ustazah di semenyih...sekarang dia masih tinggal dgn famili dan ibu nya di taman mesra kajang...rajin dan selalu utamakan kerja...memang mukabaru dlm aliran politik utama tapi tidak asing dalam politik puteri dan wanita...wajar diberikan peluang untuk sama-sama majukan kawasan hulu langat...kuasa mengundi ditangan anda...kalau suka, pangkah...kalau tak suka tak payah caci dan fitnah lah....berrat dosa tuu,wallahualam....

    ReplyDelete
  27. apo la korang nih,ingek alau calon maleh buek kojo bulih dpek jwtan dlam pati ko? tak kan lamo tahan eh do potah lai kok bskendel bagai. po yg den nmpk ni mcm ado yg sakit ati yo ni. saba yo lah jang. udah2 lah tu jgn sonang mnuduh orang kok nti trpalit kek kito kek sdaro maro kito lak nnt. den ghombao most wanted yo. heheh.

    ReplyDelete
  28. Saya orang Hulu Langat dan kerap pulang ke kampung sebulan sekali..harap BN akan menang disana tak kiralah siapa yg telah dicalonkan ...walaupun calon tak pernah turun padang dan konon ada skandal itu wajib kita ketepikan dulu ....bila dah menang mudah bantuan untuk membangun Hulu Langat itu akan diadakan dan banyak kemudahan lain utk semua warga Hulu Langat itu TETAPI kalau anda semua tidak setuju dgn pencalonan itu akan menjadi batu penghalang untuk BN menang ..... dan sampai bila-bila pun HULU LANGAT tidak akan membangun jika orang kampung asyik bertelagah disebabkan tak puas hati calon yg akan bertanding .....YG NAK MEMERINTAH HULU LANGAT IALAH BN calon yg ada itu cuma batu loncatan sahaja...

    ReplyDelete
  29. Saya orang Hulu Langat dan kerap pulang ke kampung sebulan sekali..harap BN akan menang disana tak kiralah siapa yg telah dicalonkan ...walaupun calon tak pernah turun padang dan konon ada skandal itu wajib kita ketepikan dulu ....bila dah menang mudah bantuan untuk membangun Hulu Langat itu akan diadakan dan banyak kemudahan lain utk semua warga Hulu Langat itu TETAPI kalau anda semua tidak setuju dgn pencalonan itu akan menjadi batu penghalang untuk BN menang ..... dan sampai bila-bila pun HULU LANGAT tidak akan membangun jika orang kampung asyik bertelagah disebabkan tak puas hati calon yg akan bertanding .....YG NAK MEMERINTAH HULU LANGAT IALAH BN calon yg ada itu cuma batu loncatan sahaja...

    ReplyDelete
  30. saya orang hulu langat.saya xpernah kenal dengan calon terbaru ini.walaupun pejabat dia d bandar baru bangi.tp sy xpernh nmpk dia turun padang d kawasan langat ini. saya tidak akan pangkah dia.ramai lagi tokoh berjasa.tapi kenapa perlu dia.orang dah berkhidmat berpuluh2 tahun pun berharap dapat bertanding.tp yang ni juga dapat.maafkn saya.saya tidak akan undi beliau

    ReplyDelete
  31. Sy org umno tapi parlimen pangkah pas dan dun undi umno.bg sy calon adhaliza tak sesuai kerna majoriti pengundi tak mengenali beliau.

    ReplyDelete
  32. parlimen dan dun aku pilih BN. tak salah pun bagi laluan kpda mukabaru. patah tumbuh hilang berganti pepatah melayu.demi utk sjahtera dan kmajuan kawsan kita insyallah.

    ReplyDelete
  33. Terpulang pada tuan hamba,tepuk dada tanya selera.pm janji akan pilih calon yg bekerja kuat dan disukai pengundi tapi yg terpilih calon yg tak dikenali pengundi macamana?datuk johan suma orang kenal baru first class...hidup PAS(P101)hidup UMNO(N24)

    ReplyDelete
  34. Saya ini cikgu pengundi Kajang.Saya tak kenal langsung calon BN P101.Cuma saya tengok gambar di poster-poster sahaja.Pada gambar nampak ok, tapi bak kata pujangga jangan tengok buku pada muka depan sahaja perlu kaji isi-isinya.Saya juga ada sikit-sikit mengambil tahu hal semasa tentang politik Hulu Langat.Bagi saya tak salah letak muka baru, tapi biarlah calon itu telah berjasa dan berkhidmat dengan rakyat sebelum ini.Tahu First-hand tentang masaalaah Hulu Langat, bukan baca dari laporan sahaja.Seperkara lagi saya tak setuju masa kempen ini baru nak sibuk jumpa rakyat, nyata dan jelaslah itu tak ikhlas namanya sebab nama dah tercalon baru sibuk nak berdamping dengan rakyat.Rakyat sekarang pandai, mahu calon yang berbakti dan ada meninggal kesan kerja dan khidmat pada rakyat bukan masa kempen.Saya juga ada mendengar rungutan-rungutan dari ahli UMNO dan juga rakyat tentang masaalah peribadi beliau.Itu saya tak nak campur sebab itu adalah antara dia dengan Allah.s.w.t.Tapi kalau ramai yang bercakap cerita yang sama, tak kan pulak jadi tak benarkan ? Fikir-fikirkanlah.Pada saya, saya akan undi calon yang saya kenal dan berjasa pada rakyat sebelum ini.Saya dan keluarga saya tak sokong dengan calon bidan terjun yang tak ada bukti khidmatnya pada rakyat.Harap maaf.
    Cikgu sekolah menengah

    ReplyDelete
  35. Kita sebagai rakyat harus pandai menilai calon yang hendak mewakili kita ke pemerintah negara.Jika seseorang calon itu tidak pernah atau belum lagi berjumpa dengan rakyat kecuali waktu kempen, apakah itu sudah boleh memadai untuk meyakinkan kita bahawa calon ini berkaliber.Bagi saya tidak.melainkan calon itu mempunyai imej dan karakter yang luar biasa hebatnya dan terbukti boleh menyakkinkan barulah saya akan calon dan sokong.Tapi kalau semata-mata pergi berjumpa untuk berkempen,saya rasa, itu adalah perbuatan yang membuang masa dan menghabiskan duit rakyat atas kepentingan diri.Maka beringatlah Allah nampak jelas apa niat kita dan dia tidak akan makbulkan doa calon jika doa rakyat jauh lebih mulia dari calon.Saya nampak banyak unsur-unsur membazir duit rakyat daripada membantu rakyat kerana tidak ada buktinya hasil berbakti pada rakyat.Saya sokong apa cikgu sekolah menengah itu berkata.

    ReplyDelete