Thursday, May 2, 2013

Analisis Awal PRU-13 N9

Baru-baru ni aku pulang ke kampung untuk meluangkan masa seketika daripada kesibukan tugas di samping menemui sahabat handai serta saudara mara yang tercinta. Sempat juga aku menghabiskan masa pekena kopi di warung kampung aku. Pada masa yang sama aku sempat berbual dan mendengar pendapat daripada beberapa veteran Umno mengenai ramalan PRU ke 13 khasnya di Negeri Sembilan.

Antara ramalan yang diperkatakan oleh mereka-mereka ini ialah:

Parlimen Seremban

Pertandingan 5 penjuru di antara calon-calon daripada BN, DAP, Berjasa dan Bebas yang mana kekuatan mereka boleh dikatakan agak setara di mana calon dari DAP merupakan calon favourite untuk memenangi kerusi tersebut.

DUN Lenggeng

Pertandingan 3 penjuru di antara BN, Pas dan Bebas. Pertandingan sengit dijangka di antara BN dan Pas walaupun ada khabar angin mengatakan Ishak Ismail merupakan orang yang bertanggungjawab mensabotaj calon BN pada PRU yang lepas.

DUN Sikamat

BN lawan Pkr. BN di kawasan ini perlu bekerja lebih keras kerana Pkr dilihat lebih kukuh pengaruhnya.

DUN Ampangan

BN lawan Pkr.Walaupun Pkr merupakan pemegang kerusi Dun ini dengan majoriti 165 undi, namun BN perlu bekerja lebih keras kerana sikap selesa hanya akan memakan diri sendiri.

Parlimen Rembau

Pertandingan 3 penjuru di antara BN, Pkr dan Bebas. Pertandingan ini dikatakan agak sukar diramal kerana Khairy Jamaluddin bukanlah calon pilihan orang Rembau atau dalam ertikata lain calon boleh menang. Ia berdasarkan daripada pilihanraya umum yang lalu.

Parlimen Telok Kemang

Pertandingan 3 penjuru di antara BN, Pkr dan Bebas. Memandangkan undi Melayu 42.35%, Cina 33.18%, India 21.41% dan lain-lain 3.06%, maka diramalkan bahawa pertembungan sengit dijangka berlaku di antara BN dan Pkr.

Parlimen Kuala Pilah

BN lawan Pkr. Hassan Malek bolehlah dikatakan berkedudukan agak selesa berdasarkan dengan rekod terdahulu.

Dun Pilah

BN lawan Pkr. Norhayati Omar dikatakan calon yang dikitar semula. Pertandingan dijangka sengit berdasarkan keputusan PRU yang lalu.

Dun Juasseh

BN lawan Pkr. Pertandingan sengit juga dijangka berlaku di kawasan ini memandangkan Rosli Omar merupakan bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Jempol satu ketika dahulu. Razi Kail perlu berusaha lebih kuat untuk mengambil hati pengundi-pengundinya dan bukan hanya bersandarkan kepada MB sahaja.

Parlimen Jempol

BN lawan Pas. Pertembungan diwar-warkan di antara calon tempatan, Aishah (Janji Manismu) yang merupakan orang Bukit Gombang, Batu Kikir dan calon dari luar Isa (daripada PD). Walaupun begitu Isa mempunyai pengalaman bertanding di Parlimen ini.

Dun Bahau

Bahau dikuasai oleh DAP pada PRU ke 12. Pemilihan calon daripada BN dikatakan tidak tepat kerana beliau dikatakan bukanlah daripada calon boleh menang.

Dun Jeram Padang

Pertandingan di kawasan ini agak sukar diramal memandangkan bilangan pengundi Melayu 48.34%, Cina 11.32%, India 36.14% dan lain-lain 4.12%.3. Calon yang bertanding atas tiket BN, Pkr dan Bebas merupakan calon berbangsa India manakala seorang calon Bebas berketurunan Melayu iaitu Zailani Zakaria anak Felcra Rompin.

Dun Palong

Pertandingan 2 penjuru antara BN dan Pkr. Undi dikatakan mungkin boleh berpecah dan terjejas memandangkan Lilah bukanlah seorang peneroka dari kawasan Palong sedangkan Palong merupakan kawasan tradisi yang diwakili oleh peneroka sejak wujudnya UMNO Bahagian Jempol.

Dun Serting

BN lawan Pas. Keputusan yang agak mudah diramal kemenangan kepada BN. Namun, sejauh mana kekuatan pembangkang tidaklah diketahui memandangkan Samsulkahar mudah mendapat undi daripada kawasan Felda tetapi tidak mudah di kampung-kampung tradisi. Calon Pas, Rahman Ramli merupakan bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Jempol.

Parlimen Jelebu

BN lawan Pas. Pertembungan agak mudah memihak kepada BN berdasarkan kepada PRU yang lepas.

Dun Chennah

BN lawan DAP. Calon BN bukanlah calon popular dan boleh menang.

Parlimen Tampin

BN lawan Pas. Bolehlah dikatakan BN mempunyai kedudukan yang agak selesa di kerusi ini berdasarkan PRU yang lepas.


Kesimpulannya, kebanyakan calon-calon muka baru daripada BN adalah calon kitar semula yang agak bermasalah serta diletakkan di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Untuk Parlimen dan DUN yang lain, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi pada PRU yang akan datang.

P/S - Ini adalah analisis awal sahaja dan tidak berkaitan secara langsung dengan keputusan PRU-13 yang bakal berlangsung kelak kerana undi anda adalah penentunya.

10 comments:

  1. Sudah sampai masa UMNO ditamatkan riwayat nya

    Wahai jiwa-jiwa yang tidak pernah tenteram dik kerana

    RASUAH pemimpin UMNO yang berleluasa
    PENYALAHAN GUNA KUASA pemimpin UMNO yang tidak berpehak kepada RAKYAT malah pada para kroni para pemerintah
    PENINDASAN RAKYAT selayak FIRAUN oleh para pemimpin UMNO

    Ini lah saat dan ketika RAKYAT boleh berbuat keputusan yang bijak untuk menamatkan pemrintahan REJIM berkulku besi bersalut madu, yang sudah lama menghisap darah RAKYAT

    dari penindasan HAK RAKYAT untuk mendapat JALAN TOL tanpa membayar dengan darah kerana harus mebayar TOL pada kroni UMNO

    dari penindasan RAKYAT untuk menikmati rumah yang luas sebagaimana di REPUBLIK SINGAPURA yang gbertanah kecil tapi dipberikan perumahan yang selesa, tanpa di besarkan keuntungan hanya buat kroni UMNO yang mendapat tanah dengan harga murah tapi dijual kembali dengan harga tinggi oleh kerana ketamakan pemimpin UMNO,

    dari penindasan RAKYAT untuk mendapat gaji yang setimpal dengan beban kerja, dan tidak dijadikan terus HAMBA ABDI UMNO melalui KILANG_KILANG yang memperkerjakan para pekerja dengan suasana kerja yang tidak layak sebagai negara yang akan bergerak keposisi negara maju menjelang 2020 ....

    Ini semua penindasan UMNO hingga peluang anak-anak Melayu untuk mendapatkan pendidikan ISLAM pun dihapuskan memlalui peritah durjana pemimpin UMNO menutup Sekolah Sekolah Agama Rakya sampaikan menutup Pusat - Pusat Asuhan Islam yang menumpang tapak di balai-balai raya yang dihak milikkan kepada penjahat-penjahat JKKK UMNO ....

    Apa nak jadi dengan RAKYAT MALAYSIA yang terus dimiskinkan dengan harag barangan yang terus naik, harga minyak yangterus naik, harga letrik yang akan naik dan yang paling durjana pekerjaan UMNO adalah menaikkan harga air minum - tak ubah perbuatan YAHUDI di zaman Nabi menekan orang ISLAM untuk mendapatkan air .....

    Ini semua kerja-kerja jahat UMNO ... dan sudah sampai masa kesemua pemimpin dan kader UMNO di pindahkan kesemuanya ke pulau Bidong kerana angkara kepada RAKYAT yang tidak berdosa ....

    Kerabat UMNO seperti ROSMAH MANSOR adalh contoh terJAHAT dari perbuatan JAHAT yang tidak lagi harus dibiarakan ....

    BILA LAGI kita akan dapat peluang seperti ini, UMNO harus dilumpuhkan sehingaa tidak lagi terbit matahari meneruskan kerja jahat UMNO

    ReplyDelete
  2. baru balik kampong kojap minam kupi dah bulih buat analisis ka? mabuk kupi ka? hahaha. dah la salah analisis kau tu bhai. lenkali takyah la post analisis bangang macam ni. kau buek yor kojo kau takyah balik kampong.

    ReplyDelete
  3. anon 12.26,
    hahahah dah paneh miang nampak eh? sah-sah orang yg ado kopontingan ni kan? tah jubur sapolah dijilat eh tu?apo-apo pun....tahniah pado paneh miang sobab bori pencacai-pencacai mcm anon 12.26 ni paneh jubor eh.....

    ReplyDelete
  4. HANYA TINGGAL 3 HARI SAJA LAGI...

    MALAYSIA AKAN BERWAJAH BARU...

    UMNO AKAN DIKUBURKKAN...

    SELAMAT BERSARA WAHAI UMNO...

    SAYONARA!!!

    ReplyDelete
  5. Anon 12.26pm
    botul jgk ckp kau tu,,,dio blk kg jap singgah minum kopi dh boleh buek analisis?
    kah!!!kah!!!kah!!!
    mabuk kopi apo tu,,?
    kah!!!kah!!!kah!!!
    semuo tu nak nyodap hati dio yo yg tongah gundah gulano la tu,,nak bungkus tk lamo lg.
    Dio mano selalu balik tu,setahun 2 kali yo,time rayo.Yg ni pun pasal nk undi balik la jap,,,tau sobab apo?Sobab TOL mahal,minyak mahal,,lari budget dio nt,tu la pasal jarang blk kg.
    PR nak turunkan kan hargo minyak tak nak pulak,nak hapuskan TOL brperingkat2 pn tak nak jgk,,,bukan ko bangang amek2 tu kan?
    kah!!!kah!!!kah!!!
    UmNO@UmPORNO betul2 MELOYAKAN.

    ReplyDelete
  6. hompuk...hompuk.....lamo x nampak....ingat an dah mampuih jadi bangkai.....ahahahhaha...patut eh abah kau hompuk kepalo ko sampai mampuih.....bangang bertingkek-tingkek...hahahahah

    ReplyDelete
  7. Gotian pr nak merentah den nak tegok sapo yg masok kubor.

    ReplyDelete
  8. Jgn mimpi di siang hri or pown mlm hri utk kbur kn umno dan bn...mmg mlaysia akn brwajah bru nanti..d bwah pemerintahan umno dan bn...hdup umno!!!...hdup bn!!!!...

    ReplyDelete
  9. bersihkan malaysia drpd pengaruh dan pelobi yahudi... hidup umno...

    ReplyDelete
  10. Org tnye soalan pown nk jd kn isu ke...

    ReplyDelete