Saturday, May 4, 2013

"Sesungguhnya aku seperti ALLAH"

1. PRU kali ni heboh dengan tagline "Ini kalilah" oleh puak pembangkang dan dibalas pula oleh geng BN dengan tagline "Lain Kalilah". Perkataan 'ini kalilah' ni memang slanga orang Sabah. Den paham sangat sebab den ponah duduk sano lamo.

2. Seimbas dengar pun dah tahu yang puak pembangkang menggunakan tagline 'ini kalilah' sebab berhajat nak tawan Sabah. Bagi puak pembangkang, selain Johor dan Sarawak, Sabah adalah kunci kepada kejayaan BN dalam setiap PRU. Jadi tagline 'ini kalilah' secara halus adalah kempen kepada orang Sabah untuk menyokong komplot pembangkang dan sekaligus mengalahkan BN.

3. Tapi sekali imbas tengok perkataan 'Ini kalilah' di poster, banting, banner calon komplot pembangkang, nampak macam perkataan "Innalillah" pun ada. Atau komplot pembangkang ni memang dah nak kena bungkus ke?

4. Den punya bahasa Arab dah karat. Tapi bolehlah nak faham sikit-sikit. Bahasa Quran dan syurga ni kena belajar sedikit sebanyak sebagai seorang Islam.

5. Cerito pasal bahasa Arab ni sebab beberapa blogger mula mempertikai perkataan 'Ini kalilah' yang seakan berbunyi "Inni Ka Lillah" yang memberi tafsiran "Sesungguhnya Aku seperti Allah". Ada juga yang sebut "Inni Kalilah" yang ditafsirkan "Sesungguhnya Aku Lemah". Ada yang kaitkan tagline PR dengan kata-kata Dajjal dan ada juga yang kaitkan dengan Iblis. Entah mana satu yang betul; atau keduanya betul?

6. Namun aku pasti sesuatu itu terjadi bukan secara kebetulan. In this world there is no accident. Semua yang berlaku adalah dalam perancangan Allah SWT. Percaya kepada qada' dan qadar Allah adalah rukun Iman. Kalau tak percaya maknanya tak lengkaplah iman.

7. Jadi agaknya apa yang Allah nak tunjuk kepada kita melalui tagline 'Ini kalilah' yang di popularkan komplot pembangkang?

8. "Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya." - Surah Yusuf: Ayat 105. "Musa berkata: Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk." - Surah Thaahaa: Ayat 50.

9. Puak komplot pembangkang ni sebenarnya tengah risau dan takut. Buktinya banyak terpapar di blog-blog pemuja mereka, komen-komen, cakap-cakap, youtube, twitter etc. dan terbaru membuat panggilan telefon (+60309) kepada rakyat semata-mata untuk menyampaikan perutusan Brader Anwar Bin Ibrahim yang menyeru rakyat untuk berubah. Nak ubah apa pun tak tau...suruh ubah dari straight person ke LGBT kot.

10. PRU-13 adalah peluang terakhir Anwar dan rakan sekomplotnya beraksi dalam persada politik negara. PRU selepas ini tiada lagi peluang untuk politician purba seperti mereka. Tempoh luput puak pembangkang hampir tamat. Justeru manusia terdesak seperti Anwar, LKS, Karpal, Hadi dan Nik Aziz pasti sanggup lakukan apa saja asalkan cita-cita mereka tercapai.

11. Pemimpin komplot pembangkang bukan peduli pun apa yang berlaku, negara ni musnah ke, hancur ke, tergadai ke, yang penting nafsu serakah untuk merampas Putrajaya berjaya dilampiaskan.

12. Hari ini, jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

13. Undilah dengan BIJAKSANA!!

11 comments:

  1. Aku setuju Ini Kalilah...terbaikkkk

    ReplyDelete
  2. Mmm... I am not going to decide based on the intepretation of ini kali lah!!

    ReplyDelete
  3. kau pun nak hentam PR jgnla sampai permainkan isu akidah....
    kau nie dah memang sayang kat umno sampai kau buta pasal agama ke...???
    agama nie atas tiga benda iaitu islam, iman dan ehsan...
    atau boleh dikata fekah, akidah dan akhlak(tassawuf)...
    kau nie dah permainkan hal akidah....
    aku tak kisah mana kau nak menipu ke apa sebab tue baru masuk fasik...
    nie kau maenkan isu akidah dah masuk daerah kufur...
    kau memang yakin ke yg perkataan 'inikalilah" tue bermakna dan membawa makna 'sesungguhnyaakusepertiAllah'....
    kalau kau nie islam buatla macam islam....
    akhirat sama jalan ngan dunia, jgn dunia mendahului agama...
    aku nie musykil yg kau nie islam asli atau orang yang nak sesatkan org islam....
    kau nak kata aku komen atas perasaan, yer la sebab aku marah kat kau mempermainkan ISLAM... jaga la skit pemikiran tue jgn politik sampai rosak pemikiran dan rohani...

    ReplyDelete
  4. promosi mai tgok youtube skit eh... lps tue kome nilai la sndiri..
    tajuk dia "Penyokong Tegar BN Mengajukan Soalan Panas Live TV1"

    ReplyDelete
  5. apasal anon 2.16 ni meroyan? takut dah ke? kalau nak cerita bab akidah, feqah dan akhlaq, cuba baca ni http://paneh.blogspot.com/2010/03/pas-tipu-u-all.html. dah lama pas tipu u all.

    ReplyDelete
  6. Ini kalilah bn dan konconya habis riwayatnya

    ReplyDelete
  7. nie cakap pasal akidah kau kata meroyan... aku dah tgok pasal pas-tipu-u-all.html true.... jadi pas ada keinginan nak tegakkan hudud tetapi umno camna... cari alasan xnak buat hudud adalah...
    orang islam dalam umno camna...?
    setuju ke yang hudud dah xrelevan..??
    nak kata xmampu, kuasa pemerintahan dah 55 tahun...
    jangan cari alasan la umno cari cara nak laksanakan hudud...
    nie baru bab agama umno dah cari alasan, camna ngan bab masalah air kat pahang, tapi bangkitkan isu air kat negara bawah pr.....
    kau kata meroyan, xpa aku meroyan tpi aku mintax tolong betulkan akidah tue dulu.... jgn buat maen2 bab agama...

    ReplyDelete
  8. Tapi hadi skrg dah setuju kata hudud belum sesuai dilaksanakan di malaysia...masa ceramah di paradong. Cuba cari di youtube. Camna plak tu? Maknanya baru skrg pas insaf dan setuju dgn umno ke?

    ReplyDelete
  9. kalau hadi kata camtu hadi salah....
    islam nie boleh diamalkan bila2 masa jer....
    benda fardu....
    kalau dia xkata maka kau fitnah...
    kalau kau salah dengar moga kau dimaafkan....
    tapi isu akidah benda penting...
    nak mengatapun ingat agama...
    ingat akidah nie benda maen2 ke...?
    boleh letak tepi...
    kau nak kutuk n marah aku pun xpa...
    tapi aku nak kau perbetulkan akidah kau tue....
    aku bukan maen2...

    ReplyDelete
  10. statement hadi di harakah, "hudud tidak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat. hudud bukan agenda utama pas. pas akan utamakan perkara lebih penting, termasuk isu berkaitan kemiskinan jika pr perintah negara."

    jadi kau nak kata akidah hadi macamana pulak? akidah kau dan kaum kerabat kau dah betul sangat ke nak suruh orang perbetulkan akidah?

    aku pun bukan maen2.

    ReplyDelete
  11. isu hudud atas bab fikah la...
    nie faham tak tiga asas nie...
    islam nie atas tiga fekah,tauhid dan tassawuf...
    kalau xjadikan isu utama tetapi tetap ingin laksanakan tue adalah benar...
    jangan xnak laksanakan langsung...
    kalau syarat tak cukup maka cukupkanlah...
    kalau hadi tolak dan kata hudud xrelevan maka hadi murtad serta merta kerana tolak quran, kalau hadi kata minum arak tue xpa/halal...
    hadi sesat serta merta...
    kalau nak dakwah nie xkira sapa...
    kalau pencuri kata benda baik dan suruh buat benda baik pun patut kita dengar..
    kalau ulama atau wali suruh buat benda haram pun wajib kita tinggal...
    aku pesan apa yang aku nampak...
    kalau tak suka aku cakap bab agama bagitahu jelah...
    aku akan berhenti sebab memang kau xkan terima nasihat aku pun...
    sekali lagi aku nasihatkan betulkan balik akidah tue... jgn buat maen2 bab akidah...
    hilang iman grenti kafir...

    ReplyDelete