Thursday, May 9, 2013

TSUNAMI POLITIK MELAYU?

Memang aku memahami niat suci murni Najib di dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan. Namun Najib perlu tahu yang sebenarnya perlu belajar mempraktikkan perkara ini seharusnya ialah masyarakat Cina yang masih tidak sedar akan sensitiviti orang Melayu.

Sampai sekarang aku masih tidak nampak hukuman dikenakan ke atas Wee Meng Chee yang telah dengan sesuka hati mak bapaknya menghina Melayu, Bumiputera dan agama Islam di dalam lagunya yang begitu bersifat perkauman. 

Dan apakah bentuk tindakan yang sepatutnya dilakukan kepada pelajar-pelajar Cina Malaysia di Taiwan yang dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan kedaulatan bendera negara tumpah darah kita ini. Sewajarnya pelajar-pelajar tersebut dilucutkan taraf kewarganegaraan mereka dan tidak dibenarkan langsung menjejakkan kaki ke bumi Malaysia yang tercinta ini.

Sampai bila kita perlu menutup mata terhadap perbuatan-perbuatan biadap seperti ini demi menjaga hati mereka yang langsung tidak tahu menghargai erti toleransi dan kesepakatan? Hanya Komunis saja yang tidak akan sekali-kali menghormati kedaulatan Jalur Gemilang.

Mungkin Najib risau akan gelombang tsunami yang ditunjukkan oleh Cina dalam PRU yang lepas, tetapi aku juga perlu mengingatkan bahawa tsunami politik orang Melayu belum ditunjukkan sejelas-jelasnya pada masa ini.

Janganlah sampai suatu ketika nanti, apabila orang Melayu beralih sokongan kepada Pas mahupun Pkr dalam PRU yang akan datang barulah kita mahu bertindak dengan tegas di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hak Melayu, Bumiputera, agama Islam dan kedaulatan negara yang tercinta ini.

Janganlah bila sudah terhantuk baru terngadah...LU FIKIRLAH SENDIRI!

20 comments:

  1. Salam Paneh Miang,
    Apa yg amat menyedihkan ialah org melayu sendiri terlibat dlm perkara perkara yg merosak kan bangsa mereka dan tidak mengkaji kehebatan berfikir bangsa lain...BN juga tidak boleh lari dr hakikat bhw mereka juga melakukan kesilapan dengan menjual bangsa atas nama pembangunan dan ketamakan...BN harus berubah...jika tidak...yakin dan percaya lah..mereka akan tumbang pd masa akan dtg...dr bjb

    ReplyDelete
  2. Utamakan hak Bumiputra dan pribumi semula. Dah lama kami dianak tirikan.
    Skrg DSN kena fikir untuk kami pulak

    ReplyDelete
  3. Lihat shj sekarang...org melayu juga bersama DAP..terus terang sy adalah pembaca blog amenoworld...anak sungai derhaka...kelab greenboc...omak kau....APA...papagomo...house PK dan Paneh Miang.... Diakui bhw tentera siber mereka berhujah melalui fakta dan logik...sedangkan blogger kjaan hanya syok sendiri....bg golongan muda..sy yakin bhw mereka akan berpihak kpd PR setelah membaca tulisan mereka....dr bjb

    ReplyDelete
  4. Sy akui..sy hampir mengundi pembangkang setelah membuat perbandingan...akan tetapi...di sebabkan kelicikan dan ketidak ikhlasan DAP...membuatkan sy masih memangkah BN...wpun hati ingin memangkah PR...apa yg sy maksudkan ialah...

    ReplyDelete
  5. WAHAI ORG ISLAM DAN MELAYU....FIKIRKAN MENGAPA ISU KALIMAH ALLAH DITIMBULKAN OLEH DAP....SEDANGKAN MEREKA TAHU INI AKAN MENIMBULKKN MASALAH PD PR...DAN SEJAK BILA MAJORITI ORG CINA KISAH DGN ISU INI....dr bjb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil dr analisis sy....dap menimbulkan isu ini adalah bertujuan utk mengurangkan sokongan PAS...mereka yakin akan menang PRU13...tetapi tidak mahu pas mendapat majoriti....mereka ingin hanya dap n pkr memegang majoriti kerusi...agar mereka boleh menentukan kedudukan menteri kabinet. Strategi ini hampir berjaya...bila dapt mengurangkan kerusi pas..ttp malangnya...pkr tidak menang spt dirancang...tambahan kerusi sabah n swak tidak byk berubah.....strategi jht ini menyebabkan sy masih memangkah BN....ttp BN harus berubah...dr bjb...

      Delete
  6. Sy pun perasan juga permainan licik mereka. Tidak ikhlas mereka terhadap PAS. Masa nak guna nama suruh PAS kedepan, selepas itu buat PAS seperti melukut ditepi gantang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp masalahnya...org melayu xdak ramai yg nampak...tp nak wat camne..sbb permainan diaorg mmg bjak...bykkan KR1M dan PR1MA. pasti mereka terjejas...DR BJB

      Delete
  7. Satu hal lagi kali ni Spore buat liputan langsung sama macam TV disini siap ada analyst komen PRU kita. Mula2 muka2 mereka ahli panel dan host tu excited sgt. Bila BN dah leading dah tak senyum lagi. Kita tak pernah buat liputan 24 jam mcm tu masa PRU dia org.

    ReplyDelete
  8. Orang Melayu masih tetap bersama PM walau hak telah banyak yang dihilangkan. Cuma janganlah dianggap bahawa sokongan itu sesuatu yang kekal. Sampai satu tahap kelak, sokongan itu akan lenyap sekiaranya hak mereka terus tergadai demi meraih sokongan bangsa lain. Janganlah beranggapan bahawa Melayu dan UMNO sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

    Tiada sokongan Melayu, tiada UMNO dan tiada Kerajaan BN.

    Janganlah pula Melayu yang dihukum dengan dilucutkan lebih banyak hak, sebagai balasan kepada sokongan dalam PRU-13, konon untuk sesuatu yang dipanggi 'national reconcilation'!

    Sekiranya kepimpinan UMNO sedia ada sangat lemah dan tidak berupaya lagi memperjuangkan nasib bangsa, dan sentiasa tunduk kepada tekanan, wajarlah kepimpinan itu ditukar!

    ReplyDelete
  9. Tun Mahathir seorang yang sangat tegas dan tidak mengalah sesuka hati, tetapi beliau tiada masalah dengan sokongan bangsa Cina. Selepas zaman pentadbiran Tun M, kedua-dua PM selepas itu banyak berlembut dan mengalah - dan hasilnya adalah keputusan PRU12 dam PRU13. Jadi, adakah pengorbanan hak Melayu sebagai jalan penyelesaian sebenar kepada isu undi bukan Melayu?

    ReplyDelete
  10. Kita tengoklah siapa yg najib lantik jadi kabinet dia.Dari situ kita bolih menilai sama ada yg dilantik tu bolih memperjuangkan hak orang orang melayu ke tak.Samaada yang bertelor ke tak atau aci lantik aje.Kalau macam aci lantik aje kita orang melayu ni memang lah dah ditipu kek najib.Kali ni najib kena pasti menterinya memang kaw kaw berani punya melayu.Jantan ni ada dua species.satu atas bini satu bawah bini.Antara najib dengan Nuar siapa atas bini siapa bawah ketiak bini pun,tak tahulah.

    ReplyDelete
  11. Di England ada satu parti pembangkang National Front yang presidennya bernama Enoch Powell memperjuangkan England untuk orang putih tapi tak bolih diterima rakyat dan kalah setiap pilihan raya.Di Australia ada satu parti pembangkang one nation parti yang ketuanya Pauline Hensen yang memperjuangkan Australia untuk orang putih tetapi kalah dan berkubur.Negara yang mempunyaai rakyat asal melebihi 80% gagal untuk memperjuangkan idealoji kepada bangsa menunjukan juga bahawa keadaan sama diperjuangkan olih UMNO telah nampak retak cuma masa sahaja akan membuktikan bahawa party base on race dah tak laku kerana telah berlaku dinegara maju yang malaysia juga mempunyaai sistem politik yang sama.Sekarang dah nampak pepecahan UMNO dan lebih menakutkan bila DAP tak takut pas dan melayu tak takut DAP seperti dalam PRU 13.Berdasarkan kepada sejarah telah berlaku ianya mustahil tak berlaku diMalaysia.Orang melayu marah kepada pemimpin umno kerana bukan sahaja mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan tetapi mereka itu ambil kesempatan untuk kayakan dirinya.Hingga kini umno belum jawap segala tuduhan kembangkang atas skendal yang telah dilakukannya.Jadi apa ada pilihan kepada orang melayu selain dari menyokong pembangkan dengan harapan pembangkang bila memerentah bolihlah gunakan undang2 untuk bawa mereka yang menyeleweng kemahkamah

    ReplyDelete
  12. Anon 8.42 tak kenal KOT Vincent Tan, Yeoh Teong lay, Eric Chia, lee kim yew dsbnya tapi nak buek camno org melayu mudah lupa, bukan den ckp mamakanda kutty ckp. Setahu den ada sikitul dapek rumah percuma lagi disebuah lombong terbiar yg dijadikan mixed development. Ada otak pikir bang jgn jd sitomjuboq anak utara yg tahu menyondol aja dan amat bangga dgn darul st. miguelnya.

    ReplyDelete
  13. Sy cadangkan kan slps pru 13 ni tumpuan di berikan utk penyatuan melayu tak kira la dr umno or pr.. Kita semua dah nmpk sikap sebenar org cina dlm pru 13.. So gerakan tersusun kena di lakuka oleh cybertroopers, bagaimana agar cina tau kita juga blh bersatu, kita ajak semua melayu agar boikot org cina itu lbh baik dr kita mengugut mrk. Buat list brgn yg dipunyai oleh cina dan beri list brgn yg org melayu punya agar kita blh membuat pilihan. Kita war2 kan brgn yg blm dimiliki oleh org melayu agar org melayu mengadakan brgn tersebut. Itu juga fardu kifayah. Org islam mesti mempunyai sikap mengasihani saudara seagama dgn membantu ekonomi org kita. Duit kita punya brg dia punya so hak kita nak beli dr sapa. Buat jaringan setiap dun dan kaw agar org melayu tahu kemana nak dituju jika nak kan sesuatu brgn. Ekonomi adalah nyawa org cina. Kita tau mmg kita tak blh nak boikot semua tp jgn lah kita bantu semua.

    ReplyDelete
  14. Den ondak camano DAP jago org cino,ngapi ngapi an org cino.. camtulah UMNO kono buek dan jago org Mlayu,kalau tak sok kuk kono titik dek Mlayu sendiri dlm PRU14. Di n9 TokMat kono siap an dogheh barisan pelapih yg dijangka akan mula first time ngundi dlm PRU14 nanti. Cucok la diorg sket supayo bersmangat melayu tulen

    ReplyDelete
  15. Org yang berduit di N9, jangan dok sibuk nak nambah bini atau berpoya poya jo.Pikir sikit nasib org mlayu,jadi an org mlayu independence dan tak bergantung ngn bangso lain.Ini tak,colik jo mato kang, dah melepar duit ko kodai bukan mlayu, nak pom tayar pun ko kodai bukan mlayu jor..Bnyk duit mlayu abih di kodai aksesori kreto, mano deh kodai aksesori mlayu, bukak la kodai2 camni. Kodai repair keto pun kurang, TOKMAT tolong la make sure org mlayu tak bergantung lai pada orang lain..ado an apo yg takdo, dokek an yang jauh. Promot barang2 FELDA dan lain lain keluaran Bumiputra. Kito dah ado segalo galo ei..tapi payah bonar nak ningga an MAGGI

    ReplyDelete
  16. Melayu sokong UMNO bagaikan Paloi nak nemu utaimtanya org sarawak apa makna tu

    ReplyDelete