Tuesday, July 16, 2013

Bangang Bonar Pegawai MoA dan KPDNKK

Ini caranya selesaikan masalah harga ayam sejak 1993 ini. Hari ini, 15 Julai 2013 harga ayam daging bulat dengan (taik@isi perut dalam perut) dengan kaki dan kepala ialah RM8.00. Ayam daging bersih tanpa kepala,kaki, bersih dalamnya (hati dan hempedal) ialah RM9.00-RM10.00. 

Apa penyelesaiannya:

1. Jangka pendek, bolehle kempen berikan permit kepada 32 syarikat atau kepada 60 buah syarikat untuk import ayam. Persoalan seterusnya, tahap HALALAN TOYYIBAN ayam-ayam import. Tahap kesihatan ayam import ini, sebagainya?

Untuk jangka sederhana dan panjang:

1. Felda Poultry Farm mesti diwujudkan di semua wilayah yang besar dan utama. Secara langsung dengan program contract farming & vendor farming melalui FELDA, boleh ternak sebanyak 10 juta ekor ayam di satu wilayah. Dengan adanya 9 wilayah, maka, ayam pedaging keluaran FELDA sebanyak 90 juta ekor dapat dihasilkan.

2. TH Poultry Farm boleh diwujudkan. TH melalui TAHA punya aset hartanah yang berlambak. Minta daripada semua Negeri Beraja untuk wujudkan Kluster Usahawan Siswa Ayam secara raksasa. Bina 1000 orang Usahawan Ayam Siswa, yang setiapnya menjadi Induk Ternak (Tauke Chicken Farm) kepada 1 juta ekor ayam.

3. MARA boleh wujudkan MELAYU CHICKS FARM, dengan sasaran sebanyak 100 juta ekor.

4. Semua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menjadikan Program Central Chicken Farming secara vendor-groom big yang mensasar kepada pembentukan 1000 orang usahawan ayam pedaging, yang masing-masing menternak sebanyak 100,000 ekor.

5. KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) menjadikan ladang ternakan ayam sebagai projek ekonomi terbesar, yang akan menjadi pembekal paling konsisten kepada senario kartel baru. KIMMA pun khabarnya Ahli Bersekutu UMNO.

Semua program ini khas untuk orang Melayu semata-mata. Semua jaringan nilai bekalan ayam daripada penghasilan anak ayam-makanan ayam-sebagainya MESTI dalam kawalan MELAYU.

Harga ayam di pasaran akan jatuh ke RM5.00 sekilo pada 2015 (dengan syarat program ini dimulakan pada 31 Ogos 2013). Maka, ayam pedaging ternakan Melayu Islam ini mesti dikordinasi dengan baik oleh MoA, KPDNKK, HDC untuk pasaran Negara-negara Timur Tengah dan Arab. Pasaran makanan berasaskan Ayam amat besar di luar. Maka, pasukan penternak yang terbina ini MESTI menjadi sebahagian daripada statistik pengeksport bekalan ayam daging mentah ke Negara-negara Eropah, Islam dan sebagainya. Nilai pasaran 2013 ialah USD 40 billion setahun.

Kelapa sawit dan kenaf boleh diproses menjadi dedak terbaik kepada ayam. Banyak jenis dedak ayam boleh dicipta. Teknologi ternakan ayam ada 4 teknik. Kaedah reban tradisional. Kaedah 100% hawa dingin. Kaedah semi automasi. Kaedah 100% automasi dengan 3 tingkat.

Ladang ternakan ayam terbaik masih belum ada di Malaysia. Iaitu reban ayam moden-siap dengan audio seperti ternakan lembu Kobe-sistem pembungan najis-sistem makanan terbaik-sistem sembelihan bukan/separa mekanikal. Sistem sembelihan ayam mekanikal 100% masih diragui "taraf" HALAL ayam ini.

Ayam ini dimakan oleh semua rakyat Malaysia. Bohong kalau dikatakan ayam ini tiada kartel. Masa Tahun Baru Cina berapa harga ayam sekilo? Apasal boleh tak melambung-lambung sampai pecah siling harga kawalan Kerajaan Persekutuan Malaysia? Bila Ramadhan dan Raya 1 Syawal maka harga akan melompat paling tidak RM1.00-RM1.50, yang begitu sekali ganasnya. Bila musim cuti sekolah, sebab ramai orang buat kenduri kahwin, akan jejak harga siling tak turun-turun, sehingga selesai cuti sekolah.

Trend manipulasi harga ini bukan perkara BARU. Jawapan budak tadika, seperti "jangan makan ayam, banyak lagi yang boleh makan sebagai pengganti1", "boikot makan ayam", ini semua alasan-alasan BANGANG. Siapa yang mampu boikot, sebutkan mana tempat tak beli ayam sebagai bahan utama/bahan tambahan/bahan sampingan dalam masakan sebagainya.

Sebutkan masa mana dalam majlis Jamuan Berbuka Puasa rumah PM, TPM, MB, KM sesiapa sahaja "boikot makan AYAM"! Mesti ayam sebagai sebahagian daripada MENU UTAMA HIDANGAN. Sudahlah ini alasan bebudak lopong boleh la...bongkar lah lobai, kito belum selesai urusan SOLUSI MAKANAN AYAM DAGING HALAL untuk ummat.

Ramai orang ambil enteng perihal ini. Malulah sikit, dah memerintah 56 tahun, tapi bab makanan rugi-bahan utama masih "mengemis". Takko dibacokan olen Pendeta Za'aba bahawa Kita Miskin Ilmu, Miskin Hayat dan Roh. Atau tak pernah ambil peduli siapa Zainal Abidin Ahmad.

Strategi penternak Cina bila tahu Melayu boikot besar-besarkan. Maka, berikan racun dalam makanan ayam. Jadi ayam di reban mampus habis. Boleh juga, dibuatkan kubur gergasi kemudian ditolak semua ayam ke dalam, disimbah petrol dan dibakar, lepas mampus semua di kambus. Boleh juga, dikerah rumah hasilan anak ayam supaya hentikan pengeluaran selama 1 minggu. Dengan hentikan pengeluaran anak ayam selama 1 minggu, maka, penawaran ayam daging hidup di pasaran akan berkurang sebanyak 25%. Banyak kaedah untuk penternak Cina "urus harga ayam" untuk naik gila babi atau turunkan sehingga mereka tidak langsung rugi. Ayam ladang siapa yang keluar dari Malaysia ke Singapura? Ayam ladang siapa yang menjadi transit ayam-ayam hidup atau sejuk beku dari Thailand? Pedulikanlah kerana semua ini hanyalah cerita Pak Sedaro. Takdo kono mengono dengan den. Tapi inilah ilmu berhargo Pak Sedaro selama 30 tahun bergelumang dengan tahi ayam hingga tuo bangko. Bisnes ayam tak perlu ado PhD, tak perlu Dato', Dato' Seri, Tan Sri atau Tun. Tapi untuk menipu pegawai Melayu, aristokrat Melayu, Birokrat Melayu, political animal Melayu perlu ada PhD sebagainya. Sedih-simpati-empati. Mudah-mudahan Allah buka pintu rahman dan rahimnya kepada orang Melayu.

Kita kena ingat Ayam ialah Menu Utama. Daging Lembu, Daging Kerbau dan Daging Kambing ialah pilihan-pilihan yang ramai memilih dalam menu mereka atas pelbagai sebab.

Persoalan pundaknya apakah pegawai MOA dan KPDNKK yang bangang? atau Pengurusan Tertinggi dan Anggota Pentadbiran Kementerian-kementerian ini yang BANGANG?

Kenapalah hidup dalam tanahair sendiri, menjadi DAYUS dan BACUL kepada kehebatan Bangsa Malayuwiyah yang sohor dan terhormat. Berani Transformasi. Ayuh Transformasi Usahawan Ayam Melayu Terbesar menjelang 1 April 2014. Inilah Fisabilillah Umat Melayu.

21 comments:

  1. Kan ku sebarkan ke seantero Malaya. Cadangan yang amat bagus dan bernas tapi yang pasti bukan mudah. Akan ada di kalangan Bangsa yang akan mengkhianati apa saja cadangan, program dan perlaksanaan sesuatu perkara untuk kemajuan dan kejayaan bangsa demi keuntungan dan kepentingan sendiri yang bersifat sementara.

    ReplyDelete
  2. idea yang baik..sampai bila kita nak harapkan bekalan dari pembekal2 yang rata2nya tokey cina ni..kita lah kena buat sendiri ladang ternak ayam tu...ayam 1 malaysia :)

    ReplyDelete
  3. Butuh la boleh buat..projek nfc pun puak umno rembat sampai xde lembu lansung..ni semua projek umno nak rembat duit rakyat..

    ReplyDelete
  4. Cadangan yang baik..

    Alangkah baiknya jika cadangan ini dihantar secara rasmi kepada Felda, MARA, TH dan KIMMA..

    ReplyDelete
  5. cadangan yg baik ...kalau dibuat dengan ikhlas .kalau tak nanti ada yg jadi kaya tak pasal pasal..

    ReplyDelete
  6. Nak share... mana ke butang like...

    ReplyDelete
  7. Idea mega berani yang membangkitkan banyak industri sokongan seperti: 1) industri pengeluaran makanan ternakan ayam, 2) industri penetasan anak ayam baka baik, 3) pusat persembelihan moden, 4)industri pemprosesan pelbagai produk ayam, 5)industri kitaran sisa ayam untuk dijadikan produk berguna seperti baja, 6)penubuhan badan penyelidikan nasional khas untuk industri ayam - kesihatan, baka, makanan, produk dll., 7) pemasaran global .......

    Cina tak suka makan ayam pengeluaran mereka kerana sedar suntekan kimia antibiotik, hormon dll melampau. Ini gara mengaut untung. Mereka lebih suka makan ayam kampung.

    Orang Melayu (kampong) digembeling dalam jaringan industri nasional membela ayam kampung secara moden dari awal hingga pemasaran, pemprosesan dll. seperti yang tersebut dalam idea mega diatas.

    ReplyDelete
  8. Idea yang baik. Boleh dilaksanakan melalui koperasi terutama sekali koperasi masjid.....syabas mi

    ReplyDelete
  9. kau ingat hasan malek ngan bebudak ptd kpdnkk baco ko blog ko ni? punoh la perasan poik.

    ReplyDelete
  10. YAB DS Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin, baco blog ini. Tak ponah den pedulikan orang lain. Satu laei. Tun Dr. Mahathir pun baco blog. Juga Majlis Perisikan Negara dan Majlis Keselamatan Negara, baco blog ini. Sudah memadai untuk kito naqalkan seberapa banyak ilham bermakna demi Bumi Malayuwiyah. Orang-orang Negatif, tidak perlu baco blog PANEH MIANG. Orang-orang tidak yakin kepada transformasi Melayu, JANGAN KAU BACO BLOG PANEH MIANG. Orang-orang taksub kepada KEJAHILAN ILMU,AMAL,EHSAN jemput JANGAN BACO BLOG PANEH MIANG. Orang-orang pengecut-dayus-bacul-baghlal-bahalol-bangang, ada BERANI TERUSKAN BACO BLOG PANEH MIANG, sobab kito tahu KAU ORANG DOK CILOK APO YANG BORI MAKNO POSITIF PADO KAU...Moga Allah berikan ilham menyantuni Negara Kami Tanah Melayu

    ReplyDelete
  11. Yang cakap butoh kat atas tu memang kaki butoh ka? Awat hang pandai sangat hang bagi la idea yang lebih baik.. hang ni memang bangsa kurang bijak ka apa punya baka? Awat hang jeles sangat kalau melau lagi pandai dari hang? Mana hang tau lembu x dak? Hang pi melawat ladang ka?

    ReplyDelete
  12. Yang cakap butoh kat atas tu memang kaki butoh ka? Awat hang pandai sangat hang bagi la idea yang lebih baik.. hang ni memang bangsa kurang bijak ka apa punya baka? Awat hang jeles sangat kalau melau lagi pandai dari hang? Mana hang tau lembu x dak? Hang pi melawat ladang ka?

    ReplyDelete
  13. jgn buat kat kelantan. nanti si gile nik aziz tu kata BN buat rakyat malas sembahyang sbb banyak mkn ayam.

    ReplyDelete
  14. Melayu yg xsedar diri je yg ada perasaan hasat dengki (PHD). Melayu yg ingin maju mereka akan berubah.

    ReplyDelete
  15. saya amat setuju dgn idea hebat dan penuh berwawasan ini.... harap kerajaan dan pegawai2 yg terlibat, belajar dari penulis ni. Tahniah

    ReplyDelete
  16. Bagus idea nie,jaminan keselamatan atas persaingan,pengedaran dan pasaran tempatan, mcm mana?.Ini kisah nak bela ternakan yg hidup dan bernyawa.Pengalaman dan kepakaran mmg perlu ada.Itu sudah semestinya.Kajian risiko dan keselamatan perlu juga di ambil kira utk menjamin industri ternakan.Kalau semua dah ok,tumpu shj pada pasaran eksport ayam halal mengikut gred antarabangsa ke negara2 arab, terutama masa musim haji,Galakkan drpd pelabur2 arab,utk bodek dan menguasai pasaran mereka.Cuma, perlu ada instrumen yg akan di gerakan utk membantu dan mengawal harga syiling pasaran ayam tempatan yang akan beri keutamaan.

    ReplyDelete
  17. Cari ler bisnes baru,dlm industri ternakan dan boleh mengembang pasaran export,mcm ternakan kambing,ayam belanda,ayam hutan,lembu,ikan, daging,kijang atau hasil daging ternak yg menjadi citarasa besar di pasaran ngra arab, yg mungkin mempunyai gabungan genetik atau kacukan yg hebat.Daging hasil ternakan jge ada gred dan lembut.Cadangan ternakan ayam daging, mmg bagus.Tapi tang result kajian risiko,persaingan antarabangsa,harga dan lambakan di pasaran semasa dan kos yg buat taukey felda,felcra dn agency kerajaan demam.Mereka kalau boleh melabur dan membeli ladang dlm sektor kelapa sawit yg kurang risiko tpi menguntungkan.Sebab ianya adalah bidang kepakaran utama mereka.Kalau dah berlambak daging ayam di pasaran dunia,harga akan jatuh jgk.Nak jaga pelaburan besar mengalami kerugian dan kos,utk menjamin mendapat harga yg tinggi.Dah sah bagi racun pd makanan ayam juga.

    ReplyDelete
  18. Selera manusia dah lain,dulu suka ayam china ,sekarang dah nk ayam vietnam plk..adunyai

    ReplyDelete
  19. Aku sokong bahawa memang cina tak gemar sangat ayam2 ni sebab dah tau ada ubat dlm badan ayam tu...jadi paling mudah cina tolak ayam2 tu jual pada org melayu...org2 melayu ni ada sedar ke?...

    ReplyDelete
  20. Org melayu boleh bela ayam tetapi banyak kerenah...nak kaya cepat...jual pun cekik darah...

    ReplyDelete