Tuesday, August 20, 2013

Siapa nak tolong jawab?

DAP hari ini mempersoalkan jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara yang dikatakan terlalu tinggi.

Menurut Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Perdana Menteri telah membelanjakan hampir RM44,071 juta dalam tempoh lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri iaitu dari tahun 2008 sehingga Mei 2013.

Jumlah itu katanya, bersamaan dengan perbelanjaan RM8,814,200 untuk tempoh setahun dan RM734,516.67 untuk tempoh sebulan.

"Perbelanjaan ini sangat tinggi, kita mahukan penjelasan daripada Perdana Menteri.

"Daripada hasil rombongan ini, apakah hasilnya kepada negara," katanya.

Tambah Kor Ming lagi, ketika mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan Perdana Menteri beliau hanya membelanjakan RM30 juta untuk perbelanjaan ke luar negara.

"Kenapa perdana menteri sekarang belanja terlalu mewah.

"Kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib menunaikan janji beliau untuk menjalankan dasar transformasi yang beliau uar-uarkan selama ini, sepatutnya Najib berhemah ketika belanja," katanya.

Sehubungan itu, DAP berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat menjelaskan isu ini agar rakyat tidak mempersoalkan kredibiliti perdana menteri. - Sumber.

5 comments:

  1. saya cuba try test tolong jawab:

    Jumlah itu sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan dalam negara - mungkin lebih kecil dari belanja dapor rosmah.

    Jumlah itu juga sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan lain-lain pemimpin negara seperti Obama misalnya.

    Dan paling mungkin, ada 'typing error'

    ReplyDelete
  2. woooohoooo tingginya belanja...kalau betul la nilai tu, maklumlah maklumat dtg dr puak kuffar anti Islam kafir harbi

    seandainya nilai tu mmg wujud, rasanya PM takkan beri penjelasan sbb bg la apa saja sebabnya, jumlah tu langsung tak relevan....TERLALU BESAR, BOROS, MEMBAZIR jika dibandingkan zaman Tun Abdullah

    rakyat bawahan ni kalau tgk jumlah byk tu dibuat belanja ke luar negara hanya dlm masa 5thn, apa yg kami nampak hanyalah GOL ARISTOKRAT ambil peluang memBAZIR duit rakyat atas nama kepentingan Mas kononnya

    konpom sbhgn duit tu adalah belanja pi Vatican ajak dutanya buka kedutaan di Mas....so di mana untungnya Mas??...ni baru PM, blum lg menteri2 lain.....untunglah si Nedim (ada kaitan ka?)....muaahahaha

    ReplyDelete
  3. Peg najib mabuk kuih raya lagi ka? Apasal x jawab? Bangang suma peg dan penasihat najib ni.

    ReplyDelete
  4. Bongek Most UnwantedAugust 20, 2013 at 11:06 PM

    PM,

    Jumlah to kocik yo. Kiro colah gigi Kak Ros kau yo lah.

    Bolum campor ngan jumlah yang ditanggung kek tokeh cino, saudagar kontrek terutamo saudagar sonjato.

    Domam kau bilo campor sumo tu.

    Tu la deh, apo laie pilihan yang kito ado. Pihak sobolah lain tu gilo jubor. Kenkawan ngan komunih pulak.

    Apo kato kito buek parti baru?

    ReplyDelete
  5. Anwar pi rata tempat guna duit sapa dan berapa jumlahnya, sapa pun tak tanya. Ada DAP ambil kira?

    ReplyDelete