Saturday, September 7, 2013

KENAPA AKU BISING

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit. Memang kita berharta.

Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan....

p/s: Dipetik atas ehsan kebenaran kekanda sifu-ku yang jauh di mata. Bekas Graduan Sarjana Matematik dan pakar NLP di Baling. 

12 comments:

  1. Kita tak perlu bising kerana dia yang kita pilih, dia yang kita percaya..

    Jangan desak...nanti anak hantu tanya "lu siapa?"

    ReplyDelete
  2. duit brim kan nak dinaikkan....so duit kita 20 sen tu akan diberi kepada golongan berpendapatan rendah (yang terima brim)...aku harap suatu masa nanti kerajaan kita boleh bagi duit brim ni bukan setiap tahun tapi setiap bulan kepada golongan berpendapatan rendah atau gologan yang tak berpendapatan macam kat UK, US dan Australia...

    pada aku itu lah cara yang betul...bukannya subsidi tu diberi kepada semua orang termasuk yang berpendapatan tinggi...macam wang zakat juga lah tak semua orang boleh terima wang zakat...bukan cara nie mirip-mirip cara islam ker???

    ReplyDelete
  3. Mengapa dipertikai yg berpendapatan tinggi terima subsidi ? Bukankah subsidi yg diberi dr dana k'jaan yg jumlah besarnya dr kutipan cukai, dan golongan berpendapatan tinggi inilah yg jadi penyumbang besar kpd cukai berkenaan samaada melalui cukai individu, perniagaan atau korporat.
    Kadar cukai pendapatan dan korporat yg tinggi diguna utk menampung subsidi yg tinggi di negara kita yg diterima semua dah jadi norm. Jika subsidi dikurangkan utk kemudiannya mengurangkan cukai ini yg terasa kesempitan adalah yg berpendapatan rendah, yg berpendapatan tinggi tak terasa pun bertambah senang dgn pengurangan cukai berkenaan.
    Kesan ketara kenaikan harga minyak adalah kenaikan harga brgn dan perkhidmatan, dan golongan pendapatan tinggi tak terasa pun, yg susah dan terasa sempit adalah yg berpendapatan rendah juga.
    Logik aku aje la.

    ReplyDelete
  4. Aku dikampung minyak sekarangni rm 2.50 seliter... beli dari pekedai runcit..diorang sukat pakai tin setengah tempat pakai botol mineral...pam minyak ada tapi jauhhhh...

    dah la serba serbi takde.. minyak sentiasa 40 sen lebih mahal dari di bandar.

    Aku pun nak bising jugak lah

    ReplyDelete
  5. Biasa pilihanraya dah selesai
    ..rakyat boleh buat apa, kuasa atas tgn pemimpin, dia peduli apa,
    esok nak pru, bagilah sedikit bantuan, biasa kita org melayu, akan sokong juga bila diberi bantuan sekampit beras..jadi jgn salahkan pemimpin, sbb kita pilih mereka...





    ReplyDelete
  6. kenaikan harga minyak adalah kerana kerajaan mendengar denyut nadi rakyat.ini bertepatan hasrat kerajaan untuk menjadikan malaysia negara berpendapatan tinggi,perlu di ingat sepanjang pemerintahan kerajaan umno telah tiada rakyat yang miskin dan kenaikan minyak tiada sebarang kesan pada rakyat.untok mensejahterakan rakyat kerajaan perlu menaikan lagi minyak pada kadar 5 ringgit seliter ini adalah untuk menaikan nama malaysia di mata dunia.bravo najib kamu adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Anonymous said...

    Mengapa dipertikai yg berpendapatan tinggi terima subsidi ? Bukankah subsidi yg diberi dr dana k'jaan yg jumlah besarnya dr kutipan cukai, dan golongan berpendapatan tinggi inilah yg jadi penyumbang besar kpd cukai berkenaan samaada melalui cukai individu, perniagaan atau korporat.

    Kadar cukai pendapatan dan korporat yg tinggi diguna utk menampung subsidi yg tinggi di negara kita yg diterima semua dah jadi norm. Jika subsidi dikurangkan utk kemudiannya mengurangkan cukai ini yg terasa kesempitan adalah yg berpendapatan rendah, yg berpendapatan tinggi tak terasa pun bertambah senang dgn pengurangan cukai berkenaan.

    Kesan ketara kenaikan harga minyak adalah kenaikan harga brgn dan perkhidmatan, dan golongan pendapatan tinggi tak terasa pun, yg susah dan terasa sempit adalah yg berpendapatan rendah juga.
    Logik aku aje la.
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

    kau nie tak sekolah ker??? orang berpendapatan tinggi dapat subsidi???

    kalau ikut logik tak sekolah kau nie, islam tu silap lah sebab bagi zakat pada orang miskin sedangkan yang bayar zakat selama nie orang kaya bukannya orang miskin...

    bila subsidi dikurangkan atau dihapuskan maka duit subsidi tu boleh diberi terus pada orang miskin atau orang yang tak ada pendapatan....

    contohnya...kalau duit subsidi ada RM100,000 dan duit tu semua diberi kepada orang miskin seramai 100 orang sudah tentu setiap orang akan terima RM1000 tapi kalau nak bagi juga kat orang kaya duit subsidi tu dan orang kaya ada 100 orang maka setiap orang (kaya dan miskin = 200 orang)hanya akan dapat RM500 aje.

    harga barang dan perkhidmatan nie kalau minyak tak naik ia tetap akan naik jugak....selama nie minyak pada harga RM1.90 barang-barang dan perkhidamatan tak pernah naik ker????


    -V7-


    ReplyDelete
  8. Nak save duit subsidi banyak manapun, tidak bermakna kita telah keluar dari masaalah sistem ekonomi kapitalis dan kita,telah bersedia menukar bahan bakar fosil kepada green teknology secara total.Dgn wang yg banyak yang di selamatkan melalui subsidi,bukan bererti rakyat dan negara akan terus menjadi kaya,malah ianya membebankan rakyat.Dalam sistem ekonomi barat,kekayaan hanya bererti dan menguntungkan sekelompok manusia shj, tetapi bukan kpd majeroti manusia.

    ReplyDelete
  9. Kita adalah sebuah negara yang kaya,tetapi perlu ada dasar tenaga boleh di perbaharui,pendekatan yg menyeluruh dgn aktiviti2 ekonomi yg padat serta tepat.Maksudnya, kita perlu mencari ruang dan peluang utk beralih drpd tenaga bahan bakar fosil kpd teknologi hijau.Perlu ada gelombang besar selepas dunia IT yg telah di realisasikan oleh mantan perdana menteri kita.Malaysia mempunyai dasar automotif,sektor hartanah dan kewangan yg betul, tetapi tidak selari dgn perkembangan teknologi terkini yg mesra alam utk menyelamatkan wang subsidi negara setiap tahun.Perlu ada sikap berhati2 utk mentranfomasi bahan fosil kpd teknologi hijau.Kita ada TRX,bukan bermakna kita hendak menyeru TPPA.Kesimpulan,kita mampu beralih kpd subsidi bahan fosil kpd subsidi tenaga boleh di perbarui yg lebih banyak manafaatnya pada rakyat dan negara daripada peningkatan kegiatan aktiviti ekonomi dlm negara.

    ReplyDelete
  10. Buat kajian tentang belerang yg tidak larut dalam air utk menghasilkan stim sel berkeupayaan tinggi(semi geothermal) dan mengantikan bahan bakar arang batu bagi memutar turbine janakuasa tenaga elektrik.Setakat takungan air bawah tanah,berlambak kat malaysia nie.

    ReplyDelete
  11. Belerang/batabara 36 darjah celcius.Geothermal 5000 darjah celcius.

    ReplyDelete
  12. Akan datang,harap proton dapat buat 2 mucung pump minyak dan mulut tangki kereta dlm dua versi iaitu bulat dan pipih utk membezakan cc kenderaan termasuk kereta import.Bagi station minyak berhampiran sempadan dgn jarak 100km persegi,perlu melantik station minyak petron utk mengawasi pengaliran petrol dan diesal di kawasan persempadanan di darat.

    ReplyDelete