Thursday, September 5, 2013

Najib BANYAK HUTANG rupanya

Cer dengar dengan teliti komen Che Det mengenai isu kenaikan harga petrol dalam klip di bawah. Jika kurang jelas, ada "word for word" verbatim;


"Yaa..sepertimana yang kita tau, kita sekarang dah ada defisit dan kita punya rating dah jatuh pasai kita borrow too much money, jadi kalau kita tak borrow money..better lah. Tapi kalau kita boleh kurangkan perbelanjaan kerajaan, kita punya subsidi is very high. Negara-negara yang keluar minyak pun harganya lebih. Macam di England, dia satu liter is more than 1 pound…almost 7 ringgit. Kita di sini 1 liter berapa ringgit?…Singgit berapa aja. Jadi naik pun 20sen aja (sambil gosok hidung - siapa selalu elert dengan bahasa badan Tun mesti tau yang Tun sinikal jika pegang hidung). Aaaa…mula dia berasa pedih sikitlah…tapi buat adjustment la sikit."

Selama ini Najib bagi BR1M, BL1M, Bantuan Khas Awal Persekolahan, SARA1, Klinik 1Malaysia, BB1M, TR1MA, PR1MA, KR1M, 1AZAM, COOP1M, 1PAKEJ KOMUNIKASI BELIA, 1NETBOOK dan yang terbaru SPP1M yang kononnya 'hadiah' kepada rakyat, rupanya dibiayai dengan cara BERHUTANG AKA MEMINJAM oleh Najib; seterusnya menyebabkan defisit dalam belanjawan negara, sekaligus menjatuhkan rating Malaysia dikalangan pelabur dan ekonomi dunia.

Nak jadi populis punya pasal, kerajaan terpaksa meminjam semata-mata nak memenuhi nafsu serakah Najib dan KonSULTAN-nya.

Bila kantung kerajaan semakin kritikal, rakyat jugaklah yang terpaksa menanggungnya. Segala 'gula-gula' yang di'hadiah'kan kepada rakyat sebelum ini telah diRAMPAS semula dengan cara paling dramatik + flip-flop iaitu...NAIKKAN HARGA MINYAK!

Harga minyak naik, kos rantaian dagangan pun naik, harga barang naik, pendapatan peniaga bertambah; dan akhirnya kantung kerajaan berisi semula melalui pengutan cukai.

Bijakkan Najib? Dia yang meminjam sana-sini, penyudahnya rakyat yang terpaksa tanggung hutang kerajaan. Maka selesailah kejap masalah budak-budak PEMANDU.

Macamanalah nak kurangkan perbelanjaan kerajaan kalau duit rakyat pun PEMANDU dan KonSULTAN Najib hari-hari dok kebas berjuta ringgit.

'Hebat'nya Orang UMNO sebab masih nak simpan spesis Presiden macam ni!

7 comments:

  1. Itu bukan consultant tapi kon-setan....memunahkan negara dgn nasihat aka musibat jer...yg najib pon satu mengong...awat xdak akai sendiri ke nak pikiaq burok baik sgl tindakan...Tun M pon dulu ramai yg mengelilingi dia , tapi end of da story sgl keputusan di tgn beliau...bkn atas pengaroh kon-setan2 yg beterbangan mengelilingi...

    ReplyDelete
  2. apo nak buek an. dah itu yang oghang umno ghoma. bini eh kan oghang nismilan. ibu soko. tu yang ikut telunjuk yo kojo tu. kek umah ikut telunjuk bini. kek opis ikut telunjuk pemandu. dah tebiaso ikut telunjuk nak wek camno.

    ReplyDelete
  3. Aku pon hairanlah banyak sangat pemberian percuma...yang sebenarnya lebih ramai yang tidak hargai.."BR1M, BL1M, Bantuan Khas Awal Persekolahan, SARA1, Klinik 1Malaysia, BB1M, TR1MA, PR1MA, KR1M, 1AZAM, COOP1M, 1PAKEJ KOMUNIKASI BELIA, 1NETBOOK dan yang terbaru SPP1M. BRIM bukan Melayu yg ramai dapat...cina tak de payslip..Rasanya kalo duit berbilion tu jadikan sebagai "kail" kepada orang melayu..ramai yg akan berjaya dan boleh keluar dari kesusahan. jangan lah semua bagi free...(belanja hangus).

    ReplyDelete
  4. We hv 2 options. ..save PM or UMNO ......

    Salah pilih...we r goin to hv a new set of leader next pru...

    ReplyDelete
  5. Jang,
    Apo nak bising bising sekarang,maso dio bagi macam macam ,kito puji dio macam langit,skrng kutuk dio.Hipokrit namonyo tu.Nogaro mano yang tak ado hutang,Amerika,Britain,Aus sumo ado hutang.Hutang negaro kito tak banyak dgn negara asing,kito berhutang banyak dgn GLC kito sendiri.Bagi den elok toruskan BRIM ni,sobab dio direct pado target drpd bagi subsidi minyak,gula dan boreh yg den raso yang lobih untung orang kayo jo sebab dio guna di dalam kuantiti yang bosar.Walau cam no pun kito pandai pandailah mentadbir kewangan masingx supayo hidup selesa.

    ReplyDelete
  6. mana ada kenaikan harga minyak. ini adalah dakyah pembakang semata-mata. kerajaan umno x akan menyusahkan rakyat berita kenikan harga minyak itu adalah fitnah pembakang,berita kenaikan harga minyak adalah dusta kerajaan umno amat mendengar denyut nadi rakyat.kita amat terhutang budi pada kerajaan umno. terimakasih tok jib

    ReplyDelete
  7. Dulu-dulu, duit tu sumo poie ko poghut dioghang tujuh lapan oghang....Nijam kasi ket rakyat...itu yang lobih baik! Tak apo, rakyat sosah yo duit tu walaupun gomen kono beghutang. Soal ea, duit tu kesudahan ea poie ko kocek sapo, itu sajo... kalau rakyat tak ambik, dio yang ambik. Cumo, kono pekso sikit la kali ni...jangan diboghi kepado yang berpaling tadah maso ngundi dulu. Biar dighaso ea...

    ReplyDelete