Tuesday, September 3, 2013

Pelik sungguh la KENAPA Orang UMNO masih nak pertahankan Najib!!

Suatu ketika dulu, sebelum wujudnya 1Malaysia, sebelum wujudnya Ah Jib Gor, sebelum muncul gelaran Mat Liberal dan Bapa Vernakular, sebelum lahirnya PEMANDU yang anggotanya lebih ramai Cina berbanding Melayu, sebelum wujudnya ConSultans serta PunahSihat....telah terngiang-ngiang satu suara...

Najib berkata disebabkan kenaikan harga minyak, kerajaan berharap rakyat berjimat, dan ini harus dilihat secara positif dan bukannya secara emosi. "Anjuran supaya kita berbelanja secara berhemat, bermakna berbelanjalah secara berhati-hati. Berjimat cermat bukan maknanya lokek dan kedekut, pemurah bukan maknanya boros tetapi berbelanjalah pada yang perlu. Alhamdulillah hari ini kita telah dengar rakyat mula merancang perbelanjaan harian berjimat menggunakan tenaga elektrik, tinggalkan gaya hidup mewah dan membazir serta banyak lagi yang betul," katanya. - (4 Mac 2006).

Soalan rakyat ialah...

Buat semua ni habis berapa juta RM?

Cetak banner 'I love PM' habis berapa juta RM pulak?

Set bekal sekolah yang ada muka laki bini ni berapa juta RM lagi habis?

Angpau raya cina dan 'hadiah' untuk sekolah vernakular kompom la beratus juta RM lingkup...

Mercun Merdeka ni tak membazir ke?! Heh...

Rakyat kena tinggalkan gaya hidup mewah...tapi pemimpin boleh excuse!


Suruh rakyat berjimat...pastu duit rakyat PEMANDU sebat. Kalau Najib nak ajar rakyat berjimat, kerajaan juga kena berjimat, jangan belanja yang bukan-bukan! Sekarang belanja operasi kerajaan lagi tinggi dari belanja pembangunan.

Apa yang gagal difahami Najib dan PEMANDUnya dengan kenaikan harga minyak ialah...there will always be a chain reaction! BR1M pun tak dapat cover kenaikan harga barang bro!

Simple math...

Najib janji untuk naikkan BR1M - katakanlah naik RM200 (minimum) menjadikan jumlahnya RM700.

Maka jangkaan kos bagi BR1M untuk 6.8 juta isi rumah = RM4.76 billion setahun.

Penjimatan kerajaan berdasarkan rasionalisasi subsidi minyak 20sen = RM3.3 billion setahun.

Maknanya lebih jimat jika kerajaan tak bagi BR1M berbanding naikkan harga minyak.

Rasanya rakyat lebih rela tak dapat BR1M daripada terpaksa tanggung kesan kenaikan harga barang rentetan kenaikan harga minyak. Mana lebih baik...bagi pancing ke..ikan?

Tukang bagi nasihat BODOH...yang ikut nasihat pulak BINGAI MELANTUN-LANTUN!!

Realitinya kantung kerajaan sebenarnya dah susut...cuma Najib segan nak mengaku!

24 comments:

  1. Tun Det berbelanja domestik utk pembangunan nak rancakkan ekonomi rakyat.

    Tun Dol berjimat sampai ekonomi statik dan negatif hingga rakyat merana.

    Zaman Najib...pembangunan kurang, rakyat digula2kan sebelum pilihanraya, boros 1M'sia tak tentu hala, pergi oversea banyak kali, bg brim, blim bla..bla, lambak duit kat permata rosmah sampai tadika kemas terpinggir, bayar consultans, setup pemandu, imdb dan segala macam agensi yg tak perlu hgga piggirkan agensi sedia ada, bg duit kat sek cina lagi...duit yg Tun Dol jimat makin habis...penyudahnya rakyat bertambah merana dari zaman Tun Dol.

    Kerajaan Najib adalah kerajaan taik minyak. Satuuuuu Malaysia kenaaaaa tipuuuuuu.

    ReplyDelete
  2. Aku mmg dari dulu x setuju dgn brim ni. Samalah mcm kat us ngan europe yg bg food coupon pada rakyat. Skrg tgk apa dah jadi kat negara2 tu. Cukai tinggi, hampir bankrup, kos hidup rakyat meningkat. Bodoh punaisihat najib tiru konsep negara yg dah terbukti gagal sampai kita pun jadi gagal. Aku setuju yg najib dengar jugak nasihat tu pun memang bodoh melantun2. Bukan suma yg dtg dari barat tu bagus. Tapi sbb najib pun sebenarnya puja barat...mampuslah rakyat.

    ReplyDelete
  3. Salam Bro. Mana tak kantung habis, Semua kementerian buat sambutan harui raya. Umah PM, Umah TPM dan semua umah menteri serta kementerian. Tak hingat pun nak berjimat.
    Dah tahu kantung Kerajaan dan 'habis' tapa nak juga tunjuk 'gah' . Kan Rosmah dah kobaan kak Najib' biar papa asal bergaya". Yang susuah rakyat bukan dia. ' Ada aku kesah'! itulah yang difikir olih Najib.

    ReplyDelete
  4. den tak layak dapek br1m sobab pendapatan isi rumah lobih 4 ribu. tapi den kojo kl dan anak-anak masih belajar 5 orang. kironyo den ni dah masuk kategori miskin bandar. tapi family den kono gak sorap sobab kenaikan hargo minyak ni. sah2 la kos idup den satu family akan mencanak naik. sapo nak jawab? ramai lagi oghang macam den kek luar nun. rosmah nak tolong? ko pemandu bangang tu yang nak tolong? copek la turun an najib ni. menyusahkan ajo. itulah bilo bangsawan yang tak ponah idup susah jadi pemimpin nilah bahanonyo.

    ReplyDelete
  5. Samalah aku ni tengah pikirkan macam mana org seremban boleh sokong shahrul kambing ...

    ReplyDelete
  6. BR1M yg guna estima pun datang kutip..apa taiknya Ahjibgor..

    ReplyDelete
  7. Kenapa harga RON97 tak naik sekali ?

    Adakah ini dasar baru Kerajaan utk tindas Rakyat Miskin (yg rata-rata sokong BN) dan lepaskan org kaya (yg kebanyakannya sokong PR termasuk PEMANDU)

    ReplyDelete
  8. hadiah najib lepas sambutan merdeka..hisap darah rakyat.

    tarik subsidi dulu..baru kaji mekanisma utk golongan pendapatan rendah.. najib ka penasihat dia ka yang membodohkan rakyat?ko tak ingat bodohnya najib mansuh i.s.a dan e.o sebelum akta pencegahan baru diperkenal..?

    ReplyDelete
  9. Cara menaikan harga minyak kelihatan seperti kurang berhemah sama macam zaman Paklah seolah tergesa gesa kenapa tidak dimaklumkan lebih awal bkn mngejut.kurang penjelasan serta perlindugan kpd kepentigan rakyat kesan kenaian harga minyak tidak di tekankan terlebih dulu supaya golongan yg suka mengambil kesempatan tidak boleh bertindak sewenang wenangnya.kenaikan mendadak 20sen rakyat jd gusar knapa tidak memilih secara beransur ansur...menteri yg jaga minyak ni buat apa?

    ReplyDelete
  10. Bukan harga minyak naik yang aku bising, implikasi nya ialah kos sara hidup jugak akan naik. Cakaplah apa yang ko orang nak cakap. Menteri KPDNKK tu yang 'get caught with his pants down' - sama ada tak tahu atau buat2 tak tahu bila orang Tanya dia pasal harga minyak akan naik. Dia cakap tak naik, boss dia pulak cakap opposite. Aku mushkil isu ni tak dibincangkan dalam mesyuarat cabinet tiap-tiap hari rabu tu.

    Ah Gib Gor kena tengok jugak masalah yang dihadapi oleh group middle income ni. Geng lower income tu memang wajib ditolong tapi jangan pulak lupa geng-geng middle income ni. Kita orang pun pangkah BN dulu. Kang kita orang pangkah mata putih biru nanti baru tahu.

    ReplyDelete
  11. Ni bkn masalah minyak naik yg jd kemarahan rakyat. Naikla 50 sen seliter baik, kalau brg lain xnaik xde sapa pu heran. Masalah terbesar skrang ni segala benda dr kuih koci, ikan, hinggalah tisu sental taik pun akn naik, sbb semua industri menggunakan minyak. Effect berantai amatlah besar, sekali harga barang naik dia xkn turun dh. Jgn buat lawak kata KPDNKK boleh kontrol semua ni. Ekonomi makin teruk adalah.
    Secara peribadi aku xsetuju dgn pemberian Br1m sbb xreflek kpd undi. Lg beri Br1m lg merosot undi. Dhla Br1m mnjd beban kpd perbelanjaan negara. Najib mmg selfish, krn memikirkn utk membeli undi utk dirinya akn menyusahkn kerajaan pd masa akn dtg. Apa akn jd jika kerajaan xlg mampu utk beri brim in d future? Sapa yg untung dgn pemberian brim ni? tokey2 cina jgk.
    Lg 1 yg buat rakyat marah, najib dh jnji sblm PRU yg minyak xkn naik kalo BN menang. Tgk apa jd? mmg lidah bercabang! Sepatutnya najib dpt menjimatkn duit kerajaan dgn berhenti menggunakn Pemandu & consultan2 xguna yg memakan belanja berjuta2 ringgit tu & menghentikn ketirisan melalui penyeludupan diesel, rokok & kontrak kerajaan yg diseleweng mcm lembu kondo. Ni x, hanya tau mengalihkan beban secara direct kpd rakyat, mestilah org marah.
    Akhir kata...berprinsiplah macam Paneh Miang kata yg benar walupun pahit utk ditelan. Ni soal kebaikan rakyat secara keseluruhan. Kita pilih pemimpin untuk memberi kesenangan hidup kpd rakyat, bukan utk menyusahkn rakyat! Tolak Najib Rakyat Sejahtera!!!

    ReplyDelete
  12. Sudah tak masyuk..
    Minyak lagi naik pula..
    Kalau masyuk banyak,rakyat mewah minyak nak naik satu ringgit apa ada hall...
    Masuk kecil keluar besar aduhai lah Najib..
    Kalau bodoh pi lah tanya kat Tun M tu hidup lagi

    ReplyDelete
  13. BN = Barisan Nasional.BN Barang Naik, Minyak Naik = Rakyat Naik Minyak.Sudah terang janji di capatikan.

    BN = Habis semua naik, tapi hujung turun. Macamano den nak motong ni. Den raso org mcm den ni yo menyokong BN. Nampak eh BN tak hargai kito org.

    Kesimpulannya Pokok kek kau, Pokok kek den la. PRU 14, Tukar yo la. Bukan nak buek uji kaji tapi nak bagitau orang yg tak konang BUDI. Sebolom ngundi sumo tak naik, lopeh ngundi bosar an tempolok dio org yo. Biar la raso susah lak lopeh ni kan. Lagi pun mesuarat UMNO ni banyak nak pakai duit nak tarik undikan. Biar la dio MONANG SORAK KG TERGADAI.......

    ReplyDelete
  14. Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

    Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

    Tapi...
    Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
    Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
    Memang kita berduit.
    Memang kita berharta.

    Namun,
    jauh di pelusuk sana,
    ada yang menghitung syiling.

    Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
    Mereka tak ada slip gaji.
    Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

    Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
    Hanya 20 sen?
    Itu pun nak bising?
    Kerja lah lebih kuat lagi?
    Beribadatlah lebih lagi?
    Untuk dimurahkan rezeki?

    Ya...
    Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
    Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

    Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
    Motor buruk hanya tunggu masa.

    Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

    Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

    Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

    Ya..
    Mereka tak berharta.
    Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

    Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

    Kalau itu sistem kehidupan.
    Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

    ReplyDelete
  15. Agaknya berapa kali sebulan Najib dan anggota kabinet isi minyak keta ke sana sini tu pakai duit dari poket sendiri. Berapa kali pulak Najib dan anggota kabinet pegi shopping bayar sendiri beli barang2 keperluan rumah dalam sebulan? Cuba jawab? Tak bebankan rakyat konon. Ptuih.

    ReplyDelete
  16. Kadang-kadang aku tengok pak menteri ni pon bodoh...Budak tadik pon hendak cikgu lulus ijazah...nak ada master...nak ada Phd...apa ke jadahnya hanya kerana nak ajar ABC. Begitu uga buda darjah 1 hingga 6...apa ke jadahnya nak guru berijazah...hanya kerana nak mengajar bebudak a, b, c. bangang betul. Kita yg ada ijazah ni pon, profesor sekarang ni pon...hanya cikgu SRP saja yg ajar....kenapa pandai. satu lagi umur persaraan di naikan hingga ke 60...pengalam aku sekarang...semua yg 58++ ramai yang berpenyakit...cuma nak tunggu pencen je. Kan ke Menteri yg cadangkan tu bodoh. dah pulak cuti pon banyak....cuti sakan le...anak dah abis 9tak de tanggungan)...puh sihat. nak naik pangkat pon dah tentu tak naik cuma tinggal 2 tahun je....jadi siapa yang bodoh. dah tu boleh option...jadi macamana kerajaan nak merancang modal insan dengan effisen?...

    ReplyDelete
  17. Aku tak minat nak tukar Kerajaan...sebab kalo tukar bukan Melayu yg perintah...tetapi Cinabeng...PAS tak boleh harap...nama allah pon tak boleh jaga....PKR lagi hanchai...DAP...tengok Air di Pulau pinag naik 100%...
    Apa yg penting adalah pemimpin yang boleh berfikir dan cerdik...bukan ikut cakap punahsihat membuta tuli...jadilah macam che Det...ambil penasihat tetapi dia yang bagi keputusan yang lebih cerdik (punasihat hanyalah panduan tak perlu ikut)....contoh krisis kewangan dulu...

    ReplyDelete
  18. BRIM adalah satu bala dan penyakit dan perbuatan bodoh...(Brim tidak menyebabkan rakyat sokong kerajaan)..Jika BRIm 3.5 billion tu digunakan sebagai kail yang diberikan kepada orang Melayu...insyaalah ramai orang melayu boleh memulakan perniagaan atau usahawan...yang banyak dapat BRIM pon Cinabeng...sebab mereka tak ada pay slip....

    ReplyDelete
  19. kenaikan harga minyak itu adalah tanda tok jib mendengar denyut nadi rakyat dan ianya sebuah janji di tepati... kita sebagai hamba rakyat patut berterima kasih dan mengenang budi umno kerana umno lah rakyat dah jadi kaya raya setakat minyak naik 20 sen tu apalah sangat ianya tidak mendatangkan sebarang kesulitan buat rakyat malaysia yang kaya raya ni hasil usha umno selama ini.kita patut bersyukur kerana tanpa umno semua orang melayu akan mati kering.angaplah kenaikan harga minyak 20 tu sebagai pengorbanan rakyat untuk kerajaan umno.cuma saya rasa terkilan mengapa naik 20sen je sepatutnya kerajaan umno naikan 2ringgit bukan 20sen kerana ianya bertepatan dengan hasrat kerajaan umno untok menjadikan rakyat malaysia berpendapatan tinggi.teriam kasih najib terima kasih umno..... tanpa mu hidup rakyat malaysia tiada ertinya lagi.

    ReplyDelete
  20. entah najib ingat ke tak apa dia cakap tahun 2006 tu. agaknya skrip tu pun idris jala tulis untuk dia. macam belatuk najib ni tak bulih pikir sendiri. semua isu pun nak ikut cakap penasihat bangang.

    ReplyDelete
  21. Sapa lagi tokoh BN boleh jadi pm. Kalau ikut che det dah takdo tokoh boleh ganti najib. Dah marilah kito samo2 celebrate salam dua posen nih.Tak dapatlah den nak nolong.

    ReplyDelete
  22. La.apo nak bising-bising naik dua posen ni,bagi orang macam den dan orang kampong lain tak hairan pun,tak miskin pon,sobab den kito orang ni pakai Honda kapcai ajo pogi kojo.Rasokan orang town terutama mata sepet ,koling dan Melayu yg selalu komplain apo yg kerajaan buat sumo tak boto.Masinx banyak kereto kat rumah,tak kurang dari 3 biji.Kjaan jangan risau pada PRU 13,puak orang pokan ni lah yang tak sodar diri undi PR,kito orang Kg ni lah yg selamatkan keaadaan.Suruh dio jumpo Bos masingx kek Sgor,Png dan Kltn,kato Pak Nuar kalau PR perintah minyak turun 50 sen,bueklah.Kek Png air pun naik,kek Sgor air tak cukup.kek Kltn terlampau banyak air teh.EH..eh..eh tunggu BRIM berapo naik agaknyo,den setuju sobab subsidi ini direct pada sasaran,kalau yg lain tu macam minyak ni yg untung orang kayo jo,bagi pado nelayan pun dio hayun jual kek tokay.So stop complaining so much and carry on with your normal life and manage your finance intelligently,I bet Malaysia is a heaven to live during your lifetime...salam.

    ReplyDelete
  23. orang kayo isi ron97 bukan diesel or ron95. so anon 136pm cor citor camno orang kayo boleh untung dongan pengurangan subsidi minyak? keto gomen yang pak pak menteri pakai pun isi ron97 ekau tau tak?

    ReplyDelete
  24. Tu le aku dah lama terpikior tak bengkrap ke M'sia ni kalu BR1M jadi agenda tetap mcm kus semangat duit bagi kat semua, mcm yg tak layak pon dpt lg lg seblm PRU13 lalu.. Rasanye tak berubah pon nasib golongan miskin kalu duit bagi free setahun sekali tp keadaan hidup masih sama. Lg baik bagi pancing drp bagi ikan. Lgpon yg terima BR1M tu tak semua sokong kerajaan, lepas ambik duit depa kutuk lg pemerintah, ibarat mencurah air ke daun keladi silap haribulan air kontang bisa keladi yg dpt.

    ReplyDelete