Tuesday, October 8, 2013

1Malaysia purak-purak terkejut!!

1. Setiap tahun apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan...rakyat akan terkejut atau buat-buat terlopong...WOW!! Banyaknya TIRIS?!

2. Rakyat juga bertambah tipilanjat atau terus purak-purak pengsan kerana hampir setiap tahun selepas Laporan Audit Negara dibentangkan...pelaku yang menyebabkan ketirisan masih kekal dalam jawatan tanpa sebarang tindakan!!

3. Akhirnya barulah rakyat tersedar yang hakikatnya budaya hara-kiri bukan budaya masyarakat Malaysia.

4. Laporan Audit Negara 2013, daripada pengauditan 21 program/aktiviti/projek dibawah 15 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 4 syarikat Kerajaan, terdapat kelemahan seperti improver payment, kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset kerajaan.

5. Kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosuder yang ditetapkan oleh kerajaan, kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor /vendor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, sistem maklumat Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini, kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek, kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.

6. Tetiba terngiang-ngiang suara Najib sebut setiap tahun kononnya ekonomi Malaysia bertambah kukuh, KDNK meningkat, rizab bertambah, bursa saham melonjak bla..bla..bla. Agaknya sebab kewangan Malaysia kukuhlah maka ketirisan masih dibenarkan berlaku.

7. Mungkin disebabkan sering berlaku ketirisan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun, maka Najib terpaksa mengurangkan subsidi minyak (walhal Malaysia adalah negara kelima terbesar mempunyai simpanan hasil minyak [oil reserves] di Asia Pasifik) , memperkenalkan GST, menaikkan cukai barangan, menaikkan tarif elektrik (walaupun Malaysia adalah pengeksport kedua terbesar gas asli di dunia selepas Qatar); dan sekaligus menyebabkan rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang. Sebab kalau rakyat tak dibebankan dengan pelbagai jenis cukai, bagaimana kerajaan nak tampung ketirisan dan kehilangan berbillion ringgit setiap tahun. Dok gitu?!

8. Mungkin jika kerajaan tidak menghabiskan berbilion ringgit untuk membayar segala macam jenis KonSultans dan gaji berjuta para pegawai PEMANDU, serta tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan setiap tahun; maka subsidi minyak tidak perlu dikurangkan, sekaligus harga barangan kekal rendah dan rakyat dapat hidup dengan aman bahagia.

9. Tapi harapan rakyat  mungkin hanya tinggal impian sajalah...

10. Kalau kerajaan nak rakyat berjimat, kerajaan sendiri pun kena ubah budaya perbelanjaan untuk mengimbangi ekonomi negara hari ini; kerana yang menjadi persoalan rakyat setiap tahun sampai poning palo mikir ialah kenapa pembaziran dan perbelanjaan tidak berhemah masih berlaku setiap tahun dalam kerajaan? Apa sebenarnya yang kerajaan buat?

11. Rakyat hari ini jauh lebih bijak daripada zaman Bro Anwar Bin Ibrahim jadi Menteri Kewangan. Malah rakyat hari ini lebih peka terhadap setiap sen yang mereka terpaksa belanjakan. Kalau kerajaan masih menganggap rakyat masih senang digulakan, maka sedarlah bahawa kerajaan sedang menuju fasa terakhir kehancuran.

12. Semua rakyat Malaysia kini adalah pembayar cukai. Beli bawang pun ada cukai, minum air masak pun ada cukai, apatah lagi pembayar cukai melalui sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB), gaji belum sentuh, cukai pendapatan dah pun dipotong.

13. Mungkin semua orang sayangkan negara, tetapi bukan semua orang akan membenarkan penyelewengan berlaku depan mata.



12 comments:

  1. Belum lagi audit kementerian pertahan. Satu sparepart ganti harga sebenar RM600 tapi supplier quote harga RM6,000. Sebab ramai sangat nak kena suap. Tak caya pi Lumut. Tanya kontraktor yang supply barang untuk TLDM. Ramai kontraktor supply barang pertahanan kaya raya sebab apa? Sebab kakitangan awam la yang menyebabkan banyak berlaku ketirisan. Lepas tu surprisingly tiada tindakan atas mereka. Tapi tiap2 tahun memekak mintak bonus. Bila gaji dan bonus kakitangan awam dapat plak tu dah sahlah harga barang akan naik. Yang susahnya rakyat marhain yang tak keja kerajaan nilah. KSN buat apa? Bangang.

    ReplyDelete
  2. Benda-benda kecuaian boleh kita nampak dengan mata kepala sendiri – contoh : bangunan, pondok menunggu bas, tandas sekolah dan lain-lain tetapi kita tak ada rujukan sokongan dari pihak yang berkelayakan.

    Tak ada yang sempurna sebab kita ini manusia tetapi kalau laporan audit setiap tahun berlaku perkara yang sama, yang tak sepatutnya berlaku kita kena anggap itu perkara yang tak boleh diubah ke?

    Kebanyakkan kes disebabkan pegawai kerajaan korup disertakan campur tangan yang mendesak dan ditekan oleh pihak yang berpengaruh.

    ReplyDelete
  3. kita rakyat bawah ni punyalah susah payah berjimat cermat tapi bila tenguk banyaknya pembaziran rasa sedih..apa nak jadi jika makin berleluasa..

    ReplyDelete
  4. Kalau saya jadi PM, saya hanya perlu buka laporan audit negara setiap tahun untuk buang mana yang tak perform dan kekalka mana yang ok…setiap tahun report ini keluar tapi macam tuang di daun keladi saja nampaknya…janji di tepati!!!

    ReplyDelete
  5. Sedih.. sangat sedih pabila duit dibazirkan sedemikian rupa. Walau setebal mana pun laporan tersebut menyentuh ketirisan duit kita, apa yang mampu pihak berkenaan buat? Tengok je la audit tahun 2011. Corak perbelanjaannya hampir sama. Tapi tindakan tahun 2012 juga macam tu. Tiada apa-apa penambahbaikan langsung.

    ReplyDelete
  6. Selama ini kita dijadikan sebagai apa oleh kerajaan … saya pun tak tahu nak cakap. Dibela oleh Kerajaan atau kita ni yang membela kerajaan? Laporan audit tiap2 tahun ada, dan ramai sebenarnya baca laporan audit ini, tetapi cam buku kerja sekolah darjah 1 … lepas baca, conteng2 sikit .. pastu .. surat khabar lama ..surat khabar lama ….

    Rakyat diminta berjimat dan berhemah, tapi menteri malaysia sendiri yang tak bijak nak jimat dan hemah dalam perbelanjaan negara. Aduhai.

    ReplyDelete
  7. Byk vendor sekongkol dgn staff pegawai atasan dlm pemilihan vendor, byk staff talam dua muka, anti kerajaan tapi kerja dlm kerajaan, mereka sub projek dekat vendor anti kerajaan, dan vendor tersebut kerap kali meletakkan harga x munasabah tetapi mudah sahaja dpt tender. Banyak duit kerajaan diseleweng oleh staff2 yg korup. Sengaja membuatkan kerajaan ini lemah dan byk pembaziran. Padahal yg buatnya mereka yg talam dua muka. Yg menjadi mangsanya suit rakyat n nama baik kerajaan... Mereka yg pro kerajaan nk kerja, x dapat. Ntah ape spa dok buat. Byk professional bumiputera yg berkaliber nk menerajui sektor kerajaan tetapi gagal. Nk x.nk kerajaan itu sendiri memperbaiki masalah kakitangan mereka sendiri. Jika tidak rosak le kerajaan atas tangan2 ghaib talam dua muka. (bengang)

    ReplyDelete
  8. Harga gula dengan tepung nak naik. So confirm harga minuman dan kuih muih makanan berasaskan tepung juga akan naik. Nak cari goreng pisang murah lepas ni memang takde la. Menteri makan sedap2 rakyat disuruh makan pasir.

    ReplyDelete
  9. Bengang tengok sign board "satu lagi projek barisan nasional" tapi tak siap2. Sampai bersepah dah lalang penuh kawasan. Tapi tak nampak ape pun yg nk dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana tu aslina? Syer la info sini. Senang kita nak balun ramai2 projek tak siap tu.

      Delete
  10. Komen la apa2 pun... ada pihak kerajaan kisah..??? Depa la ni sibuk rebut jwtn dlm parti sbb disitulah kunci kekayaan bg depa... kita rakyat marhaen juga yg masih susah...

    ReplyDelete
  11. Padan muko, saban tahun saban PRU kau pilih kumpulan syaitan yang di kenali...tunggulah kiamat nanti engkau jawap lah depan Allah SWT.

    ReplyDelete