Thursday, October 17, 2013

Apa Hisham nak cakap sebenarnya?

Komen sey dalam tulisan merah berdasarkan laporan berita berikut;

14 Okt: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kemenangan dua pemimpin sayap parti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bukan penentu kemenangannya. (Apasal plak ekau nak kaitkan kemenangan KJ dan Kak Ijat dengan jawatan yang kau tanding pulak? Melainkan ekau memang sengajo nak bagi hint kat perwakilan?)

Katanya, kemenangannya bergantung di tangan 150,000 perwakilan dan apa yang dimainkan dalam blog atau forum mengenai dirinya bukanlah pandangan benar. (Memanglah, sobab perwakilan UMNO tak baco blog dan fesbuk. Yang rajin baco blog ialah rakyat marhaen yang bukan pun ahli UMNO, tetapi sangat prihatin dengan nasib bangsanya. Perwakilan UMNO apa peduli media maya ni semua, yang penting masyuk...dapek main golf kat Mines...calon MT belanjo. Jadi apo ado hal.)

"Saya ingin tegaskan kemenangan saya bukan kerana sayap tetapi kerana tuan, ia bersandarkan kepada isu, kepimpinan, ujian dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Pulau Pinang di sini hari ini. (Ekau ni den tau memang penyayang orangnya Hisham. Jadi sobab tu kau tak sesuai dok di KDN dan Kementerian Pertahanan. Patutnya menteri yang duduk di duo kementerian tu kono hati kering, jiwa kental, berani buek keputusan dalam keadaan tekanan, tenang menghadapi krisis, berfikiran pantas dan luas. Jadi kalo kau nak koba yang ekau punya pengalaman, rasonyo pengalaman ekau tu sesuai untuk ekau pegang jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Atau ekau jago Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sobab kau suko pakai nick H20, itupun belum tontu kau competent. Kementerian lain sumo kau memang tak layak.)

"Ini kerana pada pemilihan Umno 2008, seramai lapan orang bertanding dimana mereka (blogger) kata saya tiada peluang dan kalah pada kedudukan nombor lapan tetapi saya dapat nombor dua," katanya. (Kok spesis tabur duit, nombor satu pun kau boleh dapat Hisham oii. Tapi kau kena ingat Hisham, maso 2008 tu lebih ramai blogger pro pembangkang berbanding pro BN. Sekarang blogger pro BN sudah setara dengan blogger pembangkang. Dan yang buek ramalan hari ini adalah blogger pro BN sendiri dan bukan blogger pembangkang macam dulu. Tapi kau jangan risau la Hisham sobab den dah koba yang perwakilan UMNO mano baco blog. Twitter ngan fesbuk dorang pun pakai balaci untuk update. So tak payah la kau nak meraban bonar doh.)

Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan jawatannya, Hishammuddin berkata beliau mahu perwakilan membuat keputusan bersandarkan kebenaran dan keadilan ke atas dirinya. (Kebenaran dan keadilan yang dilihat oleh rakyat marhaen yang bukan ahli UMNO ialah, ekau memang spesis pengecut, terlalu berhati-hati dalam tindakan demi menyelamatkan tengkuk sendiri dan teragak-agak dalam membuat keputusan hingga pembangkang amik kesempatan, Islam dipermainkan, Melayu serta Raja dihina sesuka hati dan kemuncaknya anggota keselamatan kita dibunuh pengganas dengan kejam masa kau jadi teraju KDN. Itu indikator yang digunakan rakyat untuk menilai yang kau memang tak layak langsung diangkat sebagai pemimpin.)


Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata anggota Umno perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalaman serta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji. (Apalah kepimpinan kau yang teruji bonar tu agaknya. Adakah kepimpinan kau teruji masa kau pangku jawatan Ketua Pemuda dalam krisis 1998/99? Atau pengalaman kau teruji maso kau kato tentera Sulu yang menceroboh Sabah tu bukan pengganas? Atau kewibawaan kau terserlah maso pembangkang buat siri besar-besaran demo Bersih hingga merosakkan banyak harta benda awam termasuk mencederakan anggota polis? Atau kau nak cakap pengalaman kau yang banyak guna teropong sambil melihat krisis berbanding kau sendiri bertindak di barisan hadapan? Hisham...hisham...kau ingat rakyat semua buta macam UMNO Sembrong ke?)

"Pemilihan dalam Umno amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggota majlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak mereka yang sudah lalui pahit getir kepimpinan Umno dan negara," katanya. (Selari dengan kehendak siapa? Kehendak sepupu kau Presiden UMNO tu ke? Atau kehendak kau sendiri? Atau UMNO Sembrong? Atau istana Pahang? Mano satu ni Hisham? Jangan cakap belit-belit.)

Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar mengetepikan soal emosi ketika mengundi. (Tiada siapa guna emosi ketika mengundi. Perwakilan UMNO akan gunakan akal yang waras dan rasional bersandarkan penilaian selamo 5 tahun sejak 2009 ekau duduk di kerusi Naib Presiden UMNO dan pegang jawatan menteri kanan dalam kabinet sepupu sendiri. Perwakilan UMNO pun tak semuanya pendek akal kot!)

"Saya berharap para perwakilan akan mengundi pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pucuk kepimpinan untuk memastikan parti akan kekal relevan," katanya. (Apa yang kau nak cakap sebenarnya Hisham? Adakah kau nak cakap yang Mukhriz, Ali dan Isa tak boleh nak bekerjasama dengan pucuk pimpinan UMNO? Sebab mereka bukan sepupu Presiden macam kau makanya mereka tak layak? Tak boleh jadi team player? Huh...tahap fikir sepupu Presiden UMNO lagu ni ka?) – Bernama.

p/s: Adokah Najib suruh KJ bantu Hisham? Dan KJ pulak suruh mak dio bocakap di NST melalui 'Regina The Beloved Press Sec' untuk hantam Mukhriz supayo Hisham kokal jawatan Naib Presiden? Ketua Pemuda UMNO dah gileberal ko sampai bawak omak sendiri pegi kempen? Tun Dol dah bangun tido blum? Kalo belum boleh la KJ kejut Pak Mertua dia sekali untuk kempen sokong Hisham. Apo nak jadi la dengan UMNO sekarang ni? Dah sampai tahap bebalisme ke sumo orang UMNO? Tak paham tul den!!

10 comments:

  1. Hah....elok sesgt lah tuhh,,,sekor lombut mcm sotong.,,asik boie amaran yo..nie hah dah kuar statement amaran sapo yg xpilih dia makno aeih pilih calon xbuleh kojosama ngan preseden n tp....bunyik baguih bonar dio....

    Yg sekor laei ..anak omak...dah monang jadi ketuo pemudo liberal skunk xpueh ati sobab saeng dio nak rebut jwtn lg tinggi pado dio,.,neh kes trgugatla,..sadis tol sobab siap ngadu kek omak.,,botol kato bro paneh,,.xlamo laei mau di angkut pak mentuo,bini xpon owang gaji pon buleh asalkan naik rating,,,.,hik hik hik,...

    ReplyDelete
  2. aku dulu pengikut setia UMNO tapi sekarang dah meluat dengan kepimpinan sediada....satu sen pun tk berguna...mampus la UMNO kalau status quo dikekalkan...

    ReplyDelete
  3. Pondan ni sekor dengan Ular Senduk Ketua Pemuda tu dan cukup untuk menjahanamkan UMNO. Biar padan muka Melayu Melayu bodoh otak belacan yang terus memberi sokonganan kepada spesis spesis ini. Najib pun sepatutnya dibungkuskan saja - buat perabih beras negara saja.

    ReplyDelete
  4. pertama sekali yg dah pasti bodoh adelah ahli umno semberong dan johor..
    orang macam bapuk tu jugak jadi ketua dorang..
    harap ahli umno negeri lain jangan ikut bodoh macam umno johor..
    pileh pemimpin yg lain..asal jangan hisamudin

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro saya dengar kerismudin ni mercun meletup pun lari masuk kain bini dia....Najib ni memang teruk le,apa kriteria pilih Kerismuddin CKMM untuk jadi menteri pertahanan???maknanya Najib pun harus di singkirkan...skrg minta sedekah pada ahli umno supaya undi dia sebagai Naib Presiden???bukan keje org gila talak ke ......."Dengar sini org2 kg. pilih lah saya jadi Naib Presiden umno...walaupun saya kedi.. tapi saya boleh bekerja sama dgn PM...sbb dia seeeepupuuu saya....." ini lah manusia tak ada maruah...mampus org melayu ko mamat ni masih terpilih....

      Delete
  5. paneh betul artikel bro.terbaik...iangan bagi muka kat dia.dia menang je aku keluar umno terus

    ReplyDelete
  6. Salam Jang

    Pemilihan pimpinan MT UMNO minggu depan susah nak diramalkan samada puak kanan atau puak kiri yang akan menang kerana dalam pusingan pemilihan minggu depan makin ramai perwakilan yang sapu kanan dan sapu kiri, janji kocek penuh dengan hadiah dan sedekah dari agen-agen kempen (bukan rasuah ye!!!).

    ReplyDelete
  7. hisham ni sebijik ikot perangai bapak dio husin onn. tak ado sekelumit pun berguno utk negaro..ngabih kan borehh yoo.. harap sonyum melebar sampai ke telingo.

    ReplyDelete
  8. ponyakit bobal ni apo eh ubatnya?

    ReplyDelete
  9. Sling Shot, aku nak perbetulkan sikit saja statement ko tu. Arwah bapak mamat CKMM ni, Tun Hussin Onn tu sebenarnya adalah pemimpin besaq sebab dialah yang pilih Tun M jadi TPM walhal Tun M masa tu ranking no 3 diantara VP UMNO. Kalau dia tak pilih Tun M, Malaysia ni masih lagi tergolong 3rd world country. Malangnya Mamat CKMM ni tak macam arwah bapak dia. Sotong.....tak habis2 beri amaran. UMNO Sembarong, maaf cakap, memang GOBLOG....tapi nak buat macam mana kan, dah bos depa, terpaksalah jugak sokong walaupun terasa diri tu GOBLOG. Aku harap besok ni UMNO kawaan lain tukaq la Mamat ni dengan yang lain.

    Biaq lah dia jadi menteri jaga 2 kementerian tu. MoD aku tak risau sebab pak general yang ganas2 banyak kat situ. Mamat Sotong CKMM ni tak kan berani angkat muka. Kementerian Pengangkutan ni sajalah yang au kesian sikit sebab dapat pemangku menteri lagu ni. DS Nagib dah tak dak orang lain ke.......

    ReplyDelete