Monday, October 28, 2013

Kamalanathan LAGI POWER daripada Muhyiddin


Mari kita hangatkan lagi isu Lembu Korban. Walaupun Idris Jusoh dah kata korban boleh dilakukan di sekolah, tapi kita tak nak isu ini berbangkit lagi akan datang dan jadi seperti api dalam sekam. Lebih baik kita cakap terus terang daripada sekarang. Sampai bila kita nak biarkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan diperlekehkan orang bukan Islam yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun ini?!

Kita perlu akur dan bersetuju dengan pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang kononnya mendapat tentangan masyarakat Hindu/bukan Islam. Asas bantahan seorang individu bernama "Saravanan" bahawa sekolah bukan tempat sesuai untuk ibadat korban kerana anak-anak murid didedahkan kepada penyembelihan haiwan.

Berfikiran "out of the box" (tidak seperti beberapa pemimpin politik yang cepat melatah – pragmatik ikut suasana) MAZA dipetik sebagai menyatakan (dalam facebooknya):

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat. Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu. Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali."

Jadi sekarang bagaimana?

Malahan ada perarakan agama yang mendedahkan anak-anak dan orang dewasa kepada 'ritual' yang lebih menakutkan serta menyeramkan termasuklah menusuk dan mencucuk tubuh badan. Kalau mengambil kira pandangan MAZA adakah kita perlu larang juga? Kerana menusuk dan menyucuk tubuh badan pasti seperti amalan agama mereka pastinya menakutkan anak-anak kecil bangsa lainnya.

Sesungguhnya masyarakat Malaysia telah sedia terbuka dan secara umumnya menerima dan memahami perbezaan ibadat dan 'ritual' antara berbeza agama dan fahaman dalam negara. Berdekad-dekad lamanya tiada yang membantah atau cuba membakar suasana, tiba-tiba hari ini kita dibawa untuk bersengketa dan bertekak dalam bab ini.

Ibadat korban untuk orang Islam, ada yang berlaku masyarakat bukan Islam menghadiahkan binatang sembelihan untuk menjamu petugas ibadat korban, saya sendiri menjadi saksi di Masjid USJ1 Subang Jaya beberapa tahun lalu.

Upacara Thaipusam contohnya sudah diterima sebagai suatu acara tarikan pelancong, diterima secara toleran oleh masyarakat Islam walaupun ada perarakan dari kuil ke kuil di kawasan luar bandar yang terpaksa merentas dan melalui kampung-kampung Melayu. Kita terima dan hormati, tiada bantahan.

Begitu juga upacara-upacara 'ritual' masyarakat Buddha dan bukan Islam di kalangan orang-orang Tionghua umpamanya 'Hungry Ghost Festival', acara yang beberapa tahun lalu serentak dengan bulan Ramadhan. Tapak-tapak letak kereta dan tanah kosong digunakan untuk membakar colok-colok besar, menghidang khinzir siap dengan program hiburan di pentas. Ada yang berlaku di kawasan perumahan berdekatan dengan surau dan masjid, orang Islam yang sibuk menghidupkan malam Ramadhan, menerimanya kerana sudah faham akan 'ritual' berkenaan. Tiada pula bantahan yang di dengar.

Malah masyarakat bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid dan surau-surau di seluruh Negara juga boleh menerima laungan azan 5 kali sehari, kerana ia sebahagian dari amalan masyarakat Islam. Tidak ada lagi kita dengar bantahan dan protes.

Lantas dalam bab ini sekali lagi saya meneliti pandangan MAZA dan bersetuju kalau kita sudah tidak lagi boleh hidup secara toleransi, asyik nak bertekak dan bersengketa termasuklah dalam bab-bab yang telah diterima dan difahami masyarakat maka ayuh kita perluaskan larangannya, kita selaraskan semua sekali.

Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung 'Christ' dihadkan di gereja sahaja, 'Hungry Ghost Festival' pula dipremis tokong sahaja, bagaimana?

Tentu cadangan ini lebih mengundang kontroversi. Mengapa harus kita ganggu status quo amalan pelbagai agama dalam negara kita. Belajarlah bertolak ansur, bertoleransi, membina negara yang bersatu padu, aman dan muhibbah, bukankah baik begitu?

Dan Kamalanathan kena ingat bangsa mana pengundi majoriti di Parlimen Hulu Selangor dan bangsa mana yang memenangkan dia dalam pilihanraya. Sedar-sedarlah diri tu sikit!!

Nukilan seorang sahabat.

5 comments:

  1. Hanya di 1Malaysia Islam dan Melayu dihina sehina-hinanya!

    ReplyDelete
  2. MENTERI PENDIDIKAN PERLU MELIHAT PERKARA TERSEBUT MEMANDANGKAN INI ADALAH KALI KEDUA TIMBALAN MENTERI TERSEBUT
    MEMBUAT KENYATAAN MACAM TAK BUAT HOMEWORK/RUJUK KEPADA BOS BELIAU........PERTAMA KALI DULU KES MAKAN DI DALAM TANDAS.... KINI KES KORBAN YANG MANA AGAK-AGAKNYA TIMBALAN MENTERI BARU PR DAN MENETAP KAT MALAYSIA ....TAK TAHU APA IBADAH YANG BERKAITAN DENGAN HARI RAYA KORBAN...................

    ReplyDelete
  3. The ministry appears to peerless.

    ReplyDelete
  4. Sihat ke , buat korban kat sekolah? Ada veterinar check sebelum sembelih ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah la ni komen koling nak cubo spin provok. Sihat ko cucuk2 mulut ngan badan ngan bosi maso taipusam tu? Ada doctor check ke sebelum cucuk tu? Hehehe.

      Delete