Tuesday, November 26, 2013

Malaysia memang pelik

Sekarang musim cuti sekolah. Hujung tahun macam ni memang ramai mak bapak bawa anak jalan makan angin.

Kalau kito pegi luar negaro, kito akan dapati di musim cuti ni hotel, resort, bilik penginapan etc. akan menawarkan pelbagai pakej menarik dan murah. Barang-barang pun biasonyo akan ado end year sales macam Singapore, Thailand dan Indonesia. Agak eh sobab tu la ramai rakyat Malaysia pi bercuti ke luar negaro setiap hujung tahun. Polisi dan dasar pelancongan luar negaro ialah mass sales atau go on volume bagi menarik pengunjung/pelancong ke tempat mereka. Maso bukan musim cuti hargo cam biaso, tapi bilo musim cuti segalanya jadi murah.

Berbezo dongan Malaysia, musim cuti nilah caj penginapan akan naik begando, kadar sewa parkir kenderaan mahal, tiket flight mahal, sewa kenderaan mahal, tambang teksi mahal, sewa bas rombongan naik, hargo makan jadi luar biaso, hargo barang tak payah citor lah...naik sesajo. Kok tak cayo cubolah pegi berjalan ke Penang, Langkawi, Cherating, Genting, Cameron, Kota Kinabalu, Labuan, Semporna, Kuching, Terengganu, Rantau Panjang, Pangkor, Melaka etc. maso musim cuti ni.

Negaro lain buek polisi pelancongan pakej murah di musim cuti, kito Malaysia ni buek pakej mahal di musim cuti. Pelik kan? Ontah apo jonih strategi perniagaan pun tak tau.

Apo lagi yang pelik? Oh ya...kalo anda tak bayar cukai, anda akan dilabel pengkhianat. Tapi kalau pemimpin membazir dan boros berbelanja guna duit cukai tu nak digelar apa pula? Penderhaka? Penjenayah?

Paling pelik ialah rakyat disuruh berjimat cermat sobab segalo macam subsidi dah kena tarik...tapi pemimpin membazir bayar konsetan RM7.2 billion tanpa apa-apa hasil yang ketara dinikmati rakyat macamana pulak?

Bertambah pelik apabila rakyat kini diugut sama ada terima GST atau negara bankrap. Bayar konsetan berbillion-billion, bini sesuka hati naik jet habis berjuta, lembu duduk dalam kondo, catering co sain kontrak 25 tahun yang tak pernah dibuat oleh syarikat penerbangan komersil lain di dunia kecuali MAS, 1MDB pinjam RM38 billion tapi tak tau apa hasil, bayar pampasan beratus juta pada company AES bla..bla..bla..dan tiba-tiba kerajaan nak ugut-ugut rakyat, apahat?

Masa berbelanja pada pandangan mata kasar rakyat seolah kerajaan macam banyak duit. Tapi tiba-tiba kerajaan mengaku akan bankrap pulak kalau tak implement GST.

Mana satu yang betul ni? Kerajaan banyak duit atau takde duit? Kenapa boleh tiba-tiba kata Malaysia akan bankrap? Adakah sebab kerajaan yang boros tak ingat mati? Atau konon sebab rakyat tak bayar cukai?

Pelik kan?

Kenapa tampak seolah kerajaan Najib begitu panik dan tertekan nak pau duit rakyat? Apa yang cuba disorok daripada pengetahuan kita?


Najib kata: It’s either GST or facing bankruptcy. 

Rakyat balas: It's either changing Najib or facing brankruptcy.

5 comments:

  1. Apa yang orang luar umno fikir tak sama dengan orang umno fikir. Sebab tu tiada yang berani nak cabar najib masa pemilihan lepas walau pening mikir alasan kenapa bersungguh orang umno nak pertahan najib. Yang dapat musibah ialah rakyat di luar umno. Entahlah malas aku nak fikir. Pemimpin zaman sekarang memang pelik+bodoh pun ya. Bodoh tu bukan apa sebab pemimpin mati2 percaya mereka berjaya bodohkan rakyat padahal mereka sendiri kena bodoh dengan konsultan.

    ReplyDelete
  2. Bagus article kau paneh. Eden memang dah polak ngan kjaan umno. Lopeh ni eden akan pilih pembangkang walaupun tak menureh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih pembangkang walaupun tak menureh. Alahai.. apo ko ompong bona kau ni anon, tapi nak buek cam no.. dah ketentuan Allah.

      Delete
  3. Najib tak punya harga diri!

    Asyik main selamat sejak zaman Dolah Bodowi.

    Terus sembah apek julang pengkhianat!

    Angkat mediocre seperti Saifuddin Dolah!

    Kesian Najib...mediocre rupanya engkau... macam abang aku kat MOE yg perasan hebat (berfikir dlm English konon...) tanah pusaka (dapat free) sekangkang pun tak boleh nak pagar.

    ReplyDelete
  4. JANJI dah DITEPATI, inilah masa BALAS BUDI!

    ReplyDelete