Friday, December 13, 2013

Jangan bersungut - Mahathir

Memandangkan situasi semasa ramai yang merungut dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, elok kita renung semula apa kata Tun Dr. Mahathir mengenai kos sara hidup pada Januari 2010.

Bersedia Hadapi Kos Sara Hidup Lebih Tinggi

Rakyat mesti bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan jika mereka mahu menikmati pendapatan yang lebih tinggi di bawah Model Ekonomi Baru yang dicadangkan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kos sara hidup perlu meningkat di bawah ekonomi berpendapatan tinggi kerana kerajaan juga perlu menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

"Tanpa peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh menikmati pendapatan lebih tinggi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang Model Ekonomi Baru.

"Bagi kerajaan, ini soal menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga perlu ada wang untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada anggotanya," kata beliau selepas upacara menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di sini.

Namun demikian, kata Mahathir, pendapatan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia membeli lebih banyak kerana peningkatan pendapatan akan lebih tinggi daripada kenaikan harga keperluan harian.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia tidak harus bersungut tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana negara ini menikmati harga terendah bagi hampir segala-galanya, berbanding negara-negara jiran sekalipun.

"Malah kebanyakan negara pengeluar minyak juga menjual produk petroleumnya pada harga yang lebih tinggi. Jadi, jika rakyat mahu pendapatan lebih tinggi, mereka mestilah menerima hakikat perlu membayar lebih bagi apa juga yang mereka beli," tegas beliau.

Mahathir berkata kerajaan juga sedang mengkaji pelaburan langsung asing yang boleh membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui industri yang ada lebih nilai tambahan, dan beginilah caranya negara-negara kos tinggi di dunia kekal berdaya saing meskipun tenaga buruhnya mahal.

"Kita tidaklah akan menanggung kos setinggi sesetengah negara maju ini, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlu membayar lebih bagi membolehkan pengeluar membayar upah yang lebih tinggi," kata beliau.

7 comments:

  1. Dari sudut ekonomi,memang begitulah hakikatnya tidak dapat di elakan.Walaubagaimanapun melalui ekonomi terancang ,kerajaan boleh memastikan barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga yg selari dgn barangan lain.

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa, kita sepatutnya berterima kasih dengan rakyat malaysia yang suka kencing kat tiang bendera ni juga....

    "Rancangan Malaysia Ke-9 harus memulakan usaha menghapuskan secara berperingkat-peringkat mentaliti subsidi dan gantikannya dengan sistem meritokrasi yang bersama dengan factor keperluan sosial, mencipta “towering Malaysians” dalam semua bidang usaha manusia supaya lebih ramai Vijay Singh yang berjaya sebagai pemain gof terbaik di dunia dapat dihasilkan di Malaysia"
    -lim kit siang

    http://www.limkitsiang.com/archive/2005/mar05/lks3393.htm

    ReplyDelete
  3. Berpendapatan tinggi,kos hidup rendah,nilai matawang tinggi dan berteknologi tinggi serta green.Mengambil mitos perangkap sampah.Banyak syarikat berteknologi tinggi yang bengkrap akibat dari kos operasi yang besar dan pasaran dunia yang lembab.Maka,berteknologi tinggi tidak boleh lagi, di ketegori sebagai instrumen yg mahal akibat kos R&D yang besar,tetapi lebih terarah kepada keluaran yg tinggi dan murah serta berdaya saing di pasaran.Peranan sebegini,perlu di dokong oleh prasarana zone bebas berteknologi tinggi dan kos operasi yg rendah.Berpendapatan tinggi sebaik2nya bergantung kepada kekukuhan nilai matawang yg tidak terlampau tinggi atau lebih ke arah sederhana tinggi di pasaran,Ianya adalah lebih baik untuk ekonomi dunia dari segi peredaran darah..

    ReplyDelete
  4. selagi manusia yang bergelar pemimpin atau melantik diri sendiri memimpin sehingga menghalalkan cara untok tercapainya cita cita selama itu gejala kegawatan tidak akan terhapus.menambah burokkan keadaan selagi mana pemimpin tidak langsong mentadbir negara secara hukum allah swt atau mempermainkan perintah allah swt dengan sekadar melepaskan batuk dibawah tangga bagi mengaburi mata rakyat yang ianya adalah pemimpin yang taat pada perintah allah swt.manusia yang bertahata sebagai pemimpin dan mengeluarkan fatwa serta terkini kecanggihan pakar ekonomi,pasti ingat hukum allah swt tidak sesekali memungkiri janji.prasarana ekonomi allah swt akan menghukum sesiapa aja yang mungkar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahaluf siyasi vs maqasih syariah.Tahaluf siyasi adalah gabungan tenaga dan kesepakatan di antara orang islam dan kristian untuk memerangi dajjal.Manakala maqasih syariah adalah instrumen syariah yang patuh syariah dalam prasarana ekonomi Allah.

      Delete