Friday, December 6, 2013

Nak jadi sampai macam taufan Hayyan pulak ke?

Musim tengkujuh ini bolehlah dikatakan musim yang sinonim untuk orang buat kenduri kahwin, upacara berkhatan, cuti sekolah dan tidak terkecuali juga banjir. Beberapa negeri di Malaysia tidak terkecuali mengalami musibah banjir ini. Mungkin sesetengah pihak ada yang berfikir bahawa bencana alam ini adalah keadaan yang biasa berlaku di negara kita dan mungkin tidak seteruk dengan bencana alam yang berlaku di negara-negara lain.

Walaubagaimanapun, aku kagum dengan kesungguhan Malaysia membantu mangsa-mangsa taufan Hayyan di Filipina dengan kemurahan hati yang tidak terhingga dengan menyumbangkan sebanyak USD1 juta. Adakah sumbangan tersebut benar-benar ikhlas atau sekadar untuk menaikkan imej negara di mata dunia samata? 

Aku tidak menafikan bahawa bencana tersebut lebih besar dan lebih buruk jika dibandingkan dengan bencana yang dialami di negara ini. Namun begitu aku nak ingatkan pemimpin-pemimpin kita ni bahawa mangsa yang menghadapi bencana alam yang tidak seberapa di negara inilah yang telah memilih engkau tu menjadi pemimpin. Apa bangang sangat sampaikan nak hantar bantuan kepada mangsa di Kuantan pun ambik masa dua hari? Sampai terpaksa pulak mangsa-mangsa ini berpuasa, padahal hampiir setiap tahun bencana banjir ini akan melanda negara. Tiadakah persediaan untuk jangka masa panjang bagi menghadapi situasi macam ni yang pasti akan berlaku setiap tahun? Takkanlah kerenah birokrasi menjadikan bantuan yang sepatutnya tiba lebih awal lambat hadirnya? Walhal mangsa-mangsa banjir ini tidaklah pun mengharapkan bantuan sampai USD1 juta pun...

Kemonlah brader, janganlah sampai kera di hutan disusukan sedangkan anak di rumah sendiri kelaparan. Janganlah dah terhantuk baru tengadah.

Kita semua kena ingat seandainya satu hari nanti negara kita menghadapi ancaman, bukannya warga Filipina ke, Thailand ke, Singapura ke yang akan mempertahankan tanah air kita; tapi mungkin wira kita adalah dari kalangan mereka yang menjadi mangsa di Kuantan itu sendiri.

Jangan dah bagi bantuan nanti melalak pulak nak kata rakyat tidak pernah menghargai kerajaan. Sebenarnya rakyat akan sentiasa menghargai pemimpin yang sentiasa memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukannya yang menyusahkan dan retorik. 

Lu fikirlah sendiri.

3 comments:

  1. Inilah tradisi politik di Malaysia. Rakyat hanya dipandang bila menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya rakyat tidak lagi di hati para pemimpin. Kerajaan bukan tidak mampu melaksanakan kehendak rakyat, buktinya apabila hampir pilihanraya jalan boleh diturap, rumah boleh dibina, peruntukkan boleh diberi, bonus pun berganda semuanya dengan kadar segera tapi selepas pilihanraya birokrasi mengambil tempat. Pelbagai alasan dilontarkan: peruntukkan tidak mencukupilah, rasionalisasi subsidi lah dan apa2 sahaja asalkan tujuan memenuhi keperluan rakyat itu ditidakkan atau dilambatkan....keutamaan mereka adalah mengekalkan KUASA / POPULARITI dan menambahkan KANTUNG mereka. Harap ada perubahan la pada kerajaan selaras dgn laungan retorik mereka tu....tapi entahlah sampai bila....

    ReplyDelete
  2. Dah cakap dari dulu lagi...bila kita menghadapi bencana alam, takde pulak pihak2 dari luar khususnya yg pernah kita bantu dulu, dtg mari bantu kita disini... bukan tak boleh tapi kalau rakyat negara sendiri susah sepatutnya dpt bertindak lebih cepat sbb dlm negara sendiri...

    ReplyDelete
  3. mana mereka nak bantu..sbb kita ni takde bencana alam besar mcm mereka..dlm geografi...mmg rahmat malaysia tak terletak dlm lingkaran gunung berapi..gempa bumi...dan taufan pun susah nak masuk sbb lalu pulau2 lain keliling kita..philipin..indonesia...ausie...

    -smh-

    ReplyDelete