Friday, December 27, 2013

Norainee ganti Rosmah

Menjengah tabir 2014, kelihatan Kerajaan Najib semakin dilanda wabak Ahli Yang Berhormat yang tidak bijaksana dalam urusan pentadbiran eksekutif.

Semua keputusan ekonomi tidak memberi kelebihan langsung kepada rakyat khasnya pengundi totok BN. Semua keputusan sosio-ekonomi BERJAYA membunuh kredibiliti Mohd Najib bin Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Berilah jutaan alasan setinggi Gunung Everest sekali pun, rakyat sudah jelak dan meluat dengan "retorik politiking" oleh stupid political animal. Baik yang menjadi Menteri (anggota pentadbiran) mahu pun yang duduk memanas punggung di Parlimen. Mutu perbahasan dan hujah tentang kesenangan rakyat tidak dijadikan Mood dan Tempo Parlimen selepas PRU-13.

BN menang dengan Abang Longnya UMNO ada 88 kerusi. Tapi Kerajaan nampaknya seperti ditunggang oleh isteri-isteri.


Puan Sri Norainee Abdul Rahman sudah masanya ganti Rosmah yang banyak bonar tergali dan tercipta markah-markah populis yang meruntun sedu tangis anak Melayu serta periuk nasi sebuah ekonomi keluarga Melayu yang berpendapatan bawah RM10,000. Lagi dahsyat keluarga Melayu berpendapatan di bawah RM2,000 ibarat sudah jatuh ditimpa tangga konkrit.

Najib kena ambil peranannya kembali sebagai Suami Mithali, Suami yang memartabat Agenda Suami, peranan sebagai Presiden UMNO yang berjiwa Abdul Razak Hussein, peranan sebagai Perdana Menteri yang mencintai Agama, Bangsanya dan Tanahairnya lebih melampau daripada diri sendiri dan Rosmah; peranan sebagai anak yang kasih kepada ibunya dan arwah mertuanya, peranan bapa yang rindui kasih sayang anak-anak keturunan Mohd Najib Abdul Razak Hussein.

Sebelum semuanya TERLAMBAT dan KIAMAT.

7 comments:

  1. La Warikh,
    Apo sumo ni skrg tak boto ajo,kalau Kak Noraini tu ambilalih tompek Rosmah jamin ko barang tak naik,tol dan minyak turun,bolom tontu,Gunolah otak sikit,dah sumo terpakso naik.Yg heran kek Sgor dan Png cukai pintu,sewo dan air naik tak bising lak,tak minta ganti bini MB/KM ditukar.Yg banyak poning kepalo ni bising hargo sumo naik adolah orang yg duduk di town sajo,masingx jonis POYO,hidup luar kemampuan,materialistik,banyak bonar pakai duit plastik,buat hutang,lopeh tu yg paling malang jadi arrogant dan tidak pandai bersyukur dan mengonang budi,semuo Kjaan buek tak boto,tapi dgn muko tak malu tibai apo sajo Kjaan sediokan macam BRIM....maleh nak layan spesis cam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wey anon bangang. yang duduk bandar tu ramainya anak kampong. yang bilo time pru balik kampng undi bn. kau ingat sumo dok bandar tu sokong pembangkang ko? ko ingat sumo yang duduk bandar tu kayo ko? ko penah dengar istilah miskin bandar ko? ko ingat pendapatan 3ribu ke bawah isi rumah anak ompek cukup ko? bangang hujah kau ni. tak kiro la pr nak naik barang pun, yang bn pi ikut sekali bangang tu apa pasal? kalau pr bulih buat, bn pun bulih la camtu? jadi apa beza bn ngan pr? duo2 pun bangang cam kau.

      Delete
  2. Sokong komen di atas..umno/bn buat semua x kena. Harga minyak naik bising..keta semakin bertambah byk atas jln. Kena fahamlah rasionalisasi subsidi..rasionalkah kita kjaan habiskn berbilion RM subsidi diberikn kpd mereka yg 'kaya' dgn keta? Tentulah tidak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sorang lagi bangang. majoriti kat malaysia rakyat yang susah dan sederhana lebih ramai dari yang kayo. kalau kerajaan kekal subsidi maknonyo yang mudah hidup ialah majoriti rakyat yang tak berapo nak kayo tu. paham tak. bukan sumo orang kayo cam ekau gaji ribu riban sampai 5 kosong kat belakang. dan majoriti yang tak berapo kayo tu ialah pribumi yang banyak monangkan bn. so wajiblah bn tolong. ada paham?

      Delete
  3. Hei,Warikh 3.22;
    Sodap bahaso kau,sonangx nak bangangkan orang,selalunyo orang yg macau kau ni lobih 10x bangang.Bukaklah mato sikit,tak roti ko apo yg BN buek skrang ni sumo nak bantu rakyat.Memanglah bukan sumo org kayo,tapi bagi orang pokan yg POYO tu ambik lah sikap apo juo yg dilakukan dgn KESERDAHANAAN.Ini tidak,sikap ego dan meterialistik terlalu tebal,berbelanja lobih kuah dasri belango,lopeh tu terjerat.Tak ado bondo dalam dunia ini hrga kehidupan akan turun,io nyo akan naik megikut peredaran maso,nilai RM 1 1O thn dulu ado ko samo dgn skrg.Gunokan otak secaro rasional bukan emotiopnal.Sapo kato org town balik kg pangkah BN,contoh Kltn,dio orang balik undi PAS dan biar mak bapak minum air koroh dah 22 thn,jalan sosak dan torok.Dio org balik cuti bukan duduk rumah tapi duduk kek hotel atau homestay siap dgn air con macam dio org hidup kat town.....Den nak ingat sekali lagi tak elok bangang dan bodohkan orang lain,bersikap merondahkan diri itu adolah semulia mulia nyo bagi sasorang insan tu..Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua bn buat nak bantu rakyat? Hehehe. Lurusnya ekau ilmu politik ni waghieh.

      Delete
  4. Wagheih 12.18,
    Tolong beri contoh apa yang BN buat nak aniaya rakyat.......

    ReplyDelete