Saturday, December 21, 2013

OPR NAIK LAGI - HADIAH NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA. SYABAS!!

MIDF saran BNM naikkan OPR jika perlu

KUALA LUMPUR 19 Dis. - MIDF Amanah Investment Bank Bhd. (MIDF Investment), meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekiranya terdapat permintaan untuk menurunkan kadar inflasi.

Ketua Penyelidikan MIDF Investment, Zulkifli Hamzah berkata, unjuran itu dilihat memungkinkan OPR untuk bergerak pada separuh kedua tahun depan.

"Walau bagaimanapun, dengan menaikkan OPR, ia akan turut menyebabkan peningkatan kos sara hidup berikutan peningkatan kadar tarif elektrik diikuti kemungkinan kadar tol dinaikkan.

"Sekiranya boleh, BNM seharusnya tidak menaikkan kadar faedah dan mengekalkannya pada tiga peratus," katanya dalam taklimat media mengenai Tinjauan Pasaran dan Ekonomi bagi 2014 hari ini.

Dilaporkan dalam sebuah akhbar harian bahawa bank pusat itu akan menaikkan OPR daripada tiga peratus kepada 3.5 peratus dalam enam bulan kedua 2014.

OPR berada pada tiga peratus sejak Mac 2011. Sebarang perubahan akan memberi kesan kepada kadar-kadar lain, seperti kadar pinjaman asas dan kadar pertukaran asing.

Sementara itu, Ketua Ekonomi MIDF Investment, Maslynnawati Ahmad berkata, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak lima peratus tahun depan daripada unjuran 4.6 peratus bagi 2013 dipacu permintaan domestik yang terus kukuh. 

Katanya, permintaan domestik akan terus disokong oleh pertumbuhan upah dan prospek guna tenaga yang stabil di samping pemulihan permintaan luar negara yang dijangka akan memberi rangsangan kepada ekonomi.

"Sektor eksport turun naik tahun ini tetapi kami menjangkakan ia meningkat tahun depan ekoran pemulihan di Amerika Syarikat (AS).

"Kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat 3.5 hingga empat peratus tahun depan daripada 2.1 peratus pada 2013," katanya. - Utusan.


Terkemamar kok baco cadangan oleh MIDF Investment ni..Overnight Policy Rate @ OPR naik bermakna, akan naiklah lagi interest rate khususnya di dalam pasaran perbankan. Sedangkan dalam pasaran sekarang, Central Bank dah mengetatkan pinjaman. 2 perkara yang saling bertindan dan berlawanan dengan cagho Tun dulu.

Ayo tak dapek la nak koba cemano? Tapi kok naik kadar mata asas OPR ini dari 3.0 kepada 3.5 (kenaikan 0.5 mata asas) pado potongahan tahun dopan koba eh, bermakno loan umah tinggi... personal loan meningkat rate eh...Bukankah kok xsilap ayo, manifesto Najib untuk galakkan pemilikan rumah di kalangan belia? Atau adakah Najib sudah terkena syndrome Khalidibrahimun, manifesto bukan janji? 

Atau adakah ini nasihat 'punahsihat billionaire' yang dibayar oleh Najib untuk para 'con-setan' luar negara itu?

Memang la mentadbir tidak perlu cara populis seperti Abang Non a.k.a Aljubr, tapi kena lah bijaksana. Sampai bila nak 'rasuah' rakyat marhaen dengan BR1M? Zaman Tun dulu, takde pun nak BR1M bagai...nak naikkan OPR pun sangat susah, apo? Adakah ini nasihat dari con-setan eh?

Please la Bro Jib...Memang la tompek ayo ni makan Chicken Chop baru RM5.50...Lamb Chop baru RM6.50 - 2 slices, tapi ayo nak gak sosokali bawak family berjalan...Ni sekali jalan ke KL dah RM100 minyak & tol guno keto Kancil...Lum laie makan-makan...Osahlah...Dah xaman koh ekonomi Malaysia ni sekarang?

Jib...ekau nak pikir,pikirlah...Tapi kok xnak fikir pun xpo...Tunggulah nanti saat kejatuhanmu macam Pak Lah sok...Time tuh memang tak apikkan laie dah...

Atau mungkinkah ini cara baru Soros melalui orang-orang eh untuk balas dendam kekalahan mereka dalam Perang Ekonomi 1997, yang dengan tenang Tun menang dan dapat kelengsetkan Bro Anu Bin Ibrahim  proksi Bank Dunia nya?

6 comments:

  1. Salam Bro,

    Blog DIN TURTLE sedang mengadakan/mendapatkan UNDIAN ANDA - ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA NAJIB BERUNDUR / MELETAK JAWATAN PM MALAYSIA ? DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR !

    Ya - UNDUR DIRI
    Tidak - TERUSKAN

    Setakat 12:36 pagi 21 Dec 2013, sebanyak 414 undian diterima:

    Ya - UNDUR DIRI sebanyak 388 undian 93%

    Tidak - TERUSKAN sebanyak 26 Undian

    Undian Rosak = 0.

    Kepada sesiapa yang ingin menyatakan hasrat pengundian adna silalah layari kerana ada 4 hari lagi tempoh pengundian.

    http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/bancian-apakah-anda-mahu-najib-berundur.html

    ReplyDelete
  2. Interest rendah harga rumah naik mendadak2 juga. Biar le bank, bnm untung daripada developer & gang. Kurang2 pekerja, pemegang2 saham, pnb dapat juga tempias.

    ReplyDelete
  3. Masih ingat pertengahan 96, 97 ? Interest bank naik, business stagnant. Pengusaha terpaksa bayar tinggi utk pinjaman modal, pembeli juga terpaksa bayar tinggi utk pinjaman pembelian harta. Bila perniagaan tak run, pekerjaan berkurangan and reaksi rantaian goes on. Luckily TDM realised that time.

    ReplyDelete
  4. OPR overnight policy rate yang di keluarkan oleh BNM.Maknanya BLR akan turut naik bersamaan ansuran pinjaman kereta,rumah,peribadi,perniagaan dll.Tindakan sebegini adalah utk mengekalkan keuntungan kaum kapitalis atas rasionalisasi subsidi.Penarafan sebegini,tidak setara dengan pendapatan rendah dan sederhana majeroti rakyat malaysia.Kos hidup kian meningkat dan membebankan.Kalau naik harga minyak sikit2pun macam 5 sen, jadilah utk membuat pembetulan tapi jangan di kaitkan dengan pengurangan subsidi yang lain.Ianya akan melibatkan kos operasi yang tinggi dan kenaikan harga barangan menjadi berlipat kali ganda.Keputusannya,kos hidup bulanan menjadi mahal bagi golongan miskin bandar dan luar bandar.Ia tidak baik untuk aktiviti ekonomi.Langkah rasionalisasi subsidi di ibaratkan,pi mai pi mai tang tu.Mungkin kesannya lebih teruk lagi.

    ReplyDelete
  5. Subsidi di ibaratkan "botox" utk melambatkan penuaan wajah ekonomi.Subsidi adalah anugerah kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat malaysia,di samping meningkatkan produktiviti dengan pengurusan negara yang cekap.Sebagai pengukur, penyerap ketidaktentuan dari luar,yang di namakan adjustment.Malaysia di ibaratkan cukup2 makan,tetapi dapat menikmati pelbagai jenis teknologi mengikut zaman atas nama bangsa malaysia bukan mengharapkan pelabur2 luar semata2.Langkah sebegini amat memberi kesan yang baik dalam mengurus dan memperkembangkan pasaran teknologi,produk ke luar negara.Inilah adalah nilai tambah ekonomi yang kita tidak perasan selama ini.Subsidi di lihat begitu menyerlah dan memberi banyak pengisian dalam kita hendak memahami erti sebenar dengan lebih mendalam.Ibarat sperti permainan pin ball machine la.Semua pin akan bergerak bila bola di lontarkan.

    ReplyDelete
  6. manjang naik je...dah meluat dah ni...

    ReplyDelete