Tuesday, December 24, 2013

P. Ramlee dah ramal hal Najib & Punahsehat


*Baca sambil layan youtube.

NAJIB: Oh..tuan penasihat..Idris PEMANDU..sila duduk. 

PEMANDU: Sebab apa tuan Najib jemput saya ke mari?

NAJIB: Begini...ekonomi negara semakin lama semakin merosot. Hutang bertambah. Itulah sebab saya panggil tuan ke mari kerana nak memintak buah fikiran apa yang harus saya buat.

PEMANDU: Ooohh..itu sangat senang...

NAJIB: Senang? Saya ada fikir nak mati, tuan bilang senang? Dengan apa jalan senang?

PEMANDU: Bukankah tuan tau, rakyat ada banyak wang dalam simpanan. Haaa...kita tarik saja wang dari poket mereka.

NAJIB: Tarik wang rakyat? Ini bukan mau beri senang. Saya boleh kena maki hamun...lingkup!

PEMANDU: Ini untungnya sangat besarrr!!

NAJIB: Untung? Dengan apa jalan saya boleh untung?

PEMANDU: Sebelum tarik wang rakyat, kita musti buat mereka gumbira.

NAJIB: Dengan apa nak kasi gumbira?

PEMANDU: Haaa...begini..(sambil berbisik)...sebelum PRU kita bagi 'gula-gula' BR1M, KR1M, BB1M, rebat telefon, naik pencen, insentif, klinik, kedai, menu sok..sek..sok..sek..pastu lepas PRU baru kita tarik subsidi sekaligus - minyak, gula, tol, cukai pintu, tambang LRT, caj elektrik, GST, OPR sok..sek..sok..sek...

NAJIB: Haha..hahaha..hahahaha...bagus...memang tuan orang yang bijak. Kepala hotak tuan nombor satu. Mengapa saya tak fikir. Saya pulang ke rumah, saya pakat dengan Rosmah, kalau perkara ini berhasil..tuan akan terima 20 persen. Hahaha...

PEMANDU: Besok saya akan siapkan MAKMALnya.

NAJIB/PEMANDU: MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

4 comments:

  1. PRU13, kerajaan BN umno diselamatkan oleh undi melayu bumiputera... selepas Pru13, melayu bumiputera jugalah yg hidup semakin terbeban dgn kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik, tol dsb... nak cari untung pun, jangan sampai menganiayai rakyat khususnya melayu bumiputera... jangan salahkan melayu bumiputera jika berlaku perubahan dlm pru14... sila mansuhkan PEMANDU yg membazir duit rakyat...

    ReplyDelete
  2. agak2 le paneh miang, kalu nak melawakpun. jangan miang lebih2, nanti ada PEMANDU gila yg LANGGAR lari....hehehe. aku peringatkan je....

    ReplyDelete
  3. Boto tu Usin,asey setuju dongan kau tu.Jgn nak cubo suruh yg sobolah sanun tu perintah,Tgk kek Sgor dan Png apo tak naik.Bondo bondo yg naik pun selain gulo semua tu kono pada orang pokan yg torangx anti establishment.Pakai kereto lobih dari satu,boli rumah batu semuo nak kelas,rasokan.

    ReplyDelete
  4. Hidup semakin hari semakin terbeban dengan segala hal kenaikkan.....

    ReplyDelete