Monday, December 2, 2013

Wang Rakyat Muhyiddin VS Wang Rakyat Shahidan

Muhyiddin Yassin semalam komen pasal kenaikan gaji Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Kata Muhyiddin, "Dalam hal ini tidak ada sebab untuk Abdul Khalid tidak boleh melakukan mengikut kehendak rakyat memandangkan wang yang akan digunakan bagi membayar gaji ADUN dan anggota pentadbiran lain di Selangor adalah wang rakyat."

Muhyiddin juga mendesak Khalid Ibrahim supaya prihatin kepada masalah negeri dan pandangan masyarakat serta perlu responsif terhadap rakyat. Boleh baca selanjutnya apa Muhyiddin kata sini.

Den maleh nak komen pasal Muhyiddin suruh Khalid respons pada pandangan masyarakat, walhal BN sendiri pun kurang responsif dengan keluhan dan protes rakyat. Nak baca betapa 'responsif'nya BN, boleh baca DinTurtle sanun.

Den cuma nak komen pasal Muhyiddin guno istilah "WANG RAKYAT". Rasonyo sumo tau istilah 'wang rakyat' ini banyak disobut dan di'nyanyi'kan oleh juak pembangkang. Tak sangko pulak Muhyiddin pun guno istilah yang samo.

Baru ni di Dewan Rakyat, Shahidan Kassim melenting apabila Ahli Parlimen DAP menggunakan istilah 'wang rakyat' dalam soalannya kepada Menteri di JPM itu. Den dah lupo maso bilo, tapi korang boleh semak hansard.

Antara ayat Shahidan yang den ingat maso tu, "Kita kena selesaikan perkara ni. Acapkali 'wang rakyat'...'wang rakyat' disebut oleh pembangkang. 'Wang rakyat' apa? Rakyat dah bayar cukai pada kerajaan, maknanya duit tu dah jadi duit kerajaan. Macam kita bayar zakat. Duit yang kita zakatkan itu bukan lagi milik kita...dah jadi milik Baitul Mal."

Lebih kurang macam tulah ayat Shahidan. Bersungguh Shahidan hontam penggunaan istilah 'wang rakyat' oleh pembangkang, tapi tetibo kono checkmate pulak dengan Muhyiddin.

Mesti Shahidan tak sangko Muhyiddin akan guno istilah samo hanyo sobab nak kritik Khalid Ibrahim yang naikkan gaji Exco dan ADUN Selangor. Satu tamparan buek Shahidan Kassim.

Bila kena tang kita..tak boleh, tapi bila kena tang depa boleh pulak..kan..kan..kan?!

Disebabkan TPM sendiri dah guna istilah 'wang rakyat', maka tak salah lagilah pembangkang pun guna istilah yang sama untuk kritik kerajaan lepas ni.

Jadi alang-alang Muhyiddin dah terlanjur sebut 'wang rakyat'...boleh tak rakyat nak tau, "APA SUDAH JADI DENGAN WANG RAKYAT RM7.2 BIILION YANG NAJIB BAZIR UNTUK BAYAR KONSETAN? APA HASIL? APA MANFAAT UNTUK RAKYAT? DAN SOALAN PALING PANEH YANG RAKYAT MARHAIN SELALU DOK SEBUT...KENAPA ISTERI PM TAMPAK SEOLAH SUKA MEMBAZIR WANG RAKYAT???"

Sampai bila Kerajaan Najib mengelak nak jawab?

4 comments:

  1. Kerajaan wujud kerana dipilih rakyat... so, jangan pula bila dah berkuasa, suka2 hati je mengambil tindakan yg membebankan rakyat... itu yg rakyat marah...

    ReplyDelete
  2. Kena Beli Jet lagi sebuah untuk Rosmah..........

    ReplyDelete
  3. Apa susah kalu mau wang rakyat kasi cucuk sana mesin atm. Kaluar la itu wang rakyat.

    ReplyDelete
  4. apa saja yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah, semua rakyat kena setuju...samada suka atau pon tidak, kerana rakyat sendiri yang melantik mereka yang menjadi kerajaan yang memerintah....

    ReplyDelete