Wednesday, January 8, 2014

Jom mandi sesama...


Ian McCaig, Ketua Eksekutif First Utility di Britain mencadangkan bagi menangani kos sara hidup dunia yang semakin meningkat, pengguna perlu mengurangkan pengambilan minuman panas, mandi bersama, serta tidur awal bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Memandangkan kerajaan Najib melalui TNB berhasrat menaikkan tarif elektrik sebanyak 15% mulai tahun ini, idea Ian McCaig itu mungkin sesuatu yang boleh dipertimbangkan. Kadar tarif elektrik dinaikkan 18% di Britain tahun lepas.

Ian McCaig juga mencadangkan agar rakyat Britain mengurangkan penggunaan tenaga dua hari setiap minggu dengan petua "cuti awal malam".

Manurut Ian, idea mandi bersama akan membangkitkan perasaan romantik antara pasangan selain boleh menjimatkan sehingga £34 (RM179) setahun.

Kata Ian lagi, pengguna yang mengurangkan pengambilan minuman panas dengan tidak mendidihkan cerek selama dua hari seminggu akan dapat menjimatkan kira-kira £10 (RM53) setahun.

Ian juga menyarankan isi rumah meluangkan lebih banyak masa bermain monopoli atau mana-mana permainan keluarga yang tidak memerlukan bateri atau elektrik sepertimana komputer dan telefon bimbit; serta lebihkan membaca buku berbanding menonton TV.

Walaubagaimanapun, Menteri Tenaga Buruh Britain, Tom Greatrex menyifatkan idea Ian sebagai perkara yang melucukan, satu penghinaan serta menyakitkan hati rakyat yang sedang bergelut menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Selanjutnya The Telegraph.

Jimat mandi sesama nih...heh!!

9 comments:

  1. Kah kah ...bagus-bagus..tapi pic yang pertama la.

    ReplyDelete
  2. gamba no 2 ni potong stim betul la. cit.

    ReplyDelete
  3. Haha den selalu gak mandi mo oghang umah maso memulo kawin dulu la. Tapi boto la gamba bawah tu memang spoil boto buek luntur napsu den. Haha. Cayok paneh,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok di amalkan,Ust Kazim kata ,nabi pun mandi berduaan.

      Delete
  4. Kat malaysia je kos sara hidup naik mencanak, kat negara lain mana ada isu kos sara hidup ni. Aku rasa ni artikel buat-buat sendiri ni la. Mesti cybertropper UMNO dah godam portal berita The Telegraph tu... kene report dengan cyberberok PR la macam ni...

    ReplyDelete
  5. Warikh,
    Den dah cakap sumo barang naik,bukan kek negaro kito ajo tapi seluruh dunio,apo nak bisinx,berjimatx lah dan bersikap keserdahanaanlah dalam segala aspek,ini jugo adalah tuntutan Agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah lalui zaman ekonomi gawat sejak hujung 70an, 80an dan 90an. Tapi sebab pemimpin masa tu bijak, tak terasa sangatlah gawatnya. Tapi sejak zaman paklah dan najib ni memang rasa seksa sungguh. Tak taulah sebab dapat pemimpin bebal tak tau urus ekonomi, atau memang dah takdir bak kata ustaz umno si fathul bari. Tapi kalau setakat otak tinggal kat rumah dan pegi ofis harapkan konsultan baik bagi budak permata jadi pm malaysia.

      Delete
  6. Bukan sobab pemimpin yg dipilih korup sangatko. Tmasuk diperingkat negeri , ada yg menipu, skandal, ajen emas sampai lesap duit pelabur , tidakke mereka ni jadi makin pelahap

    ReplyDelete
  7. Rakyat disuruh makan kankung, pemimpin berbelanja bosar cuti ke us , uk paling tidak ke bandung

    ReplyDelete