Monday, January 20, 2014

Mukhriz sindir Najib & Konsetan

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar "betul tapi tak popular" terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.

Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.

Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.

"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.

"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.

"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – TMI.

8 comments:

  1. Ada jugak sinar harapan di hujung terowong pemimpin umno menyanggah najib. Moga najib makan teguran walaupun indirectly mukhriz sound tu. Walaupun tak sebut pemandu or konsetan tapi rasanya semua faham apa yang dicakap mukhriz. Tapi takut hayat mukhriz tak lama la dalam politik lepas ni.

    ReplyDelete
  2. tu pun kena tengok dulu. kalu pemandu terima dan konsultan terima apa yg mukhriz cakap, baru boleh masuk agenda untuk mesyuarat bagi menentukan perlu makmal atau tidak. kalu perlu, berapa juta diperlukan untuk makmal tersebut. tu semua kena ambil kira. kajian makmal mungkin ambil masa 4 tahun hampir pilihanraya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah. ...ada jugak pemimpin UMNO yang ada 'telinga' dan ada telor nak tegur Najib. Tapi........Najib ada telinga ke?

    ReplyDelete
  4. Anak MARA (betul dan popular)January 21, 2014 at 7:35 AM

    Beza pemimpin dan org biasa, bila boleh merancang dan melaksanakan langkah langkah yg betul dan popular, bukan yg "betul" tp tak popular atau popular tp tak betul. Itulah yg sepatutnya yg menjadi kebijaksanaan seorg pemimpin.
    "Betul" juga subjektif dr pndgn siapa dan dr mana. Keberkesanannya hanya terlihat setelah beberapa lama tempoh pelaksanaannya.

    ReplyDelete
  5. Mukhriz layak jadi PM. Berani menegur kerajaan. Dulu Tun Mahathir mcm tu juga. Pemimpin jgn lemah dan mesti tegas.

    ReplyDelete
  6. seeloknya Najib bubarkan saja PEMANDU yang buat org selalu keliru diantara kenyataan mereka dan menteri yg berkenaan yg bercanggah diakhbar tentang beberapa isu seperti isu tol dan sebagainya...mana yg lebih berkuasa antara Menteri Jabatan Perdana Menteri atau Menteri yang dilantik oleh Najib untuk mengisi jawatan bagi satu2 organisasi seperti Menteri Perumahan dll...?? Seeloknya lantik saja dr M sebagai penasihat negara..Najib harus sedar beliau mengurus sebuah negara dan bukan sebuah keluarga.....

    ReplyDelete
  7. najib sebenaranya dah lama memasukkan dirinya ke tali gantung sejak akta ISA dihapuskan..sekarang lihatlah akibatnya melayu dah diperbodohkan oleh pembangkang...hanya minta maaf semua kesalahan menghina, merampas hak melayu serta menghasut terlepas dari hukumanan...mungkin kita akan jadi pengemis di negara sendiri, malah lebih malang dari pengemis pendatang...

    ReplyDelete
  8. Najib sepatutnya letak jawatan dn di ganti kn dgn pemimpin yg lain...dn lantik jugak TUN M sebagai penasihat kepada PM secara rasmi...bukan nya tubuhkan PEMANDU yg rata2 budak2 mentah untuk menilai kos sara hidup rakyat...seelok nya NAJIB yg patut letak jawatan...kerana dia jugak la bangsa melayu islam di hina oleh kaum pendatang haramjadah nie..

    ReplyDelete