Friday, February 7, 2014

"Bijak Mediala" Bijan!

Najib ke Bijan nie...!!!

Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara ialah tempat memaklumi bakal pemansuhan Akta Hasutan 1948!!! Woooww...what a brilliant move?

Jadilah seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bijak media dan panjang perancangan senario wahai Abang Najib ku sayang!

Apakah ini nasihat Rosmah Mansor juga, atau Setiausaha-Setiausaha Politik yang tak menjadi imuniti Perdana Menteri?

Mengikut rekod, semua YAB Perdana Menteri Malaysia kecuali Najib Abdul Razak, ialah apa-apa subjek super penting yang dikelasifikasi sebagai "AMAT PENTING, BERKEPENTINGAN AWAM, MENDESAK" dan "RAHSIA BESAR" hanya dimaklumkan kepada umum selepas 110% bersedia untuk lancar dan laksana.

Apakah standard operating procedure yang cuba ditonjolkan oleh Ah Jib Gor? Hanya dengan jemputan VVVIP sebagai Perdana Menteri di meja makan, dengan nilai makanan sekitar RM1500 semeja, maka, HALAL ia menjadi "pusat pengumuman"...

Apalagi yang melibatkan soal Akta Hasutan 1948 diganti dengan Akta Keharmonian Nasional?

Maka, esok lusa boleh saya diadakan pelbagai lagi liberalisasi "hukum/ilmu perundangan" dan "ilmu kehakiman" yang mungkin boleh memaklumi pula, pemansuhan Akta-Akta:

1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996 kepada Akta Liberalisasi Pengajian Tinggi

2. Akta Perdaftaran Pertubuhan 1966 kepada Akta Pertubuhan Nasional

Juga memaklumi akta-akta Moden seperti;

1. Akta Kesejagatan Teknologi Maklumat Nasional

2. Akta Perkahwinan Kebangsaan

dan bagai-bagai lagi.....

Apakah ini taraf Penasihat Media kepada YAB PM, khabarnya DS Farid (Media Prima dulu)? Negara Malaysia ini bukan acuan "pink panther" atau "Flintones"?

Sedar atau tidak, Kerajaan Malaysia di Putrajaya sedang membuka ruang kepada kejayaan metodologi "198: From Dictatorship to Democracy" karangan Gene Sharp seorang bertaraf Bishop Freemason yang kini menetap di Boston?

Apakah Kerajaan Malaysia sedang dilanggar Garuda Pluralisme dan Liberalisme dari dalam saraf-saraf utama institusi?

Ke mana hilangnya kuasa-kuasa khas Ketua Setiausaha Negara? Ketua Hakim Syariah? Ketua Hakim Negara? Ketua Hakim Besar Borneo? Ketua Polis Negara? Panglima Angkatan Tentera? Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara? Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian? Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu?

Pak Sedaro nasihatkan Ah Jib Gor pergi berguru dengan Guru-guru Agama yang mursyid secara bertalaqi yang masih hidup di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Terengganu, Bogor, Madinah dan Hadramaut.

Wahai Ah Jib Gor...gayo kau buat pengumuman ini...macam orang yang tidak memadai Solat Sunat Istiharahnya...

Mintalah petunjuk, pedoman dan hidayah Allah sebelum lakukan sebarang pengumuman, kerana saudara Najib ialah orang nombor wahid negara, hukuman kubur saudara jauh lebih dahsyat dan berat daripada rakyat yang mengemis mencari sesuap nasi.

Jadilah NAJIB .... bukan BIJAN.

7 comments:

  1. Assalam Bro

    Semua nak dimansuhkan...esok2 tingaal undang2 apa??????

    ReplyDelete
  2. Yg ahjibgor kangkongman tak berani masuhkan Rosmah Mansor

    ReplyDelete
  3. Sosmam mengantikan ISA nothing happen, di permainkan..Sek 27 akta polis di mansuhkan di janti APA akta perhimpuan Aman di petmainkan pakatan..warga asing x boleh terlibat, kanak kanak tak boleh di lbatkan dan bla bla tpi semuanya di permainkan. PDRM jadi kmbing hitam di hina, di maki, di ugut, di pukul, di saman..ada akalkah ahibgor ini?

    ReplyDelete
  4. Cuba suruh si BIJAN tuh mansuhkan Akta Cukai Pendapatan dan Akta Tatacara Kewangan atau mana-mana akta yang melibatkan pembelanjaan dia, rosmah dan kuncu-kuncunya.....

    Mo menangis air mata darah merayu-rayu mat BIJAN tuh....

    ReplyDelete
  5. Soalnya sudah terbukti tidak mampu UMNO ambil Selangor lagi. Banyak sangat harta negara dipunggah oleh para bangsawan. Bukan juta, billion jadi mainan puak2 ni. Negara mampu melahirkan beribu jutawan melayu dengan projek 2b, namun Melayu yang pandai ini bahagi dua tiga kerat dengan untung ratusan juta. Bapa saudara, menantu anak beranak dapat laba sehingga ratusan tahun. Cai darah ayam pula hanya jadi balaci dengan upah tahan sehari dua. Kesian Melayu!

    ReplyDelete
  6. Kalau bab dok bahagi Harta ni .. sapo2 pun pandai .. BUKAN GROUP BIJAN SAJA..
    GROUP LEBAI BERKOPIAH PUN PANDAI ..

    ReplyDelete
  7. nak kutuk BIJAN konon, sapa yang ada lagi yang boleh percaya dalam parti Melayu ni? Hampeh. .

    ReplyDelete