Monday, February 10, 2014

Cayalah Hasan Malek

1. Hasan Malek sebenarnya orang yang baik. Disebabkan terlalu baiklah maka ramai yang suka ambil kesempatan.

2. Sejak menerajui KPDNKK, Hasan Malek ditalu, diasak dan ditekan berulang kali, hingga digelar 'Menteri Cap Ayam'...'Menteri Jangan Beli Ayam Tapi Beli Daging dan Ikan' (walhal Hasan Malek hanya minta rakyat supaya menggunakan sepenuhnya hak pengguna, yang mana rakyat Malaysia terutama Melayu memang terkenal dengan lemahnya kesedaran tentang hak); hingga ke tahap Hasan Malek turut diacah konon telah meletakkan jawatan menteri.

3. Walhal yang buat keputusan hingga harga barang mendadak naik ialah Najib bersama Konsetan-nya. Hasan Malek hanya dijadikan kambing hitam.

4. TAPI kini Hasan Malek mula tunjuk TARING!!

5. Hari ini Aras 13 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mula digeruni.

6. Jawatan KSU dan TKSU KPDNKK khabarnya sudah dikosongkan. Pengarah PPDNKK Negeri Sembilan pun sudah 'mintak nyawa'. Pengarah KPDNKK negeri lain sedang resah gelisah.

7. Itulah padahnya apabila main-main semasa bekerja hingga memalitkan lumpur pada Menteri yang bertanggungjawab.

8. Rakyat gelisah dengan kenaikan kos sara hidup, tetapi kakitangan KPDNKK boleh buat sambil lewa. Arahan diberikan tidak terlaksana, lebih banyak merungut daripada bekerja.

9. Apabila kakitangan awam gagal melaksanakan polisi dan dasar yang ditetapkan, secara tak langsung akan menyebabkan parti yang memerintah pun buruk nama.

10. Hasan Malek tidak boleh berhenti setakat tukar KSU, TKSU dan Pengarah Negeri. Hasan Malek kena bersungguh 'BASUH' penguatkuasa-penguatkuasa KPDNKK di setiap negeri kerana mereka inilah yang banyak mencacatkan nama kerajaan. 

11. Penguatkuasa-penguatkuasa inilah yang suka lawan bos, konon mereka lebih tahu daripada bos. Paling sadis apabila geng penguatkuasa KPDNKK ini ramai 'dibela' oleh tokey-tokey Cina hingga masalah kenaikan harga barang sukar dikekang. Mana taknya...bila mereka turun ke premis perniagaan, penguatkuasa ini dipanggil "BOS" oleh tokey makan babi ini. Tapi bila balik pejabat, terpaksa pula mengadap bos sebenar. Sebab tu kebanyakan penguatkuasa ni naik lemak, perasan bagus dan bermuka-muka dengan pihak atasan, depan lain, belakang lain; semata-mata nak pertahankan tokey makan babi yang bela mereka.

12. Game licik geng penguatkuasa KPDNKK ini dah lama berlaku. Menteri KPDNKK bertukar ganti, tetapi masalah sama tetap berulang. Harga barang tetap naik tak turun-turun. Jadi sebelum BN sendiri diturunkan rakyat di PRU-14, Hasan Malek perlu buat sesuatu untuk kembali menyenangkan hati rakyat.

13. Selain KDN, kementerian Hasan Malek adalah kementerian yang sering diteropong rakyat. Jadi tolong pastikan pengganti KSU, TKSU, Pengarah Negeri mahupun penguatkuasa adalah orang yang benar-benar berpihak kepada rakyat, bukan golongan peniaga. 

14. Jika Hasan Malek berjaya lakukan itu dalam penggalnya sebagai Menteri, dia pasti dikenang sepanjang hayat.

22 comments:

  1. Brader hasan malek akan tegur orang dengan panggilan "brader".

    ReplyDelete
  2. Harga daging babi tak naik pun.

    ReplyDelete
  3. Simpanlah harapan tu selagi UMNO jadi kerajaan pusat. Jangan tukar ksu, tukar kerajaan terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi Anwar ke Hadi? Biar betul beb!

      Delete
  4. tokey makan babi bukan setakat bela penguatkuasa kpdnkk saja tetapi termasuk juga para pemimpin di pelbagai peringkat, hasil nya orang melayu masih merempat di negara sendiri

    ReplyDelete
  5. Berakla hasan malek, orang pilah semuo tau tembolang pembongak eih, apo bondo pun xdo kek pilah dibuek eih.

    Sobutkan apo yang dibuek kek hasan malek kek pilah ni?

    ReplyDelete
  6. Taukey tu pun bela pemimpin yang penting utk perut dan business meka..masyuuuuk beb

    ReplyDelete
  7. Warikh;
    Apo lah kito ni,asyik cari salah orang ajo,komenlah elok elok kalau dio buak yang baik.

    ReplyDelete
  8. Iyo ko ..padanlah tok mail sabri yg jadi chairman mesyuarat dan bukannya tok acan. Makno eh tok acan kito ni buek kojo macam james bondlah ni. Memang suai ngan dio tu. Selamo ni dio memang buek kojo james bond sampai dapek jadi montori.
    Memang dio no corodik. Kalau org marah sok. Senang je jawap tok acan ..i ikut arahan brader ..keputusan tok mail brader ..i cuma buat keje brader ...

    ReplyDelete
  9. Komen yang baik ke, tolong kipas baik2. Ada pimpinan contoh spt Tun Razak dengan idea buku hijau, Tun M dgn pembangunan & industri moden, Ku Li dgn Petronas, Bank Bumi, Anwar dgn perbankan Islam, UIA, Tun Ghafar dgn pembangunan luar bandar. Faham ini adalah apolotikal. Menteri yang baik dijadikan tanda aras. Bro kalau nak dokong pimpinan pun ikhlas bagi pandangan macamana nak tolong rakyat, walaupun pahit. Masih ada masa untuk Menteri ini bangkit dan buat sedikit jasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul..semua tu bukan idea anwar, cari fakta betul2, jgn tertipu..

      Delete
  10. So siapa champion hal tu? Bangkit melayu. Fahami secara apolitical & no hard feelings.

    ReplyDelete
  11. Parti melayu takut dengar nama Anwar ni. Kita terima apa yang tercatat dalam sejarah dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  12. Tahniah saudara Khairolniezam Shaari SUPOL Menteri KPDNKK bakal Menteri Besar N.Sembilan PRU 14 atas Artikel untuk bos ni

    ReplyDelete
  13. Kerol dengan boss dia ..memang sesuai ..macam cerita dumb n dumber .....sorang bangang ...sorang lagi bahalol ..

    ReplyDelete
  14. Anon 1,22,
    Yang Bangang dan Bahalol tu agaknyo diri kau tu sendiri yg rela diri dikelenton puak pembesar PR...eh..eh..eh

    ReplyDelete
  15. harga dah dibiarkan naik ...... boleh kasi turun ke bila pegawai penguatkuasa pergi buat pemeriksaan ....???

    ReplyDelete
  16. anwar dengan perbankan syariah? pleaselah...don't insult my intelligence...tarak baca buku punya worang...aiya...ini org guna otak ka taip komen dalam ni?cilaka punya statement tolong la simpan dlm otakmasing2 wahai puak PR...aiyaaaa...

    ReplyDelete
  17. Anon 7.13
    Supol bagi kau kontrak buat jamban ke kat kuala pilah. Sokong habis nampaknya.

    ReplyDelete
  18. Buku sejarah mana pulak kau baca? Insult intelligence konon. Bila pula puak utras ni intelligent? Pandai gst naik harga minyak susahkan rakyat..

    ReplyDelete
  19. la...sistem perniagaan malaysia ni kan mengamalkan sistem konvesional...jadi permintaan dan penawaran adalah pada kta sendiri..kita demand barang tu...makin naik la harga...kerajaan ni kawal harga barangan tertentu je...bukan semua blh kerajaan kawal...benda mcm ni pon bleh fkir logik lah.... korg bising cakap kerajaan yang biarkan hrga naik...tau ke x penyebab harga tu naik?? bila org kita beli banyak, korg igat peniaga tu nak turunkan lgi hrga???rugi la weh..so dia tinggikan hrga, sebab pengeluaran brg tu sikit...xkan tu pon xpaham?? xhbis2 nak salahkan org...jdilah bijak sikit....bila kita boikot, kompem la hrga trun...sbb kita xminta...xde org nak bli...kompem la hrga jtuh....kat sni la kuasa kita sbgai pengguna meningkat...kita yg bdoh ke, pniaga yg bodoh?? fikir sket..guna otk...bkan main hentam kromo je....

    ReplyDelete