Tuesday, February 4, 2014

Pengganti Najib

Cakap-cakap dikalangan orang UMNO mengakui bahawa Najib sangat lemah sebagai Perdana Menteri. Malah rakan-rakan dari parti komponen BN juga berkongsi sentimen yang sama. Kalau tanya orang luar UMNO dan BN lagilah menyampah dengan Najib. Masing-masing ada alasan dan hujah tersendiri, Najib penakut la, Najib tak mampu berfikir sendiri la, Najib tak habis belajar la, Najib hanya dengar cakap Konsetan la, bini Najib tak takut Najib la, Najib boros la, Najib tak tau urus ekonomi la, Najib kemaruk pujian AS dan barat la, Najib jilat Cina la, Najib kangkung la, Najib itulah, Najib inilah...sampai tak larat nak dengar. 

Tapi walaupun ramai pihak mengakui bahawa Najib tersangatlah LEMAH, tiba-tiba orang Najib matikan hujah mereka dengan bertanya soalan, "kalau Najib disingkirkan, siapa yang layak ganti Najib?..Siapa...siapa?" Terus pengkritik Najib senyap...tak tau nak balas macamana.

Sebenarnya soalan siapa yang layak ganti Najib hakikatnya telah merendah-rendahkan kredibiliti sebahagian besar pemegang jawatan dalam UMNO. Seolah tiada siapa pun penyandang jawatan bermula daripada Timbalan Presiden dan ke bawah dalam UMNO yang layak menggantikan Najib. Seolah semua pemimpin UMNO kecuali Najib adalah bodoh belaka. Itulah makna tersirat "Siapa yang layak ganti Najib?"

Tidakkah orang-orang Muhyiddin akan berasa tersinggung? Atau orang-orang di kalangan Naib Presiden, kecuali Hisham. Tidakkah KJ terasa apa-apa? Bukankah KJ menyimpan hasrat menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia? Atau Mohamad Hasan, MBNS yang memang bercita-cita untuk menjadi PM? Tapi kok Tok Mad jadi PM, den sokong yor. Heh!

Tiadakah dikalangan pemimpin UMNO hari ini yang rasa terhina dengan kenyataan "TIADA YANG LAYAK MENGGANTIKAN NAJIB"? Tidakkah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang ada di Malaysia ini terasa diperbodohkan oleh orang-orang Najib dan Najib sendiri? Atau Ketua-Ketua Bahagian UMNO terikat dengan skandal hingga tak tergamak nak 'langgar' Najib?

Sampai bila orang UMNO dan BN nak paksa rakyat berkompromi dengan Perdana Menteri yang lemah seperti Najib? Sampai bila rakyat nak dipaksa rela untuk berdiam dengan segala kelemahan Najib? Dah terang-terangan semuanya mengaku Najib lemah, terang-terangan juga rakyat dah tunjukkan rasa tidak hormat pada Najib, tapi pemimpin UMNO dan BN masih lagi nak 'simpan' Najib? Tidakkah ini kerja paloi namanya?

Mungkin dah sampai masanya kem Najib cipta isu panas untuk Najib selesaikan, sekaligus diangkat sebagai hero bagi mengembalikan kepercayaan rakyat padanya sebagaimana yang sering dilakukan Anwar. Namun jika situasi semasa dijadikan rujukan seperti isu kalimah 'Allah' pun Najib masih tak mampu menjadi jaguh, memang selayaknyalah Najib disingkirkan segera daripada parti dan kerajaan.

Walaubagaimanapun sama ada Muhyiddin atau siapa saja yang bakal gantikan Najib, ianya adalah risiko yang berbaloi untuk diambil sebelum UMNO dan BN hanya dijadikan bahan sejarah di muzium Johor oleh pengundi di PRU-14.

Bakal PM Malaysia? Heh!

14 comments:

  1. Najib dah tipu dirinya sendiri, rakyat dan negara kerana tak habis belajar di Nottingham. Untuk menutup malu atau kebodohan tidak boleh tidak mau jadi PM perkara yang tidak setimpal dengan kelulusan dasar. Maka jadilah orangnya, bak kato pepatah "Bodoh tidak boleh diajar".

    ReplyDelete
  2. Den tau paneh miang tak berapo ghoma mo mat hasan. Tapi den pikir dio bulih dikotongahkan sebagai pengganti najib. Cumo kono pastikan abang tok mat mampuih dulu. Kok tak ghosak negaro.

    ReplyDelete
  3. ex level 4.......... Bolih jalan

    ReplyDelete
  4. mmg PM xde pengganti..jika Najib yg jd presiden Umno pun buat kerja mcm orang bodoh.Ahli bawahan Umno lagi la 5 kali bodoh..mana ada orang bijak yg masuk Umno.Mereka hanya bijak sakau duit rakyat tanpa dikesan.itu shaja kebolehan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isa Samad adalah yg paling layak ganti Najib Jika Isa jadi PM Malaysia pun akan terima nasib macam FELDA jugak.

      Delete
    2. Sia palih! Kok habih Malaysia dijual dek Pendek kang. Tak ingat dio lelong Felda LBJ dan Felda Sendayan? Pendek ni elok mampuih yo... liat bona pulak hai...

      Delete
  5. Najib lomah semuo tempat. Tak larat lagi den nok cherito. Bonci dah den ke Najib dengan UMNO. Bodoh bonar macam lombu pondan.

    ReplyDelete
  6. Apa plak nak ganti Najib? Masalah bukan Najib sorang yang create. Ni blogger pun create masalah juga. Cerita palsu, cerita x sahih abis disebarkan. Najib adalah PM yg selayaknya untuk rakyat Malaysia. Apa yg dia tak buat nak bantu rakyat. Macam2 skim baru dia buat. Pembangkang x pernah bersyukur, skarang BN pun x bersyukur.. tengok balik satu persatu. Serang PM buta tuli dengan fakta separuh benar x patut.

    Kalau benar perjuangan anda untuk Malaysia, kita support DSN. Bagi dia ruang dan peluang untuk bekerja. Ni kalau kita pun termakan fitnah pembangkang abis lah...

    Ikhlas dari
    Hermione Shah Alam

    ReplyDelete
  7. mmmm...ada pengganti najib...asalkan jgn bekas budak tingkat 4 tu...ular belum bersalin kulit lagi tu...tapi kalau aku pilih pakatan rakyat....mcmmana nasib hak2 bumiputra? kuasa raja2 melayu? kedudukan islam? artikel 153 dan mcm2 artikel lagi?mmmmm...yup...najib mmg lemah...tapi hal2 berikut masih dipertahankan...zahid hamidi? sebelum PAU bersuara lantang..tapi bila terpilih naib presiden?apa dah jadi?islam diperlekeh pihak lain di fb,twitter...hati dah senang ke zahid?skmm?takkan nak tunggu laporan baru nak amik tindakan?...ini semua...poyoooo!

    azhar

    ReplyDelete
  8. Puuuuui....budak tak cukup akal ni nak jadi pm? Boleh blah

    ReplyDelete
  9. Cerita tdk ada sumber. Main tembak semborono ja. Apa masalah politik yg berlaku? Jika ada sudah tentu kerusi atas Umno akan ada org langgar?

    Masalah ekonomi skrg? Betulkah berlaku? Yg tak pandai jalan kerja hasan malek org nogori jugo. Ada kau tanya siapa layak ganti hasan malek?

    Tgk pada angka bro. Ekonomi eropah hancur. US kena tutup kerajaannya. Semuanya sebab ekonomi dunia tdk menentu. China dah tumbuh perlahan. Kau duduk bawah ketiak hasan malek jo. Mano kau tahu ekonomi dunia ni macam mano?

    Ekau dah paneh sgt ko? Kau pergilah carilah siapa patut ganti paneh nih. Eden pun dah paneh baco cerito fitnah ni. Ingatlah samo. Dunio dah akhir zaman. Ekau keno tgjwb atas apa yg ditulih ekau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti totok umno yg masih dok bawah tempurung yang masih percaya apa ketua cawangan dia cakap. Kesian...

      Delete
  10. Den tabik spring kek ponulis. Najib wajib di berhentikan sebelum negaro binaso. Den setuju Muhyiddin jadi pm.

    ReplyDelete
  11. Muhiyddin jadi PM Mampuih. Habis tanah Melayu yang ado kek Malaysia di jual kek cino Singapork. Muhyiddin dah tuo bai. Banyak masalah yang dibuek oleh midin ni. Cubo ekou tengok kes Bistari Net, Billion habis, Tak sempurno bai. CIkgu yang banyak sokong pembangkang adalah kejo buek midin ni. Banyak menyusahkan dari menyenangkan cikgu. Midin patut sedarla. Cito dio banyak lai yang tak kluar. Tunggu......

    ReplyDelete