Thursday, March 27, 2014

Lakonan Amerika

1. Pertamanya kita perlu berterima kasih kepada 26 negara yang bersama membantu Malaysia dalam operasi SAR MH370. Memandangkan aset Malaysia yang agak terhad (disebabkan pembangkang yang sering memekak setiap kali kerajaan buat keputusan sama ada untuk menambah atau upgrade aset pertahanan negara); maka bantuan dan sokongan negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan Malaysia amatlah dihargai.

2. China telah menghantar 11 aset untuk membantu operasi SAR MH370, sama banyak dengan aset yang dihantar Malaysia. Ini tidak menghairankan kerana seramai 153 penumpang MH370 adalah warganegara China; walaupun sebelum itu Beijing sendiri lambat hantar aset dalam operasi SAR, termasuk data salah diberikan satelit mereka yang kononnya MH370 hilang di Laut China Selatan hingga buang masa dan tenaga operasi SAR disebabkan silap lokasi di peringkat awal tragedi.

3. Indonesia menjadi negara kedua terbanyak membantu operasi SAR dengan menghantar 10 aset walaupun hanya 6 orang warganegara mereka dalam senarai penumpang MH370. Ini membuktikan betapa akrabnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

4. Seterusnya Australia (10 aset), Jepun dan New Zealand (3 aset) India dan Korea (2 aset) dan yang lain 1 aset. Tampak seolah tragedi MH370 ini telah diambil kesempatan oleh negara-negara kuasa besar untuk berlumba memperagakan kekuatan aset masing-masing, sekaligus menimbulkan kegerunan kepada musuh.

5. Namun yang pelik apabila Amerika Syarikat yang terkenal dengan segala kecanggihan teknologi di dunia ini setakat mampu menghulurkan bantuan kepada kita hanya dengan sebuah Poseidon? Sehingga kini Amerika senyap tanpa cuba memberikan sebarang bukti satelit mengenai kedudukan MH370. Bukankah satelit Amerika yang paling canggih antara semua negara? Masih nak sorok keupayaan aset?


6. Bukankah pemimpin negara ini (maleh nak sebut siapa) seringkali memuji Amerika dalam kebanyakan ucapannya? Malah pemimpin negara ini juga amat mendambakan pujian daripada Amerika hingga pernah menyebut bangga pujian Hillary Clinton terhadap Malaysia di Perhimpunan Agong UMNO, pujian Ahli Kongres Eni Faleomagaeva di muka hadapan Utusan Malaysia, termasuk pelbagai pujian kepada Malaysia oleh Wall Street Journal.

7. Tidak cukup dengan banyaknya lawatan laki bini ke Amerika, pemimpin yang sama juga selaku Pengerusi Khazanah turut membuka dan merasmikan pejabat Khazanah di Amerika Syarikat dengan nama Khazanah Americas Incorporated yang kononnya untuk melabur di negara sekutu Israel itu.

8. Seringkali juga didengari dalam ucapan pemimpin berkenaan yang menggambarkan seolah betapa 'akrab'nya hubungan antara Malaysia dan Amerika kini - namun Amerika hanya mampu hantar 'sekor' Poseidon dalam misi SAR MH370?

9. Ada sesiapa yang terbau hancing ka?

10. Amerika Syarikat tak peduli pun pasal SAR MH370. Malah daripada 26 negara yang terlibat membantu, hanya Pentagon saja yang mengungkit jumlah kos SAR MH370 dan berapa juta wang yang telah Amerika belanjakan dalam operasi berkenaan. Nampak sangat tak ikhlasnya.

11. Siapa hari ini yang boleh nafikan tragedi yang menimpa MH370 bukan didalangi Amerika dan sekutunya Israel? Malah Moscow juga mendakwa kehilangan MH370 ada kaitan dengan Tentera Laut Amerika. Semestinya akan terdetik di hati warga dunia bahawa tragedi misteri MH370 pasti ada kaitannya dengan dua negara pengganas Amerika/Israel.

12. Seandainya kotak hitam MH370 ditemui kelak, dan dihantar pula ke Amerika untuk dianalisis, sepertimana data kotak hitam MH635 yang dianalisis oleh pakar Amerika konon ianya telah tercemar rentetan terhempas dalam insiden Tanjung Kupang dulu; maka pastinya data kotak hitam MH370 juga akan mudah dimanipulasi Amerika. Maka siapa diantara kita nanti boleh pastikan apa sebenar-benarnya yang berlaku pada MH370?

13. Pemimpin Malaysia hari ini perlu kaji semula hubungan kita dengan Amerika Syarikat. Negara pengganas itu pasti tidak peduli dengan apa saja nasib malang yang menimpa negara lain terutama jika ianya melibatkan negara Islam seperti Malaysia. Malah Amerika Syarikat pasti tergamak menjadikan negara-negara Islam seperti Malaysia sebagai 'bidak catur' demi melaksanakan misi mereka.

14. Ada sebab pemimpin Malaysia terdahulu sering mengecam Amerika Syarikat dan Israel. Pemimpin terdahulu lebih cerdik membaca tiap langkah musuh yang bakal merugikan negara. Cuma pemimpin hari ini yang terlebih optimis dan liberal tak tentu hala.

15. Tragedi MH370 sepatutnya membuka minda pemimpin Malaysia akan siapa kawan dan siapa lawan, siapa sekutu dan siapa musuh kita yang sebenarnya. Malah sistem pertahanan dan keselamatan negara juga perlu ditingkatkan (upgrade). Kalau masih bungko tak mahu belajar daripada pengalaman dan sejarah, elok berambus sajalah.

10 comments:

  1. Hantar jer komando kita ke Diego Garchia dan buat penyiasatan secara sulit.

    ReplyDelete
  2. pegi contact taliban ...dia org mesti ada maklumat.

    ReplyDelete
  3. us nampak macam nak tak nak je tolong kes mh370. najib pulak bangga sebab baik dengan us. kalo salah tafsir ni...nampak seolah najib berpakat dengan us...kalo tak pun kena ugut. sapa suruh baik sangat dengan pengganas dunia tu.

    ReplyDelete
  4. Terdapat lebih daripada 250 buah negara di dunia hari ini dan cuma 10 peratus yang berupaya dan terlibat secara langsung dalam SAR. 193 negara merupakan UN member states.

    Mungkin juga ada diantara negara-negara ini sibuk mencari untuk menghapus dan memusnahkan segala bukti atas sebab dan arahan kuasa-kuasa tertentu. Sejarah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan oleh jenis manusia durjana dan dajjal ini yang menyangka diri mereka itu sebagai tuhan yang sedang berkuasa di muka bumi ini.

    Kepada setiap individu yang telah membantu secara jujur dan ikhlas hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan bakti mereka dan kita semua harus mengucapkan TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  5. bnda ni aku dh tau lama dah. sapa lg yg ada capability utk buat Black Ops selain US. bnda yg telah diplan dgn cantik dan dilaksanakan dgn sempurna tanpa kegagalan. siap ada decoy lg. sehari lepas MH370 hilang, tup2 ada destroyer USS Kidd kat lautan filipina. mcm tau2 je. pastu kuar statement suruh org cari kat Laut China Selatan. padahal radar TUDM nmpak pesawat patah balik ke Selat Melaka. deception kaw2.

    skrg ni cuma motif je aku xtau lg. alasan utk serang Msia? mengeruhkan hubungan Msia-China (which China is considered our military ally)? test sistem radar dan pertahanan Msia yg tak combat ready? penculikan pakar China yg dikhabarkan mempunyai blueprint pesawat drone dan electronic warfare yg China ingin bina? kena tggu lama sikit nnti Tuhan akan tunjukkan.

    ReplyDelete
  6. tanda-tanda awal kesejahteraan yang kita nikmati selama ini akan ditarik balik oleh ALLAH SWT berlandaskan kepada keadaan negara kita yang telah menyimpang jauh dari suruhaNYA dan kemungkaran dan maksiat, penindasan dan kezaliman bermaharajalela.....dengan pertahanan darat, laut dan udara yang longgar dan rapuh dan pemimpin yang bersekongkol, apakah bangsa dan negara kita akan terjajah sekali lagi.....

    ReplyDelete
  7. MH 370 ada dalam pulau dekat rusia skrng ni.... pulau tu ada kem askar amerika

    ReplyDelete
  8. Den dtg lg..kali ni dgn ayat standard..menyampah den tgk org N9 x gheti bc..
    Hahaha..Ehem..Ehem..Kali ni dg laras bahasa Persuratan.
    Saudara2 yg budiman.
    Amerika menyedari bahawa Asia Tenggara mempunyai populasi Umat Islam terbesar di dunia dan belum dikompromi sepenuhnya oleh mereka.Oleh itu mereka memantau pergerakan Malaysia dgn risikan yg bersembunyi disebalik status Pejabat Kedutaan.
    Malaysia cuba dikaitkan dgn Hub Pengganas dari laporan CNN.
    Paparan perbincangan CNN tidak lebih dari mengundang ketawa dari Polpulasi Islam di Asean krn kedangkalan dakwaan Negara yg baru terbit 3 abad ini.
    Krn sangkaan mereka bahawa Populasi masyarakat Dunia Islam ini hanya tertumpu di Timur Tengah.
    Ini semua adalah skrip2 kantoi dari Press Amerika yg cuba mengkambing hitamkan Malaysia sebagai Hub Pengganas.
    Dan kita harus meragui Keikhlasan mereka krn mereka hanya beroperasi dgn aset teknologi terhad dalam SAR keatas kehilangan Pesawat MH370.
    Sebagai Analogi,dgn keupayaan Satelit ketenteraan mereka,Amerika mampu mengesan Kedudukan Saddam Hossien dibawah tanah,inikan pula kedudukan sebuah pesawat yg besar spt MH 370.
    Amerika adalah Negara yg paling kuat berahsia walau dgn warganegaranya sendiri.
    Dalam negara Amerika itu sendiri sarat dgn isu2 spt Area 51,Roswell,Penampakkan U.F.O,teknologi HAARP,selain dari keanggotaan Org2 berpengaruh mereka dlm Organisasi Rahsia spt Illuminati,Freemason,Skul n Bones,Bieldeberg Group dan lain2 isu berbangkit.
    Baru2 ini juga bekas Ketua bahagian Maklumat CIA Edward Snowden telah mengambil keputusan utk berpaling tadah dan lari meninggalkan Amerika bersembunyi di negara2 bkn sekutu Amerika dgn mengharapkan suaka politik dari mana2 Negara Blok Komunis.Edawar Snowden adalah induvidu yg pernah mengetuai unit Maklumat risikan CIA bertindak demikian krn tidak sanggup utk berkompromi dgn program2 Rahsia Negaranya yg dianggap olehnya boleh mendatangkan mudharat kpd warga Amerika Khususnya dan Populasi Dunia amnya.
    Beliau mendedahkan dlm temuramah singkatnya di Hong Kong,Maklumat yg beliau perolehi sgt menakutkan dan terlalu besar utk didiamkan dari pengetahuan Rakyat Amerika dan masyarakat Dunia.Dan beliau terkejut dgn beberapa perancangan Kerajaan Amerika keatas masyarakat awam dan antarabangsa.
    Tindakan2 balas dari kerajaan Amerika adalah dgn mereka cipta kisah latar belakang Keluarga Edward Snowden yg tidak sempurna,misteri dan meragukan sehingga ada ahli Kongres Amerika sebagai Pengkhianat Negara.
    Bayangkan sejauh itu Amerika boleh bertindak keatas kakitangan risikannya sendiri yg tidak sanggup berkompromi dgn kerja2 kotor mereka inikan pula utk mengkambing hitamkan Negara kita yg merupakan rakan dagang yg ke 15 penting kpd mereka.
    Satu masalah besar masyarakat Dunia adalah umum menyangka bahawa Teknologi Amerika adalah yg tercanggih setakat ini.Ianya dianggap Amerika mempunya keterbatasan dlm dlm perkara2 tertentu yg berkait dgn cuaca dan dimensi fizik serta biologi.
    Padahal mereka menyembunyikan Teknologi sebenar mereka dan mendedahkan hanya sedikit shj klue2 melaui Filem2 mereka.Kita pula menganggapnya mustahil krn latar belakang Filme itu berbentuk Fiksyen atau Adiwira.Ttp perlu kita fahami bahawa Teknologi rahsia itu tersembunyi disebalik aksi atau paparan yg berlebihan itu.Lihat kpd asepk2 yg bersifat sokongan atau back up kpd paparan yg berlebihan itu,disitulah tersembunyinya teknologi sebenar mereka.
    Akhir2 ini mereka sering memaparkan teknologi membuka ruang lompat antara Dimensi pst dlm Filem Avanger,Transformer: Dark of The Moon,Looper,The One dan yg paling awal Stargate.Aspek membuka Dimensi ini boleh membantu mobalisasi ketenteraan mereka krn mereka telah mengasai Kuantum Fizik,Nano tech dan mampu memecahkan uraian Atom dan kini keluar pula istilah Partikel yg lbh mikro dari sebelumnya.Enstein mengatakan bahawa perang dunia ke3 adalah lebih pelik dari perang2 sebelumnya.Apabila seorang saintis mengeluarkan kenyataan spt itu,gambarannya lbh jauh dari apa yg org awam fikirkan.


    ReplyDelete
  9. * Ralat: sehingga ada ahli Kongres Amerika melabelkan beliau sebagai Pengkhianat Negara.

    ReplyDelete